Categories
Berita Semasa

Krisis ubat-ubatan memuncak di Gaza

Khamis , 11/08/2011 – Krisis ubat-ubatan di Gaza terus memuncak selepas diumumkan oleh Kementerian Kesihatan di Gaza pada awal Jun lepas disamping pertuduhan bahawa Kementerian Kesihatan di Tebing Barat telah menahan ubat-ubatan yang sepatutnya dihantar ke Gaza.

Para pegawai di Gaza berkata bahawa mereka masih menunggu 40% daripada ubat-ubatan yang sepatutnya diserahkan kepada mereka daripada Bank Dunia melalui pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat. Antara yang teruk terjejas akibat kekurangan ubat-ubatan itu adalah pesakit-pesakit buah pinggang dan kanser, kanak serta pesakit yang menunggu untuk dibedah.

Abdul-Lateef al-Zaeem, 40, yang mengalami kegagalan buah pinggang sejak 6 tahun lepas berkata bahawa dia diminta datang ke hospital 3 kali seminggu untuk menjalani dialysis. Katanya lagi, kebiasaanya mereka mengalami kekurangan ubat-ubatan di Hospital Shifa yang terletak di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa