
Ahad, 24/07/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza mengutuk keras tindakan rejim Zionis yang mengepung satu-satunya kapal yang terlepas daripada tindakan pengharaman flotilla oleh kerajaan Greece dengan menyifatkannya sebagai “lanun maritim Zionis” serta meletakkan juga kesalahan di bahu PBB.
3 buah kapal tentera laut rejim Zionis telah memintas sebuah kapal yang berdaftar dengan Perancis iaitu Dignite al-Karama dan menundanya ke Pelabuhan Ashdod di Negara haram Israel. Kapal Perancis tersebut membawa 16 orang aktivis dan beberapa orang wartawan.
Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin-Gaza bercakap kepada media AFP bahawa PBB mesti lebih bertanggungjawab kerana sehingga kini badan dunia itu belum mengambil sebarang tindakan ke atas rejim Zionis atas serangan maut yang dilakukannya ke atas kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotilla Kebebasan I pada tahun lepas, yang mana memberi lesen kepada rejim Zionis untuk terus melakukan tindakan “haram dan keras”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa