Khamis , 11/08/2011 – Menteri hal ehwal banduan Palestin Attallah Abul-Sabeh mendesak pentadbiran Israel di penjara Negev bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tahanan Palestin selepas 40 orang daripada mereka jatuh sakit akibat keracunan makanan. Abul-Sabeh menyatakan bahawa banduan yang memakan makanan Sahoor (makan yang dimakan sejurus sebelum subuh pada bulan Ramadan) yang terdiri daripada susu tamat tempoh dan daging dalam tin telah menyebabkan mereka menderita kejang perut, muntah-muntah dan cirit-birit.
Menteri itu berkata bahawa kejadian ini merupakan yang kedua seumpamanya yang berlaku kurang daripada satu bulan di penjara yang sama, di mana 25 tahanan menderita keracunan makanan pada 12 Julai, 2011 selepas mereka telah diberi hamburger busuk oleh pihak penjara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada