Categories
Berita Semasa

Hamas ucap takziah kepada mangsa gempa Afghanistan

Selasa, 28-06-2022 – Gerakan penentangan Islam, Hamas, menunjukkan simpati kepada “mangsa gempa bumi yang menyakitkan”, yang melanda tenggara Afghanistan, menyebabkan ratusan mangsa cedera.

Dalam satu kenyataan ringkas pada hari Rabu, Hamas menyatakan “solidariti penuh dengan Emiriah Islam Afghanistan, kepimpinan dan rakyat”.

Awal hari ini, media melaporkan angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan mencecah 950 orang dan lebih 600 cedera.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Kami tiada pilihan melainkan menentang penjajahan. 

Khamis, 23-06-2022 – Khaled Mishaal,  Ketua Biro Luar Hamas, menegaskan bahawa rakyat Palestin tiada pilihan lain melainkan menentang penjajahan Israel sehingga merdeka. Beliau mengesahkan bahawa kepimpinan Hamas dan gabungan pertubuhan Palesin akan setia terhadap perjuangan dan pengorbanan para tahanan.

Dalam satu perbualan telefon dengan keluarga para syahid, Baraa Lahlouh, Youssef Salah dan Laith Abu Surur di Jenin yang dibunuh oleh pejajah Zionis Israel pada Subuh Jumaat lepas, Mishaal berkata “ Dengan sepenuh hati saya, kami mengucapkan tahniah diatas kematian syahid para pejuang , kami akan menentang pihak musuh supaya titisan darah para pejuang tidak jadi sia sia.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel serang nelayan Palestin di utara Gaza

Khamis, 23-06-2022 – Tentera rejim zionis menyerang para nelayan Palestin dan bot mereka pada pagi Ahad di utara perairan Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) memetik satu sumber rasmi dari pihak nelayan yang mengatakan bahawa bot bersenjata Israel menembak ke arah bot-bot nelayan ketika kehadiran mereka di sekitar beberapa batu nautika perairan as-Sudaniya.

Tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan yang memaksa para nelayan kembali ke pantai.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Iran : Israel Beri Ancaman Kepada Keamanan dan Keselamatan Serantau

Khamis, 23-06-2022 – Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada hari Ahad berkata Israel telah menimbulkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan serantau dan melakukan tindakan keganasan dan rasuah.

Menurut agensi berita Iran IRNA, Abdollahian membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa melalui satu panggilan telefon dengan Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu, Abdullah Bin Zayed.

Abdollahian menggariskan Iran berhasrat mempromosikan keamanan dan keselamatan di rantau ini dan negara jirannya, sesuatu yang tidak boleh dilakukan dengan campur tangan asing.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas, Gerakan Jihad Seru Tingkatkan Tentangan

Khamis, 23-06-2022 – Hamas dan Gerakan Jihad Islam pada Ahad meratapi pejuang syahid Palestin, Nabil Ghanem yang ditembak mati Rejim Zionis pagi tersebut berhampiran tembok pemisah di selatan Bandar Qalqilya, Tebing Barat.

Dalam dua kenyataan berasingan, Gerakan menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat agar meneruskan penentangan terhadap peneroka Israel dan Rejim Zionis.

“Kita perlu tingkatkan aktiviti penentangan, bagi membantah pembunuhan berdarah Israel ini yang melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tegas Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan akhbar.

Mereka turut menambah, pemuda Palestin akan terus-terusan menentang pendudukan Israel sehingga hak dan tanah air mereka dikembalikan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Hamas seru tindakan antarabangsa hentikan penderitaan pelarian Palestin

Khamis, 23-06-2022 – Biro tindakan popular Pergerakan Hamas di Lubnan telah mengulangi hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan kawasan tempat mereka dipindahkan oleh pencerobohan Israel dan menggesa ketetapan antarabangsa yang jelas dan tegas dalam hal ini.

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, biro itu menggesa UNRWA supaya memikul tugas mereka sepenuhnya bagi menyediakan pembangunan dan perkhidmatan bantuan terbaik kepada pelarian Palestin, terutama dalam keadaan ekonomi dan sosial semasa yang sukar di seluruh dunia.

Biro itu memberi amaran terhadap sebarang langkah yang diambil oleh UNRWA yang akan menjejaskan hak pelarian Palestin, sama ada dengan mengecilkan perkhidmatannya, mewakilkan tugasnya kepada organisasi lain atau memanipulasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah peribadi pelarian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pasukan Penjajah Israel Menangkap 5 Warga Tempatan di Hebron

Khamis, 23-06-2022 – Pasukan penjajah Zionis menangkap lima warga sivil Palestin di kampung al-Majaz di Masafer Yatta, selatan Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan Tanah, Fuad Amur mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap para aktivis yang menentang pembinaan penempatan Yahudi.

Mereka yang ditangkap adalah Jalal Amur, Walid Dababsa, Amer Dababsa, Muhammad Dababsa dan Amin Hathalin, setelah kenderaan mereka ditahan di desa al-Majaz.

Pasukan penjajah Israel terus meningkatkan operasi mereka di Masafer Yatta di Hebron, termasuk menggeledah dan menyerahkan surat pemberitahuan pengusiran kepada penduduk Palestin.

Sebelumnya, pada Ahad petang, pasukan penjajah Israel menangkap lima warga Palestin dan menahan seorang bekas tawanan dari al-al-Quds serta menangkap seorang wanita yang berada di dalam Masjid al-Aqsha.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap pemuda Palestin, Shadi Abu Sneina, ketika dia berada di kawasan “Gerbang Hatta”, salah satu gerbang Masjid al-Aqsha yang diberkati, dan menangkap dua pemuda lainnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

450 Kanak-Kanak Palestin Ditahan Sejak Awal 2022

Isnin, 20-06-2022 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan pada Selasa melaporkan, pihak berkuasa Rejim Zionis (IOA) telah menahan 450 kanak-kanak Palestin, termasuk 353 dari Jerusalem, sejak awal 2022.

Laporan turut menyatakan, 170 lagi masih berada dalam penjara Israel dan pusat tahanan, termasuk 10 daripadanya melebihi usia kanak-kanak ketika ditahan, seperti Ahmad Manasra.

Dalam laporan sama, IOA mengeluarkan perintah pemanjangan tempoh penahanan mereka, selain melucutkan hak asasi manusia seperti rawatan perubatan sewajarnya dan perbicaraan yang adil, sekaligus melanggar Hak Asasi Antarabangsa dan hak konvensyen kanak-kanak.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memusnahkan 8 pokok zaitun di Tebing Barat

Isnin, 20-06-2022 – Pendatang Yahudi pada hari Selasa memusnahkan 8 pokok zaitun milik seorang warga Palestin di bandar Nablus Tebing Barat.

Menurut pemilik tanah Mahmoud Hussein, sekumpulan pendatang Yahudi menebang lapan pokok zaitun yang besar selepas menceroboh tanahnya berhampiran penempatan Elieh yang didirikan di tanah Palestin di perkampungan Qaryut di selatan Nablus.

“Ini adalah kali ketiga pendatang Yahudi menceroboh tanah saya dan menebang pokok zaitun,” tambah Hussein.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

IOF serang petani Gaza dengan gas pemedih mata

Isnin, 20-06-2022 – Beberapa warga Palestin menderita akibat terkena gas pemedih mata pada pagi Selasa apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerang mereka di timur laut Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, para petani yang bekerja di tanah mereka, timur bandar Beit Hanoun dikejutkan dengan serangan gas pemedih mata pada pagi ini.

Sumber menyatakan yang mereka terpaksa meninggalkan tanah mereka setelah sebahagian besar mereka terhidu gas pemedih mata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penempatan haram Zionsi Israel tidak akan mengubah identiti Arab di Palestin

Isnin, 20-06-2022 – Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata projek  penempatan haram Israel merancang untuk menggunakan sejuta dunum tanah dari Jerusalem hingga ke Laut Mati melanggar hak tanah milik Palestin. Jurucakap Barhoum bercakap dalam kenyataan media pada hari Selasa, perancangan ini menonjolkan sikap perkauman penjajahan Israel dan perluasan yang disasarkan ke atas identiti Palestin dan menyahudikan tanah Tebing Barat dan Jerusalem.

Barhoum mengesahkan Pergerakan Hamas mengutuk  segala cubaan rejim zionis Israel mengubah status quo Palestin, serta menambah sebarang percubaan tidak akan mengubah identiti Arab di tanah Palestin dan tidak akan melemahkan semangat warga Palestin dalam menghadapi tentangan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas alu-alukan laporan HRW ke atas pengepungan Gaza

Isnin, 20-06-2022 – Pergerakan Hamas menyambut baik laporan baharu yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW) yang menyalahkan negara penceroboh Israel atas kemusnahan ekonomi Palestin di Semenanjung Gaza, yang berada di bawah sekatan tidak berperikemanusiaan selama 15 tahun.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, jurucakap Hamas Hazem Qasem merayu masyarakat antarabangsa dan PBB untuk memikul tanggungjawab undang-undang dan kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin dan berusaha menamatkan kepungan yang tidak adil ke atas Gaza dan memudahkan pergerakan dan perjalanan bebas rakyat Palestin.

“Sekatan menyeluruh Israel ke atas Gaza menghalang lebih dua juta penduduknya daripada memperbaiki kehidupan mereka,” kata HRW hari ini pada ulang tahun kelima belas pengepungan Gaza 2007.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Father Musallam Seru Tegakkan Perjuangan Menentang Penjajahan

Isnin, 20-06-2022 – Father Manuel Musallam, seorang paderi Palestin yang terkenal dan ketua Pertubuhan Popular Sedunia untuk Keadilan dan Keamanan Jerusalem, menggesa rakyat Palestin untuk terus menegakkan perjuangan mempertahankan negara mereka terhadap pendudukan Israel.

“Rakyat mempunyai hak menggunakan tangan mereka untuk mempertahankan perjuangan, yang telah wujud dalam dunia di mana tidak ada legitimasi dan tidak menghormati undang- undang antarabangsa dan resolusi yang dikeluarkan oleh PBB dan Majlis Keselamatannya,” kata Father Musallam dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin adalah pemilik sah sejarah, tamadun dan warisan di bumi Palestin, dan memberi amaran untuk menyerah kepada realiti harian pendudukan, yang disifatkannya sebagai “keras dan dahsyat.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Sejak awal tahun 2022, lima orang syahid dan lebih 60 kediaman dan premis dimusnahkan

Rabu, 15-06-2022 – Serangan rejim zionis (IOA) terhadap warga Baitulmuqaddis dan harta benda mereka, termasuk pembunuhan, penahanan dan pemusnahan berterusan pada tahun 2022.

Lima warga Baitulmuqaddis dibunuh oleh tentera rejim zionis (IOF) termasuk wartawan terkenal Al-Jazeera Shireen Abu Akleh.

Fahmi Hamad, seorang warga berusia 57 tahun syahid setelah menghidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis rejim ketika serbuan di kem pelarian Qalandia pada 24 Januari. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Dua Pemuda Jerusalem

Rabu, 15-06-2022 – Polis Israel menahan dua pemuda Palestin di Jerusalem pada petang Ahad. Sumber setempat melaporkan seorang pemuda Palestin dari kawasan Bab al-Amud dan seorang lagi pemuda dari kampung Al-Isawiyah telah ditangkap, tanpa memberikan maklumat tentang identiti mereka.

Pihak berkuasa Israel melancarkan kempen penangkapan berskala besar di Jerusalem dan Tebing Barat setiap hari.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar