Jumaat, 22-10-2021 – Pada pagi Selasa, polis rejim menahan Mustafa Abu Zahra, ketua Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam di Baitulmuqaddis.
Sumber tempatan mengesahkan yang Abu Zahra ditahan untuk siasatan.
Polis rejim turut menyerbu kejiranan Abu Tayeh di bandar Silwan, Baitulmuqaddis dan membuang bendera dan sepanduk Palestin yang dinaikkan di kejiranan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 22-10-2021 – Organisasi Islam-Kristian pembela Al-Quds dan tempat suci mengutuk kejahatan brutal dan tidak bermoral, Rabu (20/10) yang dilakukan pihak polis Israel, terhadap ratusan warga Al-Quds yang sedang merayakan peringatan Maulid Nabi Mulia.
Dalam pernyataannya, Organisasi Masyarakat Islam-Kristian menegaskan bahawa kejahatan terhadap warga sivil, terutama kanak-kanak dan wanita, memukul dan menembak mereka menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan air kotoran secara sengaja, merupakan bentuk terorisme negara yang dilakukan pemerintah zionis terhadap warga Al-Quds.
Pasukan Israel berubah menjadi kekuatan fasis yang menggunakan semua bentuk kekerasan dan keganasan untuk membalas dendam terhadap warga Al-Quds atas sikap mereka menentang tindakan menekan penjajah. Organisasi masyarakat menuding pihak Israel dengan semua sayapnya sebagai pihak yang bertanggungjawab atas pelanggaran tidak berperikemanusiaan terhadap warga Al-Quds.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat, 22-10-2021 – Laporan akhbar Israel Harom telah mendedahkan rancangan Israel untuk menggandakan jumlah peneroka Yahudi di seberang Lembah Jordan di bahagian timur Tebing Barat.
Menurut akhbar tersebut, pemerintah Israel berhasrat untuk menggandakan jumlah keluarga peneroka sekitar 3,000 buah keluarga dalam tempoh masa empat tahun mendatang dan akan memperuntukkan 90 juta shakel ($ 28 Juta) untuk tujuan berkenaan.
“Kementerian pembinaan dan perumahan sedang menyusun resolusi bagi tujuan penambahan jumlah penduduk Israel di lembah Jordan” katanya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat, 22-10-2021 – Seorang delegasi tertinggi Hamas pada hari Selasa menghadiri Persidangan Kesatuan Islam Antarabangsa ke-35 yang berlangsung di ibu negara Iran, Tehran dengan tema “Kesatuan Islam, Keamanan dan Pencegahan Perpecahan dan Konflik di Dunia Islam”.
Diketuai timbalan ketua biro politik wilayah Hamas di Palestin, Khalil al-Hayya, delegasi termasuk Osama Hamdan, Abu Ahmed Jamal dan wakil Hamas di Iran, Dr. khaled Qaddoumi.
Dalam ucapan pembukaannya, al-Hayya meluahkan rasa kesal di atas perpecahan dalam dunia Islam dengan menekankan bahawa kestabilan wilayah dicapai sebagai hasil penyatuan di kalangan umat Islam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 21-10-2021 – Tentera penjajah Israel (IOF) pada petang Isnin merobohkan sebuah rumah warga Palestin di kawasan Farsh al-Hawa di sebelah barat Kota al-Khalil dengan alasan pembinaan tanpa kebenaran.
Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu Farsh al-Hawa dengan jentolak dan merobohkan sebuah rumah dua tingkat milik peguam Iyyad Amro.
IOF juga merobohkan dinding di sekitar rumah dan telaga air.
Dalam kejadian yang berasingan, tentera Israel mengusir pengetua Sekolah al-Malih di Lembah Jordan utara dari sekolahnya selama beberapa hari.
Pegawai tempatan Moataz Bisharat mengatakan bahawa tentera Israel memaksa Jaafar Faqha, guru besar sekolah, untuk menandatangani janji bertulis untuk tidak hadir ke sekolah selama 10 hari setelah dia dipanggil dan diinterogasi selama kira-kira lima jam.
Tentera Israel telah menyatakan niatnya untuk merobohkan sekolah itu beberapa kali pada tahun 2020 dan pada tahun semasa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Khamis, 21-10-2021 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk Masjid Aqsa pada Isnin dengan dikawal ketat oleh polis rejim.
Saksi mata menyatakan, para pendatang yang dikawal polis rejim memecah masuk menerusi pintu Al-Magharba Gate, barat daya masjid, dan berkeliaran di dataran.
Mahkamah Israel telah menyatakan bahawa tindakan ibadat Yahudi di Masjid Al-Aqsa bukan satu jenayah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 21-10-2021 – Gerakan penentang Palestin, Hamas, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin bahawa mereka tidak akan berusaha untuk membebaskan tahanan Palestin di penjara Israel.
Kenyataan itu menandakan ulang tahun kesepuluh perjanjian pertukaran tahanan Wafa Al-Ahrar. Kumpulan itu menganggap pembebasan tahanan Palestin sebagai tugas agama, negara, dan kemanusiaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 21-10-2021 – Pasukan penjajah Israel, Selasa (19/10) menangkap Mushtafa Abu Zahrah, ketua Jawatankuasa pemeliharaan pemakaman Islam di kota Al-Quds terjajah dan menggeledah beberapa rumah di kota Silwan serta memaksa sebahagian peniaga menutup kedai mereka.
Menurut sumber di Al-Quds, pasukan perisikan Israel menangkap Abu Zahrah dari kawasan Al-Mashrara dan membawanya ke salah satu pusat penyiasatan.
Pasukan Israel menyerbu kawasan kota Silwan, menurunkan bendera Palestin dan panji-panji faksi Palestin yang terpasang di kawasan tersebut.
Selain itu, kedai milik warga Palestin di situ diarah ditutup dengan cara paksa.
Kejahatan dan pelanggaran terus meningkat dilakukan oleh pasukan Israel dan kelompok Yahudi di sejumlah kawasan kota Al-Quds akhir-akhir ini. Ia selari dengan tindakan penggalian di kawasan pemakaman Yusufiyah serta meningkatnya pencerobohan terhadap Masjid al Aqsa oleh kelompok esktrimis Yahudi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 21-10-2021 – Polis Israel pada tengah hari hari Isnin telah menculik seorang gadis warganegara Palestin atas tuduhan berniat untuk melaksanakan operasi menikam dengan pisau berdekatan penempatan haram di utara Baitulmuqaddis.
Polis Israel mendakwa gadis Palestin itu menghampiri pintu masuk utama ke penempatan Har Adar dan mengacukan pisau sebelum pihak tentera menjatuhkan dan menahannya.
Sumber Palestin mengatakan bahawa tentera Israel menahan seorang gadis yang tidak dikenal pasti selepas melepaskan tembakan ke arahnya, namun dia tidak cedera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 20-10-2021 – Sekumpulan peneroka Yahudi merosakkan harta benda milik warga Palestin di bandar Marda, utara Salfit, di sebelah utara Tebing Barat pada Subuh hari Rabu.
Menurut sumber setempat, para peneroka menyelinap masuk ke kampung dan merosakkan tayar kenderaan milik mereka. Mereka juga menggunakan cat semburan untuk menulis slogan perkauman dan ancaman bunuh di dinding dan kereta.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 20-10-2021 – Pasukan tentera laut Regim Zionis Israel pada hari Selasa pagi merampas dengan kejam sebuah kapal nelayan Palestin semasa kehadirannya di luar pantai wilayah Rafah, di selatan Jalur Gaza yang terkepung.
Ketua pasukan nelayan, Nizar Ayyash mengatakan, kapal nelayan itu berada di tepi pantai Rafah ketika sebuah kapal perang Israel merampasnya, sambil menambah bahawa kapal itu telah digunakan oleh nelayan untuk tujuan navigasi dan pencahayaan pada waktu malam.
