Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin maut dalam penjara, Israel harus bertanggungjawab – Hamas

Selasa, 12-02-2019 – HAMAS (Gerakan Pembela Islam) pada hari Rabu, mendakwa Israel harus bertanggungjawab dengan kematian seorang rakyat Palestin iaitu Fares Baroud, 51 yang telah menjadi tahanan politik di Penjara Israel. 

HAMAS dalam satu kenyataan menuduh Israel sengaja membunuh Fares Baroud apabila enggan menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan walaupun laporan perubatan mengesahkan bahawa kemerosotan kesihatan beliau pada tahap yang membimbangkan dan serius. 
HAMAS berkata pengabaian rawatan perubatan yang disengajakan oleh Rejim Zionis terhadap tahanan Palestin adalah suatu jenayah terhadap kemanusiaan.

Gerakan Pembela Islam (HAMAS) menyeru agar seluruh aktivis kemanusiaan dan organisasi undang-undang untuk bertindak dengan segera demi menyelamatkan nyawa ribuan rakyat Palestin yang masih menjadi tahanan politik di Israel serta mambawa Israel ke muka pengadilan di atas jenayah yang mereka lakukan. 

Ia juga menegaskan bahawa jenayah kekejaman Rejim Zionis ini tidak akan sesekali mematahkan semangat perjuangan rakyat Palestin yang ditahan, malah berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penjajahan sehinga seluruh tahanan dibebaskan dan penderitaan mereka diberhentikan.
Fares Baroud, 51 diisytiharkan meninggal dunia pada awal hari rabu yang lalu di Hospital Penjara Israeli Raymond selepas kesihatannya merosot teruk disebabkan pengabaian rawatan perubatan yang disengajakan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Azwan

Categories
Berita Semasa

Faris Barud Meninggal Dunia Setelah 28 Tahun Dipenjara Israel

Selasa, 12-02-2019 - Faris Barud, 51 tahun, tawanan Palestin tertua dari Semenanjung Gaza, meninggal dunia di penjara penjajah Israel setelah kesihatannya semakin teruk kerana kelalaian pihak perubatan otoriti penjajah Israel. Suasana panas dan tegang menyelimuti penjara-penjara Israel setelah tersiar khabar kematian Faris Barud. 

Pihak berkuasa penjajah Israel memindahkan Faris Barud ke bahagian rawatan intensif di Hospital Penjara Raymond setelah keadaannya semakin tenat akibat masalah jantung yang dialaminya. Dengan kematian Faris Barud ini, maka jumlah tawanan Palestin yang meninggal di penjara penjajah Israel adalah seramai 218 orang. Faris Barud berasal dari kem pelarian Shati di barat kota Gaza, beliau termasuk tawanan paling lama yang ditahan sebelum penandatanganan perjanjian Oslo.

Dia ditangkap pada tahun 1991 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Beliau tidak boleh dikunjungi keluarganya sejak 18 tahun yang lalu. Terakhir Barud berada di penjara Raymond. Beliau berpindah-pindah di beberapa penjara penjajah Israel dan diasingkan beberapa kali selama bertahun-tahun penahanannya iaitu lebih dari 28 tahun. Pasukan penjajah Zonis menangkap Faris Barud pada 23 Mac 1991 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh seorang penduduk Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman
Categories
Berita Semasa

Israel akan merampas 1,000 dunum tanah di Baitulmuqaddis

Selasa, 12-02-2019 – Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis pada Selasa mengumumkan perancangan untuk membina jalan baru bagi pendatang mulai dari bandar Abu Dis ke penempatan Ma’ale Adumim.

Ketua Jawatankuasa Perlindungan Tanah Palestin di Baitulmuqaddis Bassam Bahar berkata dalam kenayataan akhbar yang Israel berniat untuk merampas lebih 1,000 dunum daripada tanah pertanian Palestin untuk melaksanakan projek tersebut.

Bahar menerangkan yang projek itu bertujuan menghubungkan beberapa penempatan Israel di kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

Al Fakhouri : Pengabaian hak perubatan adalah tindakan kebinatangan Israel

Selasa, 12-02-2019 – Nahed al-Fakhouri, yang merupakan Pengarah Pejabat Media Banduan  mengatakan bahawa pengabaian hak perubatan sehingga menyebabkan kematian seorang tahanan Palestin; Fares Baroud adalah tindakan “jenayah kejam”, pada hari Rabu lepas.
 
Al-Fakhouri berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa jenayah ini mencerminkan dasar jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap tahanan Palestin.

Baroud, 51, meninggal dunia pada hari Rabu di penjara Raymond di Israel selepas kesihatannya bertambah buruk disebabkan penafian haknya untuk diubati.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin kurang upaya antara yang ditahan di Tebing Barat Lembah Jordan/BETHLEHEM, (PIC)

Khamis , 07-02-2019 – Tentera rejim Israel pada Ahad menahan seorang warga Palestin kurang upaya setelah menyerang beliau di bandar Nahalin, Bethlehem.

Timbalan Datuk Bandar Nahalin Hani Fannoun berkata tentera rejim memukul dan seterusnya menahan Ibrahim Fannoun, 46, ketika beliau cuba membantu seorang pemuda Palestin yang ditahan oleh tentera rejim.

Tentera rejim turut menyerbu Khirbet Umm al-Jemal di utara Lembah Jordan dan menahan warga Palestin Izz Ka’abneh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Tentera Israel sasar tembak petani, pemburu burung di Gaza.

Khamis , 07-02-2019 – Tentera rejim zionis Israel dilaporkan melepaskan tembakan yang mensasarkan para petani Palestin dan pemburu burung di sepanjang sempadan sebelah timur, bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laporan agensi berita Safa, anggota tentera rejim menghala tembakkan ke kawasan tanah pertanian di timur bandar Khan Younis.
Kejadian serangan menggunakan sejata api itu turut disaksikan berlaku di satu kawasan perumahan di bandar Rafah, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Puluhan warga Israel Membanjiri Masjid Al-Aqsa

Khamis , 07-02-2019 – Puluhan extremis Israel telah memecah masuk ke Masjid al-Aqsa pada Ahad lalu.

Akhbar Quds melaporkan bahawa sebilangan besar pegawai polis Israel mengiringi extremis tersebut semasa lawatan mereka.
Agensi berita itu berkata bahawa 45 warga Israel memasuki Masjid pada awal pagi bersama 26 pelajar Yahudi dari institusi keagamaan dan universiti Israel.

Akhbar Quds melaporkan bahawa sebilangan besar pegawai polis Israel mengiringi extremis tersebut semasa lawatan mereka.
Agensi berita itu berkata bahawa 45 warga Israel memasuki Masjid pada awal pagi bersama 26 pelajar Yahudi dari institusi keagamaan dan universiti Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel lanjutkan tempoh tahanan tanpa bicara wartawan Mohamed Manna.

Isnin , 04-02-2019 – Mahkamah Tentera Israel membuat keputusan memanjang tempoh penahanan tanpa pertuduhan dan perbicaraan terhadap seorang pemberita Quds Press, Mohamed Manna kepada enam bulan lagi. Tentera rejim telah menculik pemberita berumur 37 tahun itu pada 1 Ogos 2018 di rumahnya di kampung Zawata, barat Nablus.

Sebelum ini, pihak rejim telah menahan Manna beberapa kali dan beliau telah menghabiskan masa selama lebih tujuh tahun hidup di penjara, kebanyakannya atas alasan keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

UNRWA memohon derma bagi mendapatkan peruntukan $1.2 billion

Isnin , 04-02-2019 – UNRWA membuat rayuan kepada para penderma agar membantu memastikan peruntukan berjumlah $1.2-billion dapat dikekalkan pada tahun 2019 setelah mengalami kesukaran pada tahun lepas apabila Amerika Syarikat menarik sumbangannya.

UNRWA berjaya mendapatkan peruntukan dengan jumlah sama pada tahun 2018 walaupun mengalahi kesukaran mendadak apabila pentadbiran Presiden AS Donald Trump menghentikan semua sokongan terhadap agensi itu.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Geneva pada Selasa, Pesuruhjaya Agung UNRWA Pierre Krahenbuhl berkata, ia merupakan jumlah yang diperlukan bagi memastikan operasi UNRWA dapat dijalankan pada kadar yang sama seperti pada tahun 2018.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membina pintu pagar besi di kemasukan Kampung Ras Karkar

Isnin , 04-02-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Selasa menutup kemasukan arah barat di kampung Ras Karkar village, di barat laut Ramallah Tebing Barat dengan penghadang besi.

Saksi mata memberitahu Akhbar Quds yang trak Israel tiba di kawasan itu dengan membawa blok-blok konkrit untuk dijadikan tapak bagi penghadang itu.

Mereka menambah yang tentera rejim menggunakan kren untuk membina penghadang di  kawasan itu yang menghubungkan jalan utama menuju bandar Ramallah dan perkampungan berdekatan.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi conteng kenderaan penduduk Palestin.

Jumaat , 01-02-2019 – Kejadian pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke wilayah Tebing Barat pada waktu awal pagi dan menconteng kenderaan milik penduduk Palestin dengan perkataan berbau perkauman dilaporkan telah berlaku.

Menurut kata saksi, sekumpulan pendatang Yahudi dilihat datang  ke perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya yang terletak di Nablus, utara Tebing Barat dan menconteng tiga buah kenderaan kepunyaan penduduk tempatan dengan ayat-ayat perkauman dalam tulisan bahasa Yahudi.

Hampir setiap hari, pendatang Yahudi datang menceroboh masuk ke kawasan perkampungan dan juga bandar yang diduduki warga Palestin di wilayah Tebing Barat. Pada masa ini, mengikut statistik Israel terdapat kira-kira 430,000 Yahudi tinggal di wilayah itu.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zions roboh sekolah rakyat Palestin.

Jumaat , 01-02-2019 – Rejim Israel telah menyampaikan notis untuk merobohkansekolah Palestin di Masafer Yatta, daerah tebing selatan Al-Khalil. Yasser Saleh yang merupakan Pengarah Kementerian Pelajaran di Yatta menyatakan bahawa tentera Israel menggantung perintah perobohan di pintu sekolah.

Sebagai rekod, sekolah tersebut telah dirobohkan oleh rejim Zionis sebelum ini pada Julai tahun lalu. Namun telah dibina semula oleh penduduk tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Kempen Kesedaran Bahaya Mendekati Sisa Latihan Perang

Jumaat , 01-02-2019 - Bahagian Pendidikan di Tubas, utara Tebing Barat, mengadakan pameran bergambar di sekolah Ain Baida di Lembah Jordan utara, bertajuk, "Jangan mendekat, jangan menyentuh", untuk memperkenalkan kepada pelajar sekolah bentuk dan model bahan peledak dari sisi-sisa yang ditinggalkan oleh pasukan penjajah Israel di Lembah Jordan utara.

Pameran ini mengandungi banyak gambar bom dan bahan peledak sisa-sisa yang ditinggalkan daripada latihan pasukan penjajah Zionis, yang tidak diketahui oleh penduduk awam. Kemungkinan mereka ambil dan dimasukkan ke dalam sakunya, kerana bentuknya yang aneh, yang kemudian meledak secara tiba-tiba.

Tujuan pameran tersebut adalah untuk mendidik pelajar tentang bahaya benda-benda tersebut, yang mungkin mereka jumpai dalam perjalanan ke sekolah atau dalam kehidupan sehari-hari mereka, serta perlunya menjauhi benda-benda tersebut dan memberi info kepada orang dewasa tentang kewujudanya. Harapannya, pameran ini dapat diadakan di semua wilayah di Lembah Jordan, yang banyak terdapat sisa-sisa latihan militan pasukan penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kementerian memberi amaran yang hospital-hospital Gaza bakal lumpuh

Khamis, 31-01-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza menyelar pengabaian oleh organisasi kemanusiaan ke atas keperluan segera hospital Gaza terhadap bahan bakar.

Kementerian memberi amaran kemungkinan lumpuhnya sektor kesihatan akibat krisis yang meruncing itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qedra, berkata dalam satu kenyataan akhbar yang situasi terkini memerlukan tindakan segera oleh organisasi kemanusiaan untuk menyelamatkan ratusan nyawa pesakit dan kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

Mladenov minta Israel bendung jenayah pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Khamis, 31-01-2019 – Seorang pegawai tertinggi PBB mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di Tebing Barat berikutan kematian seorang lelaki warga Palestin manakala lebih 20 lainya cedera terkena tembakan di sebuah kampung, Sabtu lalu.

Tembakan itu dilaporkan telah dilepaskan oleh salah seorang pendatang Yahudi yang datang bersama sekumpulan pendatang menyerang dan memulakan tindak ganas terhadap penduduk perkampungan al-Mughayyir di Ramallah.

“Israel perlu menghentikan segera perbuatan ganas pendatang Yahudi dan seharusnya mengambil tanggungjawab dengan menegakkan keadilan bagi pihak mangsa kejadian tersebut,” demikian tulis Nickolay Mladenov, Koordinator Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah di Twitter.

enghentikan segera perbuatan ganas pendatang Yahudi dan seharusnya mengambil tanggungjawab dengan menegakkan keadilan bagi pihak mangsa kejadian tersebut,” demikian tulis Nickolay Mladenov, Koordinator Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah di Twitter.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin