Selasa, 16/05/2006 –
Menteri hal ehwal pelarian PA, Dr. Atef Odwan, menyatakan lawatannya ke Sweden dan Norway sebagai langkah permulaan untuk meleraikan sekatan yang dikenakan keatas rakyat Palestin dan kerajaan yang dipilih.
Beliau yang memberi ucapan di dalam persidangan yang dianjurkan oleh parti komunis Norway di Oslo berkata, ?AS,Israel dan beberapa negara EU menghukum rakyat Palestin kerana pilihan demokratik mereka dan mengenakan sekatan, pengasingan, kebuluran dan polisi tiada bantuan kewangan kepada mereka?.
Menteri itu menyeru kepada semua individu yang bermaruah untuk bertindak dan menentang polisi Amerika-Israel di benua itu secara amnya dan di Palestin dan Iraq khasnya.
Beliau juga menegaskan semua rancangan dan konspirasi sulit untuk menjatuhkan kerajaan sah Palestin akan menemui kegagalan kerana istiqamah dan sokongan yang berterusan rakyat Palestin kepada kerajaan mereka.
Beliau memberitahu bahawa sekatan itu dikenakan kepada semua rakyat Palestin dan bukannya kerajaan dan mengklasifikasikannya sebagai hukuman beramai-ramai bertujuan menekan rakyatnya serta kerajaan untuk memeberi lebih banyak tanah per*****a, dan menceritakan bahawa kerajaan sebelum ini juga telah mengiktiraf Israel dan berurusan dengan mereka melalui pelbagai cara, tetapi masih menemui kegagalan serta kehilangan hak.
Beliau menggesa negara-negara EU untuk mengkaji semula kedudukan mereka berkaitan perkara-perkara yang membabitkan kerajaan Palestin, mengadakan lebih banyak saluran untuk berkomunikasi, menghormati pilihan demokratik rakyat Palestin dan memainkan peranan yang lebih efektif di Timur Tengah tanpa tunduk kepada tuntutan AS.
Beliau juga memohon kepada kerajaan Sweden dan Norway untuk memujuk EU supaya mengkaji semula keputusannya berkenaan sekatan bantuan kepada rakyat Palestin.