Categories
Berita Semasa

64 penduduk Palestin diculik di Baitulmuqaddis, Tebing Barat

Selasa, 19-08-2014 – Pejabat Persatuan Tahanan Palestin (PPS) Baitulmuqaddis telah melaporkan berpuluh-puluh anggota tentera dan pegawai polis menyerang rumah-rumah Palestin di Baitulmuqaddis , dan meggeledah rumah mereka dengan ganas sebelum menculik 64 penduduk Palestin.

Pada Selasa malam dan subuh Rabu lepas, tentera Zionis telah menculik 52 warga Palestin dalam serangan besar-besaran ke atas berpuluh-puluh komuniti di bandar yang diduduki itu. Semua rakyat Palestin yang diculik di bandar itu telah dipindahkan ke pusat soal siasat di Ramla.

sumber : IMEMC News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al Nakhaala: Gencatan Jangka Panjang Akan Diumumkan

Selasa, 19-08-2014 – Timbalan Setiausaha Agung kumpulan Jihad Islami Palestin, Ziad al-Nakhaala berkata pada Khamis bahawa gencatan senjata jangka panjang termasuk dengan penamatan kepungan ke atas Gaza akan diumumkan kemudian, menekankan bahawa proses rundingan menunjukkan perkembangan yang baik.

Menurut Agensi Berita Ma’an: “Pengumuman itu datang setelah Israel dilaporkan menggugurkan tuntutan agar kumpulan militant Palestin di Gaza meletakkan senjata, dan bersetuju dengan tuntutan delegasi Palestin agar menghentikan sekatan ekonomi yang telah berlansung selama 8 tahun ke atas Semenanjung Gaza.

Al-Nakhaala berkata, pada Khamis, terdapat perkembangan dalam rundingan yang sedang berlansung di Kaherah, dan persetujuan telah dicapai tentang pembukaan laluan Gaza untuk kemasukan barang-barang, perluasan zon nelayan dan penamatan zon keselamatan yang digariskan oleh Israel dan meliputi 20 peratus wilayah Semenanjung Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Beit Ummar teruk diserang rejim Zionis.

Khamis , 14-08-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa beberapa rakyat Palestin telah cedera oleh selepas berpuluh-puluh tentera Israel memulakan serangan pada petang Rabu,di bandar Beit Ummar, utara bandar Tebing Barat selatan Hebron.

Menurut sumber itu, tiga ditembak dengan peluru logam bersalut getah, manakala banyak mengalami kesan dari terkena gas pemedih mata.

Jurucakap media Jawatankuasa Popular yang tidak menyokong Tembok dan Penempatan di Beit Ummar, Mohammad Awad, menyatakan bahawa pertempuran telah berlaku, di Qornet as-Seir, Selatan Beit Ummar.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Ban Ki-moon adalah rakan kongsi dalam jenayah Israel

Khamis , 14-08-2014 – Surat terbuka berikut telah ditandatangani oleh 129 organisasi dan individu terkena dan dihantar ke Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon pada 5 Ogos:

Untuk kemanusiaan dan kredibiliti undang-undang antarabangsa yang masih bersisa:

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, tegakkan undang-undang dan keadilan atau letak jawatan! Encik Setiausaha Agung, Ban Ki-moon,

Kami, yang bernaung di bawah hak asasi manusia Palestin dan pertubuhan berasaskan komuniti, berasa amat kecewa dengan prestasi anda,
terutamanya dengan kenyataan berat sebelah anda, kegagalan anda untuk bertindak, dan penilaian yang tidak tepat ke atas tindakan pelanggaran Israel ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang menjadikannya sebagai jenayah perang.

Sehingga hari ini, anda telah mengambil langkah-langkah tidak jelas dan ketara bagi menangani serangan Israel baru-baru ini di wilayah
Palestin yang diserang sejak 13 Jun. Selain itu, kenyataan-kenyataan anda telah mengelirukan, kerana menyokong dan versi fakta palsu
Israel, atau bertentangan dengan peruntukan-peruntukan dalam undang-undang antarabangsa dan kepentingan pertahanan, atau kerana
kata-kata anda telah membenarkan pelanggaran undang-undang dan jenayah Israel.

sumber : http://electronicintifada.net/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Senator Ireland Mengutuk Pembunuhan di Gaza

Khamis , 14-08-2014 – Senator Ireland dan bekas calon presiden, David Norris memberikan ucapan yang berkesan pada 31 Julai, mengutuk tindakan Israel yang melakukan pembunuhan besar-besaran di Gaza, dan kerjasama kerajaan Amerika, Ireland dan negara Eropah yang lain.

Norris mendesak duta Israel dihalau keluar. Ucapan sepanjang 8 minit itu boleh ditonton dalam pautan di bawah.

Sementara itu, timbalan Perdana Menteri UK, Nick Clegg secara umum telah menyokong cadangan untuk mengenakan sekatan ke atas Israel daripada menerima senjata.

Petikan daripada transkrip rasmi ucapan David Norris (terjemahan):

“Dalam 40 tahun setelah saya mengenali negara Israel, dan kadang-kadang mempunyai sebuah rumah di sana, saya melihat (Israel) telah berubah. Israel berubah daripada negara yang berhaluan kiri, sosialis kepada negara regim berhaluan kanan yang berkelakuan sebagai penjenayah, membelakangkan dunia dan tanpa kawalan menggunakan ‘Holocaust’ untuk menghalalkan apa yang mereka telah lakukan. Inilah masanya untuk kita tarik (sifat) pembuli itu daripada mereka”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rundingan Kaherah Bersambung Hari Ini

Khamis , 14-08-2014 – Delegasi Israel kembali ke Kaherah pagi ini untuk menyambung rundingan secara tidak lansung dengan pegawai Palestin ketika bermulanya gencatan senjata 72 jam yang disetujui oleh kedua-dua pihak. Rundingan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut dalam usaha mencapai gencatan senjata selama-lamanya di Gaza.

Meski serangan telah dihentikan, Rangkaian Berita Palestin melaporkan bahawa Hamas telah memberi amaran, “jika kami tidak dapat mencapai persetujuan dalam masa 72 jam, kemungkinana kami akan menarik diri dari rundingan dan tidak akan ada satu lagi gencatan senjata.”

Menurut media Israel, para pegawai menentang pelabuhan atau lapangan terbang di Gaza, tetapi menyokong pembukaan sempadan Rafah, yang mana ianya merupakan isu yang tinggal untuk dibincangkan dengan Mesir. Israel turut bersetuju untuk mengembangkan kawasan penangkapan ikan di Gaza, demikian menurut Rangkaian Berita Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Erekat Sokong Inisiatif Mesir, Liga Arab Adakan Mesyuarat Tergempar Tuntutan-tuntutan Palestin berdasarkan Undang-undang Antarabangsa

Khamis , 14-08-2014 – Satu mesyuarat tergempar di kalangan Arab League Foreign Ministerial Council, dipengerusikan oleh Maghribi, bakal bersidang pada hari Isnin sebagai langkah susulan bagi keputusan yang dicapai pada 14 Julai mengenai inisiatif untuk mengakhiri serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Menurut WAFA, mesyuarat itu akan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Liga Negara Arab, Nabil al-Arabi, ahli jawatankuasa PLO Executive Saeb Erekat dan Ketua Fateh Parliamentary Bloc Azzam Al Ahmad, turut membincangkan mengenai rundingan tidak langsung yang berjalan di bawah naungan Mesir.

Ahli jawatankuasa PLO Executive Saeb Erekat, dalam satu temubual dengan stesen radio tempatan pada Ahad lalu, menyatakan bahawa syarat-syarat awal untuk gencatan senjata dengan Israel adalah berdasarkan Undang-undang Antarabangsa, menyeru kepada satu pendirian Arab bersatu:

“Tuntutan-tuntutan Palestin bukan sahaja sah dan benar di bawah Undang-undang Antarabangsa, malah tuntutan tersebut merupakan obligasi bagi Israel,’ menurut beliau. “Tuntutan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan Israel terdahulu, tetapi kini Israel melarikan diri
dari perjanjian tersebut”, tambah beliau, menyifatkan tindakan Israel di Kaherah sebagai ‘provokatif’ dan ‘melampau’.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah :   nur syarira

Categories
Berita Semasa

Seorang penternak syahid manakala adiknya cedera akibat letupan jerangkap samar zionis di Tubas.

Khamis , 14-08-2014 – Malam Isnin, seorang pemuda dari bandar Tammoun selatan Tubas syahid dan adiknya cedera akibat daripada letupan jerangkap samar dari kawasan zionis semasa sedang menternak kambing di pinggir utara lembah Jordan.

Sumber tempatan melalui wartawan Pusat Maklumat Palestin berkata bahawa pemuda yang syahid itu bernama Mu’tasim Basharat (7 tahun) dan adiknya, Muhammad (5 tahun) cedera di tangnnya semasa sedang menternak di timur kampung halaman mereka, Tmmoun selatan Tubas dan pinggir utara Lembah Jordan. Kedua-dua pemuda tersebut telah dibawa ke hospital turki di bandar Tubas.

Dikatakan tentera zionis sengaja melakukan latihan di pinggir utara lembah Jordan, Palestin berdekatan kawasan perumahan dan nomad di situ sambil menganggap 95% dariapada kawasan tersebut merupakan kawasan askar. Mereka dalam usaha memindahkan penduduk
di situ sepertimana mereka sengaja meninggalkan banyak sisa latihan mereka yang berbahaya terutamanya jerangkap samar. Tiada kerugian yang lebih besar melainkan nyawa dan harta ternakan penduduk di situ.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Penduduk Gaza Kembali ke Sekolah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Selepas Israel Menyerang Semula

Selasa , 12-08-2014 – Hanya beberapa ketika selepas gencatan senjata sementara selama 72 jam berakhir, tembakan roket yang bertubi-tubi telah dilepaskan di sepanjang sempadan Tebing Gaza. Penduduk Gaza yang telah pulang ke rumah mereka ketika tempoh gencatan, sekali lagi mencari pelindungan di beberapa hospital tempatan dan sekolah dimana sejumlah 200,000 orang sebelum ini telah berlindung daripada serangan Israel yang terus-terusan membedil infrastruktur awam Gaza.

Menurut UNICEF, sekurang-kurangnya 153 sekolah di Gaza, termasuk 90 daripadanya yang diuruskan oleh pekerja Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah musnah di bedil oleh tentera udara Israel semasa konflik itu. ” Sekolah-sekolah juga tidak selamat, mereka juga menyerang sekolah,” kata penduduk Gaza, Saeed Masri.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel dan Palestin bersetuju dengan gencatan sejata untuk tempoh 72 jam

Selasa , 12-08-2014 – Satu gencatan sejata selama 72 jam di Semenanjung Gaza dijangka bermula pada tengah malam Isnin pagi, setelah pelbagai pihak dari kalangan rakyat Palestin dan pihak berkuasa rejim Israel bersetuju untuk meletakkan senjata sementara para perunding berbincang bagi mencapai rundingan tempoh gencatan senjata yang lebih panjang.

Namun, pada jam-jam terakhir sebelum gencatan senjata, tentera rejim terus menyerang Semenajung Gaza menerusi udara, membunuh 4 orang termasuk seorang kanak-kanak pada petang Ahad. Sekurang-kurangnya 25 bom dijatuhkan di Gaza pada Ahad, dan 60 pada Sabtu.

Kumpulan-kumpulan Palestin yang diketuai oleh parti Hamas, telah menyeru pengakhiran kepungan ke atas Gaza, pembukaan pelabuhan di Gaza, dan pembebasan ratusan tahanan yang telah ditahan kembali oleh Israel setelah mereka dibebaskan pada 2011.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mashal: Sebarang gencatan senjata berpanjangan perlu membawa kepada penarikan pengepungan di Gaza sepenuhnya

Selasa , 12-08-2014 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mashal berkata sebarang gencatan senjata yang berpanjangan perlu membawa kepada penarikan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza.

Dari perjanjian gencatan senjata untuk tempoh 72 jam yang telah dipersetujui oleh pihak Palestin dan Zionis pada petang hari ahad (10/8), Mashal berkata dalam temubual ekslusif bersama wakil “France Press” di Doha bahawa “gencatan senjata adalah salah satu cara atau taktik sama ada bagi tujuan menyediakan ruang yang sesuai untuk kejayaan rundingan atau untuk memudahkan kemasukan bantuan pertolongan ke Semenanjung Gaza”.

Beliau menambah bahawa “matlamat kami adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Palestin dan hidup tanpa pengepungan di Semenanjung Gaza, inilah perkara yang tidak dikaji semula darinya”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Menjelang Gencatan, Zionis Hancurkan Masjid di Khan Yunis

Selasa , 12-08-2014 – Pesawat tempur Zionis menghancurkan masjid al Abrar di Khan Yunis pada Ahad (10/8) di wilayah selatan Semenanjung Gaza. Tindakan tersebut berlaku menjelang pelaksanaan gencatan senjata sementara antara pejuang Palestin dan pasukan penjajah Zionis selama 72 jam.

Pejabat berita Arab Quds Press mengatakan, pesawat tempur Zionis jenis F16 pada hari Ahad (10/8) menjelang tengah malam menghancurkan masjid al Abrar di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Dengan penghancuran masjid al Abrar oleh pasukan penjajah Zionis ini, maka jumlah masjid yang dihancurkan Zionis dlam tempoh serangan ke Semenanjung Gaza mencapai lebih 214 masjid. Sebanyak 64 di antara musnah teruk dan lebih dari 150 lainnya rosak sebahagian. Demikian menurut data dari Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Pemerintah Palestin di Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kanak kanak terus maut dibedil rejim Zionis.

Selasa , 12-08-2014 – Kanak-Kanak Maut,Sebelas Cedera Dalam Pengeboman Terbaru Israel Di Gaza Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah melaporkan bahawa seorang kanak-kanak Palestin terbunuh, dan sekurang-kurangnya sebelas orang Palestin telah cedera selepas tentera Israel meneruskan serangan ke atas Gaza pada hari Jumaat.

Kementerian tersebut berkata Ibrahim Zoheir ad-Dawawsa, 10 tahun,terbunuh selepas tentera mengebom sebuah masjid, di mana keluarga
mangsa menjadikan tempat berlindung, di bahagian utara Semenanjung Gaza. Beberapa rakyat Palestin juga cedera dalam pengeboman Israel yang lain, dan serangan telah mensasarkan bahagian yang berlainan di kawasan pantai.

Terdahulu pada hari Jumaat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanan Moshe Ya’alon mengarahkan tentera
untuk “kekal bersedia untuk peningkatan kemungkinan dalam serangan di Gaza”, terutamanya selepas perbincangan mengenai melanjutkan gencatan senjata sementara telah gagal.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Lima rakyat Palestin terbunuh di Gaza Tengah

Selasa , 12-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa lima orang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa orang lagi mengalami kecederaan, sebilangannya cedera teruk, setelah tentera Israel menyerang sebuah masjid di kawasan Nusseirat dan kem pelarian al-Maghazi, di Gaza Tengah.

Tambah kementerian itu lagi, seorang rakyat Palestin, Moath Azzam Abu Zeid , 37, meninggal dunia di bawah runtuhan Masjid al-Qassam di Nusseirat. Jenazah beliau dan beberapa lagi rakyat Palestin yang cedera telah dipindahkan ke Hospital al-Aqsa.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Tuntuan yang diterima dan ditolak oleh Israel

Selasa , 12-08-2014 – Berikut adalah senarai tuntutan Palestin dikemukakan kepada Israel oleh puak penentang Palestin di Gaza, semasa rundingan tidak langsung yang diadakan di Mesir antara Israel dan Palestin, seperti yang diterbitkan oleh al-Watan News:

1. Israel menolak sepenuhnya mendirikan sama ada Seaport atau Lapangan Terbang di Semenanjung Gaza.
2. Menolak sepenuhnya pembebasan semua tahanan yang dibebaskan di bawah ‘Rundingan Pertukaran Banduan Shalit’, dan ditangkap semula oleh Israel.
3. Israel “berhak” untuk mengambil tindakan terhadap terowong di Gaza.
4. Israel “berhak” untuk menjalankan pembunuhan sasaran
5. Setuju untuk mempertimbangkan Terminal Sempadan Rafah sebagai isu Mesir-Palestin.
6. Setuju untuk melepaskan tahanan veteran fasa keempat “sebagai tanda muhibah ke arah Presiden Mahmoud Abbas.”
7. Setuju untuk melanjutkan zon nelayan Palestin di perairan Gaza.
8 Setuju untuk membolehkan pemindahan wang untuk membayar gaji di Semenanjung Gaza.
9. Setuju untuk meringankan sekatan ke atas rakyat Palestin apabila menyeberangi terminal Erez, tetapi tidak akan mengurangkan sekatan ke atas barangan.
10. Setuju untuk kemasukan peralatan pembinaan, tetapi hanya di bawah pengawasan antarabangsa.

Sejurus sebelum gencatan senjata 72 jam berakhir pada pagi Jumaat, sumber Israel berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera untuk bersedia untuk apa-apa kemungkinan pengerahan.

Apabila gencatan senjata berakhir, puak penentang melepaskan peluru berpandu ke dalam pangkalan tentera Nahal ‘Oz, di seberang sempadan dan tentera mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah :  nurdiana