Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Dua Warga Baitulmaqdis Berhampiran Masjid Al Aqsa

Isnin, 31-11-2020 – Polis Zionis pada petang Khamis lalu telah menculik dua pemuda Palestin berhampiran MasjidAl Aqsa di Baitulmaqdis dan menyerbu kediaman seorang syuhada di daerah Silwan.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis mengepung dua pemuda dari Baitulmaqdis berkenaan semasa mereka berada di kawasan Bab al-Majles, salah satu pintu Masjid Al Aqsa. Mereka dikenali sebagai Mahmoud al-Qadi dan Ismail al-Qadi.

Pasukan polis juga menyerbu rumah syuhada Nour Shuqair, yang ditembak mati semalam oleh tentera Israel di sebuah pusat pemeriksaan di timur Baitulmaqdis.

Polis sempadan Israel pada hari Rabu lalu dengan kejamnya telah melepaskan tembakan di Shuqair berhampiran pusat pemeriksaan al-Zaeem, yang memisahkan penempatan haram di Tebing Barat yang dijajah dari kawasan yang terletak di timur Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik warga Palestin berkeperluan khas di Tebing Barat

Jumaat, 27-11-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menculik seorang warga Palestin dengan keperluan khas di pintu utama bandar Beit Awwa, barat daya al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik Ayoub Masalmeh, 25 tahun, warga berkeperluan khas, di jalan menuju Beit Awwa dan membawa beliau ke satu tempat yang tidak diketahui.

IOF turut menutup penghadang ketenteraan di bandar Beit Awwa dan perkampungan di barat daya of al-Khalil, mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Cedera Ketika Rejim Zionis Halang Tunjuk Perasaan Di Lembah Jordan

Jumaat, 27-11-2020 – Berpuluh-puluh warga Palestin terdedah kepada gas pemedih mata ketika rejim Zionis menggunakan kekerasan melampau untuk menghalang perarakan damai yang diadakan di Lembah Jordan utara sebagai bantahan terhadap kegiatan penempatan pada hari Selasa lalu.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menghalang sekumpulan penunjuk perasaan Palestin untuk bergerak ke desa Hamsa al-Fawqa, di mana kegiatan perobohan berlaku pada awal November lalu dan menghujani mereka dengan gas pemedih mata.

Rejim Zionis juga melepaskan peluru hidup dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan dan menyerang mereka ketika mereka sampai di kawasan berhampiran pusat pemeriksaan tentera al-Tayaseer di Lembah Jordan utara.

Akibatnya, ramai penunjuk perasaan tersedut gas pemedih mata dan lima yang lain cedera apabila tabung gas pemedih mata terkena tepat kepada mereka.

Beberapa wartawan juga diserang dengan gas pemedih mata dan dihalang untuk membuat liputan peristiwa tersebut.

Para peserta dalam perarakan tersebut datang dari beberapa kawasan berlainan di sekitar Tebing Barat dan cuba untuk sampai ke Hamsa al-Fawqa, yang telah dimusnahkan oleh tentera Israel tiga minggu lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu bandar di Jayyous, bertembung dengan pemuda tempatan

Jumaat, 27-11-2020 – Pertembungan ganas berlaku antara Rejim Zionis (IOF) dan puluhan pemuda Palestin di bandar Jayyous, di timur bandar Qalqilya.

Para saksi mengatakan bahawa peristiwa itu bermula setelah beberapa kenderaan tentera yang membawa tentera menyerbu bandar Jayyous,
sambil menambah bahawa IOF berhadapan dengan pemuda tempatan yang menghujani mereka dengan batu dan botol kosong.

Beberapa pemuda dan warganegara lain dari bandar itu dilaporkan mengalami pendedahan kepada asap gas pemedih mata semasa pertempuran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Pengusiran keluarga Palestin di lembah Jordan Utara oleh Israel

Jumaat, 27-11-2020 – Pasukan tentera Israel telah mengusir beberapa keluarga Palestine dari Lembah Jordan Utara dengan alasan latihan ketenteraan. Menurut aktivis HAM, Arif Daragima, penjajah Israel mengusir lebih dari 10 keluarga berjumlah sekitar 60 orang yang tinggal di kawasan al-Burj dan al-Maitah, lembah Jordan Utara dengan alasan untuk latihan ketenteraan.

Dalam petikan lain, sejumlah media Israel melaporkan berkenaan perlantikan Antony Blinken, seorang Yahudi, penyokong Israel sebagai menteri luar negeri dalam cabinet Joe Biden.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Buku Professor Rashid Khalidi: “Perang Ratusan Tahun Ke Atas Palestin”.

Rabu, 25-11-2020 – Kesatuan Aktivis Pelajar untuk Palestin mengadakan webinar pada Jumaat 20 November Bersama Professor Rashid Khalidi, Professor Edward Said Pengajian Arab di Universiti Columbia. Professor Khalidi mengupas kandungan buku terbarunya: “Perang Ratusan Tahun Ke Atas Palestin: Penaklukan dan Penentangan, 1917-2017 (2020)’.

Professor Khalidi melancarkan acara itu dengan pengenalan tentang cara beliau menulis, dari sudut pandang pertama oleh moyang-moyangnya Yusuf Diya’ Khalidi dan Dr. Husayn Khalidi serta pandangannya sebagai penasihat kepada delegasi Palestin ke rundingan damai Arab-Israel Madrid dan Washington dari Oktober 1991 sehingga Jun 1993. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Usir Keluarga Palestin di Kafr Qasem

Rabu, 25-11-2020 – Pihak berkuasa Israel pada pagi Isnin telah mengusir sebuah keluarga Palestin setelah merobohkan kediaman mereka di bandar Kafr Qasem Palestin, timur Tel Aviv, dengan alasan bahawa ia adalah pembinaan tidak berlesen.

Alaa Odeh dan keluarganya telah lama melalui proses undang-undang yang panjang untuk memberhentikan perobohan rumah mereka agar mereka berpeluang mendapatkan permit, tetapi usaha mereka tidak berhasil.

Mahkamah majistret Israel di kota Petah Tikva menolak rayuan yang diajukan baru-baru ini oleh peguam keluarga tersebut untuk membekukan arahan perobohan.

13 kediaman lain yang berpenghuni di kawasan tenggara Kafr Qasem juga diancam perobohan, menurut sumber tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Zahhar: Kunjungan Netanyahu ke Arab Saudi mempunyai dimensi yang berbahaya

Rabu, 25-11-2020 – Anggota biro politik Hamas, Mahmoud al-Zahhar menyatakan bahawa lawatan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Arab Saudi adalah perkembangan semula ke arah proses normalisasi di rantau ini dan mempunyai dimensi berbahaya.

Dalam pernyataan media kepada Quds Press, Zahhar memperingatkan bahawa perkembangan serius dalam normalisasi hubungan Arab saat ini dengan negara pendudukan Israel akan berkembang menjadi kerjasama keselamatan dan ketenteraan terhadap negara-negara besar di wilayah itu.

“Siapa pun yang menganggap langkah normalisasi di rantau ini sebagai masalah kecil adalah salah kerana Israel menantikan perkara yang lebih jauh dari itu,” kata pejabat Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

16 kes kematian, 1,560 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Rabu, 25-11-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Ahad telah melaporkan 16 kes kematian baru berkaitan dengan COVID-19 , 1,560 kes baru dan 748 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza pada tempoh 24 jam lepas. 

Berdasarkan laporan harian kementerian, 13 kes kematian dilaporkan dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat dan 3 lagi dari Gaza. 

Sebanyak 55 kes pesakit kirtikal menerima rawatan menyeluruh di hospital dan 10 dari kes itu telah ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Naem: keadaan kesihatan Gaza sangat membimbangkan

Rabu, 25-11-2020 – Anggota Biro Hubungan Antarabangsa Hamas, Basem Naeem mengatakan keadaan kesihatan di Gaza amat membimbangkan lanjutan dari sekatan selama 14 tahun dan penyebaran virus corona yang kian meningkat.

Kementerian Kesihatan Palestin memerlukan lebih dari satu stesen penghasil oksijen dan lebih dari 50 unit ventilator, tambah Naem dalam kenyataan media pada isnin, 22hb Nov.

Peningkatan kes virus corona serta penundaan pembekalan ubat-ubatan mendepani pandemic merupakan cabaran kritikal sektor kesihatan di Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Pesawat perang Israel menyasarkan pelbagai kawasan di Gaza

Selasa, 24-11-2020 – Tentera Rejim pada Subuh Ahad melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, dengan tiada kematian dilaporkan.

Menurut sumber tempatan, pesawat perang tersebut menyasarkan lima pos tentera dan peninjau milik Briged al-Qassam Hamas di pelbagai tempat di Gaza.

Namun tiada siapa yang cedera dalam serangan udara tersebut yang hanya menyebabkan kerosakan barang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Keputusan AS Melabel Produk Penempatan Sebagai “Buatan Israel”

Selasa, 24-11-2020 – Gerakan Hamas sekeras-kerasnya mengecam pengumuman AS bahawa produk dari penempatan haram di Tebing Barat yang dijajah akan diberi label “Buatan Israel.”

Dalam siaran media pada hari Sabtu, Hamas menyifatkan tindakan AS yang baharu ini sebagai “suatu lagi tindakan pencerobohan terhadap rakyat Palestin” dan “pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa,” dan memperingatkan bahawa ini akan memberi negara penjajah tersebut lampu hijau untuk mengilhak kawasan Palestin yang selebihnya.

Gerakan itu juga menyatakan kebimbangan mendalam atas kandungan pengumuman AS mengenai Gaza dan Tebing Barat sebagai “wilayah yang terpisah secara politik dan pentadbiran,” dan menekankan bahawa kedudukan tersebut mengiakan lagi peranan AS dalam menggalakkan perpecahan Palestin untuk melayani rancangan perluasan pihak penjajah.

“Keputusan berbahaya yang telah diambil dengan tergesa-gesa oleh pemerintah ini sebelum meninggalkan [Rumah Putih] mencerminkan ekstremisme dan niatnya untuk menerapkan sebuah kesalahan yang tidak dapat ditarik balik,” kata kumpulan Palestin itu.

Ia meminta pemerintahan AS yang bakal masuk “untuk membatalkan semua keputusan yang telah diambil dengan sewenang-wenangnya oleh pentadbiran Trump yang melanggar undang-undang antarabangsa untuk melayani Israel dan projek penaklukannya dan mempertaruhkan peluang untuk penyelesaian yang adil dan menyeluruh untuk konflik tersebut. “

Baru-baru ini, setiausaha negara AS yang akan keluar Mike Pompeo mengumumkan sejumlah keputusan yang memihak kepada Israel, termasuk pelabelan barangan yang dibuat di perkampungan Yahudi haram yang dibina di wilayah Palestin 1967 di Tebing Barat sebagai “Buatan Israel.”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel Lancarkan Serangan Artileri ke Gaza

Selasa, 24-11-2020 – Pasukan penjajah Zionis, pada Sabtu malam (21/11/2020), kembali melancarkan serangan artileri ke sebuah pos lapangan di Semenanjung Gaza utara, tidak lama setelah jatuhnya sebuah roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza, di daerah Ashkelon yang diduduki penjajah Israel.

Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa artileri pasukan penjajah Israel mengebom titik kawalan lapangan di Beit Hanun, di Semenanjung Gaza utara. Tidak ada tercedera yang dilaporkan dalam serangan artileri penjajah Israel ini.

Sebelumnya, laman web Israel “Hadashot Betkhon Sadah” memaklumkan bahawa pihak penjajah Israel mengenalpasti sebuah roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza dan mendarat di kawasan terbuka di Ashkelon, tanpa dapat dihalang oleh sistem pertahanan anti roket penjajah Israel.

Sebelumnya telah dilaporkan bahawa pada Sabtu petang terdengar siren peringatan di penempatan penduduk Israel di sekitar Semenanjung Gaza.

Media-media penjajah Israel melaporkan bahawa sistem pertahanan anti roket penjajah Israel Iron Dome (kubah besi) melakukan dua usaha penghadangan di ruang udara Ashkelon.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel mula membina pemukiman Yahudi di Nablus

Selasa, 24-11-2020 – Yossi Dagan dari Pejabat Pemukiman Israel yang terletak di Utara Tebing Barat memaklumkan berkenaan perjanjian membangunkan pemukiman baru Yahudi di sebelah barat Nablus telah di tandatangani sebulan yang lalu.

Dagan menambah projek pembangunan pemukiman penjajah Yahudi tersebut meliputi pembangunan 32 buah rumah penempatan di “Shafi Shomron”. Ahad lepas, pihak berkuasa pendudukan penjajahan Israel telah menerbitkan tender untuk membangunkan 1257 unit kediaman di pemukiman “Givat Hamatos”.

Pembangunan pemukiman ini akan menghubungkan kompleks pemukiman Gilo dan Har Homa dengan pemukiman Tal Bayut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Gerombolan peneroka haram mengotorkan Masjid Al Aqsa.

Isnin , 23-11-2020 –  Beberapa kumpulan peneroka haram yahudi telah diiringi oleh pegawai polis yahudi mencemari kawasan Masjid Al Aqsa.

98 peneroka haram termasuk 53 pelajar institusi tinggi yahudi, memasuki perkarangan Masjid dan menerokai perkarangan dengan pengawasan polis yang ketat mengikut laporan pihak pentadbiran Awqaf.

Peneroka haram dilaporkan menerima penerangan  mengenai kawasan kuil dan melakukan ibadah talmud ketika lawatan berlangsung terutama di kawasan timur Masjid Al Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad