Statistis PA: Bilangan rakyat Palestin akan menyamai rakyat Israel pada 2010

Selasa,

16/05/2006 –
Bilangan rakyat Israel dan Palestin yang menetap dia tanahair bersejarah Palestin akan menjadi sama menjelang tahun 2010, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Biro Pusat Statistik Palestin.


Laporan statistik itu diterbitkan sempena ulangtahun 58 Nakba, atau penjajahan Palestin di tangan rejim Zionis, menunjukkan bilangan rakyat Palestin yang tidak meninggalkan tanahair mereka pada tahun 1948 walaupun rejim Zionis menggunakan keganasan untuk menghalau mereka keluar. Bilangan itu telah meningkat daripada 154,000 kepada 1.13 juta.

Ia juga menunjukkan bilangan rakyat Palestin di Tebing Barat, merangkumi timur Jerusalam dan Semenanjung Gaza, dianggarkan sekitar 3.88 juta pada pertengahan tahun 2006 dan dijangka mencecah 4.4 juta menjelang 2010.

Ia juga menyatakan bilangan rakyat Israel di negeri Yahudi itu adalah seramai 7 juta, termasuk Arab Palestin berjumlah sekitar 1.13 juta.

Laporan itu juga menyatakan bahawa rakyat Palestin yang menetap di luar negeri adalah seramai 5.1 juta yang mana kebanyakkannya (sekitar 3 juta) tinggal di Jordan, manakala yang lain nyer di negara Arab yang lain (1.6 juta) dan selebihnya bertabur sekitar negara Eropah dan Amerika.

Pelarian Palestin yang tinggal di Syria, Lebanon dan tanah Palestin mencecah 2.4 juta mengikut rekod UNRWA, laporan itu menyimpulkan.