Penduduk Haram Israel Merayakan Nakba Dengan Bakar Masjid

Rabu, 17/05/2006 –

Sekumpulan yahudi di tanah yang dijajah 1948 telah membakar masjid Mansheyya di bandar Akka semasa mereka meraikan perayaan Nakba menyebabkan penduduk Palestin disitu bertindak memadam kebakaran itu. Mereka telah menyerbu, membakar dan menari-nari dalam keadaan tidak memalukan dan insiden telah dilakukan dengan terbuka.

Peristiwa Nakba adalah di mana puak Zionis bersenjata dengan sokongan dari pihak barat telah melakukan pembunuhan secara besar-besaran dan menghalau rakyat Palestin yang lain keluar.

Pihak Zionis sedang mendirikan pos kawalan di Tebing Barat dalam usaha membahagikan Tebing Barat kepada 3 bahagian.

Sementara itu air paip di Tebing Barat telah dicemari dengan pencemaran dari saluran najis penempatan haram Ariel dan isu ini langsung tidak diendahkan oleh pihak Zionis.

Pihak Jihad Islami telah melancarkan serangan roket bertalu-talu ke arah bandar Majdal pada hari Selasa menegaskan serangan itu adalah tindakbalas atas kekejaman tentera Zionis yang berterusan.