Khamis,
11/05/2006 – “Tak layak menari-nari di atas penderitaan saudara sendiri”. Semangat susah ditanggung bersama inilah yang dipegang teguh oleh kabinet Palestin sekarang. Menteri-menteri Palestin yang berada di Kaherah Mesir memilih untuk menaiki teksi dalam menjalankan tugas negara.
Seperti yang disiarkan Harian Ukaz, edisi Selasa (09/05), delegasi Palestin yang
berkunjung ke Iran dan ke Kaherah tidak menginap di hotel lima bintang atau bahkan
tiga bintang, tetapi mereka hanya memilih untuk menginap di hotel yang tidak
terkenal di wilayah Manel dengan harga 60 Junaih permalam atau sekitar USD10
sahaja.
Harian Saudi ini menyatakan, Menteri Kebudayaan Palestin, Abu Sabh (gambar) ketika pulang ke
Semenanjung Gaza, beliau menunggu bas awam di daerah Turjumah Rafah, Kaherah Tengah.
Perjalanan dari wilayah Mesir ini ke Semenanjung Gaza boleh mengambil masa tiga jam
jika menggunakan kereta sewa, namun beliau memilih untuk menaiki bas awam yang
mengambil masa sembilan jam perjalanan.
Sementara itu, Menteri Kewangan Palestin yang sekarang berkunjung ke Kaherah dan
akan bertemu dengan Amr Musa hanya menumpang kereta kenalan rapatnya di sana.Segala
tindakan yang mereka lakukan adalah kerana keadaan dana negara yang meruncing dan
situasi rakyat Palestin yang daif serta serba kekurangan akibat sekatan ekonomi oleh
Israel dan sekutunya.