Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas wanita Baitulmuqaddis

Rabu, 11-07-2018 – Mahkamah Daerah Baitulmuqaddis pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun setelah menuduh beliau cuba melakukan serangan di Baitulmuqaddis.

Jawatankuasa Keluarga Tahanan Baitulmuqaddis berkata yang Fadwa Hamada, 31, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan didenda 30,000 shekels (hampir $8,000). Polis rejim Israel menahan Hamada pada 12 Ogos 2017 di kawasan Bab al-Amud Baitulmuqaddis setelah beliau dikatakan cuba menikam seorang pendatang Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pusat Anti-Normalisasi Palestin Mengutuk Saluran AlArabiya di atas Liputan Media Pro-Israel

Rabu, 11-07-2018 – Pusat Anti-Normalisasi Palestin dengan tegasnya mengutuk sebuah filem dokumentari yang memaparkan sejarah penubuhan entiti Zionis.

Pusat Anti-Normalisasi Palestin mengecam sekeras-kerasnya apa yang dipanggil sebagai “media Nakba (bencana)”, dan menyatakan bahawa filem yang disiarkan oleh saluran berita AlArabiya itu memusnahkan fakta sejarah dan kebenaran. Pusat itu berkata bahawa saluran media tersebut hanyalah bertujuan untuk menyebarkan versi palsu penubuhan entiti Zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Khatib: Lawatan menteri-menteri Israel adalah satu tindakan merbahaya

Selasa, 10-07-2018 – Mantan timbalan ketua gerakan Islam Palestin Sheikh Kamal al-Khatib menyifatkan pencerobohan para menteri dan ahli parlimen Israel ke atas Masjid al-Aqsa pada Ahad sebagai satu tindakan merbahaya.

Al-Khatib berkata dalam kenyataan akhbar yang pencerobohan ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan di tempat suci itu. “Sempena ulangtahun pertama protes ke atas pemasangan pengesan besi di pintu pagar al-Aqsa yang semakin hampir, Israel mesti ingat yang masjid al-Aqsa ialah pemangkin kepada kemarahan Palestin”, tambah al-Khatib.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel akan membolehkan peneroka haram memiliki tanah melalui undang2 baru.

Selasa, 10-07-2018 – Sebuah akhbar Israel melaporkan bahawa jawatankuasa perundangan di parlimen Israel akan mengkaji proses perundangan bagi membenarkan peneroka haram Yahudi memiliki hak ke atas tanah di Tebing Barat.

Ahli parlimen Israel tidak boleh membincangkan perkara berkenaan dan mengundi bagi melaksanakannya selagimana jawatankuasa berkenaan tidak membentangkannya di parlimen Israel.

Menurut akhbar Haaretz, notis kepada bil perundangan berkenaan yang ditaja MKBezalel Smotrich, menyatakan keadaan semasa adalah bersandarkan undang-undang Jordan 1953 yang mana menghalang mana-mana peneroka haram untuk membeli tanah di Tebing Barat kecuali mereka adalah warga Jordan ataupun warga negara arab yang lain. Undang-undang berkenaan masih terpakai sehingga kini semenjak Israel menawan Tebing Barat pada tahun 1967 ketika peperangan enam hari.

Bil Smotrich menyasarkan untuk menghapuskan perbezaan dalam hal pemilikan hartanah dan membolehkan sesiapa sahaj memiliki tanah di wilayah Tebing Barat yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Nono: Israel melakukan pembersihan etnik di al-Khan al-Ahmar

Isnin, 09-07-2018 – Pegawai Hamas al-Nono, penasihat media kepada biro politik Hamas, Ismail Haneyya, berkata tentang pengusiran keluarga warga Palestin yang tinggal di kawasan kaum Badwi terutamanya di al-Khan al-Ahmar menggambarkan keganasan dan tindakan pembersihan etnik oleh Israel.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Nono memuji keberanian keluarga-keluarga warga Palestin mempertahankan tanah dan kediaman mereka di al-Khan al-Ahmar. Beliau menyeru penentangan ke atas rancangan Israel untuk mengusir warga Palestin dari tanah mereka. Nono turut menyeru masyarakat antarabangsa dan pihak berkuasa agar segera masuk campur dalam menghentikan jenayah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah bebas bersyarat.

Isnin, 09-07-2018 – Mahkamah Majistret Israel di utara bandar Haifa membuat keputusan untuk membebaskan ketua Pertubuhan Pergerakan Islam, Sheikh Raed Salah dengan syarat ketat di mana beliau perlu sentiasa berada di dalam wilayah Garisan Hijau dan dikenakan tahanan di dalam rumah.

Peguam beliau, Khaled Zabarqa berkata bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan anak guamnya itu dengan syarat hanya selepas beliau menjalani hukuman penjara selama satu tahun di bilik berseorangan dan berasingan dari banduan lain.

Tambah peguam itu lagi, mahkamah turut memerintahkan supaya Sheikh Salah menjalani tahanan di dalam rumah, di rumahnya di bandar Kafer Kanna, utara Palestin dan akan dipasang gelang elektronik di tangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu benarkan MP Israel masuki Masjidil al-Aqsa.

Jumaat, 06-07-2018 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membenarkan ahli parlimen Knesset memasuki Masjidil al-Aqsa setelah dua setengah tahun ia tidak dibenarkan.

Menurut sumber media Israel, Netanyahu telah menulis surat kepada speaker dewan Knesset Yuli Edelstein meminta supaya ahli parlimen dibenarkan masuk ke dalam masjid tersebut sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tiga bulan.

Pada Oktober 2015, Netanyahu melarang ahli dewan dari memasuki masjid suci umat Islam itu sebagai salah satu langkah yang beliau ambil untuk meredakan ketegangan setelah meletusnya Intifada di Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Tembakan dilaporkan dekat Ramallah

Jumaat, 06-07-2018 – Satu serangan tembakan berlaku pada petang Selasa dekat penempatan Beit El utara bandar Ramallah di tengah Tebing Barat. Sumber media Hebrew mendakwa yang sekumpulan pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah penempatan Beit El dekat Ramallah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sumber itu menyatakan dan menambah yang satu operasi ketenteraan besar-besaran dilancarkan di kawasan itu setelah serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Pekerja UNRWA menyeru diadakan protes

Rabu, 04-07-2018 – Kesatuan Pekerja UNRWA di Gaza menyeru para pekerja kecemasan yang diugut untuk dipecat dan para guru agar memprotes pemotongan baru perkhidmatan di ibu pejabat UNRWA di Gaza pada Rabu.

Dalam kenyataan pada Isnin, kesatuan itu menekankan penolakan mereka atas keputusan pengurangan itu dan menyokong bantahan dan protes berkaitan. Kesatuan itu menyelar UNRWA kerana mengabaikan perjanjian yang ditandatangani dengan kesatuan serta mengakhiri kerjasama melalui pemberhentian program kecemasan dan menggugat keselamatan pekerjaan seramai 1000 pekerja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi sengaja buang air sisa kumbahan najis ke ladang kepunyaan penduduk Palestin.

Rabu, 04-07-2018 – Pendatang haram Yahudi dari penempatan yang baru siap dibina, Amihai bertindak mengalirkan air dari kolam sisa kumbahan najis ke ladang milik penduduk Palestin di bandar Turmusayya, Ramallah.

Menurut berita yang disiarkan akhbar Haaretz Hebrew, pendatang Yahudi sengaja mengali parit dari kolam kumbahan dan mengalirkan airnya keluar ke tanah pertanian milik penduduk Palestin sehingga tanah tersebut ditenggelami air sisa dan menyebabkan pemilik nya mengalami kerugian besar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

2 rakyat Palestin di Tebing Barat cedera dalam serangan oleh pendatang

Selasa, 03-07-2018 – 2 warga Palestin cedera pada petang Ahad setelah diserang oleh para pendatang Israel di Jalan al-Shuhadaa di timur Tebing Barat bandar al-Khalil.

Menurut wartawan PIC, puluhan pendatang Israel menyerang Hamza al-Bayed, 23, menyebabkan kakinya patah dan Mufid al-Sharbati, 60, yang pengsan dan jatuh ke tanah setelah dipukul teruk. Mereka kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan oleh kru Bulan Sabit Merah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pengawal keselamatan awasi pendatang Yahudi dari memasuki Masjidil Aqsa.

Selasa, 03-07-2018 – Pegawal keselamatan beragama Islam yang bertugas di Masjidil Aqsa berjaya menggagalkan usaha penganut Yahudi yang mahu mengadakan upacara keagamaan di satu sudut di dalam masjid tersebut.

Di luar masjid, penganut Yahudi yang merupakan pedatang haram sedang mengadakan upacara keagamaan mengikut ajaran Talmud dikawal oleh ramai anggota polis rejim. Sebelum itu, berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi dengan diiringi polis rejim didapati telah memasuki masjid suci al-Aqsa melalui gate Maghareba.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel halang penduduk Palestin mahu beri sokongan pada petani.

Khamis, 28-06-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak kasar terhadap sekumpulan penduduk Palestin yang berkumpul bagi menyokong petani tempatan yang mengadakan bantahan kerana tanah mereka bakal dirampas pihak rejim di bandar Bani Naim, barat al-Khalil.

Tanah yang akan dirampas itu dianggarkan berkeluasan 20 dunum (ekar) dan terletak di al-Hamra, kawasan yang termasuk dalam bandar tersebut. Tanah yang dirampas itu akan diguna bagi pembesaran petempatan haram Yahudi Beni Heifer.

Peserta terlibat mengatakan bahawa tentera rejim Israel menyerang, menahan dan menghalang sebahagian dari mereka yang ingin menyertai bantahan itu dengan alasan mereka berkumpul di zon tentera yang tertutup dan terlarang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Israel ancam roboh tiga rumah penduduk Palestin di Bethlehem.

Rabu, 27-06-2018 – Tentera rejim zionis Israel memberi notis arah roboh ke atas tiga buah rumah milik warga Palestin di Nahaleen, bandar yang terletak di sebelah barat bahagian Tebing Barat selatan, wilayah Bethlehem. Timbalan Datuk Bandar Nahaleen, Hani Fonoon berkata bahawa tentera rejim telah mengedarkan notis roboh ke atas tiga rumah di bandar tersebut dan dipetik telah memberi alasan tindakan dibuat kerana ia dibina tanpa permit

Rejim zionis mensasarkan kawasan kediaman yang diarah roboh berkeluasan sekitar 80 hingga 120 meter persegi. Tambah pegawai itu lagi, tindakan kekerasan yang dilakukan rejim Israel terhadap penduduk Palestin tempatan kian meningkat dengan merampas tanah, memberhentikan kerja pembinaan yang sedang berjalan dan meroboh rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

5 warga Palestin cedera, 5 lagi ditahan tentera Israel.

Isnin, 25-06-2018 – Lima warga Palestin cedera ditembak manakala lima lagi ditahan selepas berlakunya pertempuran antara tentera rejim zionis Israel dengan pemuda Palestin di bandar Beit Fujjar, selatan Baitulmuqaddis.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita WAFA, pertempuran berlaku selepas sekumpulan tentera rejim menceroboh masuk ke dalam bandar itu dan melancarkan operasi besar-besaran mengeledah rumah penduduk Palestin.

Pengarah Bahagian Kecemasan, Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS), Mohammed Awad berkata, ramai pemuda cedera ringan selepas terkena peluru “Toto” di bahagian bawah tubuh. Mereka kemudian dibawa ke hospital di al-Khalil untuk mendapat rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali