Selasa, 16/05/2006 –
al-Fadhil Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi selaku Presiden Persekutuan Ulama’ Islam Antarabangsa menyampaikan kenyataan akhirnya di muktamar membantu Palestine, yang berakhir pada hari Khamis 11 Mei 2006 di Doha, menekankan bahawa rakyat Palestine tidak akan kebuluran kerana umat Islam tidak inginkan rakyat ini lapar dan tunduk, menjelaskan bahawa kita mesti berkongsi dengan mereka kekuatan kita dan disana terdapat berbillion nilaian lebihan makan yang di buangkan di tong sampah.
Dr al-Qaradhawi mengesahkan bahawa orang Palestin adalah yang paling utama keutamaannya diberi zakat kepadanya, dan syarat zakat yang ada pada mereka datang dari banyak wajah, dan sudah pasti ia datang dari bantuan kelaparan dan menjawab seruan tersebut.
al-Qaradhawi melihat kenyataan akhir muktamar tersebut sebagai ‘balance’ (sama berat) lebih-lebih lagi ia mengabungkan persaudaraan Palestine dan bantuan kepada hak rakyat Palestin, menekankan bahawa mesyuarat menghimpunkan wakil-wakil Palestin adalah baik dan penuh dengan kasih dan sayang diantara mereka.
Dr al-Qaradhawi
mengesahkan bahawa orang Palestin adalah yang paling utama
keutamaannya diberi zakat kepadanya.
Dr al-Qaradhawi berkata bahawa kes Palestin ini merupakan kes yang besar, dan ulama’ telah mendiskusikan dengan baik bersesuaian dengan saiz isu ini, menunjukkan bahawa kenyataan akhir ini datang dari pemberian dan grant tanpa prejudis keatas sesuatu atau memihak kepada mana-mana pihak.
Jelas bahawa sasarannya adalah agar ulama’ menyampaikan ucapan-ucapan mereka kerana sesungguhnya ada pihak yang ingin menghadkan ulama didalam kes-kes Fiqh sahaja, dan ada yang kepada isu-isu yang cetek. Akan tetapi pandangan ini ditolak kerana ulama’ adalah pewaris Nabi dan mengetuai barisan ummah.
Kenyataan terakhir muktamar adalah “Fuqaha’ dan Ulama’ Islam membantu rakyat Palestin”, yang diadakan di ibu negara Qatar, Doha, selama 2 hari, 10-11 Mei 2005, telah merayu kepada bank-bank, organisasi-organisasi Arab dan Islam, dengan pertanyaan ; Apakah mereka mahu alat-alat ini berada ditangan-tangan musuh Islam yang memusnahkan semangat rakyat Palestine dan mengalahkan mereka? Ini merupakan satu tanda amaran keatas organisasi-organisasi dan bank-bank yang tidak mahu melibatkan diri dengan boikot dan lain-lain aktiviti, di mana memungkinkan mereka pergi kepadanya supaya mereka berdiri diwajah kemahuan umatnya.
Muktamar tersebut mengesa umat Islam, golongan belia, kesatuan, organisasi agar mengadakan perarakan dan demonstrasi aman untuk memberi tekanan kepada kerajaan-kerajaan yang enggan membantu Palestine.
Muktamar mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa tetap didalam rangka kerja Persekutuan Ulama’ Islam Antara-bangsa bagi melakukan tindakan susulan (follow-up) bagi hal-ehwal Palestine. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Raja, Kerajaan dan rakyat Qatar diatas kemudahan yang diberikan untuk mengadakan mesyuarat ini.