
Jumaat, 7/03/08 –
Sekurang-kurangnya 8 warga Israel terbunuh dan lebih daripada 40 orang cedera dalam aksi syahid yang dilakukan pejuang Palestin di bahagian barat kota Jerusalem, Khamis (06/03) malam. Tindakan ini berlaku seminggu setelah tindakan bumi hangus yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan mengakibatkan lebih dari 130 Palestin syahid dan 350 lainnya tercedera.

Jumaat, 7/03/08 –
Pemimpin kanan politik Hamas, Mohammed Nazzal pada Khamis lalu telah mengesahkan bahawa Pergerakan Hamas menyatakan “kekaguman” berikutan peranan Mohammed Dahalan dalam melaksanakan rancangan Israel-AS untuk mengusir Hamas daripada berkuasa seterusnya memenangi pilihan raya.

Khamis, 6/03/08 –
Salah seorang pemimpin Hamas, Dr. Khalil Al-Hayyat menegaskan, Batalion Izzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas hanya menggunakan sebahagian kecil dari kekuatannya melawan serangan dan pencerobohan Israel yang terakhir di Semenanjung
Gaza. Hal ini disampaikan oleh El-Hayyah dalam perhimpunan “Syuhada Pembebas Gaza” Menanti Kemenangan”. Acara ini dihadiri sebahagian anggota parlimen Palestin seperti Dr. Muhammad Syihad, Ismael Al-Asyqar dan Mushir Misri dan ramai lagi di kalangan mahasiswa perguruan tinggi.

Khamis, 6/03/08 –
Ezzat Al-Resheq, ahli biro politik Hamas menggesa satu siasatan antarabangsa dibuka bagi menyiasat dakwaaan pentadbiran Amerika mendalangi konspirasi perang saudara di Palestin yang ditunjangi oleh pemberontak Fatah Mohamed Dahlan yang menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban.

Khamis, 6/03/08 –
Pergerakan HAMAS berikrar untuk membalas dendam diatas pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza, terutamanya pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Pergerakan itu di Khan Younis, selatan Gaza, mengatakan “entity Nazi†tersebut akan membayar harga yang cukup mahal kerana membunuh kanak-kanak Palestin dan akan menyesali diatas perbuatan dimana tertumpahnya darah mereka yang tidak berdosa ini.

Khamis, 6/03/08 –
Setelah gagal menghentikan serangan roket-roket buatan sendiri berikutan kekejaman berterusan tentera Israel, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan petang Rabu lalu yang rejim Zionis tidak akan menyerang Gaza sekiranya kumpulan penentang dari Palestin berhenti melancarkan roket-roket buatan sendiri ke wilayah Israel.

Rabu, 5/03/08 –
Majlis Tertinggi Banduan Hamas menyelar rejim Zionis kerana memindahkan banduan Hamas, Ruhi Mushtaha dan Yahya Al-Senwar dari penjara Hadarim ke penjara padang pasir Nafha dalam konteks hukuman yang dijalankan ke atas mereka tanpa justifikasi.

Rabu, 5/03/08 –
Ketua Pemberontak di dalam Fatah Mohammed Dahlan telah menyeru para pejuang Fatah di Gaza agar tidak terlibat atau membantu Hamas dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Rabu, 5/03/08 –
Sebuah Majalah di Amerika Syarikat, Vanity Fair menyiarkan dokumen rahsia Amerika yang mengandungi rancangan Amerika menggulingkan pemerintah Hamas
melalui pilihanraya umum yang akan dipercepatkan dan perang saudara.

Selasa, 4/03/08 – GAZA, (PIC)– Kerajaan Israel dilaporkan sedang memikirkan cara yang sah bagi mensasarkan kawasan berpenghuni di Semenanjung Gaza yang jika berlaku, akan mengenakan penderitaan yang berat terhadap penduduk awam Palestin.

Khamis, 28/02/08 –
Pasukan gerak am Abbas Selasa lalu telah menculik seorang jururawat lelaki yang bekerja di Hospital Khaled di Ramallah yang menuduhnya mengambil gambar kesan penderaan pada badan Sheikh Majd al-Barghouthi yang diseksa sehingga mati oleh kumpulan tersebut.

Khamis, 28/02/08 –Abdul Latif Qanu jurucakap Hamas di utara Gaza telah memberi amaran bahawa tindakan sekatan ke atas Gaza akan membawa kepada ‘letupan’ kemusnahan dimana Israel dan negara lain di sekelilingnya yang berdiam diri akan bertanggungjawab ke atas kemusnahan ini.

Rabu, 27/02/08 –
Pergerakan Hamas Selasa lalu dengan tegas menuduh presiden PA Mahmoud Abbas mengagalkan semua usaha Palestin dan Arab bagi memecahkan sekatan ekonomi yang telah mencapai dua tahun di Semenanjung Gaza.

Selasa, 26/02/08 –Pihak penjajah Israel telah membebaskan seorang professor fizik Essam Al-Ashkar, 50, selepas 2 tahun ditahan tanpa bicara atas alasan ordinan ‘tahanan pentadbiran’.
Selasa, 26/02/08 –
Pergerakan Hamas secara rasmi mendesak pembunuh tokoh Hamas di Tebing Barat, Sheikh Majd Al-Barghouthi agar didakwa, sambil memberitahu penambahan pasukan gerak am PA terhadap sebab-sebab kematiannya sebenarnya tidak berasas.