Categories
Berita Semasa

Haniyah Termasuk Dalam Senarai 50 Pemimpin Islam Berpengaruh Di Dunia

Rabu, 27-10-2021 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, terpilih dalam senarai 50 tokoh Islam (Kelompok Pemimpin Dan Politik) berpengaruh di dunia tahun 2021.

Haniyah menduduki tempat 20 dalam senarai 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia, yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian dan Penyelidikan Kerajaan (MABDA) yang berpusat di ibukota Jordan, Amman.

Puluhan pemimin Islam dan Arab termasuk dalam senarai tersebut, seperti Amir Qatar, Syekh Tamim bin Hamad dan pemimpin Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz.

Haniyah merupakan salah satu tokoh Hamas, pernah menjadi PM Palestin setelah kemenangan Hamas dalam pilihan raya legislatif pada tahun 2006.

Beliau disingkirkan oleh ketua otoriti Palestin, Mahmud Abbas pada Jun 2007. Beliau kemudiannya terpilih menjadi ketua biro politik Hamas pada Mei 2017.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh cedera ketika IOF memadamkan perarakan di al-Khalil City

Rabu, 27-10-2021 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin mengalami kecederaan pada hari Ahad apabila Tentera Regim Zionis Israel (IOF) menyerang perarakan yang diadakan di al-Khalil City sebagai solidariti dengan tahanan pentadbiran yang melakukan mogok lapar.

Beberapa perarakan dan aksi duduk telah dianjurkan di Bandar al-Khalil petang semalam untuk menyatakan solidariti dengan tujuh orang yang melakukan mogok lapar dan menuntut pembebasan mereka dari penjara Israel.

Para peserta dalam perhimpunan itu membawa bendera Palestin, sepanduk menentang penahanan pentadbiran dan gambar pemogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di UK perbaharui dedikasi untuk pulang

Rabu, 27-10-2021 – Rakyat Palestin di UK memperbaharui dedikasi mereka mendapatkan hak untuk pulang, sokongan kepada rakyat Palestin dan ketaatan kepada tanah air, pemeliharaan identiti kebangsaan dan perakuan hak rakyat Palestin ke atas tanah air dan kesuciannya.

Ini dilafazkan semasa perhimpunan sosial pada hari Ahad di ibu negara Britain, London, di mana beratus rakyat Palestin bersama-sama tokoh masyarakat Arab dan Islam dari Britain terlibat untuk kali pertama dalam masa setahun setengah sejak pandemik dalam acara yang dianjurkan oleh Forum Warga Palestin di Britain.

Para peserta menyatakan sokongan mereka kepada Palestin, berbangga dengan warisan asli mereka, di mana tarian dabkeh Palestin, lagu-lagu warisan yang indah, dan suasana Palestin yang tersendiri, menekankan generasi baharu akan identiti mereka di tengah-tengah kehadiran yang besar daripada komuniti Palestin dan Arab.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

10 warga Palestin diculik oleh rejim Zionis Israel di Tebing Barat.

Selasa, 26-10-2021 – Rejim Zionis Israel pada waktu dinihari Khamis telah menculik sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dan diikuti dengan beberapa serbuan beberapa rumah di kawasan yang berbeza di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan di Bethelem, rejim Zionis Israel telah menculik enam warga Palestin dalam serbuan rumah di bandar Beit Fajjar, al-Khader dan al-Dawha. Mangsa penculikan yang telah dikenal pasti adalahAhmed Taqtiqa , Yousef Thawabta, Mohamed Thawabta, Tayseer Manasra, Muhand dan Hamza al-Wahesh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel merancang untuk menambahkan jumlah pendatang di Lembah Jordan

Selasa, 26-10-2021 – Akhbar Israel Hayom mendedahkan rancangan israel untuk menggandakan jumlah pendatang di Lembah Jordan, timur Tebing Barat.

Menurut akhbar itu, rejim Israel ingin menggandakan jumlah keluarga pendatang kepada sekitar 3,000 dalam tempoh empat tahun dan akan memperuntukkan 90 juta shekels ($28 juta) bagi tujuan itu.

“Kementerian Pembinaan dan Perumahan sedang merangka resolusi bagi menggandakan jumlah penduduk Israel di Lembah Jordan,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Projek paip Israel-Mesir ?

Selasa, 26-10-2021 – Pejabat berita Reuters melaporkan bahawa penjajah Israel sedang dalam perundingan dengan pihak Mesir mengenai projek paip gas darat yang baharu.

Menurut laporan tersebut, seperti disiarkan surat khabar Maariv, paip baharu tersebut akan menghubungkan Israel dan Mesir melalui Sinai Utara dan akan siap dalam tempoh 24 bulan.

Menurut sumber industri yang mengetahui detailnya; biaya projek ini mencapai USD200 juta. Projek tersebut termasuk dalam rancangan membangunkan jaringan paip bawah laut ke Mesir dalam beberapa tahun, diharapkan dapat memperkuat posisi penjajah Israel sebagai pusat tenaga di Timur Tengah dan membangun hubungan diplomatik dengan negara lain.

Tahun lalu, Kementerian Tenaga Israel membuat pengumuman memulakan aliran gas asli dari Israel ke Mesir dan menganggapnya sebagai perkembangan penting yang memenuhi kepentingan ekonomi kedua belah pihak.

Langkah ini memungkinkan entiti penjajah Israel untuk mengeksport sebahagian gas aslinya ke Eropah melalui fasiliti pencairan gas di Mesir dan meningkatkan posisi Mesir sebagai pusat gas regional.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Turki menangkap 15 anggota perisik Mossad

Selasa, 26-10-2021 – Seramai 15 orang anggota pengintip Mossad telah ditangkap oleh Pertubuhan Perisikan Nasional Turki (MIT) pada Khamis. Pendedahan ini telah dinyatakan dalam Sabah, akhbar harian Turki.

Laporan berkenaan turut  memaklumkan bahawa suspek berkenaan telah dibahagikan kepada 5 sel yang menempatkan seramai 3 orang bagi setiap sel. Kesemua mereka ditangkap dalam satu operasi rahsia pada 7 Oktober yang lalu.

Menurut akhbar berkenaan, ruangan sel tersebut  berfungsi untuk menahan aktivis anti-Israel di Turki disamping ianya dapat menambah maklumat mengenai perisik yang terlibat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang kawasan purba Sebastia di bawah pengawasan tentera

Selasa, 26-10-2021 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Rabu menyerbu kota Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat, dengan dalih mengunjungi dan melakukan ritual di lokasi arkeologi.

Datuk Bandar Sebastia, Mohamed Azem mengatakan bahawa sejumlah pendatang menyerbu, di bawah perlindungan ketenteraan, kawasan kuno bandar itu.

Azem menambah bahawa IOF menutup kawasan dan melarang penduduk tempatan menggunakan jalan menuju ke sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Perjanjian pertukaran seterusnya bakal membebaskan lebih ramai tahanan

Selasa, 26-10-2021 – Wakil pemimpin Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan bahawa kumpulannya sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan pertukaran “terhormat” yang akan membebaskan sebilangan besar tahanan Palestin.

Itu adalah kenyataan Abu Marzouk di dalam wawancara bersama saluran TV al-Mayadeen yang berpusat di Lebanon pada petang Rabu.

Pegawai kanan Hamas menyatakan harapan bahawa akan ada hasil yang cepat kerana “setiap hari yang dilalui para tahanan, tanpa mengira fahaman politik mereka, hanya akan meningkatkan tekad kita untuk membebaskan mereka.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi musnahkan beratus pokok di kebun di Tebing Barat

Selasa, 26-10-2021 – Penceroboh Yahudi pada pagi hari Khamis menyebabkan kekacauan di kebun zaitun di utara bandar Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, pekebun tempatan dilaporkan melihat kemusnahan besar-besaran di kebun mereka di bandar al-Mazra’a al-Gharbiya, utara Ramallah. Lebih 300 pokok zaitun dicabut dan dimusnahkan oleh penceroboh di kebun tersebut, kata mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ratakan Kebun Zaitun di Perkampungan Tebing Barat

Jumaat, 22-10-2021 – Tentera rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah meratakan sejumlah besar tanah yang telah diusahakan milik warganegara Palestin berhampiran perkampungan Wadi Rahhal di selatan Bethlehem.

Pegawai tempatan Hasan Bureijiya mengatakan bahawa jentolak Israel yang dikawal oleh askar merobohkan sekitar 10 dunum tanah yang ditanam dengan anak pokok zaitun, sambil menambah bahawa tanah itu milik penduduk tempatan bernama Ibrahim Abiyat.

Dalam kejadian berasingan, pasukan rejim Zionis pada malam Selasa telah menyerahkan notis pemberhentian dan perobohan kepada warga Palestin terhadap dua bangunan di Beit Surik, barat laut Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, tentera Zionis memberitahu warga di situ tentang niat mereka untuk merobohkan sebuah bangunan yang sedang dibina milik sebuah persatuan wanita dan sebuah rumah milik penduduk tempatan dari Beit Surik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan pegawai Palestin di Baitulmuqaddis

Jumaat, 22-10-2021 – Pada pagi Selasa, polis rejim menahan Mustafa Abu Zahra, ketua Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam di Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan mengesahkan yang Abu Zahra ditahan untuk siasatan.

Polis rejim turut menyerbu kejiranan Abu Tayeh di bandar Silwan, Baitulmuqaddis dan membuang bendera dan sepanduk Palestin yang dinaikkan di kejiranan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Organisasi Masyarakat Kutuk Serangan Israel Ketika Sambutan Maulid Rasul Di Al Quds

Jumaat, 22-10-2021 – Organisasi Islam-Kristian pembela Al-Quds dan tempat suci mengutuk kejahatan brutal dan tidak bermoral, Rabu (20/10) yang dilakukan pihak polis Israel, terhadap ratusan warga Al-Quds yang sedang merayakan peringatan Maulid Nabi Mulia.

Dalam pernyataannya, Organisasi Masyarakat Islam-Kristian menegaskan bahawa kejahatan terhadap warga sivil, terutama kanak-kanak dan wanita, memukul dan menembak mereka menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan air kotoran secara sengaja, merupakan bentuk terorisme negara yang dilakukan pemerintah zionis terhadap warga Al-Quds.

Pasukan Israel berubah menjadi kekuatan fasis yang menggunakan semua bentuk kekerasan dan keganasan untuk membalas dendam terhadap warga Al-Quds atas sikap mereka menentang tindakan menekan penjajah. Organisasi masyarakat menuding pihak Israel dengan semua sayapnya sebagai pihak yang bertanggungjawab atas pelanggaran tidak berperikemanusiaan terhadap warga Al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel merancang untuk meningkatkan jumlah peneroka di Lembah Jordan

Jumaat, 22-10-2021 – Laporan akhbar Israel Harom telah mendedahkan rancangan Israel untuk menggandakan jumlah peneroka Yahudi di seberang Lembah Jordan di bahagian timur Tebing Barat.

Menurut akhbar tersebut, pemerintah Israel berhasrat untuk menggandakan jumlah keluarga peneroka sekitar 3,000 buah keluarga  dalam tempoh masa empat tahun mendatang dan akan memperuntukkan 90 juta shakel ($ 28 Juta) untuk tujuan berkenaan.

“Kementerian pembinaan dan perumahan sedang menyusun resolusi bagi tujuan penambahan jumlah penduduk Israel di lembah Jordan” katanya.  

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Al-Hayya: Pembebasan Palestin boleh berlaku dengan kesatuan rakyat

Jumaat, 22-10-2021 – Seorang delegasi tertinggi Hamas pada hari Selasa menghadiri Persidangan Kesatuan Islam Antarabangsa ke-35 yang berlangsung di ibu negara Iran, Tehran dengan tema “Kesatuan Islam, Keamanan dan Pencegahan Perpecahan dan Konflik di Dunia Islam”.

Diketuai timbalan ketua biro politik wilayah Hamas di Palestin, Khalil al-Hayya, delegasi termasuk Osama Hamdan, Abu Ahmed Jamal dan wakil Hamas di Iran, Dr. khaled Qaddoumi.

Dalam ucapan pembukaannya, al-Hayya meluahkan rasa kesal di atas perpecahan dalam dunia Islam dengan menekankan bahawa kestabilan wilayah dicapai sebagai hasil penyatuan di kalangan umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan