
Khamis, 05/02/2009 – Muhammad Nasr, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan usaha-usaha ke arah penyelesaian yang sedang dilaksanakan di Kaherah sentiasa menemui jalan buntu kerana kedegilan Zionis dan percubaan regim tersebut untuk memaksakan syarat-syaratnya berhubung perjanjian gencatan senjata. Beliau juga menimbulkan adalah suatu yang tidak logik jika Gaza terus dikepung dan dalam masa yang sama rakyat Palestin dihalang daripada mentadbir dan mengurus negara mereka sendiri.