Ayyash menambah bahawa kapal tersebut adalah milik nelayan dari Rafah dan rampasan tersebut mengakibatkan nelayan palestin itu terhalang mata pencarian mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Rabu, 20-10-2021 – Enam tahanan Palestin meneruskan mogok lapar di penjara Israel bagi membantah penahanan tanpa bicara mereka, menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan.
Pemogok lapar paling lama ialah tahanan Kayed Fasfous, yang mogok lapar selama 90 hari bagi membantah penahanannya tanpa bicara, diikuti oleh Muqdad Qawasmeh (83 hari), Alaa Aaraj (66 hari), Hesham Abu Hawwash (57 hari), Rayeq Besharat (52 hari), dan Shadi Abu Akr (49).
Hasan Abed Rabbo, peguam suruhanjaya itu berkata, keadaan kesihatan Kayed al-Fasfous, yang dirawat di Pusat Perubatan Barzilai Israel, semakin teruk dan juga telah kehilangan 30 kg.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 20-10-2021 – Pasukan penjajah Israel, Rabu (13/10) melancarkan penggeledahan dan penangkapan di sejumlah kawasan berbeza di Tebing Barat.Salah satunya penggeledahan rumah calon anggota legislatif dari kumpulan Al-Quds.
Di Nablus, pasukan Israel menangkap seorang pemuda, Murad Khidir dari kota Beita dan bekas tawanan Musa Doglas dari kota Barqah utara.
Di Qalqilia, pasukan Israel menggeledah rumah calon legislatif Yasir Hamad serta menyita 1300 shekel dan sebuah kenderaan milik putera sulungnya.
Dalam masa yang sama, pasukan Israel menggeledah rumah bekas tawanan Muhsin Sharim dan Yasir Hamad dari kota Qalqilia, serta menyelongkar dan merosakkan perabotannya.
Di Betlehem, pasukan Israel menangkap Ahmad Mohammad Nashr (28), Ahid Yusuf Husain Shomali (22) dari kota Bet Sahur, Betlehem timur, Mahmud Ali Mahmud Dauri (17) dan Qusay Musa Nauri (17) dari kawasan Nawaura timur.
Di Ramallah, pasukan Israel menangkap Yanal Haisham Hamid dari kota Silwan Utara, Ramallah timur.
Di Hebron, pasukan Israel menangkap Mohamad Rafan Shalibi dari kota Bet Amar, Hebron utara.
Penangkapan terus berterusan hampir setiap hari, di sejumlah kawasan berbeza di Tebing Barat dan Al-Quds terjajah. Zionis Israel menyasar dan merosakkan rumah-rumah warga awam.
Biro media Hamas di Tebing Barat mencatatkan pelanggaran yang dilakukan penjajah Israel sepanjang September lalu, mencapai 2694 kes, meningkat 40% dibandingkan September 2020 lalu.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 20-10-2021 – Rejim Israel pada pagi hari Rabu lepas melaksanakan serbuan berskala besar dan gerakan penahanan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis
Dua orang pemuda ditahan di Nablus termasuk seorang bekas tahanan, menurut sumber tempatan. Seorang calon pilihan raya tempatan Baitulmuqaddis turut ditahan selepas rejim Israel secara ganas menyerbu rumahnya di Qalqiya, merampas keretanya dan wang tunai berjumlah 1,300 shekels.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 14-10-2021 – Sekumpulan warga Emiriah menyerbu Masjid Aqsa pada pagi Isnin dengan dikawal polis. Menurut sumber tempatan, mereka diiringi oleh polis ketika memasuki masjid menerusi Pintu Huta, berkeliaran di dataran dan keluar menerusi pintu al-Asbat.
Pada masa yang sama, lebih 130 pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa dan menceroboh datarannya dengan perlindungan polis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati