Khamis, 11-06-2020 – Berpuluh-puluh pekerja institusi bagi orang berkeperluan khas Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Kota Lama Baitulmaqdis menuntut keadilan untuk Eyad al-Hallaq, pemuda autism yang dibunuh polis rejim Israel minggu lepas.
Penunjuk perasaan membawa kain rentang mengutuk atas perbuatan jenayah pihak Israel, membunuh luar batas undang-undang dan mencabul hak rakyat Palestin berkeperluan khas.
Peguam Haitham al-Khatib dalam satu kenyataan berkata bahawa tunjuk perasaan itu diadalan bagi mengutuk kematian Eyad al-Hallaq, seorang yang tidak mungkin mampu mengancam nyawa orang lain dan menuntut keadilan bagi pihak mangsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 11-06-2020 – Perbandaran Israel pada Isnin mula memusnahkan perkuburan Muslim yang sudah ada sejak abad ke 18 bagi melaksanakan rancangan membina satu kediaman bagi warga Yahudi gelandangan dan satu ruang komersil di kawasan itu.
Menurut laman web Haaretz, lebih kurang 20 pembantah pergi ke kawasan pembinaan dan cuba menghentikan kerja tersebut tetapi sejumlah besar polis rejim telah berada di situ untuk mengawal aktiviti pemusnahan tersebut.
Residen Arab yang membantah itu menayangkan tanda besar menyatakan: “Datuk Bandar Ron Huldai mencemarkan perkuburan Muslim.”
Khamis, 11-06-2020 – Polis Israel telah mengeluarkan perintah mengusir seorang warga Baitulmaqdis dari Baitulmaqdis selama beberapa bulan.
Menurut sumber tempatan, polis Israel telah memanggil Annan Najeeb, bekas tahanan Baitulmaqdis, untuk disoal siasat berkali-kali selama beberapa hari sebelum mereka memutuskan pada hari ini untuk melarang kemasukannya ke kota suci itu selama enam bulan.
Polis membenarkan tindakan sewenang-wenangnya terhadap Najeeb dengan mendakwa bahawa dia sedang mencetuskan perkara yang boleh menimbulkan ancaman keselamatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis, 11-06-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah menyeru kepada seluruh pimpinan Negara Arab dan Islam untuk melakukan tindakan segera menghadapi rancangan aneksasi (penggabungan) Israel di Tebing Barat, Al-Quds dan Lembah Jordan.
Dalam surat yang dikirimkannya kepada lebih daripada 40 ketua Negara Arab dan Islam, Haniyah menyampaikan bahawa rancangan aneksasi Israel merupakan serangan baru di samping kejahatan dan pembantaian yang dilakukan Israel di sepanjang sejarah kelamnya terhadap hak bangsa Palestin dan bangsa-bangsa lain dan menjadi ancaman nyata terhadap masa depan Palestin, bangsa Arab dan dunia Islam secara menyeluruh.
Haniyah meminta seluruh pimpinan Negara Islam untuk memberi sokongan terhadap Palestin bersatu serta menolak semua projek penempatan dan proses Yahudinisasi di Tebing Barat dan Al-Quds selain rancangan melenyapkan isu Palestin yang didukung Amerika dan menciptakan jalur aman politik, diplomasi, ekonomi dan media untuk melindungi perjuangan nasional Palestin dalam meraih kemerdekaan dan kebebasan dengan mendirikan negara berdaulat dengan ibukota Al-Quds.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 10-06-2020 – Rejim zionis Israel bertindak ganas memusnahkan bangunan dan pondok niaga milik peniaga dan penjaja tepi jalan warga Palestin yang terletak berdekatan laluan tentera rejim di Qalandiya dan jalan menuju ke bandar al-Ram, Baitulmaqdis
Kata saksi, sebuah jentolak memasuki kawasan berhampiran jalan masuk ke bandar Qalandiya dan laluan kegunaan tentera tanpa memberi notis awal, sebaliknya terus bertindak ke atas bangunan dan pondok niaga.
Tambah saksi itu lagi, anggota tentera rejim berkasar dengan peniaga dan penjaja dengan menangkap salah seorang dari mereka sehingga berlaku pergaduhan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 10-06-2020 – Gerakan Hamas memberi amaran yang niat rejim Israel untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat dan Lembah Jordan serta plot ke atas Masjid Aqsa akan mencetuskan kebangkitan besar-besaran.
“Baitulmuqaddis akan terus menjadi kota Palestin, Arab dan Islam dan ibu negara Palestin selama-lamanya, dan semua kuasa di bumi ini tidak akan mampu mengubah identiti dan sejarahnya,” Pejabat Hal Ehwal Baitulmuqaddis Hamas menyatakan dalam satu kenyataan akhbar.
“Rejim dan rancangannya akan gagal dan konspirasinya tidak akan bertemu masa depan di tanah Palestin,” Hamas menambah.
Rabu, 10-06-2020 – Seorang kanak-kanak perempuan Palestin mengalami kecederaan di matanya setelah seorang peneroka Yahudi menyerangnya di Kota Lama Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, Mariam Najeeb yang berusia 11 tahun bermain dengan skuter berdekatan rumahnya di jalan al-Wad, Kota Lama ketika seorang peneroka menolaknya dengan kasar ke tanah lalu melarikan diri ke arah plaza tembok barat Masjidil Aqsa.
Gadis kecil itu mengalami kecederaan di mata kirinya dan dikejarkan oleh keluarganya ke Hospital Shaare Zedek di Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Selasa, 09-06-2020 – 21 warga Palestin dilaporkan diculik oleh pasukan pendudukan Israel dalam serangan subuh pada hari Khamis di beberapa kawasan di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, tentera yang menaiki lebih dari 10 kenderaan tentera menyerbu bandar Arura di Ramalllah utara dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Ayman al-Atshan (pelajar Universiti Birzeit) dan Aysar al-Aruri setelah menerobos dan menggeledah kediaman mereka. Sebuah drone terbang di atas bandar semasa serangan tersebut.
Rejim Zionis juga menyerbu kampung Qibya, barat laut Ramallah dan menculik dua beradik lelaki yang dilkenali sebagai Ahmed dan Jameel Nassar setelah kediaman mereka digeledah.
Manakala di bandar Tulkarem pula, rejim Zionis menyerbu kawasan perkampungan Kitabah dan Dinabeh dan Tulkarem seterusnya menculik tiga pemuda Palestin. 14 warga juga ditahan semasa siri serangan rejim Zionis di kawasan yang lain di Tebing Barat yang kebanyakkanya di wilayah al-khalil.
Selasa, 09-06-2020 – UNRWA membuka proses pendaftaran online kepada para pelarian Palestin di Lebanon untuk mengagihkan dalam dana bantuan dari UNRWA pada Khamis (4/6).
Dalam sidang akhbar UNRWA menyebutkan, para penerima bantuan yang belum menerima nombor pengiriman wang bantuan bagi mereka, agar mengakses tautan https://gfoportal.unrwa.org/lforssp) dan mendaftarkan maklumat tentang bantuan ini pada tengah malam 3 Jun 2020 hingga tengah malam 7 Jun 2020.
Beliau menambah, para penerima bantuan tidak akan dapat mendaftar setelah tengah malam 7 Jun 2020, jadi harap patuhi tempoh yang ditentukan di atas, untuk mencatat maklumat dalam tautan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Usia anda separuh usia saya. Itu adalah rahmat bagi anda dan Minneapolis, juga sejujurnya untuk Amerika Syarikat. Tetapi usia juga adalah satu kebaikan, apa yang anda saksikan sekarang, kami yang membantah pada tahun 1960an juga mengalami nasib yang sama.
Abang saya Jack terpaksa berhadapan dengan perintah mewajibkan guru-guru muda agar masuk tentera. Beliau enggan dan mengakibatkan beliau ditahan di penjara.
Ketika saya melihat anda mengutuk pembunuhan oleh polis secara terang-terangan, kemarahan komuniti anda yang menular ke seluruh Amerika Syarikat, sebagai seorang yang pernah menyaksikan masa lalu Amerika, saya sedar ia berakar daripada eksploitasi, penaklukan, penindasan dan kerakusan oleh mereka yang berkuasa di Eropah seterusnya berubah menjadi kempen American Dream bagi golongan miskin dari Lithuania, Poland, Russia. Ataupun berakar daripada kononnya penerokaan bagi membawa keamanan ke tanah tidak didiami orang. Propaganda sedemikian telah membenarkan mereka yang berkuasa untuk terus berkuasa di bandar, kota, dan negeri-negeri sejak dari Perang Saudara hingga sekarang.
Jumaat, 5-6-2020 – Aktivis media sosial Baitulmaqdis menggesa para jemaah Muslim untuk mempertingkatkan kehadiran mereka di Masjidil Aqsa pada hari Jumaat ini, terutama untuk solat Subuh dan solat Jumaat.
Para aktivis menggesa semua warga di Baitulmaqdis dan sesiapa sahaja yang dapat memasuki kota tersebut untuk menuju ke Masjidil Aqsa bersama keluarga mereka menjelang waktu subuh hari Jumaat untuk memperbaharui tekad untuk melindungi tempat suci berkenaan daripada rancangan berterusan Israel untuk mengawal kawasan berkenaan serta menjadikan kawasan tersebut kawasan Yahudi.
Mereka mengatakan bahawa kehadiran ramai para jamaah Muslim untuk solat Subuh di Masjid tersebut akan mencerminkan kemuliaan negara Islam berkenaan dan kesetiaan kepada tempat suci mereka.
Pada subuh Ahad lalu, pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis Terjajah telah membuka kembali pintu Masjidil Aqsa kepada ribuan jemaah Muslim untuk menunaikan solat Subuh, setelah ditutup selama kira-kira dua setengah bulan sebagai langkah pencegahan terhadap koronavirus.
Pada waktu itu, pengarah Masjidil Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani, telah meminta semua jemaah Muslim untuk mematuhi langkah-langkah anti-koronavirus dan arahan kesihatan dan bekerjasama dengan pekerja Masjid demi keselamatan mereka sendiri.
“Harus ada kesedaran agar kita dapat hidup bersama-sama dengan virus tersebut dan memastikan agar al-Aqsa sentiasa dapat dibuka kepada para jemaah,” katanya.
Khamis, 04-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Rabu lalu mengumumkan bahawa lima kes COVID-19 (coronavirus) telah dikesan di kawasan berkenaan.
Kementerian Kesihatan mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa lima orang warga Palestin, yang baru-baru ini kembali ke Semenanjung Gaza dari luar negara dan masih berada dalam kuarantin, diuji positif untuk COVID-19.
Jumlah kes COVID-19 di Gaza telah meningkat kepada 66 sejak Mac lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kes telah pulih, sementara 47 pesakit masih menerima rawatan di pusat-pusat kuarantin.
Semenanjung Gaza telah mencatatkan satu kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan seorang wanita dalam lingkungan usia tujuh puluhan.
Khamis, 04-06-2020 – Amnesty International telah mengecam desakan Israel untuk mengenakan larangan perjalanan ke atas salah satu anggotanya yang menggambarkan kedudukan mahkamah dalam hal ini sebagai cerminan sistem kawalan Israel yang ketat dan penindasan sistematik yang dihadapi oleh rakyat Palestin setiap hari.
Maklum balas dari kedudukan mahkamah daerah Israel di Baitulmaqdis yang keatas petisyen untuk mengangkat larangan perjalanan yang ditetapkan kepada Laith Abu Zeyad, jurukempen Amnesty International di Israel dan kawasan rampasan di wilayah Palestin dan juga pengarah wilayah MENA di Amnesty International berkata:
“Mahkamah hari ini bertanya kepada kami jika kami ingin menarik balik petisyen bagi mengangkat semula larangan perjalanan keatas rakan sekerja kammi di Amnesty International dan rakan kami Laith menunjukan pihak hakim mahkamah telah menerima kedudukan agensi keselamatan Israel berdasarkan ‘maklumat rahsia’ yang peguam kami dilarang untuk membuat semakan dan sekali gus mencabar dan jelas melanggar hak pemprosesan. Hakim mahkamah akan mengeluarkan keputusan beliau dalam beberapa hari akan datang dan kami menjangkakan beliau akan membuat larangan itu.”
“Ini adalah tamparan hebat untuk keadilan dan menunjukkan Israel tidak mengiraukan kepentingan untuk hak kemanusiaanl. Amnesty International akan meneruskan kempen bagi mengangkat larangan perjalanan dan mempertimbangkan pilihan undang-undang sebaik sahaja kami mendapat keputusan mahkamah.”
“Perbicaraan hari ini menunjukkan sifat Kafkaesque didalam keadilan bagi rakyat Palestin yang sememangnya ditolak proses wajar yang mendasar, seperti peluang untuk menentang bukti negara secara berkesan. Kami meminta pihak berkuasa Israel untuk menghentikan larangan perjalanan ini yang secara langsung berkaitan dengan pekerjaan rakan sekerja kami sebagai pembela hak asasi manusia dan memastikan beliau dan pembela hak asasi manusia yang lain dapat meneruskan pekerjaan mereka tanpa rasa takut akan pembalasan.”
“Warga Palestin yang hidup dibawah penjajahan sudah terperangkap dalam sistem kawalan yang mengambil kira setiap aspek kehidupan mereka dan sangat membatasi pergerakan mereka. Larangan perjalanan ini menghalang Laith untuk pergi ketempat yang lebih terpencil dan meletakkan nama beliau didalam senarai panjang pembela hak asasi manusia bagi Palestin dan Israel yang dijadikan sasaran oleh pihak berkuasa.”
“Ia adalah hak yang asas bagi perbicaraan yang adil bahawa tertuduh dibernarkan untuk menyemak bukti terhadap mereka. Tetapi rakyat Palestin yang hidup dibawah penjajahan ketenteraan Israel dilucutkan hak sivil dan politik yang berhadapan dengan penindasan yang sistematik setiap hari yang diketuai oleh agensi keselamatan Israel dimana kebanyakannya mereka akan menetukan kata putus. Kes Laith ini membuktikan ianya adalah risiko berterusan yang pembela hak asasi manusia perlu hadapi untuk melindungi hak orang yang lain.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis, 04-06-2020 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa meratakan beberapa struktur yang sedang dalam pembinaan di kejiranan Jabel Mukaber, timur Baitulmuqaddis.
Mohamed Zaatara, pemiliknya berkata, dua jentolak dengan dikawal oleh polis rejim menyerbu kawasan kejiranan as-Sall’ah dan memusnahkan enam struktur miliknya atas alasan tidak berlesen.
Zaatara menambah yang beliau membina struktur tersebut pada dua bulan lepas untuk menggunakan tiga daripadanya sebagai kedai komersil dan selebihnya sebagai kediaman keluarganya.
Khamis, 04-06-2020 – Seorang warganegara Palestin yang cedera akibat ditembak oleh Rejim Zionis semasa tunjuk perasaan Perarakan Pulang Besar-besaran di Gaza pada bulan Ogos 2018 telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu akibat kecederaan tersebut.
Jawatankuasa Tinggi Kebangsaan Perarakan Pulang Besar-besaran telah berkabung untuk Rami al-Ghalban, 43, yang meninggal pada hari Selasa lalu disebabkan kecederaan yang dialaminya semasa mengambil bahagian dalam Perarakan Pulang Besara-besaran pada 3 Ogos 2018.
Perarakan Pulang Besar-besaran pada awalnya bermula sebagai tunjuk perasaan mingguan di sepanjang sempadan Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948 dan telah berakhir pada Disember 2019.
Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan untuk mendesak Israel untuk menghentikan sekatan di Gaza dan meminta agar pelarian Palestin 1948 dapat kembali ke tanah air mereka.
Tunjuk perasaan di sempadan, walaupun telah berlaku dengan aman, disambut dengan kekerasan melampau oleh tentera Israel, dan telah membunuh ratusan serta mencederakan ribuan orang Palestin yang tidak bersenjata.