Khamis , 01-08-2019 - Tidak peduli bahawa tindakannya telah melanggar undang-undang, norma dan peraturan antarabangsa, Israel terus melakukan pelanggaran berat hak asasi manusia terhadap kanak-kanak Palestin. Pihak Otoriti penjajah Israel di al-Quds memburu seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, setelah sebelumnya pelanggaran yang sama terjadi pada kanak-kanak berusia 4 tahun, dengan melayangkan surat panggilan untuk disoal siasat melalui keluarganya.
Menurut sumber tempatan di kota Issawiya, di al-Quds, pasukan penjajah Israel menghantar surat panggilan rasmi kepada kanak-kanak Palestin bernama Qais Ubaid melalui keluarganya untuk datang ke pusat soal siasat Israel di al-Quds pada hari Rabu (31/7/2019) jam 8 pagi. Melalui laman web, warga media sosial media menyatakan kecaman terhadap kezaliman pihak Israel kepada kanak-kanak termasuk dipenjara dan dibunuh.
Sebelumnya, pada Isnin (29/7/2019) malam, pasukan penjajah Israel dalam jumlah besar menyerbu kota Issawiya di al-Quds yang diduduki penjajah Israel, dengan target untuk memburu seorang kanak-kanak bernama Mohammed Rabia Alyan, yang usianya tidak lebih dari empat tahun.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 01-08-2019 – Polis rejim Israel cuba menculik seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di Baitulmuqaddis dan mengarahkan keluarganya menyerahkan beliau untuk disoalsiasat.
Menurut sumber tempatan, sejumlah besar polis rejim menyerbu daerah Issawiya di timur Baitulmuqaddis untuk menangkap kanak-kanak Palestin, Mohamed Aliyan.
Polis rejim mengejar kanak-kanak tersebut dan apabila keluarganya muncul, mereka menyerahkan arahan untuk membawanya ke balai polis di kota suci itu pada Isnin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis , 01-08-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran akan bahaya yang boleh mengancam nyawa ramai penghidap Thalassemia dan Hemophilia disebabkan ketiadaan beberapa jenis ubat bagi merawat penyakit tersebut.
Semasa sidang media yang diadakan di European Hospital di Khan Younis, pegawai kesihatan kementerian itu, Hani Ayyash yang merupakan seorang pakar penyakit darah merayu kepada semua pihak berkaitan dan sesiapa yang mahu membantu Gaza supaya dapat menghulur bantuan dengan membekalkan ubat-ubatan yang pesakit seperti mereka itu perlukan dan bagi membolehkan mereka terus hidup.
Beliau menjelaskan bahawa kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk penghidap barah darah boleh menyebabkan mereka mengalami komplikasi kesihatan yang serius dan juga membawa maut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis , 01-08-2019 – Kabinet Keselamatan Israel sedang membincangkan pelan penempatan baru yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk “Kawasan C” di Tebing Barat .
Hari Selasa lalu akhbar Haaretz melaporkan bahawa mengikut pelan cadangan Netanyahu, sebanyak 6,000 unit perumahan akan dibina di kawasan penempatan Israel.
Perbincangan ini diadakan menjelang lawatan ke Israel daripada penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner, yang dijadualkan berlangsung dalam beberapa hari lagi.
Kushner juga bertanggung jawab untuk melaksanakan apa yang digelar “Perjanjian Abad Ini” (“Deal of the Century”), yang didakwa pihak Amerika akan menyelesaikan kemelut konflik Palestin-Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu , 31-07-2019 – Yayasan Muhjat al-Quds untuk Syuhada dan Tahanan berkata yang tahanan Palestin di Bahagian 1 penjara Ramon baru-baru ini diserbu berulang kali di penjara mereka serta turut menerima denda kewangan.
Ini dinyatakan dalam surat oleh tahanan daripada Gerakan Jihad Islam dan dibuat salinan yang diperolehi oleh Muhjat al-Quds.
Menurut surat tersebut, sel-sel di bahagian 1 penjara itu telah digeledah berulangkali oleh rejim Isrel sejak pentadbiran penjara melanggar janji untuk menyediakan telefon awam kepada para tahanan di setiap bahagian.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu , 31-07-2019 – Rejim zionis Israel mengarahkan 5 warga Palestin untuk tidak berada di bandar kelahiran mereka di al-Isawiyah, Baitulmuqaddis selama dua minggu.
Menurut Wadi Hilweh Information Center, pihak rejim telah memerintahkan Ahmad Zomorrod, Ahmad al- Khadour, Wadi’ Elyan, Malek Mustafa dan Nayef Obeid supaya menjauhi al-Isawiya untuk tempoh 14 hari.
Wadi Hilweh melaporkan bahawa pihak Israel baru-baru ini telah menghalau berpuluh pemuda Palestin dari al-Isawiya sebagai salah satu dari langkah kolektif menghukum penduduk bandar tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 31-07-2019 – Penduduk Israel telah memasang beberapa karavan di tanah milik Palestin di Utara Lembah Jordan.
Aktivis, Aref Daraghmeh berkata bahawa pendatang Israel baru-baru ini telah membawa beberapa rumah mudah alih ke kawasan al-Mermala di Utara Lembah Jordan.
Beliau menambah bahawa Rejim Zionis kira-kira sebulan lalu telah membuka jalan baru di kawasan itu dan sudah dijangkakan bahawa sebuah penempatan baru akan ditubuhkan di sana.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin , 29-07-2019 – Satu delegasi wartawan dan aktivis media sosial dari negara-negara Arab dan Teluk akan ke Israel tidak berapa lama lagi atas jemputan Kementerian Luar, Israel.
Delegasi yang terdiri dari kalangan pemberita dari Arab Saudi, Bahrain, United Arab Bersatu, Iraq dan Mesir akan masuki Israel melalui Jambatan Allenby bagi tujuan mengadakan beberapa siri pertemuan dan menghadiri upacara rasmi dengan pegawai dan ahli parlimen negara tersebut. “Anggota delegasi akan melawat Yad Vashem, Dewan Parlimen Knesset dan Tapak Suci Baitulmuqaddis,” demikian menurut satu kenyataan yang dibacakan pihak Kementerian Luar Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa , 23-07-2019 – Sejumlah besar pendatang Yahudi yang diketuai oleh para rabbi telah mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan perlindungan polis pada pagi Ahad.
Para pendatang memasuki masjid secara berkumpulan diketuai oleh para rabbi pelampau termasuk Eliyahu Weber dan Yoel Elitzur.Pencerobohan tersebut merupakan reaksi terhadap seruan baru-baru ini yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan kuil agar berarak secara beramai-ramai ke kawasan suci itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 23-07-2019 - Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Saleh Arouri, menegaskan bahawa gerakan pejuang Palestin tidak akan membiarkan rancangan Amerika dalam bentuk 'deal of century' (kesepakatan abad ini) terlaksana, meskipun dikenakan sekatan kewangan, politik dan militan. Hal tersebut disampaikan Arouri dalam pertemuan dengan Ketua Badan Hubungan Strategik Iran, Kamal Kharazi, di Teheran, Ahad (21/7/2019).
Beliau mengatakan, "Tujuan Trump melalui 'deal of century' ini adalah untuk menjamin kepentingan entiti penjajah Zionis dan Amerika serta negara-negara regional yang berusaha mengorbankan Palestin dan aspirasi rakyat tempatan. Pemimpin nombor dua Hamas ini mengatakan, "Kami berada di jalur perjuangan menghadapi entiti penjajah Zionis dan mereka yang sombong. Dengan iman dan keyakinan pada janji ilahi, kami telah mempersembahkan ribuan syahid untuk pembebasan al-Quds. "
Sepanjang pertemuan itu, kedua belah pihak membahas secara mendalam perkembangan Isu Palestin, khususnya berkaitan 'deal of century' dan kesannya. Mereka turut membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan situasi regional dan antarabangsa. Dipaparkan juga serangan Zionis yang berlanjutan di kota al-Quds dan serangan yang mensasar warga dan tempat-tempat suci. Delegasi gerakan menegaskan komitmennya untuk perpegang teguh pada hak-hak rakyat Palestin dan menolak untuk melepaskan hak-hak rakyat rakyat walau apa pun tekanan dan tentangannya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa , 23-07-2019 – Tentera rejim zionis Israel bertindak melakukan kerja-kerja meroboh beberapa struktur bangunan pertanian dan memusnahkan khemah tempat tinggal penduduk Badwi di al-Hadidiya, utara Lembah Jordan.
Seorang pegawai tempatan, Mu’taz Bisharat berkata, tentera rejim meroboh struktur bangunan pertanian milik penduduk tempatan, Najeh Ka’abneh dan merampas khemah kepunyaan dua keluarga di lokasi sama. Tambah Bisharat lagi, tentera Israel bakal menjalankan lebih banyak operasi meroboh dan membuang khemah di kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa , 23-07-2019 – Rejim Zionis telah menahan 102 orang pekerja Palestin yang didakwa tidak mempunyai permit bekerja di 1948 wilayah Palestin.
Sumber media Israel mengatakan bahawa Rejim Zionis menahan 102 pekerja Palestin di pusat pemeriksaan al-Dahiriya, selatan al-Khalil, sewaktu mereka cuba memasuki wilayah Palestin untuk bekerja tanpa mempunyai lesen.
Rakyat Palestin di Tebing Barat yang bekerja pada tahun 1948 menduduki wilayah Palestin selalu menghadapi risiko ditembak atau ditangkap oleh tentera Israel dengan alasan ketiadaan permit kerja yang Israel sendiri jarang keluarkannya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin , 22-07-2019 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya menyatakan rasa kesal dan kecewa beliau terhadap langkah terbaharu yang diambil pihak Kementerian Buruh Lubanan ke atas pekerja dan ahli perniagaan Palestin serta meminta agar peraturan itu dibatalkan.
Berikutan itu, Haneya telah menghantar surat kepada Presiden Lubanan, Michel Aoun dan Perdana Menteri, Saad Eddin al-Hariri serta Speaker Dewan, Nabih Berri. Demikian menurut siaran media yang dikeluarkan laman web pertubuhan tersebut. Secara rasmi, Hamas berharap agar kerajaan Lubnan membatalkan peraturan perundangan dan kewangan yang dikenakan kepada pekerja dan majikan negara itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin , 22-07-2019 - Seorang pemuda Palestin di al-Quds tercedera dan patah tulang pada hari Rabu (17/7/2019) setelah dilanggar oleh seorang pendatang Israel di al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Sumber setempat melaporkan bahawa pemuda yang menjadi mangsa langgar lari tersebut bernama Adnan Samer Mujahid berusia 19, dari Kota Tua al-Quds.
Sumber itu menyatakan bahawa mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba-tiba kenderaannya rosak di Jalan Abu Ghosh di sebelah barat al-Quds. Ketika dia turun untuk memeriksanya, seorang pendatang Israel melanggarnya. Akibatnya, beliau mengalami patah tulang dan cedera di kepala. Dia dibawa ke hospital Hadassah di Ein Karem. Sementara pendatang Israel yang melanggarnya melarikan diri.
Pasukan penjajah Israel mendirikan sekitar 503 penempatan, 474 di Tebing Barat dan 29 di al-Quds, yang menempatkan lebih dari 46% dari jumlah wilayah Tebing Barat, dihuni sekitar 800,000 pendatang Yahudi. Hampir setiap hari mereka melakukan penyerangan di wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel, termasuk dengan cara melanggar warga Palestin dan tindakan kekerasan lainnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 18-07-2019 – Anggota biro politik Hamas, Fathi Hammad berkata bahawa pertubuhan Hamas hanya berjuang bagi menentang penjajahan Israel yang menjajah tanah milik penduduk Palestin dan mencemar tempat suci, sebagai “satu dasar yang sangat jelas.”
“Kedudukan tersebut kerap dinyatakan pihak Hamas menerusi tindakan politik dan disahkan melalui dokumen-dokumen politik, ” demikian kata beliau. Beliau juga menjelaskan bahawa semua bentuk perjuangan menentang penjajahan Israel akan diteruskan melalui perjuangan bersenjata atau jalan damai.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin