Isnin, 13-01-2020 – Sekumpulan peneroka haram Israel telah memotong puluhan pokok zaitun di kebun Palestin di desa al-Sawiya di selatan Nablus pada hari Rabu lalu.
Para saksi mengatakan bahawa peneroka haram Israel dari penempatan Rahalim, yang telah dibina menggunakan kekerasan di atas tanah milik Palestin di al-Sawiya, telah memotong sekitar 50 pokok zaitun di kawasan al-Wad.
Mereka menambah bahawa pokok-pokok yang dimusnahkan adalah milik warga Palestin Hamad Hakmeh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 13-01-2020 – Persatuan Wartawan Palestin hari Rabu (8/1/2020) mengumumkan hasil laporan Jawatankuasa Kebebasan Wartawan, yang mengandungi laporan sepanjang tahun 2019 terdapat sebanyak 760 pelanggaran dan kejahatan terhadap jurnalis Palestin yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel.
Ketua Jawatankuasa Kebebasan Wartawan, Muhammad Lahham, dalam sidang akhbar pada hari Rabu semalam melaporkan 12 jurnalis cedera parah dengan peluru tajam, 62 mangsa cedera akibat peluru tajam berlapis logam, 58 mangsa terkena tembakan meriam atau bom gas secara langsung dan 78 mangsa mengalami sesak nafas akibat terkena gas yang dituju ke arah para jurnalis.
Lahham mengatakan terdapat serangan terus-menerus yang dilakukan pasukan penjajah Israel terhadap kalangan media Palestin selama bertahun-tahun. Akhir-akhir ini turut berlaku penutupan badan-badan media. Antara yang terakhir adalah penutupan pejabat TV Satelit Palestin di al-Quds. Di samping itu terdapat juga 30 pelanggaran lain yang dilakukan terhadap jurnalis di Kota Suci al-Quds.
Dalam laporan tersebut dinyatakan, “Serangan terhadap aspek elektronik para jurnalis mencapai jumlah pelanggaran tertinggi. Sebanyak 250 akaun mediasosial disekat dan ditutup.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 09-01-2020 – Jawatankuasa negara haram Israel akan bersidang pada hari ahad tentang pergabungan Lembah Jordan meskipun dihalang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Menurut laman web Haaretz, persidangan itu akan tetap dijalankan meskipun diberi amaran oleh Mahkamah Antarabangsa kerana perluasan kawasan kedaulatan Israel ke Tebing Barat akan digunakan didalam siasatan kepada pegawai-pegawai Israel jika perkara tersebut dibuka. Bagaimanapun, Perdana Menteri Netanyahu telah mengakui peralihan kuasa kerajaan akan menghadapi kesukaran jika perkara tersebut berlaku.
Sumber yang dipercayai sudah biasa dengan penubuhan jawatankuasa antara kementerian berkata melalui Haaretz, desakan untuk perbincangan tersebut adalah bagi membuktikan idea tersebut akan diteruskan kerana tekanan antarabangsa.
Sumber jawatankuasa tersebut berkata, persidangan tersebut akan diadakan untuk membincangkan persediaan bagi mempersiapkan cadangan rasmi untuk merampas kawasan tersebut secara sah.
Ahli Jawatankuasa tersebut dijangka akan mencadangkan peralihan kuasa rasmi kepada kerajaan atau Knesset. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh pejabat Netanyahu, Jeneral Ronen Peretz dan ahlinya termasuk wakil Menteri Luar Negera, tentera dan majlis keselamatan negara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis, 09-01-2020 – Kementerian wakaf Islam dan urusan Masjidil Aqsa mengingatkan tentang otoriti penjajah Israel telah memulakan kembali projek tembok selatan Masjidil Aqsha di kota Al-Quds terjajah.Para pekerja pembinaan Israel telah memulakan kerja ubahsuai tembok selatan Masjidil Aqsha di kawasan Istana Umawiyah dengan alasan kerja-kerja pengubahsuaian tembok khusus Masjidil Aqsha.
Kementerian wakaf meminta pihak polis untuk segera menghentikan kerja-kerja tersebut dan membersihkan semua bahan bangunan yang telah dipasang di tembok masjid.
Pihak polis juga diminta memulangkan batu yang dicuri dan menempatkannya ke tempat asal di semua pagar Masjidil Aqsa bahagian barat.
Kementerian Wakaf mengingatkan bahawa tindakan ini merupakan pelanggaran terhadap Masjidil Aqsha yang memiliki keluasan 144 aekar secara keseluruhan, mencakupi ruang solat, halaman, madrasah dan pagar serta jalan dan Masjidil Aqsa merupakan waqaf murni milik kaum muslimin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 09-01-2020 – Rejim zionis Israel menahan 17 warga Palestin dalam satu operasi yang dijalankan di Tebing Barat dan Baitulmuqqadis.
Di Baitulmuqaddis, anggota polis rejim menahan 10 penduduk Palestin dalam satu serbuan ke rumah mangsa di daerah Issawiya. Polis rejim juga telah mengarahkan seorang penduduk tempatan dari Issawiya manakala seorang lagi dari Shin Bet untuk siasatan lanjut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 09-01-2020 – Rejim Israel (IOA) menghalang Sheikh Ismail Hawahdeh, pendakwah di Masjid Aqsa daripada memasuki Baitulmuqaddis untuk minggu ketiga berturut-turut.
Peguam Khaldoun Najem, yang bekerja di Bahagian Waqaf Islam Baitulmuqaddis berkata, beliau telah menyerahkan surat bantahan kepada perisikan Israel, Shin Bet, meminta agar Sheikh Nawahdeh dibenarkan menjalankan tugasnya di Masjid Aqsa.
Peguam Najem mengesahkan yang beliau akan pergi ke Mahkamah Israel jika tidak menerima maklumbalas daripada perisikan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 09-01-2020 – Perwakilan dari Hamas dan gerakan Jihad Islam telah kembali ke Gaza pada petang Ahad lalu selepas lawatan serantau selama beberapa minggu.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kedua-dua delegasi berkenaan tiba di Gaza berikutan siri lawatan ke beberapa negara.
Jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata delegasi Hamas yang diketuai oleh Khalil al Hayya, ahli biro politik pergerakan itu, telah kembali ke Gaza pada hari Ahad selepas melawat beberapa negara, termasuk Mesir, Turki, Qatar dan Malaysia.
Pada 3 Disember 2019, delegasi Hamas dan Jihad Islam, yang diketuai oleh ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya dan setiausaha agung Jihad Islam, Zeyad al-Nakhala, mengadakan pertemuan di Kaherah untuk membincangkan perkembangan terkini situasi politik di Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 06-01-2020 – Pihak Majlis Perbandaran Baitulmuqqadis dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Israel bercadang menggantikan sekolah yang telah dibina UNRWA di kem penempatan Shu’fat dan perkampungan Anata dengan bangunan baru.
Projek yang menelan belanja 7.1 juta shekel itu telah disokong dan dipromosi oleh Ketua Majlis Perbandaran Israel, Moshe Lion bertujuan bagi menyekat pengaruh dan keberadaan UNRWA di timur Baitulmuqqadis.
Dengan bantuan pentadbiran AS, pihak rejim bertindak pantas melancarkan kempen bermula dua tahun lepas terhadap UNRWA dalam usaha untuk cuba menyekat pengaruh agensi pelarian PBB itu dan hak penduduk Palestin kembali ke tanah asal mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 06-01-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Rabu menghalang para peserta perarakan aman menuju ke utara Nablus di mana penempatan haram Homesh pernah berada.
Datuk Bandar Jihad Salah menyatakan yang puluhan penduduk tempatan menyertai perarakan yang dianjurkan oleh perbandaran, menuju perbukitan kawasan al-Qubaibat di mana Homesh pernah berada sebelum dikosongkan pada 2005.
Salah menjelaskan yang rejim Israel menghalang jalan utama menuju kawasan tersebut dan menghalang mereka dari meneruskan perarakan, seterusnya mencetuskan pertikaman lidah dengan tentera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin, 06-01-2020 – Seorang peneroka haram Yahudi yang memandu pada kelajuan tinggi telah melanggar seorang pemuda Palestin hingga menyebabkan kecederaan pada petang Khamis lalu di sebuah jalan raya di timur kota Bethlehem, selatan Tebing Barat yang terjajah.
Mangsa dikenal pasti sebagai Bilal Ghazal, 20 tahun, dari kampung Kisan di selatan Bethlehem. Beliau mengalami kecederaan yang sederhana, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah.
Menurut kumpulan hak asasi manusia, insiden keganasan dan kekerasan oleh peneroka haram Yahudi pelampau terhadap rakyat Palestin dan harta-benda mereka adalah kejadian yang berlaku setiap hari di seluruh Tebing Barat.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Israel dilihat amat tidak cekap dalam menangani kejadian-kejadian jenayah yang dilakukan oleh peneroka-peneroka haram.
Kebanyakan fail penyiasatan mengenai kemudaratan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin dan harta benda mereka tertutup begitu sahaja disebabkan kegagalan sengaja pihak polis untuk melakukan siasatan dengan bersungguh-sungguh. Apabila mangsa jenayah adalah melibatkan warga Palestin, akan tampak dengan amat jelas kelemahan dan kecacatan dalam kerja polis Israel pada setiap peringkat penyiasatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 06-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah melepaskan tembakan ke atas seorang pemuda Palestin di jalan berhampiran blok penempatan haram Gush Etzion, selatan Bethlehem.
Pejabat perhubungan awam Palestin memberitahu kementerian kesihatan bahawa seorang warga negara Palestin mengalami kecederaan di salah satu kakinya setelah tentera Israel melepaskan tembakan berdekatan persimpangan Etzion di selatan Bethlehem.
Media Ibrani mendakwa bahawa pemuda itu cuba melakukan serangan berhampiran Gush Etzion, tetapi tentera berjaya menghalangnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin, 06-01-2020 – Organisasi Hak Asasi Manusia (HAM) Eropah mencatat sekitar 500 pelanggaran yang dilakukan pemerintah penjajah Israel di kota Al-Quds terjajah sepanjang Disember 2019 lalu dengan sokongan Amerika dan sikap diam antarabangsa.
Hal itu disampaikan dalam laporan HAM Euro-Mediterranean (Euro Med Rights) beribu pejabat di Genewa, dengan tema: “Pelanggaran Sehingga Detik Terakhir.”
Euro Mediterranean menyebutkan, Bilangan pelanggaran berlaku peningkatan di Al-Quds pada bulan lalu dengan keputusan pemimpin politik dan sokongan dari Amerika, serta sikap diam pihak antarabangsa, ketika giatnya usaha Israel menamatkan keberadaan warga Palestin dan mengubah karakter dan identiti kota Al-Quds.
Dijelaskan bahawa pasukan Israel melakukan 495 pelanggaran sepanjang Disember lalu, terbahagi kepada 16 bentuk pelanggaran HAM, kebanyakan pelanggaran berulang.
Bentuk pelanggaran mencakup penembakan, penangkapan, penganiayaan langsung kepada anak-anak dan para wanita, di samping perobohan rumah dan merosakkan harta benda.
Lembaga HAM mengecam sikap ‘tutup mata’ PBB terhadap pelanggaan Israel di kota Al-Quds, disebutkan bahawa sikap tidak bertanggungjawab mendorong peningkatan pelanggaran tanpa khawatir didakwa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 03-01-2020 – Rejim Israel (IOA) pada Selasa meratakan tanah rakyat Palestin di Kampung Wadi al-Rasha di selatan Qalqilya bagi membina jalan untuk pendatang Yahudi.
Menurut sumber tempatan, jentolak Israel dan kenderaan pembinaan menyediakan tanah untuk membina jalan di kampung Wadi al-Rasha dekat kampung Ras Atiya dan al-Dabaa di Qalqilya.
Jalan itu akan dibina untuk para pendatang dari penempatan haram Alfei Menashe, yang semakin berkembang sejak dibina pada tahun 1981.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 03-01-2020 – Seorang remaja Palestin cedera pada malam Selasa ketika rejim zionis menembaknya semasa serbuan di Tubas City di Tebing Barat utara.
Sumber perubatan Palestin mengatakan bahawa seorang remaja Palestin ditembak di paha dan dipindahkan ke hospital tempatan untuk rawatan.
Penduduk tempatan mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku antara pemuda Palestin dan rejim zionis ketika mereka menyerbu Kota Tubas.
Mereka melaporkan bahawa rejim zionis melepaskan tembakan amunisi dan gas pemedih mata kepada para pemuda dan mencederakan salah seorang daripada mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Jumaat, 03-01-2020 – Jurucakap Gerakan Pejuang Islam Hamas, Hazem Qassem, mengatakan bahawa keputusan menteri pertahanan Israel Naftali Bennett untuk menyita harta tawanan Palestin di dalam wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948, merupakan lanjutan dari perang Zionis terhadap para tawanan. Pihak penjajah Israel menganggap para tawanan merupakan salah satu simbol terpenting daripada masalah Palestin dan sekaligus sebagai saksi atas kejahatan yang dilakukan penjajah Zionis.
Qassem menegaskan bahawa tindakan yang dipraktikkan oleh Menteri Pertahanan Israel, di samping langkah-langkah represif Zionis yang datang silih berganti terhadap para tawanan, menegaskan kepentingan menyatukan usaha nasional untuk menghadapi tindakan penjajah Zionis tersebut dan menjadikannya program utama di peringkat nasional.
Beliau meminta pihak Otoriti Palestin agar tidak menyerah pada langkah-langkah penjajah Zionis. Otoriti Palestin memulakan inisiatif mengembalikan gaji para tawanan yang dipotong sebagai respons dan reaksi terhadap keputusan penjajah Israel tersebut.
Pada Rabu malam (1/1/2020), Bennett mengumumkan bahawa dia telah mengeluarkan keputusan untuk menahan harta keluarga 32 tawanan Palestin yang berasal dari wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948.
Bennett mendakwa bahawa keluarga para tawanan selama beberapa tahun terakhir menerima gaji dari pihak Otoriti Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman