Categories
Berita Semasa

Ireland: Israel terlibat dalam “penggabungan Palestin secara de facto” (Negara EU pertama yang menyatakan kedudukan tersebut)

Selasa, 01-06-2021 – Parlimen Ireland secara sebulat suara meluluskan usul yang mengecam “aneksasi de facto haram” terhadap tanah Palestin, termasuk Timur Baitulmaqdis oleh Rejim Zionis.

Usul itu, yang dibentangkan oleh parti pembangkang Sinn Fein, disahkan pada hari Rabu setelah mendapat sokongan parti.

Ini menjadikannya negara Kesatuan Eropah pertama yang mengambil kedudukan tersebut dan menggunakan ungkapan “aneksasi de facto yang tidak sah” berkaitan dengan kehadiran Israel dan pencurian tanah di wilayah Palestin yang dijajah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem

Selasa, 01-06-2021 – Tentera zionis Israel telah menyersbu dan menculi beberapa orang rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Rabu dan berlanjutan hingga subuh Khamis.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel di timur Jerusalem menculik sejumlah penduduk dari rumah mereka. Sebilangan dari mereka dikenali sebagai Nihda al-Zafhir, Adham Obeidat, Adnan Aliyan, Uday Kabaja dan Mohamed Kabaja.

Di pinggir bandar Jarusalem pula, zionis Israel menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Ahmed Abu Samra setelah menggeledah rumahnya di kem pelarian Qalandia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur shuhada mohd sayuti

Categories
Berita Semasa

Qatar Janji $500,000 untuk Gaza Yang Dilanda Perang

Selasa, 01-06-2021 – Qatar menjanjikan $500,000 untuk projek pembinaan semula di Semenanjung Gaza yang dilanda perang, menurut Jawatankuasa Pembinaan Semula Gaza Qatar. Di laman web rasminya, Jawatankuasa Qatar menyatakan bahawa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan setengah billion dollar sebagai sokongan untuk pembinaan semula Gaza.

Jawatankuasa itu menjelaskan dana tersebut akan digunakan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza menghadapi cabaran hidup baru yang disebabkan oleh serangan terakhir Israel dan untuk menyumbang membina semula dan memulihkan kemudahan serta infrastruktur perkhidmatan yang terjejas dan rumah-rumah kediaman yang mengalami kemusnahan atau kerosakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : neina mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mogok Lapar Tahanan Pentadbiran Palestin Masuk Hari ke-22

Selasa, 01-06-2021 – Mogok lapar terbuka tahanan Palestin Al-Ghadhanfar Abu Atwan telah memasuki hari ke-22. Mogok tersebut adalah sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbirannya yang dijalankan tanpa dakwaan atau perbicaraan.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS) pada hari Rabu, perkhidmatan penjara Israel baru-baru ini memindahkan tahanan Abu Atwan, 28, ke sebuah sel pengasingan di penjara Ohalei Kedar (Beersheba) untuk memaksanya untuk mengakhiri mogok laparnya.

Abu Atwan telah ditahan secara pentadbiran sejak Oktober 2020. Dia juga pernah ditahan secara pentadbiran beberapa kali sebelumnya.

Atas perintah pemerintah mereka, pentadbiran keamanan dan perisikan Israel telah mempertingkatkan penahanan warga Palestin secara pentadbiran pada bulan Mei.

Menurut PPS, 155 perintah, sama ada untuk menahan rakyat Palestin secara pentadbiran atau pun untuk melanjutkan perintah sebelumnya, telah dikeluarkan antara 1 dan 20 Mei pada bulan yang sama, yang telah menyebabkan peningkatan jumlah tahanan pentadbiran kepada sekitar 500 orang rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Schmale mohon maaf atas komen, menyeru siasatan ke atas tindakan Israel

Selasa, 01-06-2021 – Pengarah operasi UNRWA Matthias Schmale telah memohon maaf di atas komen yang dibuatnya di TV Israel di mana dia berkata bahawa serangan ketenteraan Israel ke atas Semenanjung Gaza dilihat sebagai ‘tepat’.

Dalam satu komen di Twitter, Schmale menyatakan bahawa tentera Israel tidak terikat dengan undang-undang antarabangsa semasa perang terakhirnya ke atas Gaza dan membunuh berpuluh orang awam, lantas menyeru siasatan dan kebertanggungjawapan antarabangsa.

“Membunuh lebih 200 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak adalah tindakan yang tidak mengikut undang-undang peperangan. Satu siasatan dan kebertanggungjawapan bebas ke atas tindakan tersebut hendaklah diwujudkan”, katanya di Twitter.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan

Categories
Berita Semasa

Penangkapan besar-besaran semasa penjajahan tahun 1948

Selasa, 01-06-2021 – Polis Israel dan Perkhidmatan Keselamatan Umum (Shin Bet) menangkap seramai 165 pemuda dan wanita Palestine pada tahun 1948 dalam dalam masa dua hari kerana mereka menyertai tunjuk perasaan menentang pencerobohan di Jerusalem dan Semenanjung Gaza serta terhadap serangan penceroboh ke atas rakyat Palestin.

Hampir 48 laman web Arab melaporkan bahawa jumlah tahanan di Al-Taybeh, Al-Tira, Umm Al-Fahm dan Qalansawa pada hari Ahad dan Isnin telah mencapai 13 orang. Lapan daripadanya telah dibebaskan. Saksi turut melaporkan bahawa sejumlah pemuda di Haifa dan kota Kafr Qara turut ditangkap.

Pada Selasa, polis Israel menahan tiga lagi warga dari kampung Aylout kerana disyaki cuba menyerang seorang anggota polis semasa kejadian baru-baru ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur shuhada mohd sayuti

Categories
Berita Semasa

Unit khas Zionis Bunuh Pemuda Palestin di Bandar Bireh

Khamis,27-05-2021 – Satu unit khas tentera Zionis pada waktu subuh Selasa membunuh seorang pemuda Palestin di Bandar al-Bireh berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang dijajah.

Menurut sumber tempatan, tentera berpakaian biasa menyusup masuk kejiranan Umm ash-Sharayet di Kota al-Bireh dan melepaskan tembakan ke arah pemuda itu, membunuhnya segera.

Saksi mata mengenal pasti pemuda itu sebagai Ahmed Jamil al-Fahed dari Kem Pelarian al-Am’ari, dan mengatakan bahawa dia berdarah hingga mati di jalan kejiranan setelah sebuah unit penyamar menembaknya di jarak dekat.

Jenazah syuhada dibawa ke Hospital Palestin di Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera ditembak Pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Khamis,27-05-2021 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena peluru selepas pendatang haram Yahudi melepaskan tembakan  ke arah mangsa. Kejadian pada petang Isnin itu berlaku di perkampungan Janiya, barat Ramallah

Menurut saksi yang melihat kejadian, seorang pendatang Yahudi dari petempatan haram Dolev, berdekatan kampung itu menembak sebutir peluru ke arah mangsa yang dikenali sebagai Nadeem Madlum, 15 tahun dan mengakibatkan mangsa cedera di tangan.

Pendatang Yahudi itu mengancam akan membunuh kanak-kanak tersebut sebelum melepaskan tembakan, demikian kata saksi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Tentera Berpakaian Preman Menculik Anak-Beranak Warga Palestin di Tebing Barat

Khamis,27-05-2021 – Tentera Israel berpakaian preman pada petang Isnin lalu telah menculik seorang warga Palestin dan anaknya dari tempat kerja mereka di kampung Barta’ah berhampiran pagar pemisah di barat daya Jenin.

Menurut saksi, tentera yang menyamar telah menculik Khaled al-Saadi dan anaknya Nimr ketika mereka sedang bekerja di pasar sayur di Barta’ah.

Anggota unit penyamar seperti itu sering menyamar sebagai orang Arab atau Palestin untuk melakukan operasi pembunuhan atau penculikan.

Mereka dikenali oleh orang tempatan sebagai Musta’ribeen dalam bahasa Arab, atau Mista’arvim dalam bahasa Ibrani, yang bermaksud orang atau tentera yang berpura-pura menjadi orang Arab dan pakar dalam bahasa dan budaya Arab. Dalam istilah keselamatan Israel, perkataan berkenaan merujuk kepada pasukan keselamatan atau perisik yang menyamar sebagai orang Arab dan menjalankan misi di tengah-tengah kawasan Palestin atau negara-negara Arab yang lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam : Penentang Kami Sentiasa Berjaga-jaga Untuk Pertahan Jerusalem dan Al-Aqsa

Khamis,27-05-2021 – Seorang komander kanan Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, menegaskan bahawa
perjuangan Palestin dapat mengukuhkan “penyamaan terhadap tembakan untuk tembakan,
kemusnahan untuk kemusnahan dan darah untuk darah”.

Ketika berucap pada upacara peringatan untuk para syuhada yang diadakan oleh Hamas di
Gaza pada hari Isnin, komander al-Qassam mengatakan bahawa perjuangan Palestin dan
kekuatan roketnya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga untuk mempertahankan Jerusalem
dan Masjid al-Aqsa jika ada keputusan baharu yang dikeluarkan mengenainya.

“Kami menjawab permintaan Jerusalem dan menunjukkan beberapa yang kami miliki, tetapi
apa yang tersembunyi pasti jauh lebih besar,” tambah komander itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin di klinik Ramla tidak dirawat sebaiknya

Khamis,27-05-2021 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin telah mendakwa bahawa perkhidmatan penjara Israel mengabaikan keadaan kesihatan tahanan Palestin di penjara, terutamanya di klinik penjara Ramla.

“Perkhidmatan penjara dengan sengaja mengabaikan keadaan kesihatan dan enggan memberikan mereka ubat dan rawatan yang mereka perlukan. Mereka cuma diberi ubat penahan sakit dan penenang,” demikian menurut kenyataan akhbarnya.

Menurut Suruhanjaya itu, para tahanan Palestin yang berada di klinik Ramla adalah Khaled al-Shawish, Mansour Muqida, Mutasem Radad, Nahid al-Aqra, Saleh Saleh, Nidhal Abu Ahour, Nadem Abu Saleem, Nour Bitawi, Emad Sawarka, Mahmoud Abu Eisha, Mohamed Mar’iee, Amer al-Khatib, dan Abdul-Rahman Barqan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penceroboh serang rumah warga Palestin, cabut pokok di al-Khalil

Khamis,27-05-2021 – Berpuluh penceroboh pada hari Selasa menyerang rumah penduduk di Wadi al-Husayn dan al-Rayyah di al-Khalil dan mencabut 35 batang pokok zaitun dan tanaman musim panas.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sekumpulan penceroboh Yahudi menyerang rumah keluarga Esaifan di kawasan Wadi al-Husayn dan rumah keluarga Muhammad Abu al-Halawa di perkampungan al-Rayyah berdekatan perkampungan Hajai di selatan.

Sumber tersebut mengatakan bahawa penceroboh mencabut 35 batang pokok zaitun dan tanaman musim panas di kawasan sama. Pencabulan ini dilakukan di bawah pengawasan polis rejim Zionis, katanya menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tempoh penahanan Sheikh Khatib dilanjutkan untuk kali ke-3

Khamis,27-05-2021 – Mahkamah Israel di Haifa melanjutkan tempoh penahanan Sheikh Kamal al-Khatib untuk kali ke-3 berurut-turut pada Isnin. Turut ditahan wakil ketua cabang utara Gerakan Islam di Israel, atas tuduhan menghasut dan berafiliasi dengan kumpulan yang dilarang.

Keputusan mahkamah dikeluarkan sebagai maklum balas atas permintaan pendakwa Israel untuk memanjangkan tempoh penahanan Sheikh Khatib selama lima hari.

Sheikh Khatib diculik dari rumahnya di bandar Arab utara Kafr Kana pada 14 Mei ketika puak pelampau Yahudi mengamuk dan menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka melalui bandar-bandar Arab.

Puluhan rakyat Palestin menunjuk perasaan di luar pintu masuk mahkamah majistret Haifa untuk memprotes penahanan yang dilakukan sewenang-wenangnya, yang mereka sifatkan sebagai bermotifkan politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram memecah masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa

Rabu,26-05-2021 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi menyerbu masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa dibawah perlindungan polis Rejim Zionis Israel.  Salah seorang pengawal Masjid mengesahkan segerombolan peneroka haram memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu Magharabi. Pengawal memberitahu pihak media Arabi21 yang peneroka haram menyerbu masuk pada hari Ahad dan Isnin di bawah perlindungan polis rejim zionis yang ramai dimana ianya berbeza dari pencerobohan sebelumnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim cederakan kanak-kanak perempuan, tahan enam penduduk Tebing Barat.

Rabu,26-05-2021 – Tentera rejim Israel bertindak ganas mencederakan seorang kanak-kanak perempuan Palestin di perkampungan Tebing Barat dan menahan enam penduduk al-Khalil dan Tubas pada petang Ahad, kelmarin.

Menurut saksi, sejumlah besar anggota tentera rejim menyerbu perkampungan Tuwani yang terletak di selatan al-Khalil, memeriksa dalam rumah  dan mengasari sebilangan ahli keluarga mangsa.

Salah seorang dari ahli keluarga itu, Dima Rub’iee yang berusia lima tahun mendapat lebam di muka dan mata apabila anggota tentera rejim bertindak kasar ke atas diri dan ahli keluarganya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin