Categories
Berita Semasa

Lebih 190 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Isnin, 02-08-2021 – Sebilangan besar peneroka Yahudi di bawah kawalan polis telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada hari Selasa pagi.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 194 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya dengan kawalan polis. Sebilangan peneroka menerima ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan melakukan sembahyang Talmud semasa lawatan mereka di tanah suci Islam itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Sada Social membantah penapisan Facebook terhadap kandungan Palestin

Isnin, 02-08-2021 – Sada Social, sebuah kumpulan hak media sosial, telah mengecam pentadbiran Facebook kerana meningkatkan kempen penapisannya yang tidak adil dan sekatan terhadap halaman Palestin milik agensi berita.

Sada Social mengatakan bahawa mereka menerima banyak aduan baru-baru ini mengenai sekatan berterusan Facebook dalam menerbitkan catatan dan mengakses halaman milik agensi berita terkenal di kawasan Palestin, walaupun apa yang mereka terbitkan itu hanyalah isi kandungan berita.

Sada Social menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau pelanggaran Facebook terhadap kandungan Palestin dan berusaha menghubungi syarikat media sosial tersebut untuk mendapatkan penjelasan mengenai alasan atas tindakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Nablus selepas tentera dan penceroboh menyerbu kawasan timur

Isnin, 02-08-2021 – Keganasan meletus pada malam hari Isnin di antara pemuda Palestin dan tentera rejim Zionis di kawasan timur bandar Nablus selepas beratus penceroboh Yahudi memenuhi kawasan tersebut untuk melakukan ritual di makam nabi Yusuf.

Sumber tempatan berkata berpuluh pemuda menutup jalan di kawasan timur dengan batu dan membakar tayar; dan berdepan tentera rejim dan kenderaan peronda mereka dengan membaling batu dan bom Molotov ke arah mereka.
Mereka menambah bahawa pertempuran memuncak setelah lebih ramai tentera Israel tiba dengan menaiki kenderaan tentera termasuk jentolak menyerbu kawasan timur Nablus dan memenuhi jalan raya untuk memberi perlindungan ke atas bas dan kereta yang membawa beratus penceroboh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Zionis Serbu Rumah, Culik Warga Palestin

Isnin, 02-08-2021 – Sejumlah penduduk ditangkap dalam serbuan di kawasan kediaman Tebing Barat malam semalam dan subuh Selasa. Serangan bersenjata berlaku antara Rejim Zionis dengan pasukan penentang ketika serbuan dilakukan.

Dalam pada itu, pertempuran antara Rejim Zionis dengan pemuda tempatan di bandar Jenin, mengakibatkan seorang cedera terkena tembakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram halang pengembala dari sumber air untuk ternakan di Lembah Jordan.

Rabu, 28-07-2021 – Peneroka haram Yahudi pada hari Rabu menghalang pengembala Palestin dari menggunakan telaga Ein al-Hilweh di utara Lembah Jordan untuk haiwan ternakan pengembala Palestin. Pegawai tempatan Aref Daraghmeh berkata peneroka melemparkan batu kepada pengembala dan lembu ternakan mereka dari menghampiri sumber air berkenaan. Kira-kira dua hari lepas, peneroka yang sama tanam banyak pohon Ein al-Hilweh yang dirampas oleh mereka beberapa bulan yang lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Dua Diculik Di Barat Jenin

Rabu, 28-07-2021 – Rejim Zionis menculik dua pemuda Palestin di kediaman mereka di bandar Rummanah, barat Jenin pada Subuh Khamis. Menurut sumber tempatan, penculikan Mu’ein Amour dan Raja Abu Qiyas berlaku setelah Rejim Zionis bertindak memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah di kawasan berkenaan.

Dalam masa sama, Rejim Zionis turut melakukan rondaan sekitar jalanan kota dan kawasan tanah berhampiran tembok pemisah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Raja Jordan seru agar menghalang Israel daripada mengambil langkah berat sebelah

Rabu, 28-07-2021 – Raja Abdullah II menekankan kepentingan menghalang sebarang tindakan berat sebelah oleh Israel yang akan menggugat kestabilan rantau itu.

Ia dinyatakan ketika mesyuarat yang diadakan di Washington di antara Raja Abdullah dan penasihat keselamatan kebangsaan AS Jake Sullivan, demikian menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

Kedua-dua pihak membincangkan sejumlah isu rantau, terutamanya berkenaan Palestin, di mana Raja Jordan menekankan peranan penting pentadbiran AS dalam meningkatkan usaha perdamaian berasaskan penyelesaian dua-negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang Terbunuh, Sepuluh Cedera dalam Letupan di Gaza

Rabu, 28-07-2021 – Seorang warga Palestin terbunuh dan sepuluh yang lain cedera dalam letupan yang menggegarkan pasar Zawiya di timur bandar Gaza pada hari Khamis pagi.

Foto yang diambil dari tempat kejadian menunjukkan kemusnahan yang besar di bangunan- bangunan dan kedai-kedai akibat dari letupan. Iyad al-Buzum, jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata pasukan polis, briged
pertahanan awam dan kru ambulans menangani insiden itu, memindahkan mangsa yang cedera dan sedang menyiasat punca letupan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Bandar Khader, Bertempur Dengan Belia Tempatan

Rabu, 28-07-2021 – Pertembungan ganas berlaku pada petang Rabu lalu antara belia Palestin dan pasukan rejim Zionis setelah Zionis menyerang bandar al-Khader di selatan Bethlehem.

Menurut sumber tempatan, pertempuran tertumpu di kawasan Bakoush dan kawasan Dar Mousa di sebelah barat bandar.

Rejim Zionis telah melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah kumpulan belia tersebut, yang kemudiannya bertindak balas dengan melempar batu. Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin mati di pusat tahanan Israel di barat Baitulmuqaddis

Rabu, 28-07-2021 – Seorang pemuda Palestin telah disahkan meninggal dunia pada petang hari Rabu oleh polis penjajah Israel di pusat tahanan dan soal siasat Moskobiya di barat Baitulmuqaddis.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Abdo at-Tamimi, 43 tahun, seorang penghuni kem pelarian Shuafat di Baitulmuqaddis, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan Moskobiya. Tamimi ditahan pada hari Ahad lepas kerana kesalahan trafik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Europe for Jerusalem Kutuk Serbuan Israel Tehadap Al-Aqsha

Jumaat, 23-07-2021 – Pihak Europe for Jerusalem mengutuk keras serbuan besar-besaran yang dilakukan sekelompok warga pendatang Yahudi ke Masjid Al-Aqsha yang diikuti tindakan kekerasan dan penganiyaan pasukan penjajah Israel terhadap jamaah yang mengerjakan solat.

Pihak persatuan tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di awal hari Minggu dan menyerang para jamaah serta penjaga tetap masjid di halaman Masjid dengan memukul, menolak serta menahan mereka dengan paksa. Sementara itu, para pemuda Palestin yang berada di sana cuba menghadang tindakan biadap tentera Israel.

Badan Eropah ini menegaskan bahawa ia adalah kejahatan terang-terangan dimana pasukan Israel dalam jumlah besar dari polis penjajah menyerang dan menganiaya jamaah solat dengan tindakan ganas. Akibatnya, sejumlah orang mengalami kecederaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Awqaf mengutuk tindakan kekerasan rejim Zionis Israel ke atas Al-Aqsa.

Jumaat, 23-07-2021 – Pergerakan Palestin Awqaf dan Perhubungan Agama pada hari Ahad mengutuk pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh peneroka haram yahudi yang menjalankan upacara keagamaan untuk memperingati ulang tahun kemusnahan kuil.

Hossam Abu al-Rub, Setiausaha Pergerakan itu menegaskan pencerobohan harian telah mensasarkan kemerdekaan Masjid Al-Aqsa, dimana ianya bertukar kepada pencabulan sistematik dalam usaha mengawal dan menyahudikan

Masjid atau sebahagian kawasannya. Abu al-Rub menerangkan kempeon neo Israel, berdasarkan memutar belitkan fakta dan menjadikan dasar-sejak-dulu-lagi , menunjukkan sikap perkauman yang di amalkan oleh rejim zionis Israel di kawasan tanah suci Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Lima Diculik Zionis Di Tebing Barat

Jumaat, 23-07-2021 – Sekurang-kurangnya lima warga Palestin diculik Rejim Zionis semalam dan subuh Ahad di kawasan sekitar Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, seorang anak muda, Majdi Al-Barghouti ditahan dalam serbuan sekitar bandar Ramallah dan Bireh.

Seorang lagi, Imad Abu Zeitoun dari perkampungan Zububa, barat Jenin turut ditahan dalam serangan di pusat pemeriksaan berdekatan kediamannya.

Saksi memberitahu, Abu Zeitoun dipukul dengan teruk selain disembur gas pemedih mata di bahagian muka sebelum Rejim Zionis membawanya ke kem ketenteraan Salem. Manakala di Bethlehem, tiga lagi diculik di kawasan berdekatan. Mereka dikenali sebagai Ahmed Takatika, Radi Salah dan Mohamed Sarhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri beri amaran tentang usaha Israel untuk mengawal Masjid Aqsa

Jumaat, 23-07-2021 – Sheikh Ekrima Sabri, Ketua Majlis Tertinggi Islam di Baitulmuqaddis, memberi amaran bahawa rejim zionis ingin mengawal Masjid Aqsa dan tempat-tempat Islam di sekitarnya.

Dalam kenyataan akhbar, Sheikh Sabri mengutuk kejadian pecah masuk besar-besaran ke atas Masjid Aqsa pada pagi Ahad sebagai ‘pencerobohan tempat suci dan hari-hari suci Islam’.

Beliau menggesa masyarakat Palestin untuk berarak ke Masjid Aqsa bagi mempertahankannya, dan menyeru rejim agar belajar daripada konfrontasi lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jordan Kutuk Pencabulan Berterusan Israel ke atas Al-Aqsa

Jumaat, 23-07-2021 – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengecam tindakan pencerobohan berterusan oleh Israel di Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad, yang terbaru membenarkan puluhan peneroka menyerbu masjid di bawah perlindungan polis Israel dan menyerang para jemaah.

Jurucakap Kementerian, Daifallah al-Fayez, dalam satu kenyataan berkata bahawa tindakan Israel terhadap masjid tersebut ditolak dan ia merupakan pencabulan terhadap status quo sejarah dan undang-undang, undang-undang antarabangsa dan kuasa Israel sebagai penjajah di Timur Jerusalem.

Fayez menjelaskan kementerian itu telah menghantar nota protes secara rasmi meminta Israel menghentikan pencabulannya, menghormati status quo sejarah dan undang-undang, kesucian masjid, kebebasan beribadah, dan menghormati pihak berkuasa Pentadbiran Wakaf Jerusalem dan urusan Masjid Al-Aqsa di Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar