Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Dihantar ke Hospital dalam Keadaan Teruk

Ahad, 24/07/2011 – Pengurusan Penjara Askalan Israel menghantar tahanan Palestin, Atef Wreidat ke Hospital Penjara Ramle dengan kedua tangan dan kakinya bergari selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk.

Persatuan Tahanan Palestin menyebut dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa Wreidat, 45, berada dalam mogok lapar sejak 12 Jun untuk memprotes keadaan perubatan yang teruk dan tekanan ke atasnya sejak dia berada dalam tahanan sepuluh tahun lepas.

Juga disebut bahawa Wreidat menderita penyakit yang serius seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung, dan perlukan pembedahan jantung sejak setahun lepas.

Persatuan itu meletakkan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bertanggungjawab ke atas kesihatan Wreidat, dan menekan bahawa pegabaian kesihatan Wreidat menunjukkan polisi IPS yang mahu membunuh tahanan yang sakit.

Pengurusan Penjara Askalan melakukan banyak tindakan yang teruk ke atas tahanan termasuk meletakkannnya dalam tahanan yang berasingan, walaupun megnetahui keadaan kesihatannya yang teruk.

Wreidat, seorang kader Fatah ditangkap oleh Israel pada 1982 yang mana ketika itu berumur 16 tahun dan dhukum penjara 11 tahun. Dia dibebaskan pada 1993 dan kemudian ditahan semula ketika Intifada Aqsa selepas diburu selama dua tahun dan dihukum penjara selama 11 tahun dan 3 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz