Categories
Berita Semasa

Mishaal: Penentangan dan mati syahid ialah langkah strategik kami menuju pembebasan

Rabu , 04/07/2012 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal berkata, penentangan dan mati syahid akan tetap menjadi pilihan strategic gerakan itu untuk mencapai pembebasan Palestin.

Sewaktu berucap di majlis berkabung untuk Allahyarham Kamal Ghannaja yang ditemui meninggal dunia di pangsapurinya di Damsyik beberapa hari lalu dan dikebumikan di Amman, Mishaal berkata semua media dan gerakan politik akan meneruskan strategi itu.

Beliau berkata, strategi lain tidak berupaya mendapat hasil seperti itu. Mishaal turut menyatakan puji-pujian kepada para syuhada yang telah berkorban demi Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh Askar dan Peneroka Menceroboh Masjid Aqsa

Rabu , 04/07/2012 – Berpuluh-puluh tentera Israel dan peneroka memecah masuk kedalam Masjid Aqsa pada isnin lepas dalam tiga kumpulan dan berkeliaran di dalam plaza.

Yayasan Aqsa untuk Endowmen dan Warisan (AFEH) berkata, salah seorang daripada Pegawai Israel berjalan bersebelahan pekerja yang sibuk menjalankan kerja pembaikan di dalam Aqsa dan mengambil gambar mereka.

Ia berkata didalam akhbar bahawa Pihak berkuasa penempatan Israel tiada hak untuk campur tangan didalam urusan dan hal ehwal Masjid Aqsa, yang mana ia adalah tanggungjawab Jabatan Wakaf.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

19 orang ahli “Perubahan dan Reformasi” dalam penjara Zionis di Barat

Rabu , 04/07/2012 – Pihak berkuasa pendudukan Zionis terus menangkap 19 orang rakyat Palestin timbalan jisim “Perubahan dan Reformasi” yang dikira kepada pergerakan “Hamas”, dan selepas itu mengeluarkan lima orang pada minggu lepas.

Jabatan Penerangan berkata dalam satu “Perubahan dan Reformasi” kelompok parlimen ” 19 pembantu dari pembantu blok yang Bank Barat dan diduduki Baitulmuqaddis yang masih diculik didalam penjara Zionis, termasuk Dr Aziz Dweik, Presiden di Majlis Palestin Undangan dan Ahli Parlimen Mohamed Totah Baitulmuqaddis.”

Dalam kenyataan satu media telah menegaskan pada Ahad (1/7), bahawa pihak berkuasa Zionis yang dibebaskan pada hari lepas kira-kira 5 timbalan: pelanggan Anwar Daraghmeh Ayman, pemohon Mohammed, Khalil Al-Arabi, Nasser Abdel-Gawad, selepas tamat tempoh penahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Azzahar : Morsi Tunjukkan Sokongan Terhadap Perjuangan Palestin

Rabu , 04/07/2012 – Ahli Biro politik Hamas, Mahmoud Azzahhar memuji presiden Mesir, Mohamed Morsi baru-baru ini diatas kenyataan beliau yang menyokong rakyat Palestin dan juga usaha perdamaian.

Azzahar berkata, kenyataan Morsi adalah selaras dengan sokongan rakyat Mesir dan sejarah sokongan Mesir terhadap perjuangan Palestin.

Beliau meluahkan kepercayaannya terhadap presiden Mesir yang baru itu terhadap persoalan bahawa Palestin akan menjadi neutral dan positif, serta meyatakan bahawa presiden Mesir sebelum ini berat sebelah dan memihak kepada satu pihak Palestin sahaja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

25 rakyat Palestin dibunuh oleh rejim Israel dalam bulan Jun.

Selasa, 03-07-2012 – Tentera rejim Israel terus melakukan keganasan ke atas warga semenanjung Gaza dalam bulan Jun, di mana mereka menjalankan banyak operasi ketenteraan di wilayah Palestin dan membunuh beberapa rakyat Palestin, menahan yang lainnya selain daripada terus menyerang di wilayah Tebing Barat serta turut mengenakan sekatan kepada Gaza.

25 orang awam Palestin telah dibunuh di wilayah Gaza pada bulan lepas termasuk enam kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

Di tebing barat, dua warga: Na’im Salama Mohammed Najjar,32, dan Anwar Khalil Abed Rabbo, kedua-duanya dari pekan Yattan di kota Al-Khalil, meninggal dunia setelah ditembak oleh seorang pendatang di Alsemia, dekat bandar Samu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bardawel: Ucapan Mursi selari Dengan Massa Mesir Mendokong Palestin

Selasa, 03-07-2012 – Pimpinan Hamas, Dr. Shalah Bardawel mengupas pidato politik pertama presiden Mesir yang baru, Dr. Muhammad Mursi terkait dengan isu Palestin. Bardawel menyebut pidato itu sebagai pidato positif dan akan menemukan penyelesaian kerana jumlah mereka yang melalui pintu Rafah meningkat sehingga 1500 orang yang merupakan pertama kali dalam sejarah.

Bardawel menegaskan dalam pernyataan khususnya kepada PIP akan harapannya agar Mursi yang berada di pucuk pimpinan Mesir akan menjadi indikator dan pintu masuk bertambahnya sokongan Mesir terhadap isu Palestin. Beliau menegaskan, tidak diragukan bahawa sekadar perubahan sistem dan pemerintahan masa lalu di Mesir sudah merupakan kebaikan sebab pemerintahan ini tidak akan melakukan sesuatu yang lebih buruk dari regim sebelumnya terutama ketika perang dan sekatan. Bagi Mursi semua ungkapannya berkait Palestin adalah baik dan ini sesuai dengan aspirasi massa Mesir yang mendokong Palestin.

Beliau menambah, untuk pertama kalinya dalam sejarah pintu masuk Rafah dilalui 1500 orang dalam sehari. Ini di luar jangkaan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi komited dalam pertempuran dengan warga Palestin agar meninggalkan makam Nabi Yusuf.

Selasa, 03-07-2012 – Berpuluh-puluh peneroka Yahudi menyerbu makam Nabi Yusuf di timur Nablus pada subuh Ahad di bawah langkah-langkah keselamatan yang ketat dan perlindungan pasukan pendudukan Israel (IOF).

Pasukan tentera IOF ditugaskan di sekitar kawasan makam selepas menegepung dan memenuhi bumbung rumah dan bangunan-bangunan tinggi untuk melindungi peneroka.

Peneroka sengaja menaikkan suara mereka semasa menjalankan ritual di makam mereka, yang manakah mereka percaya itu adalam makam Nabi Yusuf, untuk mengganggu Warga Palestin yang bekerja di sekitaran itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Remaja Jerusalem mendapat kecederaan serius dalam tembakan oleh Rejim Zionis

Isnin, 02-07-2012 – Seorang pemuda berusia 25 tahun Palestin mendapat kecederaan serius apabila tentera Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arahnya berhampiran penempatan timur Ma’aleh Adumim timur ke kawasan penempatan Baitulmaqdis.

Sumber dari Hebrew berkata bahawa askar IOF menembak pemuda Jerusalem itu selepas mendakwa beliau cuba untuk menyerang mereka dan merebut senjata dari salah seorang askar.

Menurut saksi, remaja yang namanya tidak disebut itu, mendapat kecederaan serius di bahagian abdomen dan telah diambil dari kawasan pemenpatan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Dziyab: Zionis-Israel Mempersulit Warga Al-Quds Menjelang Ramadhan

Isnin, 02-07-2012 – Anggota Pembela Silwan, Fakhri Abu Dziyab, menegaskan bahawa Zionis-Israel sengaja menyusahkan pergerakkan warga al-Quds lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan. Pelbagai sekatan diadakan di jalan-jalan utama khususnya yang menuju ke masjid al-Aqsa. Sudah menjadi amalan jahat Zionis-Israel yang mana mereka akan bertindak lebih kejam di saat tibanya Ramadhan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Jordan bimbang terhadap rundingan Israel dengan Vatican

Isnin, 02-07-2012 – Kementerian Luar Jordan menyatakan rasa bimbang tentang laporan terdapatnya rundingan di antara Vatican dan Israel berhubung kawasan suci di jajahan Baitulmuqaddis.

Jurucakap kementerian, Sabah Al-Rafee berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Rabu bahawa Menteri Luar Nasser Joude telah memanggil duta Vatican ke Amman beberapa hari lepas dan menyuarakan kerisauan Jordan tentang khabar rundingan itu.

Beliau berkata, Joude memberitahu duta itu bahawa perjanjian yang dimeterai antara kedua pihak tersebut tentang cukai gereja dan isu kewangan boleh dianggap sebagai pengiktirafan secara tidak langsung oleh Vatican ke atas penjajahan Israel di kawasan timur Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Pertemuan Akan Datang Antara Hamas dan Fatah Fokus Kepada Perdamaian

Isnin, 02-07-2012 – Pegawai Perhubungan Antarabangsa pergerakan Hamas, Osama Hamdan mendedahkan bahawa hari yang akan datang akan menyaksikan pertemuan antara deligasi Fatah dan Hamas meneruskan usaha perdamaian di Palestin.

Hamdan menambah dalam kenyataannya yang disiarkan di dalam akhbar pergerakan Palestin yang berpengkalan di Gaza pada hari Rabu, dipetik sebagai berkata; perbincangan diteruskan sehingga ke saat-saat akhir, dan pertemuan di antara President PA Mahmoud Abbas dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal akan diadakan di Kaherah.

Hamdan menegaskan bahawa perdamaian Palestin telah dicabul disebabkan tekanan Amerika Syarikat dan pihak lain terhadap pihak berkuasa Palestin semasa musim yang lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Seorang Warga Palestin Cedera Parah Ditembak Tentera Israel

Isnin, 02-07-2012 – Seorang warga Palestin mengalami cedera parah, Rabu (27/6) terkena tembakan tentera Israel berdekatan penempatan Yahudi Maale Adumim, terletak di tanah milik warga Palestin di Al-Quds Timur.

Sumber-sumber Israel menyatakan, pasukan militan melepaskan tembakan ke arah warga Palestin berusia 25 tahun, yang didakwa ingin menyerang tentera dan hendak merampas senjata. Mangsa cedera parah di perutnya dan dibawa ke hospital Maale Adumim yang terletak di kawasan Eizriya dan Abu Deis, di Al-Quds Timur.

Pasukan Israel dalam jumlah besar tiba kemudian dan terus menutup tempat tersebut. Sebelumnya dua orang penduduk gugur syahid, akibat tembakan yang dilancarkan seorang penduduk zionis Israel di kota Samu, Hebron Selatan dengan alasan kumpulan Palestin hendak menculiknya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Enam tahanan politik lancarkan perang mogok lapar di penjara PA

Isnin, 02-07-2012 – Dua tahanan politik menyertai mogok lapar terbuka yang dilancarkan oleh tahanan politik menjadikan jumlah pemogok di penjara PA seramai enam tahanan yang diadakan di pusat tahanan keselamatan pencegahan dan perisikan Baitullaham dan Ramallah.

Tahanan Islam Aruri telah melancarkan mogok lapar pada hari Jumaat di penjara keselamatan dan pencegahan, Ramallah bagi menuntut pembebasannya. Menurut sumber yang dekat dengan keluarganya, beliau telah ditahan sejak 7 Oktober 2010 atas tuduhan politik dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Seorang lagi tahanan politik di bandar Al-Khalil, “Abu Anas Markhiyah” yang dipenjarakan di Ramallah sejak 19 Disember 2011 kini disahkan sudah menyertai perang mogok lapar sejak Jumaat lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rizqah Seru Presiden Baru Mesir Hapus Sekatan Gaza

Isnin, 02-07-2012 – Penasihat politik PM Palestin, Dr. Yusuf Rizqah menyeru kepada Presiden baru Mesir, Dr. Muhammad Morsi agar segera untuk menghapuskan halangan di Gaza. Rizqah mengharapkan agar agenda pertama Morsi ialah membuka sempadan Rafah agar memudahkan bantuan kemanusian dan pembangunan Gaza.

Rizqah turut menyatakan kegembiraan rakyat Gaza di atas kemenangan Dr. Morsi dan juga Parti Kebebasan dan Keadilan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) lancarkan siri pemusnahan besar-besaran ke atas kediaman kaum Badwi

Isnin, 02-07-2012 – Tentera rejim Israel melancarkan siri pemusnahan ke atas kediaman kaum Badwi di kawasan Khirbat Al-Mayta di Wadi Al-Maleh selatan Lembah Jordan.

Penduduk tempatan mengatakan tentera rejim turut terus mengambil alih tangki air untuk memaksa penduduk meninggalkan kawasan tersebut. Mereka berkata, jentolak IOF memusnahkan sejumlah besar khemah dan rumah tanpa membenarkan para penduduk menyelamatkan barangan milik mereka serta mengarahkan mereka meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati