Khamis, 11/08/2011 – Disebalik suasana positif yang dirasakan selepas pertemuan untuk membincangkan isu rekonsiliasi di Kaherah semalam, pihak berkuasa Fatah masih tetap meneruskan operasi penangkapa, menyaman dan menyerbu penduduk di pelbagai daerah di Tebing Barat, termasuk menahan 4 orang penyokong Hamas di Nablus, Hebron, Tulkarem dan memecah masuk rumah tahanan yang telah dibebaskan di Tubas dan menyaman isteri para tahanan di Khalil.
Menurut sumber tempatan pada hari Isnin (8 Ogos), di daerah Nablus pihak perisik telah menahan 2 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan An-Najah, Muhammad Jamal An-Nassarsarah dari Kampung Beit Fureyik dan Muaz Mousa dari Kampung Zwata selepas menyerbu rumah beliau petang semalam, yang sebelum ini mereka berdua pernah ditahan oleh pihak keselamatan Fatah. Muaz Mousa telah mengumumkan kenengganannya untuk menerima arahan dari pihak keselamatan.
Di samping itu, pihak berkuasa tempatan telah membebaskan pelajar universiti, yang pernah ditahan sebelum itu, Samer Abu Syuaib, dari Kampung Awurta selepas dipenjara selama 3 hari.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen