Selasa, 16/05/2006 – Tentera Israel kembali melakukan operasi pembunuhan (14/05/06). Terbaru tujuh warga Palestin terkorban, dua di antaranya adalah komandan Jihad Islami di
Tebing Barat dan komandan perisikan Palestin.
Jurucakap tentera Israel, Jacob Dallal menegaskan, pasukan Israel menyerang warga Palestin petang Ahad (14/05) membunuh ?teroris? utama Jihad Islami (JI). Menurut pihak Israel komandan JI ini bertanggungjawab atas perancangan beberapa rangkaian serangan yang membunuh 50 orang Israel sejak tahun 2005.
Menurut pihak Israel, operasi serangan terbaru yang diketuai oleh komandan JI yang dikenali sebagai Mujahid Hanayisyah (20) adalah operasi pengeboman yang membunuh 11 orang Israel di Tel Aviv.
Dallal menyatakan, empat aktivis JI lainnya berjaya dibunuh setelah tentera Israel mengepung sebuah rumah di Qabathiyah di Tebing Barat yang disyaki dijadikan tempat persembunyian. Tentera Israel mengepung rumah itu namun diserang balas dari dalam rumah dan bangunan di sekitarnya. Tentera Israel membalas dan tank-tank tentera
Israel kemudian merempuh rumah itu.
Di Jenin, sumber-sumber Palestin menyebutkan bahawa tentera Israel menyerang seorang komandan perisikan Palestin, Ali Umar Jabrin (21) dan mencederakan empat rakannya setelah berlaku kejadian tembak-menembak antara mereka.
Kejadian terbaru ini merupakan peristiwa yang paling banyak memakan korban dalam satu hari sejak Israel melakukan serangan yang membunuh 8 orang Palestin dalam serangan udara di Gaza pada 8 April lalu.