Categories
Berita Semasa

Tentera Palestin: Perbincangan disambung untuk menutup jenayah Israel

Isnin ,05-08-2013 – Kesatuan Tentera Palestin di Lubnan menolak keputusan Abbas untuk meneruskan perbincangan hasil tekanan Amerika meski jenayah Israel terhadap rakyat Palestin tidak pernah berhenti.

Sambungan perbincangan itu seperti duri dalam daging bagi usaha Palestin dan menutup jenayah Israel terutamanya tentang pembesaran penempatan Yahudi, rampasan tanah dan pengusiran Badwi Negev dan sekatan ke atas Gaza yang semakin ketat, demikian menurut kenyataan kesatuan itu.

Kesatuan itu menyeru kepimpinan PA dan PLO untuk menghentikan rundingan yang tidak bermakna itu dan bekerja bagi mencapai keamanan kebangsaan dan kesatuan untuk membentuk strategi berasaskan penentangan oleh rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Qassem: Mana-mana pihak yang berkaitan dengan pihak Zionis adalah tidak dipercayai

Isnin ,05-08-2013 – Abdul-Sattar Qassem, Profesor Sains politik di An-Najah National University, berkata bahawa mana-mana pihak yang bekerjasama dengan regim Zionis berkemungkinan mengambil bahagian dalam kempen hasutan.

Mengenai dokumen yang diterbitkan oleh pergerakan Hamas, beliau menyatakan bahawa mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam keselamatan dan pentadbiran penyelarasan dengan regim zionis tidak boleh dipercayai. Penyelarasan keselamatan dengan regim zionis adalah dua garis yang bercanggah dan tidak boleh bertemu, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Rang undang-undang Zionis untuk “melegitimasi” memberi makan kepada tahanan yang mogok dengan menggunakan kekerasan

Isnin ,05-08-2013 – Akhbar (Haaretz) menyatakan bahawa Setiausaha badan kehakiman Tzipi Livni sedang berusaha beberapa hari ini untuk merangka draf undang-undang baru bagi memberi makan tahanan yang mogok lapar «dengan menggunakan kekerasan» melalui pengesahan mahkamah setelah dikemukakan kepada beliau laporan perubatan yang menyatakan bahawa kehidupan tahanan mogok lapar berisiko sekiranya tidak berhenti mogok lapar.

Beliau menegaskan bahawa rang undang-undang tersebut adalah bagi menghadapi perluasan fenomena tahanan mogok lapar «yang mahu mogok untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk melepaskan mereka». Akhbar itu menyatakan bahawa Peguam Negara bagi Hal Ehwal Jenayah, Dan Nzera menjalinkan hubungan dengan wakil-wakil Perkhidmatan Keselamatan dan Kementerian Kesihatan bagi mengkaji cara-cara untuk mengurangkan kejadian mogok lapar, dan memberitahu kepada mereka mengenai «tindakan untuk memberi makan kepada tahanan mogok lapar dengan menggunakan kekerasan» yang mana telah diamalkan di beberapa negara di Barat.

Dan ia telah dipersetujui untuk mengikuti prosedur seperti mana pemberian hak yang telah diputuskan oleh mahkamah selepas mendengar laporan perubatan dan kedudukan tahanan atau wakilnya. Canselor akan menyampaikan cadangan itu kepada Setiausaha badan kehakiman dan Peguam Negara, Yehuda Feinstein dan tahap politik sebelum meletakkan ia sebagai undang-undang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Dokumen yang memalukan.. Kejadian dan Tarikh Pembukaan mengesahkan kesahihannya.

Isnin ,05-08-2013 – Kebanyakan rakyat Palestin tidak terkejut dengan dokumen-dokumen yang didedahkan oleh Pergerakan Hamas pada hari selasa, mengenai munculnya konspirasi yang dimainkan Pergerakan Fatah untuk menjatuhkan imej Gaza, Pergerakan Hamas dan Pergerakan Rintangan
Palestin.

Semalam, dunia dan rakyat Palestin menyaksikan dokumen yang tepat, bertarikh dan bertandatangan, yang merupakan satu jenayah baru dengan rekod pemalsuan dan penipuan yang dilakukan oleh Pergerakan Fatah yang dilihat sebagai ideologi politik yang berlawanan dan pertama di arena Palestin.

Seperti yang didedahkan oleh Pergerakan Hamas, Pergerakan Fatah dan Pihak Berkuasa Palestin bertanggungjawab secara langsung dalam kempen hasutan yang mendedahkan tentang Gaza dan rakyat palestin dalam media Mesir, mereka juga menerbitkan beberapa dokumen yang berkaitan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Seorang mati dan 200 yang lain ditahan sepanjang bulan Julai

Isnin ,05-08-2013 – Tentera ZIonis Israel telah membunuh seorang rakyat Palestin dan menahan 200 yang lain sepanjang bulan Julai lalu di Tebing Barat dan Gaza, menurut laporan Hak Asasi Manusia Yayasan Tadamun.

Ahmad al-Bitawi, seorang penyelidik di yayasan itu berkata Moataz Sharawna Idris, 19, telah dibunuh selepas dilanggar jip Israel semasa pertempuran yang meletus di Dura , al-Khalil. Laporan yayasan itu menyebut 200 rakyat Palestin telah ditahan Julai lalu termasuk 40 kanak-kanak berusia di antara 12-18 tahun dan 10 orang pelajar universiti yang belajar di luar negara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al-Ikhwan menolak dasar perkara yang realiti

Jumaat ,02-08-2013 – Tidak akan menjadikan 30 Jun sebagai pengganti kepada 25 Januari, dan tidak akan mengenakan rampasan kuasa dan realiti baru kepada rakyat Mesir atau pergerakan dan gerakan Islam di Mesir. Kami telah mendapati bahawa rampasan kuasa adalah untuk mengekalkan dasar perkara realiti. Hal ini melalui penolakan inisiatif baru melebihi 30 Jun atau tuduhan tentera kepada pimpinan al- Ikhwan Muslimin bahawasanya ia adalah khayalan dan mereka mesti mengiktiraf dasar perkara realiti. Dan impian ini memikat para perampas kuasa yang menganggap bahawa masa boleh kembali ke belakang atau kerana tentera mempunyai keupayaan untuk menipu rakyat dan orang Islam lagi.

Catherine Ashton, wakil kanan bagi dasar luar negara telah bertemu dengan Presiden Dr Mohamed Morsi selama dua jam dalam Kesatuan Eropah. Para perampas kuasa tidak membenarkan lawatan sedemikian secara sukarela, tetapi mereka berbuat demikian kerana tekanan Barat ke atas mereka dan dipengaruhi oleh apa yang berlaku di jalan Mesir, dan lawatan itu sendiri adalah bukti kekuatan gerakan Islam untuk menyokong syariah dan tidak berserah kepada rampasan kuasa atau tunduk kepada dasar perkara realiti. Maka penyelesaian politik tersebut mengikut Ikhwan Muslimin adalah ditolak, yang tidak bermula dengan kepulangan Presiden Mohamed Morsi untuk pemerintahan bersama kejatuhan puak pemberontak pada 30 Jun, dan semua undang-undang yang berbangkit dan perlembagaan iklan haram, serta memegang penjenayah yang bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dengan ucapan khianat al-Sisi terhadap orang-orang Mesir dan presiden Mesir yang sah, Mohamed Morsi.

Kita harus ingat bahawa had waktu yang diberikan oleh tentera kepada rakyat telah berakhir dan kawasan tidak boleh dikosongkan walaupun pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Bsais atau awam,
Kita juga harus ingat juga bahawa bantahan meningkat dalam kuantiti dan kualiti, di mana berjuta “pengaman” akan menuju ke ibu pejabat keselamatan, dan itu bererti bahawa menghadapi rampasan kuasa tidak terhad kepada masyarakat dalam kawasan dan masjid-masjid, tetapi juga mengambil bentuk-bentuk lain seperti perhimpunan di hadapan pangkalan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan, terutamanya badan kehakiman, serta kedutaan asing dan misi diplomatik di Kaherah dan yang akan mempunyai impak yang besar terutamanya jika mereka “menyerang” AS dan kedutaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Penolakan semula rundingan

Jumaat ,02-08-2013 – Pasukan kebangsaan Palestin dan puak-puak lain, kecuali pergerakan Fatah, telah memperbaharui semula penolakan mereka ke atas rundingan antara PA dan pendudukan haram Israel di tengah-tengah tuduhan kepada pergerakan Fatah dan PA atas pengamalan system diktator.

Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) menggesa rakyat Palestin untuk menolak inisiatif Kerry untuk meneruskan rundingan. The DFLP telah memanggil untuk berpegang kepada tuntutan asas negara termasuk menghentikan pembinaan penempatan, pembebasan tahanan dan menolak tekanan Israel dan Amerika.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Perjanjian Damai Oslo kembali kuat.

Jumaat ,02-08-2013 – Mahmoud Abbas mengadakan rundingan secara individu selepas tempoh selama senggang 3 tahun. Terdapat bahaya sebenar dalam keputusan peribadi ini yang tidak berdasarkan mandat popular. Keputusan tidak dikeluarkan daripada institusi yang diberi mandat oleh rakyat. Setiap lapisan rakyat Palestin membantah keputusan untuk kembali, dan sebahagian daripada mereka telah keluar berdemonstrasi serta demonstrasi berakhir dengan kekerasan dan perpecahan.

Tidak ada justifikasi politik yang meyakinkan akan kepulangan yang sengsara ini dibawah naungan kerajaan sayap kanan di Israel, dan naungan Amerika yang berat sebelah dengan Zionisnya, dan dibawah naungan Dunia Arab yang keliru serta sibuk dan dalam menghadapi perancangan kumpulan pemusnah yang bergerak menentangnya.

Mahmoud Abbas juga tidak mengemukakan sebarang justifikasi politik yang meyakinkan atau menerangkan hala tuju yang dipilihnya dihadapan rakyat, dan saya mengagak dia memang tidak mempunyai hala tuju sejak dari mula.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfahana

Categories
Berita Semasa

Saya orang Mesir dan saya bekerjasama bersama Hamas

Jumaat ,02-08-2013 – Sebaik sahaja didakwa mengintip untuk Presiden Mesir yang dilantik Mohamed Morsi, satu kumpulan pemuda Mesir mengumumkan mengenai majlis pelancaran “Mesir bekerjasama bersama Hamas,” tetapi dengan bekerjasama bersama Hamas ini membuatkan kebanyakan pemuda mesir menjadi bangga dan mereka menulis pada baju mereka, saya orang Mesir dan saya bekerjasama bersama Hamas yang menentang Zionis kebanggaan Crown.

Rakyat Mesir mengesahkan bahawa mereka lebih mengetahui daripada apa yang disangka sesetengah orang, dan mengesahkan bahawa isu Palestin merupakan hati nurani orang-orang Mesir, biarpun kempen media itu diketuai oleh Lamiss, 羨kasha dan Alaa, Anis dan semua pusat di Ramallah sehingga Memphis. Tujuan tersembunyi kempen media yang tidak adil terhadap Hamas dan penduduk Semenanjung Gaza adalah satu penyelewengan terhadap gerakan Ikhwan Muslimin dari segi penyelewangan tentera dan Gerakan Penentangan Islam (Hamas) sepertimana yang telah didedahkan oleh media Mesir.

Pelucutan Ikhwan Muslimin daripada parti penentang Zionis, telah menyebabkan Ikhwan Muslimin menghadapi dakwaan yang liar oleh media Mesir, yakni satu pakatan dengan Amerika dan Israel, sejurus itu mereka berkata: Sesungguhnya Israel dan Amerika mahu memusnahkan tentera Mesir melalui Ikhwan Muslimin. Bagaimana kita boleh percaya kekecohan ini, sedangkan tentera Mesir masih menerima bantuan kewangan daripada AS $ bilion dan tiga ratus juta ringgit setahun, naik taraf bersyarat menyelia pembentukan tentera Mesir, dan pegawai-pegawai kawalan!. Bagaimana kita boleh percaya kekecohan ini sedangkan Tentera Zionis lah yang membenarkan tentera Mesir bergerak di seluruh pelusuk Sinai, bahkan juga memberi kebenaran untuk pesawat terbang di langit kawasan Semenanjung Gaza?!

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nor syuhadak

Categories
Berita Semasa

Tahanan bukanlah untuk Tawar-Menawar dan Perdagangan

Jumaat ,02-08-2013 – Membebaskan mana-mana tahanan Palestin dan Arab dari penjara penjajah adalah hak undang-undang dan hak perikemanusiaan, ini adalah bagi membetulkan jenayah yang dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat Palestin. Ketika Pertubuhan Pembebasan menandatangani Perjanjian Oslo, mereka tidak mampu membebaskan sebahagian penting daripada tahanan disebabkan undang-undang yang tinggi, pada asalnya mengikut perjanjian adalah membebaskan mereka. Selepas beberapa tahun, sebahagian daripada tahanan keluar bagi memenuhi Persetiaan Liberal. Pada hari ini, penjajah menggunakan perjanjian mereka untuk memeras ugut dan pertukaran jual beli. Tahanan dianggap harga yang wajib dibayar untuk tunduk kepada kuasa baru sebagai syarat rundingan. Malangnya, kerajaan menerima permainan yang tidak dihormati ini dan tidak layak dengan pengorbanan tahanan, kesabaran mereka dan hak-hak mereka untuk dibebaskan tanpa menjejaskan hak-hak dan ganjaran kita.

Fail tahanan adalah fail-fail yang paling penting yang menjadi keutamaan rakyat palestin. Mereka berhak berada di luar kerangka tradisi sekurang-kurangnya mengenai Persetiaan Liberal dan transaksi pertukaran. Ini kerana penjajah tidak memahami dan mengetahui kecuali hanya bahasa tekanan dan kuasa, adapun bahasa pengemis dan bayaran harga adalah hak-hak palestin dan ini tidak menambah krisis kecuali rumit.

Kita tidak boleh gagal berdiri dengan segala penghormatan kepada seratus empat tahanan dimana penjajah mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk membebaskan tahanan mengikut peta rundingan baru. Kita menghargai mereka sebagai pejuang walau apapun fahaman politik dan daerah geografi mereka. Adalah hak tahanan untuk dibebaskan dan kembali kepada keluarga, negara dan rakyat mereka dengan selamat. Namun kita perlu berhati-hati dengan permainan dalam gerakan tahanan terutamanya pada tarikh pembebasan. Ini kerana penjajah tidak menghormati tarikh dan juga perjanjian tambahan lagi perkara ini terserah kepada penjajah untuk bertidak tanpa campur tangan dan peranan pihak berkuasa yang jelas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rizqa beri amaran konsesus baru Palestin

Jumaat ,02-08-2013 – Dr Yousef Rizqa, penasihat politik Perdana Menteri di Gaza memberi amaran tentang tawaran konsesus baru Palestin selepas keputusan PA untuk meneruskan rundingan dengan pihak Ziois Israel.

Beliau mengulangi penolakan kerajaan Gaza terhadap keputusan unilateral PA untuk menawarkan konsesus yang serius denganIsrael di tengah-tengah keengganan rakyat Palestin dan kumpulan pejuang kepada langkah itu.

Tiada justifikasi politik rundingan semula diadakan dengan puak berhaluan kanan kerajaan Israel, polisi berat sebelah Amerika, di samping keadaan semasa negara Arab yang tidak stabil disebabkan rancangan sistematik terhadap revolusi Arab spring, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Keputusan mahkamah Israel mengeluarkan keputusan tentang tragedi pembunuhan beramai-ramai Shafa Amr mencetuskan kemarahan dunia Arab

Jumaat ,02-08-2013 – Kemarahan setelah keputusan dikeluarkan oleh mahkamah daera Israel di Bandar Haifa terhadap tuduhan ke atas 7 rakyat Palestin yang didakwa membunuh seorang pelampau Israel yang bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai Shafa Amr pada tahun 2005.

Ratusan penduduk Shafa Amr dan aktivis politik menyertai perarakan di luar mahkamah daerah Bandar Haifa membantah pendakwaan ke atas rakyat Palestin yang membunuh seorang pelampau Israel bernama Eden Natan-Zada yang merupakn dalang tragedi Shafa Amr.

Pertelingkahan ganas tercetus di luar mahkamah antara para pembantah dan polis. Mahkamah daerah menarik tuduhan membunuh dengan sengaja ke atas 7 rakyat Palestin itu, tetapi memutuskan 4 daripadanya menyebabkan kematian dan dua lagi kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ya’alon: Peristiwa Mesir Dan Syria Tak Akan Tamat Dengan Cepat

Jumaat ,02-08-2013 – Menteri Keselamatan penjajah Zionis Jenderal Moshe Ya’alon mengatakan, ketidakstabilan di Mesir menuntut ‘Israel’ untuk tetap bersedia. Ini kerana menurutnya, peristiwa-peristiwa di Mesir, Syria dan Lebanon adalah peristiwa bersejarah yang harus difahami secara mendalam dan tidak akan berakhir dalam waktu terdekat.

Ya’alon menambah bahawa di Mesir ada revolusi yang tiada tandingan. Keadaan tidak stabil yang tidak tahu penghujungnya memerlukan militan Zionis tetap bersiap-siaga dari sisi iaitu pihak perisik dan tenteranya. Ini juga membolehkan tahap politik.

Mengenai apa yang berlaku di Syria, Ya’alon mengatakan bahawa ia adalah perang saudara yang hingga kini sudah mengakibatkan sekitar 100,000 orang meninggal dunia. “Saya tidak tahu bagaimana perang ini akan berakhir,” ungkapnya. Beliau menegaskan bahwa perang tersebut telah melintasi perbatasan ke Lebanon.

Ya’alon mendakwa bahawa ‘Israel’ tidak ikut campur dalam peristiwa yang terjadi di negara-negara tersebut. Beliau menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah peristiwa sejarah yang tidak akan selesai dalam waktu dekat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelajar bangkit untuk mengutuk penangkapan wartawan Yousef Shalabi

Rabu, 31-07-2013 – Puluhan pelajar dari Universiti Arab Amerika di Jenin mengambil bahagian dalam berjaga-jaga pada hari Selasa untuk membantah penahanan wartawan Yousef Abdul Latif Shalabi, 23 tahun, oleh Regim Zionis Israel (IOF).

Pelajar dan beberapa pensyarah universiti mengambil bahagian dalam kebangkitan yang dipanggil oleh Jabatan Bahasa Arab dan Media di universiti.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk mengutuk penangkapan rakan mereka Shalabi dan beberapa pelajar lain dari Universiti Arab Amerika oleh rejim Zionis pada minggu lepas, memanggil untuk mendedahkan jenayah pekerjaan terhadap rakyat Palestin secara amnya dan pelajar khususnya.

penterjemah : norsyuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Serangan Mati dilancarkan pada penyokong Morsi

Rabu, 31-07-2013 – Bilangan yang mati terbunuh dan tercedera dari penyokong presiden mesir yang telah dilantik semakin bertambah dalam serangan yang berasingan dan yang terbaru sedang mara menuju ke dataran Rabeah Adawiyah di daerah Al-Khaimah, Kaherah pada lewat petang kelmarin di mana dua orang telah terbunuh.

Hal ini berlaku sejurus selepas kejatuhan kira-kira 13 di dataran Nahdhah di persekitaran Universiti Kaherah dan di dataran Rabeah Adawiyah yang mana penyokong Morsi mengadakan mogok. Sehubungan itu, disebabkan pengeboman di Mansoura yang berdekatan dengan jabatan keselamatan daqahliyah, terdapat 24 ejen keselamatan tercedera.

Al- Jazeera memetik berita daripada wartawannya dan mengatakan bahawa perarakan lepas memihak kepada Mursi dan telah terjadi suatu serangan menembak oleh samseng petang semalam. Mengenai kecederaan sepuluh orang penunjuk perasaan, mereka datang dari Shubra Al Khaimah menuju ke dataran Rabeah al-Adaweyah.

penterjemah : nursyuhadak
sumber : http://www.palinfo.com