Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Dua Gadis di Baitulmaqdis

Rabu , 21-10-2020 –  Polis Israel menahan dua gadis Palestin ketika mereka berada di Jalan Salah El-Din di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada tengah hari Isnin lalu.

Ketegangan meningkat di kawasan itu ketika pemuda-pemuda Palestin berusaha untuk membebaskan kedua-dua gadis berkenaan dan pertembungan telah berlaku dengan polis Israel yang telah dikerahkan ke kawasan tersebut.

Saksi melaporkan bahawa polis Israel telah mengikat gadis-gadis itu dengan kasar dan membawa mereka ke pusat tahanan Israel di Baitulmaqdis.

Pihak berkuasa rejim Zionis terus-menerus mengganggu penduduk Baitulmaqdis dan mengenakan denda yang tinggi atas pelbagai sebab, yang terbaharunya adalah atas alasan melanggar sekatan coronavirus.

Pemerintahan Zionis baru-baru ini telah mempertingkatkan sasarannya terhadap penduduk Baitulmaqdis dengan menahan berpuluh-puluh belia setiap hari.

Sementara itu, pada hari Isnin lalu rejim Zionis juga telah menahan 5 orang Palestin, salah seorangnya adalah bekas tahanan dari Bethlehem, dan 4 yang lain dari kem pelarian Al-Aroub, di utara al-Khalil.

Rejim Zionis telah menyerbu kem pelarian, menyerbu dan menggeladah beberapa rumah kediaman sebelum menangkap empat pemuda tersebut, iaitu: Tamer Al-Badawi, Salim Jawabreh, Qusay Al-Badawi, dan Muhammad Al-Balasi.

Askar Zionis juga mendirikan pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk ke bandar Saʻir dan Halhul dan menahan dan menggeledah kenderaan orang awam.

Di Bethlehem, rejim Zionis telah menangkap bekas tahanan, Abdul Hadi Hammad, setelah mereka menyerbu dan menggeledah kediamannya serta merosakkan isi kandungannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

IPS memindahkan 60 pemogok lapar ke penjara terasing

Rabu , 21-10-2020 –  Perkhidmatan penjara israel (IPS) telah memindahkan 60 tahanan yang mogok lapar, merupakan ahli Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP), ke sel terasing di penjara berbeza.

Para tahanan PFLP itu memulakan mogok lapar sejak empat hari lepas apabila rundingan mereka dengan penjara untuk menamatkan pengasingan tahanan Wael al-Jaghoub dan sekumpulan tahanan gagal.

Para tahanan itu turut mengumumkan mogok lapar yang dilakukan tanda kebersamaan dengan tahanan Maher al-Akhras, yang sudah mogok lapar selama 80 hari sebagai bantahan atas penahanannya yang tanpa bicara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mujahidin Akhras sedang tenat.

Rabu , 21-10-2020 –  Pejabat Media Tahanan memberi amaran pada Isnin yang lalu akan keadaan Mujahidin Palestin – Maher al-Akras yang tenat tatkala mogok lapar di penjara Israel selama sedari 64 hari yang lepas.

Pejabat tersebut mengatakan dalam siaran akhbar bahawa Akhras, 49, dari Jenin meneruskan mogok lapar terbuka untuk memprotes penahanan beliau. Beliau sekarang berada di hospital Israel di Kaplan dan keadaan kesihatannya bertambah serius.

Tahapan bahaya.

Bahaya sebenar bagi kesihatan seseorang yang menjalankan protes mogok lapar adalah selepas 40 hari apabila kerosakan tisu tubuh badan yang berterusan dan kegagalan organ akan terjadi. Sekaligus menyebabkan kerosakan kepada organ tertentu dan mengkibatkan kematian mengejut.
60 hari selepas bermulanya mogok lapar, organ penting dalam tubuh akan memasuki tahap yang merbahaya apabila beberapa masalah organ pada jantung dan buah pinggang akan timbul kerana fungsi organ tersebut kurang baik.

Keadaan ini adalah sangat merbahaya dan merupakan ancaman kepada pelaku. Tambahan pula, pendarahan akan berlaku disebabkan keretakan pada kulit secara langsung nyawa mereka berisiko tinggi untuk mati kerana kandungan oksigen dalam darah berkurangan. 

