Rabu,26-05-2021 – Sambil memegang bendera dan poster Palestin dalam hujan, puluhan ribu berarak di jalanan London untuk membantah serangan Israel ke atas Gaza dan Palestin.
Berkumpul di tambak London, para peserta protes berarak melewati bangunan parlimen and Jalan Oxford sambil melaungkan “Free Palestine” dan menuntut agar penjajahan Israel ke atas Palestin ditamatkan.
Sebahagian pembantah membuat nyalaan menunjukkan warna bendera Palestin ketika berkumpul di Trafalgar Square, seraya melaungkan “Palestine will be free”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu,26-05-2021 – Rejim Zionis telah melancarkan kempen penangkapan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan lain-lain kawasan di sekitar “Tanah 1948” pada hari Ahad malam dan subuh Isnin lalu. Di Baitulmaqdis Yang Diduduki, polis Israel melancarkan kempen penangkapan di pelbagai tempat berbeza di kota suci berkenaan dan telah menahan 18 orang awam.
Pegawai perisik rejim Zionis telah menyerbu rumah Malik Asila di Kota Lama Baitulmaqdis, merosakkan isi kandungan rumah dan menyerahkan saman kepadanya.
Di Nablus, rejim Zionis menyerbu desa Til dalam usaha kali ketiga untuk menangkap calon senarai “Baitulmaqdis Menyatukan Kita”, Imad Rayhan. Sementara itu, Moaz Rayhan ditahan dan kemudiannya dibebaskan setelah disiasat di lapangan serta ditahan untuk beberapa jam.
Di Qalqilya, rejim Zionis telah menahan Mustafa Mansour setelah menceroboh masuk kota Azzun, sebelah timur Qalqilya, dan menggeledah rumahnya. Di Ramallah, tentera rejim Zionis menahan Musab Al-Barghouti dari bandar Kober dan Ahmed Raafat dari Dura Al-Qara setelah menyerbu dan menggeladah rumah keluarga mereka.
Rejim Zionis juga menyerbu kota Al-Mazra’a Al-Sharqiya dan Bil’in. Di al-Khalil, rejim Zionis menahan Saeed Asafra dari bandar Beit Kahil, di sebelah barat al-Khalil.
Di Bethlehem, rejim Zionis menyerbu bandar Beit Fajar dan menahan Khattab Thawabata, 24, yang baru sahaja menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu, Saoud Thawabata, 30, dan bekas tahanan yang cedera, Mahmoud Blue, 25, setelah menyerbu dan menggeladah rumah keluarga mereka.
Tentera rejim Zionis menahan pemuda bernama Muhammad Abu al-Tin setelah mereka menyerbu dan menggeledah kediamannya di kampung Al-Walaja, sebelah barat Betlehem.
Polis Israel sebelumnya mengumumkan niat mereka untuk menjalankan kempen penangkapan besar-besaran yang mensasarkan 500 orang Palestin dari wilayah dijajah 1948 yang telah turut serta dalam perarakan tunjuk perasaan.
Aktivis Palestin meminta orang ramai dari Tanah 1948, Tebing Barat dan Baitulmaqdis untuk mengisytiharkan keadaan darurat untuk menggagalkan rancangan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu,26-05-2021 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada hari Isnin petang setelah mencederakan dua orang tentera Israel di kawasan Bukit Perancis di timur laut Jerusalem.
Menurut media Hebrew, seorang daripada tentera itu mengalami kecederaan parah dalam kejadian tikaman, manakala pemuda itu dibunuh serta merta oleh pegawai polis yang berada berdekatan. Kejadian itu berlaku di stesen keretapi aliran ringan di timur Jerusalem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu,26-05-2021 – Urusan Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendakwa pegawai penjara Israel telah mengabaikan pemberian perubatan kepada pesakit Palestin di penjara, terutama yang berada di rumah sakit penjara Ramla.
“Pihak penjara secara sengaja mengabaikan keadaan kesihatan mereka yang tenat dan tidak memberikan ubat serta rawatan yang mereka perlukan. Mereka hanya diberi ubat penenang dan ubat penahan sakit sahaja. ”
Menurut suruhanjaya itu, tahanan Palestin yang berada di rumah sakit Ramla adalah Khaled al-Shawish, Mansour Muqida, Mutasem Radad, Nahid al-Aqra, Saleh Saleh, Nidhal Abu Ahour, Nadem Abu Saleem, Nour Bitawi, Emad Sawarka, Mahmoud Abu Eisha, Mohamed Mar’iee, Amer al-Khatib, dan Abdul-Rahman Barqan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Rabu,26-05-2021 – Polis penceroboh Israel pada hari Ahad mengeluarkan satu arahan melarang beberapa wanita Baitulmuqaddis daripada memasuki masjid al-Aqsa, di kemuncak gangguan ke atas pengunjung Muslim di tapak suci itu.
Menurut sumber tempatan, polis Israel mengusir lapan wanita Baitulmuqaddis dari masjid al-Aqsa selama seminggu dan mengarahkan mereka untuk kembali semula pada minggu hadapan untuk menerima arahan sama yang melarang mereka daripada memasuki tapak suci itu selama enam bulan.
Polis Israel turut memanggil lebih sepuluh orang wanita Baitulmuqaddis untuk soal siasat selepas mereka meninggalkan masjid al-Aqsa dan menahan mereka selama beberapa jam di balai polis Qishla di Kota Lama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa,25-05-2021 – Sekumpulan peneroka haram pada hari sabtu membakar lebih 15 dunum ( 1 dunum bersamaan 11 ribu kaki persegi) yang ditanam dengan tanaman musim sejuk dan juga sebuah gua di Yatta sementara yang lain menyerang warga Palestin di timur al-Khalil. Fuad Al-Amour, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan di Masafer Yatta, berkata peneroka dari penempatan Khafat Ma’on dan Avigal membakar lebih 15 dunum di kawasan Al-Kharouba di perkampungan Tawana dengan perlindungan tentera rejim zionis Israel yang menembak dan melontarkan bom bunyi ke arah orang awam. Peneroka haram Yahudi turut membakar sebuah gua di kawasan Saroura milik keluarga Al-Amour.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa,25-05-2021 – Kerajaan Mesir mengumumkan menghantar konvoi bantuan terbesar untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang terlibat perang yang terdiri dari 130 buah trak memuatkan 2,500 tan bantuan barangan asasi dan keperluan lainnya.
Konvoi itu bertolak menuju Gaza bagi memenuhi arahan Presiden Abdul Fatah as-Sisi yang memerintahkan “Tabung Tahya Misr” membantu rakyat Palestin di Gaza.
Konvoi bantuan yang dimuatkan dalam 120 konten berupa 2,500 tan makanan, sayur-sayuran, daging sejuk beku, buah-buahan, tilam, karpet, selimut, bahan pembasmi kuman, pelitup muka, pakaian dan ubat-ubatan, demikian kata Bassam Radi jurucakap mewakili Presiden Mesir kepada wartawan pada hari Jumaat, lalu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Selasa,25-05-2021 – Peneroka haram Yahudi kembali menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi Ahad melalui Gerbang Magharabi dengan perlindungan polis Israel.
Menurut sumber tempatan, perbuatan ini dilakukan selepas tiga minggu penutupan kawasan berkenaan sejak konfrontasi 28 Ramadhan lalu dan tindak balas penentangan penduduk Palestin.
Tambahan lagi, pihak polis menggeledah Masjid Al-Aqsa sejak subuh dan memaksa para jemaah meninggalkan ruang solat Al-Qibli selain menyerang beberapa pengawal masjid.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Selasa,25-05-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada subuh Sabtu menculik beberapa warga Palestin ketika kempen di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik dua warga yang dikenali sebagai Abdul-Salam Awwad dan Aziz Fattash dari kediaman mereka di Nablus.
Di Tubas, IOF menculik tiga orang pemuda ketika pertelingkahan pemuda tempatan di kampung Atouf di timur Tamun. Mereka dikenali sebagai Hareth Abu Arra, Basel Basharat dan Izzuddin bani-Odeh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa,25-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, dan delegasi dari kepimpinan Gerakan bertemu Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Doha.
Haneyya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Syeikh Al Thani dan Qatar atas pendirian rasmi mereka dalam menyokongPalestin dan hak mereka yang sah.
Beliau menghargai usaha diplomatik Qatar yang memberi sumbangan untuk menghentikan serangan Israel terhadap rakyat Palestin lalu mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Selasa,25-05-2021 – Sekurang-kuranya 200 ribu orang penunjuk perasaan di London mengadakan longmarch dan tunjuk perasan. Penganjur demonstrasi menyatakan ia adalah tunjuk perasaan terbesar sejak beberapa tahun terakhir. Mereka menyokong Palestin, khususnya Al-Quds dan Gaza dalam menghadapi Israel. Para demonstran menuntut agar Israel diadili atas kejahatan mereka terhadap warga sivil Palestin.
Jawankuasa acara Forum Palestin di Britain, Kempen Solidariti Palestin, Sahabat Al-Aqsha, Persatuan Hentikan Perang, Kempen Anti Senjata Nukleur dan Ikatan Islam di Britain meminta agar pemerintah Boris Johnsen ditekan agar menghentikan sokongan terhadap penjajah Israel dan memberikan solidariti kepada Palestin, keluarga para syuhada dan mangsa yang cedera serta dunia berhenti menyokong Israel. Bahkan mereka meminta agar Israel diadili atas kejahatan-kejahatannya terhadap rakyat Palestin.
Adnan Humaidan, jurucakap Forum Palestin di Britain mengatakan, walaupun sudah diumumkan gencatan senjata, rakyat Palestin di Gaza masih menghadapi sekatan keras selama 15 tahun dan hak-hak kemanusiaan mereka dilanggar. Warga Palestin di Semenanjung Gaza dan Al-Quds masih menghadapi penjajahan militan keji dan pengekangan lalu lintas, perobohan rumah dan melaksanakan undang-undang militan terhadap warga sivil.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa,25-05-2021 – Malam Sabtu lalu, polis Israel telah menghalang sebuah tunjuk perasaan yang dianjurkan di hadapan pintu masuk barat ke kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki.
Berpuluh-puluh orang rakyat dan aktivis perpaduan telah menyertai perarakan tunjuk perasaan tersebut, dan telah menuntut supaya para peneroka haram menghentikan provokasi mereka serta menghentikan kepungan di kawasan berikut selama 14 hari.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan bahawa ramai orang awam yang cedera, termasuk seorang yang terkena bom bunyi di kepala dan telah dibawa ke hospital, sementara kecederaan yang lain telah dirawat di lapangan.
Kejiranan Sheikh Jarrah menyaksikan pertempuran harian antara polis penjajah dan peneroka haram di satu pihak dan jiran tetangga, penduduk Baitulmaqdis, para pemuda dan aktivis perpaduan di pihak yang lain. Mereka sering berhadapan dengan pencerobohan dan serangan peneroka haram, sekaligus membuktikan kejituan mereka di tanah air mereka.
500 orang penduduk Baitulmaqdis yang tinggal di 28 rumah di kawasan tersebut berhadapan ancaman kehilangan tempat tinggal setelah beberapa kumpulan Yahudi baru-baru ini mendapatkan keputusan mahkamah Israel yang memberi mereka lampu hijau untuk mengambil alih rumah-rumah kediaman di Sheikh Jarrah, walaupun pada hakikatnya penduduk kejiranan tersebut adalah pemilik sebenar dan sah hartanah di sana.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa,25-05-2021 – Berpuluh anggota polis Israel menyerbu masuk ke laman dalam masjid al-Aqsa pada waktu Subuh hari Ahad dan menyerang jemaah Muslim.
Saksi menambah bahawa polis penceroboh menahan beberapa pemuda selepas memukul mereka semasa mereka menuju ke masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat manakala yang lain dirawat kerana lebam.
Sementara itu, sumber tempatan berkata bahawa polis Israel menahan setiausaha pergerakan Fatah di Baitulmuqaddis, Shadi Mutour, dan dua pemuda, Fadi Mutour dan Nour Al-Shalabi selepas menyerbu kediaman mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa,25-05-2021 – Rejim Zionis telah mengumpul hampir 2,000 warga Palestin sejak lima minggu yang lalu dalam peningkatan kempen penangkapan rakyat Palestin, kata Abdul Nasser Farwana, Ketua Unit Kajian dan Dokumentasi Pihak Berkuasa Tahanan Palestin.
Beliau menambah dalam siaran media pada hari Ahad bahawa penangkapan itu dilakukan di Tebing Barat, Jerusalem dan Wilayah Palestin 1948 yang melibatkan kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Farwana berpendapat bahawa pihak berkuasa Israel menyasarkan untuk melemahkan tekad Palestin dan menghentikan semangat mereka menentang penjajahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa,25-05-2021 – Rumah Putih mengumumkan bahawa presiden Amerika, Joe Biden memberi jaminan kuat bahawa semua pihak berkaitan komited dengan gencatan senjata yang bermula Jumaat pagi di Gaza.
Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki dalam kenyataan akhbarnya mengatakan, kami memiliki jaminan kuat dari semua pihak berkaitan bahawa mereka memberikan komitmen menghentikan serangan (gencatan senjata).
Beliau menambah, Amerika akan memantau dan mengawasi realisasi gencatan senjata secara intensif dalam beberapa hari ke depan. Biden tidak memiliki rancangan mengubah bantuan keselamatan kepada Israel, tegas jurucakap Rumah Putih.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman