Rabu,
17/05/2006 – Menurut agensi berita Itar Tass, Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Sultanov berkata, Moscow akan meneruskan dan menyambung dialog dengan kerajaan pimpinan Hamas.
Setelah perbincangan diantara Pengerusi PA, Mahmoud Abbas dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di pusat peranginan Suchi di Laut Hitam pada hari Isnin lepas, agensi berita itu juga melaporkan Sultanov berkata kedua-dua pemimpin itu berbincang berkaitan hubungan diantara Abbas dan kerajaan pimpinan Hamas.
Beliau menjelaskan bahawa Moscow berpuas hati dengan ide untuk mengadakan dialog nasional diantara semua pecahan komuniti Palestin, dan berharap dialog tersebut akan membuahkan keputusan yang positif yang mana akan memadamkan pelbagai halangan.
Menurutnya lagi perbincangan Putin-Abbas itu juga menyentuh masalah hubungan Palestin-Israel, halatuju proses keamanan di rantau itu dan situasi di tanah yang diceroboh.
Beliau berkata negaranya bersedia untuk menawarkan bantuan tambahan kepada rakyat Palestin, tetapi beliau tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan hal tersebut.
Pegawai Rusia itu juga merujuk kepada kenyataan Abbas yang mengesahakan sumbangan 10 juta dolar tempoh hari telah pun tiba di Palestin.
Menurutnya lagi, Rusia menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada Palestin selain daripada kewangan. Beliau menjelaskan pihak Moscow sedia membantu diplomat dan institusi PA untuk mempersiapkan mereka menubuhkan negara Palestin merdeka dengan kaedah rundingan.