Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel serang nelayan di perairan Gaza.

Isnin , 23-11-2020 –  Tentera laut rejim zionis bertindak ganas menembak nelayan dan bot warga Palestin.  Kejadian berlaku di utara pesisiran pantai Gaza.

Sumber tempatan berkata, bot tentera rejim melepaskan tembakan ke arah beberapa buah bot nelayan  yang sedang berada  kurang dari enam batu nautika dari pantai al-Sudaniya, utara Gaza. Bagaimana pun, tiada sesiapa yang cedera dalam serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel roboh rumah milik rakyat Palestin.

Isnin , 23-11-2020 –  Khamis pagi yang lalu, Israel telah meroboh sebuah rumah milik rakyat palestin di bandar al-Lod di kawasan negara haram Israel (tanah jajahan 1948). Menurut sumber tempatan, jentolak milik penguatkuasa perangkaan dan pembangunan telah menyerang kejiranan Shnair di bandar tersebut dan terus menghancurkan rumah 2 tingkat tersebut dibawah pengawasan polis.

Rumah tersebut telah dibina puluhan tahun yang lepas adalah milik keluarga Shaaban dan terdahulu, rumah tersebut digunakan untuk sewaan.
Seperti biasa, pihak berkuasa Israel mengeluarkan tuntutan bahawasanya rumah tersebut dibina tanpa lesen yang sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Polis Israel culik dua warga Baitulmuqaddis.

Isnin , 23-11-2020 –  Polis Rejim Zionis pada Rabu menculik dua pemuda Baitulmuqaddis dari kejiranan di timur Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis menyerbu kejiranan al-Thuri dan menyerang dua pemuda yang dikenali sebagai Laith Assi dan Ibrahim Siyam sebelum mengepung mereka. Polis rejim turut mengeluarkan denda ke atas sejumlah warga Palestin di kejiranan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Cemar Masjid Al Aqsa Beramai-Ramai

Isnin , 23-11-2020 –  Puluhan peneroka haram Yahudi yang dikawal oleh sejumlah besar anggota polis telah mecemari Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada pagi Khamis lalu.

Menurut Pentadbiran Awqaf Islam di kota suci itu, 98 peneroka haram, termasuk 53 pelajar dari institusi-institusi Yahudi, memasuki Masjid secara berkumpulan dan berlegar-legar di kawasan halaman di bawah perlindungan ketat polis.

Para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount) dan melakukan beberapa ibadah Talmud semasa melakukan lawatan, terutama di kawasan timur Masjid.

Masjid Al Aqsa terdedah kepada pencemaran setiap hari oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci tersebut. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Dorong Pembangunan Ribuan Unit Penempatan Baharu Yahudi di Utara al-Quds

Isnin , 23-11-2020 –  Sumber media Israel menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang berusaha untuk mendorong pembangunan penempatan Yahudi di daerah permukiman “Atarot” di tanah desa Palestin di “Qalandia Al-Balad” dan “Beit Hanina” di utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel, sebelum berakhirnya tempoh pemerintahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Televisyen Israel melaporkan bahawa dalam penyataan tertutup Netanyahu menjelaskan keinginannya untuk mendapatkan persetujuan segera dari Amerika Syarikat untuk langkah tersebut. Dia akan meminta Menteri Luar Negeri Amerika, Mike Pompeo ketika pertemuan di al-Quds Khamis (19/11/2020) ini untuk menyokong ke arah pembangunan ribuan unit penempatan baharu Yahudi di kawasan tersebut.

Melalui saluran rasmi Israel, pegawai pemerintah yang dekat dengan Netanyahu mengatakan bahawa pemerintah Israel sedang berusaha untuk memaksakan keberadaan penempatan baharu Yahudi di lapangan, sebelum presiden AS yang terpilih, Biden, secara rasmi mengambil alih tampuk pemerintan Amerika Syarikat.

Saluran rasmi Israel itu menyatakan para pegawai  di sekitar Netanyahu yakin bahwa “apa yang belum diselesaikan (dari pembangunan penempatan) sekarang tidak akan terjadi di bawah pemerintahan Amerika Syarikat yang baharu.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas mengecam lawatan menteri luar Bahrain ke Israel

Isnin , 23-11-2020 –  Gerakan Hamas dengan tegas mengecam kunjungan menteri luar negeri Bahrain, Abdul-Latif az-Zayani ke Israel dan permintaannya untuk menukar duta besar dengan negara penjajah, menggambarkannya sebagai “langkah berdosa.”

“Kunjungan menteri luar negeri Bahrain ke entiti Zionis dan perbincangan persahabatannya dengan pemimpin penjenayah dikritik secara moral dan ditolak oleh negara Arab,” kata jurucakap Hamas Hazem Qasem.

“Permintaan Bahrain untuk pertukaran duta besar dari entiti Zionis mencerminkan desakan rejim Bahrain untuk memperdalam dosa nasional yang telah dilakukannya ketika menandatangani perjanjian normalisasi [dengan Israel],” kata jurucakap Qasem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Israel bersiap membuka 2 perkampungan penjajahan di Ramallah dan Nablus

Isnin , 23-11-2020 –  Kelompok pemukiman Yahudi dengan sokongan pemerintah pendudukan penjajah Israel sedah bersiap untuk membuka dua perkampungan baru penjajahan di Ramallah dan Nablus.

Pertubuhan pemukiman Yahudi “ Israel Shelly” di Ramallah sudah pun dalam fasa terakhir persiapkan perkampungan baru penjajahan, Shilo yang di bangunkan di atas tanah desa Turmus Ayya.

Di Nablus, Pertubuhan Warisan Yahudi sedang bekerja untuk menentukan tapak baru pemukiman di Sebastia. Pemukim pendatang Yahudi dalam jumlah yang besar di bawah perlindungan pasukan pendudukan penjajah Israel pada rabu lepas (18/11/2020) telah menyerbu masuk kota Sebastia yang terletak di utara Nablus.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Kes Corona baru di penjara Israel

Jumaat, 20-11-2020 – Kelab Tahanan Palestin mengumumkan pada Selasa yang Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah melaporkan satu kes baru coronavirus di kalangan tahanan Palestin. Ini menjadikan jumlah jangkitan sejak 2 November menjadi lebih 100 kes.

Kelab itu berkata bahawa para tahanan berada dalam kerisauan, apabila jangkitan baru terus bertambah setelah 15 hari sejak jangkitan virus itu bermula di dalam penjara Israel.

Kelab itu menekankan yang majoriti jangkitan adalah di bahagian No. 3 di penjara Gilboa, manakala tiga lagi kumpulan tahanan dipindahkan ke tiga penjara lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Empat Penduduk Tebing Barat Terima Perintah Henti Kerja Di Kediaman

Jumaat, 20-11-2020 – Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah mengeluarkan perintah berhenti kerja terhadap empat rumah kediaman milik warga Palestin di Kisan, timur Bethlehem, sebagai langkah awal untuk merobohkan rumah-rumah tersebut.

Menurut timbalan ketua majlis desa Ahmed Ghazal, tentera Israel, seperti biasa, mempertahankan tindakan tersebut dengan mendakwa bahawa rumah-rumah berkenaan tidak berlesen, dan menambah bahawa rumah-rumah itu milik empat penduduk tempatan.

Seperti kawasan-kawasan lain di Tebing Barat, Kisan adalah sasaran biasa untuk kegiatan perobohan dan penempatan haram Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestine mangsa tembakan Israel di Jenin

Jumaat, 20-11-2020 – Beberapa orang pekerja Palestine mengalami sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata yang di lancarkan oleh tentera Israel. Menurut sumber di lokasi, pasukan Israel menggunakan helicopter mensasarkan tembakan gas pemedih mata kepada pekerja Palestin yang dalam perjalanan ke tempat kerja mereka.

Tembakan tersebut mengakibatkan beberapa pekerja Palestin mengalami sesak nafas.Pada waktu yang sama Israel terus menempatkan lebih ramai tentera mereka di kawasan tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Mladenov menyelar keputusan Israel untuk meluaskan penempatan haram.

Khamis, 19-11-2020 – Utusan PBB Timur Tengah Nickolay Mladenov telah menyuarakan kebimbangannya tentang keputusan Israel untuk membuka proses tawaran bagi pembinaan ratusan unit kediaman di penempatan haram Givat Hamatos di Baitulmuqaddis.

“Saya sangat bimbang dengan keputusan Israel untuk membuka tawaran pembinaan Givat Hamatos,” Mladenov berkata pada Isnin.

“Jika dibina, ia akan menggabungkan penempatan-penempatan di Baitulmuqaddis dan Bethlehem di Tebing Barat. Ini akan merosakkan lagi prospek negara Palestin bagi mencapai rundingan  penyelesaian dua negara.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ratakan tanah sehingga memasuki selatan Gaza.

Khamis, 19-11-2020 – Rejim Zionis telah meratakan tanah sempadan sehingga ke bahagian selatan Jalur Gaza pada pagi selasa yang lalu. Sumber tempatan melaporkan bahawa empat jentolak milik tentera Israel masuk dari pintu gerbang Sharab al-Asal di sempadan al-Fakhari, sebelah timur Khan Yunis, di selatan Jalur Gaza dan kini maju ke pinggit timur kota Khan Yunis.

Jentolak tersebut menuju ke wilayah selatan dan melakukan kerja meratakan tanah berhampiran pagar sempadan, di pertengahan penempatan tangki Merkava di atas landasan tanah didalam sempadan.
Rejim Zionis terus menerus melakukan serangan bagi meluaskan tanah Israel kedalam sempadan Palestin dan menghalang petani dari memasuki tanah mereka sendiri dan seterusnya merampas tanah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel timbus kolam di Nablus, roboh pondok di Lembah Jordan.

Khamis, 19-11-2020 – Rejim Israel bertindak meroboh sebuah kolam tadahan air di perkampungan Furush Beit Dajan, timur Nablus dan sebuah binaan di utara Lembah Jordan.

Seorang penduduk Furush Beit Dajan, Tawfiq al-Hajj berkata bahawa pihak rejim menimbus kolam yang digalinya dengan tangan yang diguna untuk menyiram tanaman berikutan kampung tersebut sedang mengalami kekurangan bekalan air akibat tindakan pihak tentera menggali air bawah tanah secara haram di kawasan itu

Sementara itu, di utara Lembah Jordan pihak rejim menyerbu kawasan Umm al-Jamal dan bertindak meroboh sebuah pondok kayu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Kes korona baru dikesan di penjara Israel

Khamis, 19-11-2020 – Kelab Tawanan Palestin mengumumkan bahawa Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah melaporkan kes koronavirus baru di kalangan tahanan Palestin. Ini menjadikan jumlah jangkitan sejak 2 November menjadi lebih daripada 100 kes.

Kelab tahanan itu mengatakan bahawa para tahanan berada dalam keadaan cemas, kerana jangkitan baru terus direkodkan di antara mereka setelah 15 hari berlalu sejak jangkitan virus mula menyebar di dalam penjara Israel.

Kelab itu menunjukkan bahawa sebahagian besar jangkitan ditahan di bahagian No.3 di penjara Gilboa, kumpulan tahanan lain dipindahkan ke tiga penjara lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

COVID-19: 11 Kematian, 1158 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Khamis, 19-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa melaporkan 11 kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus) dan 1,158 ujian positif baharu di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, enam dari mangsa baharu yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, tiga dari Baitulmaqdis, dan dua dari Semenanjung Gaza.

44 pesakit COVID-19 yang kritikal juga mendapat rawatan intensif di hospital, dan sembilan daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

87.5 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.6 peratus dan kadar kematian adalah 0.9 peratus dari jumlah kes, menurut data yang dikemas kini oleh kementerian hari ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul