Rabu, 17/05/2006 –
Wakil Menteri Luar Negeri Russia, Alexander Losyukov menyatakan akan terus melanjutkan dialog dengan pemerintah Palestin yang dipimpin Hamas. Pernyataan
ini disampaikan sewaktu pertemuan antara Presiden Palestin, Mahmod Abbas dengan Presiden Russia, Vlandamir Putin.
Losyukov menegaskan bahawa pertemuan antara Presiden Palestin dan Presiden Russia
tersebut membahaskan isu-isu kerjasama antara Mahmod Abbas dan pemerintah yang
dipimpin oleh Hamas. Beliau menegaskan bahawa pihak Russia merasa selesa dengan gagasan dialog nasional antara kumpulan-kumpulan yang wujud di Palestin. Jika dialog ini berjaya ia akan menghasilkan impak positif dan mengurangkan banyak masalah.
Losyukov menyebutkan bahawa Putin dan Abbas membincangkan masalah-masalah utama yang
berkait dengan situasi hubungan Palestin dan Israel dan ‘nasib’ perundingan damai serta beberapa masalah berkaitan dengan hal-hal semasa di Timur Tengah.
Losyukov menegaskan bahawa Russia bersedia memberikan bantuan tambahan kepada
Palestin walaupun tidak ada peruntukkan baru pada waktu yang terdekat ini. Beliau
menambah bahawa bantuan USD10 juta sudah sampai di Palestin.