Mogok Syahid

5 orang tahanan meninggal dunia setelah mogok lapar di dalam penjara jajahan Israel. Mereka adalah Abd Al-Qadir abu al- Fahm pada Julai 11, 1970 ketika serangan dalam penjara Ashkelon dan allahyarham merupakan syahid pertama dalam gerakan banduan untuk mogok lapar dan Rasim Halawa dan Ali al-Jaafari pada Julai 24, 1980 ketika mogok lapar di penjara Nafha. Mahmoud Freitikh didalam penjara Junaid pada 1984 dan Hussein Nimer Obeidat pada Oktober 14, 1994 semasa mogok lapar didalam penjara Ashkelon.

Mogok lapar merupakan cara dimana tahanan akan mengelak dari memakan apa sahaja bentuk makanan didalam penjara dengan pengecualian air dan garam. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Koloni Penempatan Baharu di Bukit Shabih Nablus

Rabu , 21-10-2020 –  Para penduduk pendatang Zionis mulai membangunkan pos penempatan baharu di puncak Gunung Sabih di kota Beita, selatan Nablus, di Tebing Barat bahagian utara, Isnin (19/10).

Saksi menyatakan bahawa sekumpulan penduduk Yahudi dikerahkan di puncak gunung sebelum mereka mula memacak beberapa khemah dan karavan sebagai usaha awal mendirikan pos penempatan untuk melengkap usaha mereka yang sebelumnya pernah gagal.

Para penduduk Yahudi mencuba beberapa kali untuk mengambil alih daerah ini, baik dengan mendirikan rumah kenderan atau mendirikan khemah, tetapi setiap kali mereka menghadapi reaksi keras dari penduduk bandar.Pada awal Mac lalu di kota Beita terjadi beberapa konfrontasi yang menolak penyelesaian puncak pegunungan Sabih dan Al-Arma hingga mengakibatkan dua syahid.

Serangan penempatan baru-baru ini datang dalam kerangka aksi perlawanan di Itamar dan usaha untuk membuat pos baru.

Penduduk pendatang Yahudi memanfaatkan kesibukan menghadapi virus Corona untuk melaksanakan projek dan rancangan penempatan mereka dengan menebang dan mencabut pokok serta membakar tanah penduduk warga Palestin.

Laporan berkala yang dikeluarkan pejabat media Hamas di Tebing Barat mencatat pasukan pendudukan Yahudi melakukan 1575 pelanggaran terhadap hak-hak rakyat Palestin dan tanah mereka di Tebing Barat dan Al-Quds sepanjang bulan September yang lepas.

Menurut laporan tersebut, jumlah serangan penempatan mencapai 16 kali serangan yang bervariasi antara penyitaan dan perataan tanah, pembangunan jalan dan persetujuan pembangunan unit penempatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perbincangan Haniyeh dengan Miladinov berkenaan kesepakatan nasional Palestin

Rabu , 21-10-2020 –  Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Ismail Haniyeh telah melakukan perbincangan atas talian dengan Nikolai Miladnov, delegasi Sekretariat Persarikatan Bangsa-bangsa untuk Timur tengah bagi mencapai persatuan nasional Palestin.

Dalam perbincangan tersebut Haniyeh menegaskan gerakan Hamas yang mengambil sikap untuk tetap patuh dengan perjanjian kesepakatan nasional demi memastikan kesatuan dengan gerakan Fatah dan fraksi perjuangan Palestine yang lain dapat di capai. Disamping itu beliau
turut menyatakan tentang beratnya tantangan dan bahaya hebat yang di hadapi oleh pejuang Palestin.

Pemimpin Hamas ini turut memuji perkembangan dialog dan kesungguhan serta semangat patriotik yang di tunjukkan oleh setiap pihak, sebagai bukti pimpinan kedua-dua pihak Hamas dan Fatah ini sirius memperbaiki hubungan dan mengelakkan perpecahan serta memulihkan
kesatuan rakyat palestin di dalam dan luar Negara.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Impak Normalisasi, 4 Warga Emirat Diusir Dari Al-Aqsa

Selasa , 20-10-2020 –  Beberapa Orang warga Al-Quds menghalang delegasi normalisasi Emirat yang masuk ke Masjidil Aqsa dengan pengawalan ketat pihak polis Israel.

Menurut beberapa sumber di Al-Quds, 4 warga Emirat sempat menunaikan solat di Qubatus Shakhra,  Masjidil Aqsa dengan pengawalan ketat pihak keselamatan Israel.

Keempat-empat warga Emirat kemudian melawat tempat-tempat besejarah dan mengambil gambar namun kemudian diusir oleh beberapa warga Al-Quds.Mereka diminta segera meninggalkan komplek Al-Aqsa, warga Al-Quds kemudian melaungkan slogan anti normalisasi terhadap penjajah.

Sumber menyebutkan kejadian berlaku selepas solat Asar, wujud kesepakatan antara polis Israel dan Emirat untuk menyediakan waktu setelah Asar bagi keempat-empat warga Emirat memasuki Al-Aqsa.Tambahan pula pihak polis Israel mengambil tindakan mengizinkan  4 warga Emirat masuk di antara waktu solat supaya mereka dapat mengawalnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyekat jalan dekat bandar Ya’bad Tebing Barat

Selasa , 20-10-2020 –  Tentera rejim Israel (IOF) pada pagi Ahad menyekat jalan di simpang bandar Ya’bad, barat daya Jenin.

Menurut sumber tempatan, IOF memasang pos pemeriksaan di jalan menuju bandar Ya’bad dan kota Tulkarem serta menggeledah kenderaan dan memeriksaan pengenalan para penumpang.

Sekatan jalan itu menyebabkan kesesakan teruk, tambahan pula para penduduk sedang menuju ke tempat kerja dan sekolah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

389 kes terbaru Covid-19 serta 6 kematian di Palestin dalam 24 jam.

Selasa , 20-10-2020 –  Hari Ahad yang lalu, kementerian kesihatan Palestin melaporkan terdapat enam kematian baru akibat dari COVID-19. Manakala, 389 kes positif terbaru dilaporkan dan 336 dilaporkan pulih sepenuhnya di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza selama 24 jam terakhir. 

Menurut laporan harian kementerian tersebut, lima dari mangsa baru yang meninggal dunia akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat dan seorang dari Semenanjung Gaza.

40 pesakit kritikal juga dimasukkan ke unit rawatan rapi dan enam darinya telah diberi bantuan alat pernafasan. 87.5 peratus dari jumlah kes telah pulih, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.7 peratus dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari jumlah kes.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Akhras Teruskan Mogok Lapar

Selasa , 20-10-2020 –  Tahanan Maher Al-Akhras, 49, dari Jenin meneruskan mogok lapar terbuka pada hari Ahad untuk hari ke-84 berturut-turut menolak penahanan pentadbirannya walaupun di ambang maut akibat kesihatan yang merosot.

Akhras dirawat di hospital Kaplan Israel dalam keadaan kesihatan yang sangat membimbangkan kerana dia mengalami keletihan dan tekanan yang teruk, sakit pada sendi, perut dan sakit kepala yang kerap di samping penurunan berat badan dan gangguan keseimbangan.

Dia juga tidak dapat bergerak, kehilangan banyak cecair dan garam. Deria pendengaran dan pertuturannya terjejas. Doktor memberi amaran akan kerosakan pada beberapa organ tubuh Akhras, seperti ginjal, hati dan jantung, dan berisiko mati secara tiba-tiba.

Organisasi hak asasi manusia dan parti politik Palestin memberi amaran bahawa Akhras akan mati bila-bila masa kerana dia memasuki tahap membahayakan nyawa.

Akhras berkata, “Saya komited dengan keputusan saya dan hanya akan makan makanan di rumah saya, dan saya tidak akan melanggar kehendak saya. Saya sekarang di Hospital Kaplan, saya tidak minum apa-apa kecuali air, dan saya akan terus melakukannya sehingga saya kembali ke rumah saya. “

Pada 12 Oktober 2020, mahkamah Israel telah menolak lagi permintaan pembebasan segera yang dikemukakan oleh peguamnya. Mahkamah mengemukakan cadangan yang menunjukkan kemungkinan melanjutkan penahanan pentadbirannya dan tidak memperbaharuinya dengan syarat menghentikan mogoknya. Akhras menolak cadangan ini dan menyatakan bahawa dia akan meneruskan perjuangannya hingga kebebasannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang diketuai oleh Glick dan Assaf, menceroboh masuk kawasan Al-Aqsa.

Selasa , 20-10-2020 –  Beberapa pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad lepas dengan diketuai oleh pendita ekstrimis Yehuda Glick dan Farid Assaf, jurucakap bagi Persatuan Kuil Yahudi dengan kawalan ketat polis dan menjalankan upacara Talmud.

Sumber tempatan melaporkan Yehuda Glick , ketua yayasan Mount Heritage dan Farid Assaf, jurucakap persatuan kuil yahudi menyerbu masuk ke kawasan Al-Aqsa dengan kira kira 50 pendatang yahud.

Menurut sumber tempatatan lagi, siaran langsung dipancarkan ketika serbuan Glick dan Assaf ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.  Satu pertembungan dan timbul kekecohan antara Glick, perkerja Masjid Al-Aqsa dan tetamu masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Kediaman, Bangunan dan Rangkaian Air di Masafer Yatta

Selasa, 20-10-2020 –  Pasukan rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah memusnahkan sebuah rumah, bangunan pertanian dan rangkaian air milik rakyat Palestin di Masafer Yatta, di selatan al-Khalil.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour memberitahu bahawa jentolak Israel yang dikawal oleh pasukan askar merobohkan sebuah rumah seluas 70 meter persegi dan memindahkan penduduknya di kawasan al-Fakhid di Masafer Yatta.

Jabour menambah bahawa rejim Zionis juga memusnahkan dua gudang pertanian serta isi kandungannya di kawasan yang sama.

Kediaman dan bangunan pertanian berkenaan adalah milik penduduk tempatan bernama Akram Abu Sabha.

Rejim Zionis juga memusnahkan jaringan air yang menampung masyarakat Badwi di sepanjang kawasan tersebut dari Khilat al-Daba hingga al-Mafqara di Masafer Yatta.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Zionis telah meningkatkan pencerobohannya di Masafer Yatta dengan merobohkan rumah dan bangunan milik keluarga miskin, serta menghalang mereka untuk mendirikan bangunan, mengusahakan tanah dan menternak lembu, dan memutuskan sumber air untuk memaksa mereka meninggalkan wilayah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Sebab-sebab penangkapan di al-Khalil

Selasa , 20-10-2020 –  Rejim Zionis (IOF) telah menangkap seorang bekas banduan dari bandar Beit Ummar, di utara al-Khalil.

Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menangkap bekas tahanan, Muhammad Murshid Al-Zaqeq, 24, ketika dia berada di kota Al-Zaeem, timur Baitulmaqdis.

Sementara itu, ramai orang awam Palestin mengalami kesukaran bernafas termasuk tiga kanak-kanak setelah tentera IOF melepaskan gas pemedih mata di dalam sebuah bangunan di kem pelarian Al-Aroub, di utara al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Lapan kes kematian Corona dan 442 kes jangikatan baru di Palestin dalam 24 jam

Isnin , 19-10-2020 –  Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis , melaporkan lapan kes  kematian terbaru akibat COVID-19 , 442 kes positif dan 281 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Berdasarkan laporan harian kementerian, kesemua mangsa yang meninggal akibat viru  berasal dari tempat yang berbeza di Tebing Barat manakala 81 kes baru berasal dari Gaza. 36 pesakit tenat telah dipindahkan ke wad rawatan kritikal dimana enam dari mereka ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel menyerang tahanan Palestin di dalam penjara Eshel. 

Isnin , 19-10-2020 –  Pihak keselamatan penjara menyerang tahanan Palestin di penjara Eshel di Beersheba pada hari Selasa.

Menurut Persatuan Banduan Palestin , pihak penjara Israel menyerbu masuk ke dalam 10 bahagian di penjara dimana 20 tahanan telah di ikat dan dipukul bertalu talu. Persatuan Banduan Palestin melaporkan ada diantara tahanan di dalam bahagian itu mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Acara sukan UK bersuara tentang hak untuk kembali bagi pelarian Palestin

Isnin , 19-10-2020 –  Satu acara bertajuk “My Return Tournament” telah dilaksanakan oleh ”Olive”, satu organisasi belia Palestin d UK, dengan kerjasama kempen “My Return” dalam satu langkah menyuarakan hak pelarian untuk kembali ke Palestin.

Lapan pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di kota London itu. Setiap pasukan mewakili sebuah kampung atau kem Palestin dalam usaha merapatkan belia dan kanak-kanak dengan tanah air mereka. Risalah yang mengandungi maklumat sejarah tentang kota-kota dan bandar turut diedarkan kepada para peserta.

Kanak-kanak dan belia mengangkat bendera Palestin dan melaungkkan “Bebaskan Palestin” dan “Hak kami untuk kembali.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati & Hairul