Pembunuhan tujuh rakyat Palestin di Tebing Barat

Rabu, 17/05/2006 –
Tentera bersenjata Israel telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh lagi rakyat Palestin pada kejadian terbaru hari Ahad lalu (14/06/06) di Utara Tebing Barat. Empat orang daripada mangsa terbunuh apabila bangunan tempat mereka berlindung daripada serangan telah dimusnahkan oleh bulldozer tentera-tentera Israel.

Sebelum kejadian tersebut, dua orang adik-beradik yang telah dikaitkan sebagai orang bawahan Fatah, telah dibunuh di sebuah pekan kecil Kabatya di Selatan Jenin. Tentera Israel menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa tersebut adalah ?orang yang dikehendaki? dan ?pengganas?.

Fatah, salah seorang pihak pemerintahan Presiden Palestin Mahmood Abbas, mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman ini berkata, kerajaan Israel pimpinan Ehud Olmert bertanggungjawab ke atas peristiwa yang sukar diterima ini dan kesan-kesan buruk daripada peristiwa pembunuhan ini.

?Kami berpendapat bahawa kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian pembunuhan yang amat dashyat ini,? ujar Fatah di dalam satu flyer yang dikeluarkan pada hari malam Ahad.

Flyer tersebut juga menggesa masyarakat antarabangsa umumnya, termasuk empat kuasa besar seperti US, UN, Russia dan EU supaya membantu menghentikan segera pengganasan orang-orang Yahudi terhadap rakyat-rakyat Palestin.

Perkara yang sama juga digesa terhadap negara-negara Arab dan Islam khususnya supaya menyokong rakyat-rakyat Palestin dalam menghadapi serangan kejam musuh-musuh Zionis ini.

Sebelum itu, Abbas yang telah meninggalkan Amman menuju ke Russia untuk menghadiri lawatan ke beberapa negara Eropah telah menyenaraikan sokongan untuk meningkatkan tahap kewangan kerajaan pimpinan Hamas, mengkritik insiden yang berlaku di Jenin. Beliau menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai ?pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan?.

Dalam pada itu, Hamas juga mengkritik pembunuhan tersebut sebagai ?sebahagian daripada kekejaman Zio-Nazi terhadap rakyat-rakyat palestin?.