Categories
Berita Semasa

Tawanan Palestin Makin Terseksa.

Khamis, 28/08/2008 –
Pusat kajian tahanan menuduh pihak berkuasa penjara Israel (IPA) kerana menyeksa tawanan-tawanan Palestin di penjara Israel sambil menegaskan ia telah merosakkan rekod dalam pelanggaran hak asasi manusia bagi tahanan-tahanan tersebut.

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: 46 pesakit termasuk 10 kanak-kanak mati.

Khamis, 28/08/2008 –Kementerian Kesihatan kerajaan Palestin telah memberi amaran bahawa kelewatan berterusan oleh pihak Israel di dalam membuka laluan Gaza akan membawa ancaman serius kepada nyawa pesakit-pesakit.

Categories
Berita Semasa

Salah : Aqsa Dalam Bahaya.

Isnin, 25/08/2008 –Pemimpin Islam terkemuka di tanah penduduk Palestin yang diduduki sejak 1948, Sheikh Raed Salah pada Ahad lalu menyelar tindakan menutup yayasan Aqsa oleh polis Israel sambil menegaskan bahawa penutupan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Categories
Berita Semasa

Perjuangan Mempertahan Al-Aqsa Sudah Bermula.

Isnin, 25/08/2008 –Perjuangan mempertahan masjid Al-Aqsa telah bermula dan semua pejuang mujahidin perlu bersiap sedia berkorban dalam melindungi Al-Aqsa, Abu Abir jurucakap Jawatankuasa Pejuang berkata demikian apabila pihak Zionis terus menerus melakukan aktiviti menggali dibawah Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa kebakaran masjid Al-Aqsa 39 tahun yang lepas.

Categories
Berita Semasa

Pegawai Fatah pecah amanah ratusan ribu wang Kementerian Kewangan.

Jumaat, 22/08/2008 –Beratus ribu dolar wang telah digelapkan oleh akauntan-akauntan Fatah di kementerian kewangan Palestin minggu ini, menurut sumber yang boleh dipercayai di Ramallah .

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel sahkan : Tiada seorang pelarian Palestin akan pulang ke tanah 1948.

Jumaat, 22/08/2008 –Pejabat PM Ehud Olmet telah menafikan sekeras-kerasnya Khamis lalu bahawa Israel mahu menyerap 20,000 pelarian Palestin ke dalam kawasan yang dijajah tahun 1948, sambil menambah bahawa Israel telah jelas yang tidak ada walau seorangpun pelarian Palestin yang akan dibenarkan pulang.

Categories
Berita Semasa

Agensi PBB lapor keadaan bom kluster di selatan Lubnan.

Jumaat, 22/08/2008 –Agensi PBB yang bertanggungjawab menghapuskan periuk api di selatan Lubnan pada Khamis lalu menyatakan bahawa mereka telah menyelesaikan separuh daripada gugusan bom yang dijatuhkan oleh tentera udara Israel di selatan Lubnan dua tahun lalu.

Categories
Berita Semasa

Penyokong kuat Abbas dera lelaki tua Nablus.

Jumaat, 22/08/2008 –Seorang lelaki tua dari Nablus, kini sedang dalam saat kritikal untuk hidup di sebuah hospital tempatan selepas melalui pengalaman didera secara fizikal dan psikologi oleh pegawai penyiasat kerajaan Palestin yang dilatih oleh CIA.

Categories
Berita Semasa

Hamas gesa pertemuan Saudi-Mesir untuk akhiri kepungan Gaza.

Jumaat, 22/08/2008 –Pergerakan Hamas menggesa, Khamis lalu, agar pemimpin Saudi dan Mesir dapat berusaha agar dapat memberhentikan kepungan zalim ekonomi oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan kadar yang segera dan segera memulakan dialog kebangsaan dalam Palestin.

Categories
Berita Semasa

Pasukan tentera Israel mara ke pekan Khuza’a di selatan Gaza.

Jumaat, 15/08/2008 –Sejumlah besar pasukan tentera Israel dengan kekuatan kenderaan bersenjata dan jentolak, pagi Khamis yang lalu telah mara ke pekan Khuza’a di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, bagi kali kedua sejak gencatan senjata kira-kira dua bulan lalu.

Categories
Berita Semasa

Olmert cadang serap 20,000 pelarian Palestin sebagai perjumpaan semula keluarga.

Jumaat, 15/08/2008 – Sebuah akhbar Israel mendedahkan bahawa PM Ehud Olmert telah memberitahu Presiden PA Mahmoud Abbas bahawa Israel mampu menyerap 20,000 pelarian Palestin setiap tahun selama 10 tahun sebagai sebahagian daripada perjumpaan semula keluarga dengan syarat, segala isu muktamad antara kedua-dua belah pihak haruslah diselesaikan.

Categories
Berita Semasa

Keluarga tahanan lumpuh rayu pembebasan.

Jumaat, 15/08/2008 –Keluarga tahanan Palestin Mansour Mawkadi telah merayu pihak institusi perundangan tempatan dan antarabangsa untuk menekan Israel agar membebaskan tahanan itu atas sebab keadaan kesihatan yang tidak memuaskan dan kesakitan yang dialaminya.

Categories
Berita Semasa

Kementerian hal ehwal agama beri amaran niat bina kuil di dinding Buraq.

Jumaat, 15/08/2008 –Jawatankuasa Al-Quds di bawah Kementerian Awqaf dan hal ehwal agama Palestin Rabu lalu memberi amaran tentang niat Israel untuk membina kuil Yahudi di dinding Buraq di Baitul Maqdis, sambil menambah bahawa terdapat perancangan lain oleh Zionis untuk menukar bangunan bersejarah Islam kepada kuil mereka.

Categories
Berita Semasa

Barak sedia bayar harga tinggi untuk Shalit.

Jumaat, 15/08/2008 –Menteri ‘perang’ Israel, Ehud Barak telah mengumumkan kesediaan untuk membayar harga yang tinggi bagi pembebasan Gilad Shalit yang kini dalam tahanan kumpulan pembebasan Palestin.

Categories
Berita Semasa

Masri : Penutupan sempadan Rafah bukti tiada keyakinan antara Palestin dan Mesir

Jumaat, 15/08/2008 –Ahli Parlimen Mushir al-Masri, salah seorang pemimpin politik Hamas, Rabu lalu menyatakan bahawa terdapat suasana kurang keyakinan dan persefahaman antara kepimpinan Palestin dan Mesir kerana desakan baru-baru ini agar pintu sempadan Rafah ditutup.