Rabu, 05-04-2023 – Sumber berita Ibrani Isnin (3/4/2023) malam mengumumkan berlaku kerosakan pada rumah-rumah para penduduk pendatang Yahudi akibat serangan tembakan yang mensasarkan blok penempatan Israel Ma’ale Gilboa di pinggiran Jenin.
Brigade Al-Quds dan Brigade Syuhada Al-Aqsa sebelumnya telah mengumumkan bahawa mereka bersama bertanggungjawab atas serangan yang mensasarkan blok penempatan Merav di daerah Jenin.
Penempatan Israel Merav dan Ma’ale Gilboa berdekatan satu sama lain dan terletak di kawasan Jenin. Dalam beberapa bulan terakhir, kedua blok penempatan Israel tersebut mengalami beberapa serangan tembakan.
Sumber tempatan juga melaporkan bahawa serangan tembakan mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel di persimpangan Beta di Nablus.
Pasukan penjajah Zionis Israel di Beita menyita kamera pengawas setelah berlaku serangan tersebut.
Aksi-aksi serangan di Tebing Barat dan al-Quds terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi terus berlangsung.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 05-04-2023 – Dalam sebulan terakhir terjadi peningkatan serangan oleh pendatang Yahudi dan Regim Zionis Israel (IOF) terhadap warga Palestina dan harta benda mereka di Tebing Barat.
Pada Mac 2023, 437 pelanggaran Israel dilaporkan, mengakibatkan 23 orang syahid dan banyak yang cedera. Menurut Ghassan Daghlas, seorang pegawai tempatan yang bertanggung jawab mengawasi aktiviti penjajahan Israel di Tebing Barat bahagian utara.
Tembakan, vandalisma, penebangan pohon, pembatasan pergerakan, pendirian pos pemeriksaan ketenteraan, dan kecederaan adalah beberapa pelanggaran yang dilaporkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Isnin, 03-04-2023 – Pergerakan Hamas telah menyelar lawatan yang dibuat oleh tokoh tokoh Arab dan Afrika di Israel dan mesyuarat di antara ketua rejim Zionis Israel Knesset dan Majlis Keselataman dan barisan pimpinan Israel.
Hamas dengan rasa kesal ke atas penyertaan rombongan yang dianjurkan oleh pusat penyelidikan penjajahan fasis serta teguran yang tidak mengakui kewujudan warga Palestin dan menganjurkan pengusiran mereka.
Pergerakan Hamas menolak sebarang usul untuk menerima penjajahan Israel yang menentang keadilan bagi warga Palestin yang ditindas dan usaha untuk kemerdekaan dan menetapkan hala tuju sendiri.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 03-04-2023 – Gerakan Hamas menyambut baik laporan terkini Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkenaan penempatan Israel di wilayah Palestin yang dijajah.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, juru cakap Hamas, Jihad Taha berkata, mereka hargai laporan tersebut, yang menekankan perkembangan pendudukan Israel dan keganasan peneroka terhadap warga Palestin.
Hamas menganggap ia dokumen undang-undang penting yang boleh digunakan untuk mendakwa aktiviti kependudukan Israel, sekaligus menawarkan tindakan berkesan bagi membendung perkembangan pendudukan Israel selain pendakwaan pemimpin mereka.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Isnin, 03-04-2023 – Ribuan warga Palestin pada Khamis menyertai perarakan besar-besaran bagi memperingati ulang tahun Hari Tanah Air Palestin di kota Sakhnin, Palestin.
Para peserta bergerak dari jalan Al-Shuhada’ ke perkuburan Al-Shuhada’, sambil mengibarkan bendera Palestin.Dalam ucapannya di perarakan itu, Ketua Jawatankuasa Susulan, Muhammad Baraka berkata, “Tanah Palestin ialah tunjang perjuangan kami” dalam menentang Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 03-04-2023 – Sejumlah warga mengalami sesak nafas pada Khamis (30/3/2023) malam, dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel di Stadium Olahraga Faisal Al-Husseini di kota Al-Ram, utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel semasa pertandingan akhir bola sepaka Piala Yasser Arafat antara “Markaz Balata” dan “Jabal Mukaber.”
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu ke stadium dan menembak gas pemedih mata ke stadium yang menyebabkan sejumlah pemain dan penyokong mengalami sesak nafas, termasuk kanak-kanak.
Sumber tersebut menambah bahawa bom gas beracun memasuki ruang persalinan semasa para pemain kedua pasukan berada di situ ketika waktu rehat yang menyebabkan beberapa pemain cedera dan mengalami sesak nafas. Para penonton terpaksa meninggalkan tempat duduk penonton dan turun ke padang untuk berlindung dari bom gas yang ditembak pasukan penjajah Zionis Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Jumaat, 31-03-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan dua pemuda Palestin di Jenin dan Baitulmuqaddis pada petang Rabu.
Sumber tempatan mengesahkan yang IOF menahan seorang pemuda di pos pemeriksaan tentera yang dinaikkan di selatan Jenin.
Tentera rejim juga menahan seorang lagi pemuda Palestin di pos pemeriksaan Al-Jib dekat Baitulmuqaddis atas dakwaan beliau memiliki pisau. Pada Rabu sebelumnya, 15 warga Palestin ditahan dalam satu kempen serbuan subuh.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 30-03-2023 – Polis Rejim Zionis Israel telah menahan dua pemuda Palestin di bandar Kafr Aqab, di utara kawasan kepungan Jerusalem pada Isnin malam Selasa.
Sumber tempatan melaporkan polis rejim Zionis menyerbu bandar tersebut dan menahan dua pemuda, Ahmed Hisham Mutair dan Walid Saqr al-Bala. Pertempuran tercetus susulan dari serbuan di kala tembakan bom pemedih mata bertalu-talu. Tiada kecederaan yang dilaporkan setakat ini.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Khamis, 30-03-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Selasa menahan seorang pemuda Palestin di barat daya Tebing Barat kota Nablus.
Sumber tempatan melaporkan yang pemuda Palestin Bahaa’ Maskawi, dari Tebing Barat bandar Qalqilya, ditahan ketika melalui pos pemeriksaan tentera dekat kampung Sarra.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak rejim mengenakan penahanan tanpa bicara terhadap pemuda itu yang bernama Bilal Halabiyya selama enam bulan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 29-03-2023 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) melancarkan laporan baru tentang “Peralatan Perubatan dan Ubat di Semenanjung Gaza: Kekurangan Berterusan dan Kesannya.”
Laporan itu menyentuh keadaan kesihatan di Semenanjung Gaza yang semakin teruk dan menumpukan pada penderitaan pada pesakit di Semenanjung Gaza akibat system kesihatan yang lemah dan ketidakupayaannya menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk fasiliti kesihatan kerajaan.
Laporan itu turut memfokus kepada sekatan rejim terhadap kemasukan peralatan perubatan, terutamanya peralatan perubatan diagnostik untuk merawat pesakit kanser serta stesen penghasilan oksigen.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 29-03-2023 – Seorang warga Palestin ditangkap pada petang Isnin dalam serbuan Pasukan Khas Israel di kem pelarian Abqat Jabr, barat daya Jericho, Tebing Barat.
Menurut laporan sumber-sumber tempatan, Wael al-Maqiti ditangkap selepas kediamannya di kejiranan Al-Maqayta dikepung.
“Mereka (Tentera Israel) menembak kediaman itu,” demikian keterangan sumber, menambah bahawa Al-Maqiti adalah bapa kepada dua syahid Palestin, Raf’at dan Ibrahim.
Sementara itu, seorang kanak-kanak Palestin cedera di kaki akibat terkena peluru hidup semasa pertempuran bersenjata tersebut.
Berdasarkan laporan tempatan, kenderaan ambulans dihalang untuk sampai ke tempat kejadian.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Rabu, 29-03-2023 – Lima warga Palestina mengalami gangguan pernafasan pada hari Isnin setelah Regim Zionis Israel (IOF) menembakkan peluru tepat dan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestina dalam membantu penyerbuan pendatang Yahudi ke kota Huwara di selatan kota Nablus, Tepi Barat.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestina (PRCS) mengatakan dalam sebuah pernyataan singkat bahwa lima warga Palestina mengalami gangguan pernafasan sepanjang serangan pendatang Yahudi di Huwara.
Ditambahkan bahwa para pendatang Yahudi ekstremis menyerang kendaraan ambulans PRCS, memecahkan cemin depan dan sisi.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Selasa, 28-03-2023 – Dua kanak-kanak Palestin dicederakan oleh tentera rejim zionis (IOF) ketika pertelingkahan tercetus di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil, pada petang Ahad.
Sumber tempatan mengatakan, tentera IOF melepaskan tembakan ke arah sekumpulan kanak-kanak di bandar Beit Ummar, mencederakan dua daripada mereka dengan tembakan peluru besi bersalut getah.Pertelingkahan ganas turut tercetus di bandar Al-Ram, utara Baitulmuqaddis, di tengah-tengah hujanan tembakan gas pemedih mata dan bom bunyi. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati