Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar serangan oleh tentera PA ke atas kediaman bekas menteri

Isnin, 30-03-2015 – Pada Ahad, Hamas menyelar pihak berkuasa Palestin (PA) kerana menyerbu kediaman bekas menteri tahanan, Wasfi Qubha, di utara Tebing Barat bandar Jenin dan menahan anaknya Osama, yang dibebaskan seminggu sebelumnya dari penjara Israel.

Hamas menyelar serangan kejam PA itu yang menyebabkan rampasan perabot rumah, barangan peribadi menteri termasuk computer riba dan menguasai dokumen para tahanan. Kumpulan itu menyifatkan serangan itu sebagai jenayah serius dan sebahagian daripada polisi baru oleh PA di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bahas Isu Penting, Pimpinan Hamas dan Jihad Islam Bertemu di Gaza

Isnin, 30-03-2015 – Delegasi daripada pimpinan gerakan Hamas dan Jihad Islam bertemu di rumah Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah di barat kota Gaza.

Kedua delegasi membahas beberapa isu-isu penting yang berkaitan masalah rakyat Palestin, hubungan dua hala kedua gerakan, masalah perpaduan dan isu al Quds, cabaran yang dihadapi Palestin, serta hubungan dengan pihak serantau ketika situasi perubahan yang berlaku begitu cepat.

Dalam pertemuan tersebut ditegaskan untuk meningkatkan koordinasi, kerjasama dan bergerak kerja pelbagai aspek sama ada di peringkat nasional, regional maupun internasional yang dapat membantu isu Palestin. Pertemuan ini bersamaan dengan peringatan sebelas tahun gugurnya Syaikh Ahmad Yasin, pimpinan spiritual dan tokoh yang menubuhkan gerakan Hamas.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hukuman terhadap banduan sakit dikenakan semula

Isnin, 30-03-2015 – Israel Occupation Authorities (IOA) mengenakan semula hukuman terdahulu terhadap seorang tahanan penjara yang sakit dari Ramallah, Tebing Barat iaitu Ibrahim al-Masri, 45 pada petang Pemimpin pusat Ahrar, Fuad al-Khuffash mengesahkan bahawa hukuman terdahulu terhadap Masri dikenakan semula, beliau sebelum ini dijatuhkan dua hukuman penjara seumur hidup serta 20 tahun penjara sebelum dilepaskan semasa perjanjian pertukaran Wafa al-Ahrar.

Al-Masri, bapa kepada empat anak perempuan, telah menjalani 17 tahun hukuman penjara sebelum dibebaskan pada tahun 2001.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Badran: Isyarat Positif dari Arab Saudi

Isnin, 23-03-2015 – Jurucakap Hamas, Husam Badran berkata terdapat isyarat positif dalam kedudukan Arab Saudi terhadap Pergerakan beliau,menggambarkan peranan serantau sebagai sangat penting.

“Kami melihat petanda positif dalam kedudukan Arab Saudi secara umum,dan kami berharap bahawa era baru ini akan menjadi batu loncatan khas untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan membawa kepada pembangunan dalam hubungan dengan Hamas,” Badran menyatakan dalam temubual yang dijalankan oleh laman web Arab al-Taqreer.

“Kami berniat untuk membuka hubungan dengan setiap pihak yang boleh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menyokong hak kami untuk menentang penjajahan,” kata jurucakap itu, menunjukkan bahawa hubungan itu walau bagaimanapun tidak membebankan mana-mana negara serantau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Haneyya menggunakan hashtag #AskHamas pada petang Ahad

Isnin, 23-03-2015 – Ismail Haneyya, Timbalan Pengerusi Biro Hamas menggunakan hashtag #AskHamas di Twitter untuk menjawab soalan-soalan warga Eropah tentang pendirian Hamas terhadap pelbagai isu.

Gerakan Islam Hamas mengumumkan pada Khamis satu kempen elektronik untuk berbicara dengan Barat dan menjawab soalan tentang pendirian Hamas dan menyatakan hashtag yang digunakan ialah #AskHamas. Ahli Parlimen Huda Naim menjawab soalan pada hari pertama tentang peranan wanita dalam Hamas. Pada hari kedua, pemimpin Hamas dan bekas tahanan Rohi Mushtaha menjawab soalan di Twitter.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Erekat: PLO berkumpul lagi untuk menilai semula hubungannya dengan Israel

Isnin, 23-03-2015 – Jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bercadang untuk mengadakan mesyuarat dengan segera untuk menguatkuasakan cadangan yang telah diambil baru-baru ini oleh majlis pusat persatuan itu iaitu untuk menghentikan penyelarasan keselamatan dan mempertimbangkan semula hubungan ekonomi dengan Israel, pegawai PLO Saeb Erekat berkata.

“Keputusan majlis pusat Palestin adalah jelas dan tidak memerlukan penjelasan tambahan, di mana, telah diputuskan bahawa persatuan ini akan menghentikan penyelarasan keselamatan dan mengkaji semula hubungan ekonominya dengan Israel, dan ini adalah muktamad, “ Erekat, ahli jawatankuasa eksekutif PLO memberitahu stesen radio Voice of Palestine pada hari Ahad lalu. “Kami tidak boleh mengekalkan hubungan sehala ini, Israel mencetak rompak wang cukai kami dan melanggar segala perjanjian, termasuklah perjanjian keselamatan,” tambah beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Kepada Zionis: Tak Ada Keamanan Bagi Anda Hatta Dalam Mimpi

Isnin, 16-03-2015 – Pejabat Penerangan Brigade al Qassam, sayap militan Gerakan Pejuang Islam Hamas, menerbitkan video klip pendek dengan judul “Mimpi Kalian Milik Kami”. Yang menggambarkan tentang rasa tidak selamat yang dialami penduduk pendatang Zionis bahkan dalam mimpi mereka.

Dalam video berdurasi satu minit ini menampilkan salah seorang pendatang Zionis sedang bermimpi dalam tidurnya, ketika salah seorang pejuang Palestin bertindak untuk membunuhnya. Dia terus terbangun dalam ketakutan sambil berteriak.

Potongan video pendek ini fokus terhaadap ketakutan yang dirasakan oleh para pendatang Zionis dan kebimbangan mereka dalam setiap ketika. Brigade al Qassam mengkhiri video ini dengan ungkapan, “Tidak ada keamanan bagi anda hatta dalam mimpi kalian.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Nelayan cedera, dua diculik di perairan Gaza

Isnin, 16-03-2015 – Bot tentera laut rejim Israel melepaskan tembakan pada subuh Selasa, ke arah bot nelayan di perairan Gaza, mencederakan seorang nelayan dan menculik dua orang yang lain.

Ziad ‘Ayyash, ketua Kesatuan Nelayan Palestin berkata, Tawfiq Abu Ryala, 25 tahun, telah ditembak pada bahagian abdomen, manakala Jihad dan Wahid Sayyed Kaskin, telah diculik.‘Ayyash menambah bahawa tentera laut rejim merampas 3 bot milik warga Palestin dan turut menyerang bot-bot lain sebelum mengerahkan para nelayan kembali ke laut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis rampas bot-bot nelayan Palestin

Isnin, 09-03-2015 – Badan Pendudukan Israel (The Israeli Occupation Authorities (IOA)) menghalang delegasi Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) daripada meninggalkan Gaza untuk menghadiri mesyuarat pusat PLO di Ramallah di Tebing Barat pada hari Selasa.

Ahli biro politik PFLP Kaid al-Ghoul mendedahkan bahawa IOA enggan membenarkan delegasi Barisannya untuk meninggalkan Gaza Strip melalui laluan Beit Hanoun (Erez). Delegasi PFLP terdiri daripada MP Jamil Majdalawi dan ahli-ahli biro politiknya termasuk al-Ghoul, Rabah Mihana dan Mariam Abu Dakka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelajar Yahudi serang MK Hanin Zoabi

Isnin, 09-03-2015 – MK Arab, Timbalan Perhimpunan Demokratik Kebangsaan, Hanin al-Zoabi telah diserang oleh seorang pelajar Yahudi di sebuah kolej akademik di penempatan Ramat Gan di Tel Aviv pada Selasa.

Serangan itu berpunca daripada provokasi berterusan oleh rejim dan ahli politik Israel ke atas MK Zoabi, demikian menurut para pemerhati. Sumber tempatan menyatakan seorang pemuda Yahudi yang juga pelajar kolej, membaling botol ke arah Zoabi ketika beliau menghadiri simposium tentang pemilihan Israel Knesset. Perselisihan kemudiannya tercetus di antara pelajar Arab dan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

PFLP Dihalang Rejim Zionis Hadir ke Mesyuarat PLO

Khamis, 05-03-2015 – Rejim Zionis menghalang delegasi Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) daripada meninggalkan Gaza untuk menghadiri mesyuarat pusat PLO di Ramallah di Tebing Barat pada hari Selasa.

Ahli biro politik PFLP Kaid al-Ghoul mendedahkan bahawa IOA enggan membenarkan delegasi Barisannya untuk meninggalkan Gaza Strip melalui laluan Beit Hanoun (Erez). Delegasi PFLP terdiri daripada MP Jamil Majdalawi dan ahli-ahli biro politiknya termasuk al-Ghoul, Rabah Mihana dan Mariam Abu Dakka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Meletupkan Pintu, Serbu Rumah Ketika Latihan Tentera di al-Khalil

Khamis, 05-03-2015 – Tentera Penjajahan Israel (IOF) memusnahkan pintu dan menggeledah rumah-rumah rakyat Palestin di bandar Halhuk pada hari Isnin dalam sebuah latihan ketenteraan yang bermula sejak hari Sabtu.

Sumber tempatan menyatakan bahawa tentera Israel meletupkan pintu rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga al-Qawasmi dan Shahin di al-Hasaka, berhampiran Halhul.

Menurut sumber itu juga, tentera penjajahan itu juga mengaku serbuan ke atas rumah-rumah di kawasan itu juga merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan yang sama. Latihan ketenteraan itu juga termasuk penerbangan helikopter dan kehadiran tentera di pintu-pintu masuk ke dalam dan di sekitar bandar al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

3 kanak-kanak di antara 7 tahanan di dalam laporan WB

Khamis, 05-03-2015 – Angkatan Kependudukan Israel (IOF) pada Selasa menahan tiga kanak-kanak di bawah 13 tahun dari al-Khalil di selatan Tebing Barat. Sumber tempatan mengesahkan bahawa tiga pelajar berusia 13 ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah di al-Khalil. Tambahan daripada sumber melaporkan bahawa pelajar-pelajar telah diperiksa dan di bawa ke pusat tahanan Israel atas tuduhan memiliki dalam simpanan mereka kompas sekolah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis Tunduk Kepada Tuntutan Tawanan Jihad Islam

Khamis, 05-03-2015 – Yayasan Mahjatul Quds untuk Syuhada dan Tawanan, Selasa (3/3/2015) menegaskan bahawa pihak penjajah Zionis telah menyetujui tuntutan tawanan Palestin dari Gerakan Jihad Islam yang melakukan tindakan protes sejak dua minggu lalu.

Pernjanjian tentang persetujuan baru ini berjaya mengembalikan anggota dewan pimpinan tawanan gerakan Jihad Islam, Zaid Basisi dari penjara Nafhah ke penjara Raymon.

Pihak penjara Zionis juga berjanji tidak akan memindahkan pimpinan gerakan tawanan kecuali sesuai keadaan sebelumnya dengan organisasi tawanan, di samping membatalkan semua tuduhan dan hukuman yang dikenakan terhadap para tawanan Jihad Islam serta semua isu kembali seperti sebelum pemindahan Zaid Basisi ke penjara Nafhah. Sementara itu Yayasan Bahjatul Quds melihat bahawa perjanjian ini merupakan kemenangan baru bagi para tawanan terhadap pihak penguasa penjara Zionis yang zalim.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejm Zionis tahan 9 Rakyat Palestin di Tebing Barat

Khamis, 05-03-2015 – Rejim Zionos menahan sembilan orang rakyat Palestin dari merata bahagian Tebing Barat yang dijajah di Tebing barat pada subuh Khamis, selepas memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Di Ramallah. tentera IOF memecah masuk sebelum solat subuh di kampung Deir Abu Mashal dan menahan lima lelaki muda yang didakwa melempar batu ke arah kenderan penduduk Israel. Di Qalqilia, Persatuan Banduan Palestin menyatakan bahawa tiga orang remaja turut ditahan oleh tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan