Jumaat,14-05-2021 – Pesawat perang Israel melancarkan lebih kurang 100 serangan di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada pagi Rabu dan memusnahkan semua balai polis dan satu Menara kediaman.
Serangan itu adalah paling ganas sejak kekejaman bermula pada dua hari lalu, memusnahkan semua balai polis serta sejumlah kawasan pejuang.
Iyad al-Buzm, jurucakap Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa sejumlah serangan udara oleh Israel telah meratakan semua kuarter polis di kawasan yang terkepung itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat,14-05-2021 – Pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menyeru setiap rakyat Palestin yang dapat sampai ke Al-Aqsa untuk menunaikan solat Aidilfitri pada hari Khamis dan menghadiri khutbah Jumaat di halaman masjid.
Sheikh Sabri menekankan pada hari Rabu bahawa perlunya menghadiri kedua-dua solat Aidilfitri dan solat Jumaat pada hari kedua Aidilfitri.
Beliau memuji penduduk di Semenanjung Gaza, menggambarkan mereka sebagai “tabah dan sabar”, serta berdoa untuk para syahid dan berharap agar diberikan kesembuhan bagi yang cedera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat,14-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin tertinggi Hamas, pada hari Rabu telah berbincang melalui telefon dengan Dr. Saad al-Din al-Othmani, perdana menteri Maghribi berkenaan perkembangan berbahaya di Jerusalem dan Semenanjung Gaza.
Haneyya menerangkan kepada perdana menteri Maghribi tersebut berkenaan cubaan rejim Israel untuk menyingkirkan penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Jerusalem, cubaan untuk mengawal masjid al-Aqsa dan pencerobohan berterusan di tapak suci umat Islam tersebut.
Beliau menjelaskan keadaan semasa di Semenanjung Gaza, jenayah pihak rejim ke atas wanita dan kanak-kanak, pemusnahan rumah-rumah penduduk dan bangunan-bangunan kerajaan berikutan tindak balas pihak penentang Palestin dalam memenuhi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Jerusalem dan masjid al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis,13-05-2021 – Pergerakan Hamas pada hari Selasa menyalahkan rejim zionis Israel sepenuhnya atas sebarang serangan yang dilakukan ke atas kediaman penduduk awam di Semenajung Gaza dan mengesahkan taktik serangan timbal balas.
“Sifat kesatrian warga Palestin yang digalas oleh Briged al-Qassam telah menjalankan tanggungjawab dalam melindungi warga Palestin dan bertindak balas secara berdepan ke atas usaha penaklukan dan jenayah ke atas warga Palestin di Jerusalem serta jemaah di Masjid Al-Aqsa dan serangan keatas penduduk awam, kanak-kanak dan kawasan pejuang Palestin di Gaza “ menurut jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa.
“ Kami mengesahkan tiada pengunduran dari taktik timbal balas, dimana ianya ditumpukan kepada musuh kami, rejim Zionis Israel “ tambah Baharoum sebagai jurucakap Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis,13-05-2021 – Rejim Zionis telah menahan seorang pemuda berhampiran Salfit pada hari Selasa setelah mendakwa dia cuba melakukan serangan tikaman.
Sumber Hebrew melaporkan bahawa Rejim berkenaan telah menembak dan menahan warga Palestin itu. Warga Palestin diserang setiap hari oleh tentera Rejim Zionis yang ditempatkan di Salfit.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis,13-05-2021 – Pesawat udara rejim Israel mengubah kompleks Hanadi di bandar Gaza menjadi runtuhan pada petang Isnin.
Wartawan PIC berkata dron Israel menembak beberapa bom amaran ke arah menara 12 tingkat berkenaan di barat Gaza. Pesawat udara Israel kemudian menyasarkan sejumlah peluru berpandu ke arah menara tersebut yang menyebabkannya runtuh, tambahnya. Pesawat udara Israel pada awal hari ini menyasarkan sejumlah rumah dan pangsapuri di beberapa kawasan di bandar Gaza yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan besar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu , 12-05-2021 – 20 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 9 kanak-kanak dalam serangan udara yang dilakukan oleh Israel di Jalur Gaza pada Isnin petang sementara 65 yang lain cedera.
Kementerian kesihatan mengatakan bahawa 20 mayat dibawa ke hospital tempatan di utara Jalur Gaza termasuk 9 kanak-kanak, dan salah satunya adalah bayi perempuan.
Pesawat perang Israel telah melancarkan serangan udara secara berangkai di berbagai kawasan yang terkepung dimulakan dengan serangan maut di bandar utara Beit Hanun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada mohd sayuti
Rabu , 12-05-2021 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya melaporkan kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tentang perkembangan berbahaya di Jerusalem dan pekarangan Masjid Al-Aqsa, pada Isnin.
Dalam perbualan melalui telefon itu, Haneyya turut memberitahu rancangan pemindahan penduduk asal Palestin oleh Israel dari Perkampungan Sheikh Jarrah, sekaligus menggesa negara-negara Islam bersidang bagi menangani hal ini.
“Keputusan kami serta orang-orang kami adalah mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Jerusalem,” tegas beliau.
Rabu , 12-05-2021 – Bulan Sabit Palestin berkata, ratusan warga Palestin cedera, sebahagiannya serius, ketika serangan ganas oleh polis rejim ke atas Masjid Aqsa, yang bermula pada pagi Isnin.
Kru Bulan Sabit berjaya memindahkan setakat ini sebanyak lebih 175 warga yang cedera ke pusat perubatan lapangan dan hospital di Baitulmuqaddis. Manakala polis rejim masih menghalang memindahkan mereka yang cedera.
Kumpulan-kumpulan perubatan turut melaporkan sekurang-kurangnya 13 warga Palestin mengalami kecederaan mata yang serius ketika serangan.
Rabu , 12-05-2021 – Pada hari Isnin lalu, pemimpin Hamas, Ismail Haneyya, mengatakan bahawa pihak penentang sudah bersedia dan tidak akan berdiam diri jika pendudukan Israel tidak mengundur diri dan menghentikan rancangan zalimnya di Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.
Haneyya mengatakan dalam sebuah pernyataan media bahawa Gerakan berkenaan tidak akan membiarkan rancangan penjajahan di Baitulmaqdis menjadi kenyataan, sambil menambah, “Puak penentang akan melakukan apa sahaja yang mungkin untuk mencegah penjajahan dan peneroka haram daripada mencapai tujuan mereka”
Beliau memuji wira-wira berani di Baitulmaqdis dan Al-Aqsa yang mempertahankan Masjid tersebut dan berhadapan dengan polis Israel dan peneroka haram Yahudi.
“Kami akan terus menyokong Masjid Al-Aqsa dan orang-orangnya di peringkat politik, diplomatik, media dan kemanusiaan, dan menyediakan asas untuk keteguhan”, tambah Haneyya.
Pada pagi Isnin lalu, beratus-ratus polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang suci dan menyerang jemaah Muslim di sana yang telah mengakibatkan 300 orang cedera akibat peluru getah dan tabung gas pemedih mata.
Rabu , 12-05-2021 – Pesawat tempur Israel telah melepaskan sejumlah peluru berpandu pada perhimpunan warga Palestin di Beit Hanun, utara Semenanjung Gaza, pada hari Isnin, membunuh sembilan orang termasuk tiga kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa mayat sembilan syahid itu dibawa ke Hospital Beit Hanun bersama sejumlah warga lain yang cedera. Sumber setempat juga menyatakan pesawat tempur berkenaan menyasarkan sebuah motosikal di bandar sama yang telah membunuh pemandunya.
Rabu , 12-05-2021 – Sekurang-kurangnya seramai 305 orang telah cedera dalam serangan oleh polis Israel ke atas perkarangan dan kawasan sekitar masjid al-Aqsa di timur bandar lama Jerusalem yang diduduki, Bulan Sabit Merah Palestin berkata pada hari Isnin.
Lebih kurang 228 orang telah dipindahkan ke tiga hospital di Jerusalem, dan tujuh orang berada dalam keadaan kritikal. Menurut radio tentera Yahudi, 21 orang anggota polis Israel telah cedera dalam pertempuran dengan pemuda Palestin di kawasan berbeza di Jerusalem dan di dalam perkarangan masjid Al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : amrul azmi mizan
Rabu , 12-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin tertinggi Hamas, menyeru untuk menggerakkan politik dan diplomatik negara-negara Arab, Islam dan antarabangsa untuk mencegah Israel dari meneruskan serangan “biadab” terhadap kesucian tanah di Jerusalem Palestine dan Masjid Al-Aqsa.
Dalam mesej yang dihantar kepada pemimpin negara-negara Arab dan Islam pada hari Ahad, Haneyya menekankan bahawa peningkatan pencerobohan Israel telah melintasi semua garis merah dan memprovokasi bangsa Arab dan Islam.
Beliau turut menyatakan harapan serta keyakinan bahawa negara-negara arab dan negara Islam antarabangsa akan bersatu dalam menghadapi kekejaman Israel serta terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestine.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada mohd sayuti
Selasa,11-05-2021 – Hampir 2,000 orang sertai demonstrasi anjuran organisasi penduduk Palestin sebagai tanda solidariti kependudukan rakyat asal Palestin pada Ahad.
Menurut wartawan, Adnan Humaidan, masing-masing mengibar bendera Palestin dan sepanduk mengecam tindakan jenayah Israel sekaligus melaungkan sokongan atas hak penduduk asal Jerusalem.
Tambahnya lagi, demonstrasi ini bertujuan mendesak kerajaan Britain bertindak menentang kekejaman Israel, selain pernyataan kebersamaan mereka dengan penduduk Palestin dalam isu berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Selasa,11-05-2021 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal berkata “Jerusalem sedang bergolak, tetapi tidak akan pernah dipijak oleh rejim Israel dan penerokanya.”
Mishaal membuat kenyataan semasa persidangan dalam talian di Jerusalem yang dianjurkan pada hari Sabtu oleh Kesatuan Maghribi untuk isu penghinaan Ummah.
“Tidak ada kehidupan bagi kita tanpa Jerusalem. Jerusalem bukan hanya ibu kota politik, agama, rohani, dan peradaban, tetapi juga masa lalu, sekarang, dan masa depan,” tegas pegawai Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar