Jumaat , 06-11-2020 – Rejim Israel menyampaikan perintah pemusnahan ke atas empat khemah dan arahan menghentikan kerja ke atas kediaman di bandar Yatta, selatan al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim memaklumkan kepada keluarga al-Da’ajneh tentang rancangan untuk memusnahkan lima khemah yang digunakan sebagai rumah sementara dan menyerahkan satu notis kepada seorang warga lain agar memberhentikan pembinaan rumahnya.
Dua bersaudara dari kawasan yang sama turut mengalami nasib sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 6-11-2020 – Gerakan Hamas mengecam serangan pengganas yang terjadi pada hari Isnin lalu di ibukota Austria Vienna, dan menggambarkannya sebagai “berdosa” dan “pengecut.”
“Menakut-nakutkan orang yang tidak bersalah tidak ada hubungannya dengan agama dan tidak selari dengan kehidupan bersama antara semua orang,” kata Hamas dalam sebuah siaran akhbar.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan agar yang tercedera akan segera sembuh,” tambah Gerakan tersebut.
“Kami, rakyat Palestin, lebih sedar tentang bahaya pengganas, yang kami sendiri alami setiap hari dan secara sistematik di tangan penjajahan Israel,” kata Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat , 06-11-2020 – Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan mengatakan bahawa jumlah tahanan Palestin yang positif Covid-19 di penjara penjajah Israel Gilboa telah meningkat menjadi 90 orang.
Dijelaskan bahawa beberapa tahanan menunjukkan gejala penyakit seperti demam dan sakit kepala. Pihak pentadbiran penjara penjajah Israel tidak menyediakan alat sterilisasi dan pelitup muka untuk para tahanan yang terinfeksi, sehingga memaksa para tawanan membelinya dari kantin dengan biaya sendiri.
Badan Urusan Tahanan menambah bahawa para tahanan keluar ke halaman penjara untuk mencari menghirup udara segar dalam jumlah kecil. Di mana setiap 6 orang keluar bersama-sama hanya selama setengah jam saja. Pihak pentadbiran penjara merubah Bahagian 3 di penjara Gilboa sebagiaan tempat kuarantin dan pengasingan.
Sebelumnya, penjajah Israel mengumumkan bahawa 11 tahanan Palestin telah positif Covid-19 di penjara Gilboa sehingga terus meningkat sekitar 90 orang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat , 06-11-2020 – Pusat hak Asasi Manusia Palestine memaklumkan pemusnahan besar-besaran prasarana awam yang di lakukan oleh penduduk penjajah Israel di Lembah Yordan Utara sama dengan pembersihan etnik.
Selasa (3/11/2020) pasukan pendudukan penjajah Israel melakukan pemusnahan besar- besaran keatas prasarana dan kemudahan asas warga Palestine di Khirbet Homsa Al-Fawqa di Lembah Yordan Utara, Wilayah Timur daerah Tubas.
Operasi memusnahkan 70 buah rumah dan kemudahan awam mengambil masa sekitar 6 jam, mengakibatkan 60 penduduk awam Palestine yang sebahagian besar kanak-kanak kehilangan tempat berlindung.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Khamis , 05-11-2020 – Pagi Selasa, pintu Rafah darat dibuka secara khusus untuk hari kedua secara berturut-turut. Seramai 816 musafir dapat melintas dari dua arah.
Hingga malam semalam, sejumlah warga yang kembali ke Gaza dapat melintasi pintu masuk dengan aman. Sementara itu sejumlah bas dijadualkan akan berangkat dari Gaza hari ini.
Kementerian Dalam Negeri Palestin menegaskan dalam keterangan akhbarnya bahawa pembukaan pintu masuk untuk hari kedua dilanjutkan. Bas yang berangkat sejak pagi sudah bersedia untuk ke Mesir. Di hari pertama sebanyak 685 warga meninggalkan Gaza dan 131 warga lainnya kembali dari luar masuk ke Gaza.
Kementerian Dalam Negeri Palestin mengisyaratkan bahawa pemerintah Mesir telah mengembalikan 55 musafir dan melarang mereka untuk masuk ke Mesir tanpa menjelaskan sebabnya.Pihak
Kementerian menyebutkan bahawa pasukannya yang bekerja di perlintasan dibantu pihak keselamatan khusus akan menjalankan peranan memberikan fasiliti bagi memudahkan warga meninggalkan wilayah setelah dipastikan bebas dari virus Covid-19 hingga Khamis, 5 November. Ini adalah kali ke-6 perlintasan Rafah dibuka sejak Corona menular Mac lalu.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 05-11-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Selasa menyerbu dusun Khirbet Ibziq di utara Lembah Jordan dan merampas kenderaan dan panel solar.
Ketua Khirbet Ibziq Abul-Malik Khudairat berkata sejumlah besar tentera rejim menyerbu dusun dan menghalang penduduk tempatan daripada meninggalkan kediaman mereka.
Beliau menambah yang IOF memecah masuk dan menggeledah rumah serta merampas kereta, tractor dan panel solar serta berkeliaran di kawasan itu.
Khamis , 05-11-2020 – Pejabat Pusat Maklumat Tahanan Palestin mengumumkan jumlah tahanan yang dijangkiti koronavarius di penjara Gilboa, Israel telah mencapai angka 81 kes dan jumlahnya dijangka terus meningkat dari masa ke semasa.
Kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu mengatakan bahawa pihak penjara Israel telah menutup dan membatalkan semua lawatan selepas 70 kes jangkitan baru dicatat dari 79 sampel yang diuji.
Penjara Israel akan mengambil langkah memindahkan tahanan yang tiada gejala dari penjara itu ke penjara lain dalam tempoh14 hari, demikian tambah pihak pejabat itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Khamis, 5-11-2020 – Rejim Zionis telah melakukan serangan terhad ke kawasan sempadan berhampiran Semenanjung Gaza tengah pada pagi Selasa lalu.
Agensi Akhbar Quds mengatakan bahawa pasukan rejim Zionis telah mengiringi lima jentolak yang memasuki kawasan berhampiran pagar keselamatan di timur kem pelarian Bureij di Semenanjung Gaza tengah.
Ia menambah bahawa jentolak Zionis telah memusnahkan dan meratakan tanah pertanian Palestin di sana.
Rejim Zionis sering melakukan serangan ke atas wilayah perbatasan Palestin di utara dan timur Gaza dan menghalang para petani daripada memasuki dan mengusahakan tanah mereka.
Khamis , 05-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lapan kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 633 ujian positif baru, dan 575 telah pulih di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menurut laporan harian kementerian, lima dari mangsa baru yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan tiga dari Semenanjung Gaza.
35 pesakit COVID-19 yang tenat dilaporkan mendapat rawatan intensif di hospital, dan tujuh daripadanya telah ditempatkan di ventilator.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Rabu , 04-11-2020 – Menteri Kesihatan Palestin di Ramalla , Mai Al-Kailah melaporkan pada hari Ahad lepas terdapat 6 kes kematian, 540 kes virus Corona yang baru dan 464 kes sembuh telah di rekodkan setelah 4053 ujian saringan yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lepas.
Dia menyatakan dalam laporan harian epidemiologikal , kadar kematian baru termasuk seorang wanita dari Al-Yamoun di Jenin, seorang wanit di Kem Askar dan sorang wanit dari Asira Al-Shamalia di Nablus. Ini termasuk seorang lelaki dari Tulkarem dan seorang lelaki lagi dari Al-Khalil.
Kadar jangkitan baru berdasarakan lokasi berikut, Al-Khalik ( 75 kes) , Nablus ( 103 kes) , Bethlehem ( 39 kes) , Qalqilya ( 4 kes) , Ramallah dan Al Bireh kedua dua lokasi merekodkan 49 kes, Jenin ( 32 kes) , Jericho dan Al-Aghwar ( 12 kes) , Salfit ( 4 kes) , Tulkarem ( 27 kes) , Tubas ( 3 kes) , Semenanjung Gaza ( 185 kes) dan kawasan pinggiran Jerusalem ( 7 kes) .
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu , 04-11-2020 – Walaupun masih ada bulan sebelum tahun ini berakhir, tahun 2020 telah mencatatkan rekod terbanyak pemusnahan kediaman di timur Baitulmuqaddis oleh Israel. Demikian kata Ir Amim, aktivis kumpulan Israel dalam laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Pada minggu ini, Israel telah melaksanakan pemusnahan di timur Baitulmuqaddis, mencapai jumlah sebanyak 125 sejak awal tahun. Oleh itu, dengan dua bulan yang tinggal, 2020 ialah tahun terburuk dengan rekod terbanyak pemusnahan. Sebelum ini, 2016 ialah tahun terbanyak pemusnahan rumah di timur Baitulmuqaddis sebanyak 123.”
“Bersama 125 unit kediaman, 64 unit lain (kedai, bilik setor dll) turut dimusnahkan,” organisasi itu menyatakan.
Rabu , 04-11-2020 – Qadri Abu Bakar, Ketua Penguasa Tahanan dan Bekas Tahanan, ahad lalu memberi amaran mengenai betapa serius keadaan kesihata Akhras.
Beliau menyatakan Akhras sudah mulai kehilangan deria penglihatan dan pendengaran beliau telah hilang secara perlahan dan tidak mampu berbicara selain ancaman penyakit kepada organ penting.
Bakar mengatakan bahawa Akhras mendekati hari ke 100 mogo laparnya dan pihak penjajahan Israel masih menolak dan menunda pembebabsan beliau serta menegaskan bahawa Akhras mesti menyelesaikan siri penahanan beliau yang sekarang.
Beliau menambah, Akhras masih menolak untuk mengakhiri mogok itu kecuali PIhak Berkuasa Penjajahan ISrael membatalkan penahanannya atau memindahkan beliau ke sebuah hospital Palestin di Tebing Barat.
“Dia tahu bahawa Penjajah Israel akan melanjutkan penahananya lagi sejurus selepas beliau mengakhiri mogok laparnya itu”, Bakar mengulas. Bakar menjelaskan bahawa Kesatuan Eropah dan organisasi hak asasi manusia mula mengambil tindakan dan menuntuk Penjajah Israel mengakhiri penderitaan Akhras. Walaupun bantuan tersebut sudah lambat namun ia amat penting pada waktu ini, tambahnya.
Beliau berkata, “Usaha Palestin masih tidak berhenti memberi sokongan kepada Akhras didalam pertempuran ini meskipun keadaan beliau bertambah teruk.”
Bakar menuduh mahkamah penjajahan tersebut berlaku tidak adil dan ia tidak lain hanyalah alat di tangan Shin Bet Israel yang tidak peduli dalam membebaskan Akhras walaupun nyawanya dipertaruhkan.
Rabu , 04-11-2020 – Ahad lalu berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi telah menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa yang suci, melakukan upacara Talmud dan meletupkan shofar di tanah perkuburan pintu Al-Rahma di bawah perlindungan polis yang berat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa polis Israel yang hadir di Gerbang Magharabi membuka pintu untuk puluhan peneroka menyerbu Masjid secara berkumpulan. Pasukan khas Israel telah melindung para peneroka untuk menyerbu dataran Masjid.
Pasukan polis Israel menutup Gerbang Magharabi setelah 47 orang peneroka memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa, menurut sumber tersebut.
Rabi pelampau Yehuda Glick telah menyerbu tanah perkuburan Bab al-Rahma di dinding timur Masjid Al-Aqsa dan meletupkan shofar berdekatan makam para Sahabat dan umat Islam.
Sementara itu, rakyat Palestin dari Palestin 1948 meneruskan penganjuran program perjalanan ke al-Aqsa sebagai sebahagian daripada al-Aqsa “Bayarek” atau projek konvoi.
Persatuan Konvoi Al-Aqsa, yang aktif di Palestin 1948, telah sejak sekian lama mengatur perjalanan percuma untuk mengangkut jemaah Palestin dengan bas dari semua kawasan ke Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Idea konvoi Al-Aqsa telah diilhamkan sejak bertahun-tahun dahulu, ketika gerakan Islam khususnya dan rakyat Palestin 1948 umumnya telah menganjurkan konvoi tersebut untuk memperkuatkan kehadiran Arab dan Islam di Baitulmaqdis dan mencegah Zionis daripada melaksanakan kuasanya ke atas Masjid.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan jumlah serangan kumpulan peneroka haram Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dengan alasan untuk merayakan percutian Ibrani walaupun kota itu di bawah perintah penutupan.
Sementara itu, semenjak tiga hari lalu, pekarangan Masjid Al-Aqsa menyaksikan demonstrasi besar-besaran sebagai tanda sokongan untuk Nabi Muhammad.
Rabu , 04-11-2020 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayyah mengatakan hubungan kerjasama yang baik di teruskan antara Fattah dan Hamas. Sejumlah draf persoalan dan beberapa siri perbincangan telah berlangsung antara Fattah dan Hamas bagi mencapai kesepakatan terbaik bersama.
Hayyah menegaskan pentingnya kesepakatan berkait peta jalan di persetujui secara integral bagi mengukohkan barisan menghadapi tentangan besar.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin , 02-11-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah mengecam tindakan Sudan dalam meneruskan rundingan dengan pihak Israel sebagai percaturan politik yang menonjolkan perpecahan di antara pememimpin arab dengan sejarah dan pendirian negara Sudan.
Dalam sidang akhbar, Haneyya menjelaskan keyakinan pergerakan Hamas tentang perurusan Sudan dengan Isreal tidak mencerminkan sikap rakyat Sudan dan sejarah kedudukan mereka ke atas perjuangan Palestin.
Pemimpin Hamas juga menghargai pandangan majoriti penduduk Sudan yang menentang pemulihan perhubungan dengan pihak penjajah Israel dan menjelaskan urusan sebegitu tidak akan berjaya dalam mengikuti hasrat Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad