Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin terbunuh, 10 yang lain cedera dalam serangan udara Israel

Isnin , 02/01/2012 – Pada ulang tahun ketiga serangan kilat pendudukan Israel ke atas Semenanjung Gaza, pesawat Israel membunuh seorang pemuda Palestin dan mencederakan sepuluh yang lain dalam dua serangan udara pada malam Selasa.

Perkhidmatan jawatankuasa kecemasan berkata bahawa Abdullah al-Telbani (22 tahun) telah terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan udara di utara Semenanjung Gaza. Mereka telah dibawa ke Hospital Kamal Adwan.

Sumber-sumber tempatan memberitahu PIC bahawa pesawat pendudukan Israel mengebom kenderaan yang membawa beberapa orang-orang yang berhampiran Bulatan Sharkh Abu di utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Duwek dan Al-Ahmad Akan Bertemu Bahas Mekanisme Aktifkan Parlimen

Isnin , 02/01/2012 – Sumber dari parlimen Palestin menyatakan akan diadakan pertemuan dalam waktu terdekat ini antara ketua parlimen, Aziz Duwek dengan ketua fraksi Fatah, Azam Al-Ahmad untuk membincangkan usaha mengaktifkan semula parlimen Palestin.

Menurut sumber tersebut, pertemuan antara Duwek dan Al-Ahmad untuk membahas pemberdayaan parlimen dan menerapkan isu ini sesuai dengan kesepakatan yang telah ditanda tangani pada pertemuan Kaherah.

Pertemuan ini dirancangkan ketika pertemuan Duwek dengan Mahmud Abbas. Beliau mengatakan, pertemuan tersebut berdasarkan permintaan dari Abbas yang menyatakan pertemuan itu sangat positif dan penting untuk membahas sejumlah masalah yang masih diperselisihkan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Terbunuh, 11 Cedera Dalam Kejadian Pengeboman di Tebing Gaza oleh Tentera Israel

Isnin , 02/01/2012 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan, seorang rakyat Palestin telah terbunuh dan sebelah lagi cedera dalam dua serangan oleh Tentera Udara Israel dalam masa satu jam, yang menyasarkan Bandar Gaza.

Sumber tersebut menyatakan, lapan rakyat Palestin cedera, dua daripadanya cedera parah apabila tentera Israel melepaskan peluru berpandu yang menyasarkan kenderaan seorang rakyat Palestin, berdekatan dengan stesen minyak di kejiranan Al Jala’ di Bandar Gaza.

Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tiga lagi tercedera di dalam serangan yang menyasarkan penduduk Palestin yang menunggang motorsikal di Jabalia, dekat bahagian selatan tebing Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

10 Terbunuh Dan Cedera Keatas Serangan di Utara Gaza.

Isnin , 02/01/2012 – Rakyat Palestin terbunuh dan 2 yang lain cedera selepas satu serbuan oleh pesawat perang Zionis,Selasa malam (27-12-2011),mensasarkan kenderaan rakyat Palestin yang mengembara di Utara Semenanjung Gaza.

Telah berkata Ahli Jawatankuasa Tertinggi kepada Pusat Maklumat Palestin untuk ambulans dan kecemasan di Semenanjung Gaza bahawa hasil daripada serbuan awal Zionis yang terbunuh adalah Abdullah Talbani 22 tahun dan dua lagi cedera telah diambil oleh Hospital Kamal Adwan di utara Gaza.

Menurut sumber tempatan untuk wartawan kami bahawa pesawat pejuang IOF mengebom “Touktouk” sejenis kendereran kecil yang membawa beberapa orang berhampiran bulatan Abi Syarak dari semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Cedera Terkena Tembakan Tentera di Pusat Bandar Gaza

Isnin , 02/01/2012 – Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun telah tercedera pada tengah hari Selasa, selepas ditembak melalui tembakan hidup yang disasarkan tentera Israel yang menyerang pusat bandar Gaza. Kanak-kanak tersebut, Mohammad At-Tilbani, ditembak di kaki, dan telah dipindahkan ke Hospital Syahid Al-Aqsa.

Awal hari Selasa, Briged Salah Ed-Deen, sayap bersenjata Jawatankuasa Pertahanan Popular, menyatakan pejuang mereka berbalas tembakan dengan tentera Israel yang menyerang kawasan tersebut, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Penduduk Serang Kanak-kanak di Al-Quds, Pertempuran Tercetus

Isnin , 02/01/2012 – Saksi-saksi yang berada ditempat kejadian, di Timur Baitulmaqis melaporkan bahawa kumpulan peneroka yang juga pengganas Israel telah menyerang kanak-kanak Palestin di kejiranan al-Wad, dekat Old City, menyebabkan keganasan tercetus dikalangan penduduk dan juga peneroka. Didalam kejadian tersebut, dilaporkan terdapat kecederaan dan beberapa tangkapan telah dibuat.

Saksi menyatakan, tentera Israel menyebelahi peneroka dan melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebelum menyerang penduduk menggunakan kayu dan baton, menyebabkan kecederaan kepada penduduk.

Salah seorang penduduk yang cedera yang dapat dikenalpasti adalah seorang kanak-kanak, Alaa’ az-Zghayyer, 16 tahun. Dia telah dipindahkan ke hospital tempatan disebabkan patah hidung dan juga beberapa lebam di tubuhnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  solomon

Categories
Berita Semasa

Negara Ahli Majlis Keselamatan Kutuk Penyelesaian Perumahan Israel

Isnin , 02/01/2012 – Dalam surat dihantar Selasa, 4 negara Eropah ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Britain, Perancis, Jerman, dan Portugal mengutuk pengumuman terbaru Israel mengenai keputusan kerajaan Israel meluluskan 1,000 unit rumah kediaman baru di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis. Beberapa buah negara lain juga turut mengutuk keputusan tersebut termasuk Afrika Selatan, India, dan Brazil.

4 negara Eropah menegaskan penyelesaian perumahan di tanah yang diduduki oleh warga Palestin itu menyalahi undang-undang antarabangsa, dan menyatakan keputusan Israel membesarkan perumahan itu adalah “pembangunan negatif” dan akan menghalang kembali sebarang rundingan.

Dalam surat mereka, jurucakap berkata, “Daya maju negara Palestin yang kami mahu lihat dan penyelesaian 2 negara yang penting untuk keselamatan jangka panjang Israel telah diancam oleh pengembangan perumahan yang sistematik dan disengajakan itu,” sambil menambah, “Kami mengutuk maklumbalas yang ganas dari pihak pemaju, termasuk pembakaran masjid-masjid di Tebing Barat dan Baitulmaqdis…Ia adalah nyata serangan provokasi yang disengajakan ke atas tempat ibadat untuk mencetus ketegangan.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Abu Obaida: “Kami Telah Membebaskan 20% tahanan”

Khamis , 29/12/2011 – Abu Obaida, jurucakap kepada Briged al-Qassam, sayap bersenjata kumpulan Hamas, menyatakan pihak pertahanan Palestin telah berjaya membebaskan 20% tahanan yang ditahan pihak Israel, dan akan kekal komited untuk membebaskan kesemua tahanan.

Kenyataan beliau pada hari Ahad selepas Israel membebaskan 550 tahanan semasa fasa kedua dan terakhir perjanjian pertukaran-tahanan yang membebaskan tentera Israel, Gilad Shalit, sebagai ganti kepada lebih 1,000 orang tahanan. Fasa pertama telah dilaksanakan pada 18 Oktober semasa pihak pertahanan menghantar Shalit ke Mesir dan Israel membebaskan 477 tahanan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa keluarga mengesahkan tangkapan politik masih berterusan walaupun dalam fasa perbincangan perpaduan negara

Rabu , 28/12/2011 – Jawatankuasa Keluarga Tahanan Penjara berunsur Politik berkata bahawa ejen keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) masih melakukan tangkapan politik secara rambang di Tebing Barat walaupun fasa perbincangan ke arah perpaduan negara masih berlangsung antara gerakan Fatah dan Hamas.

Dalam satu kenyataan media bersama Persatuan Belia Muslim, jawatankuasa tersebut menyeru semua rakyat Palestin supaya menyertai protes ke-25 yang diadakan bagi mengutuk pencabulan terhadap hak-hak kebebasan di Tebing Barat. Protes itu akan menuntut supaya PA menamatkan aktiviti tangkapan politik terhadap rakyat Palestin dan ketidakadilan dalam proses pemecatan penjawat awam hanya kerana hubungan politik mereka.

“Pencabulan kebebasan merencatkan perbincangan” akan menjadi slogan protes tersebut yang dijangka diadakan pada hari Khamis di Bandar Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Penahanan 106 Kanak-Kanak Palestin

Rabu , 28/12/2011 – Gerakan Antarabangsa Untuk Membela Kanak-Kanak menyatakan bahawa otoriti Israel terus melanjutkan penahanan 106 anak-anak Palestin. Disebutkan bahawa keadaan penahanan mereka sangat buruk. Terdapat pelanggaran undang-undang antarabangsa berkait penahanan kanak-kanak, terutama Konvensyen Genewa keempat.

Ayid Abu Qatis, Ketua Bahagian Pembelaan dalam keterangan akhbarnya menyambut pembebasan 55 kanak-kanak dalam tahap II persepakatan pertukaran tawanan menjelaskan bahawa proses pembebasan kanak-kanak dalam persepakatan pertukaran mencerminkan tidak wujudnya motif yang baik dari pihak Israel. Pembebasan mereka berlaku ketika tempoh tahanan mereka hampir tamat, sebahagiannya akan dibebaskan seminggu lagi atau lebih dari waktu pertukaran tawanan.

Gerakan yang memiliki cabang di wilayah Palestin ini menyebutkan bahaya dari cara yang digunakan penjajah Israel dalam proses penangkapan mahupun penahanan anak-anak adalah sangat buruk, terutama menghina kanak-kanak di mahkamah Israel dan tidak adanya standard pengadilan bagi kanak-kanak di mahkamah militan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Baher: Lumpuhkan hayat parlimen di Tebing Barat rugikan kepentingan negara

Rabu , 28/12/2011 – Timbalan Speaker Pertama Dewan Perundangan Palestin, Ahmed Baher dipanggil semasa mesyuarat Palestin di Kaherah bagi mencapai satu perjanjian yang membolehkan Parlimen Palestin menyambung semula sesinya di Tebing Barat dengan segera.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang asas Palestin, speaker Dewan Perundangan, Dr Aziz Dweik berhak untuk mengadakan sidang seperti yang dinyatakan dalam artikel dan 1, 2 dan 16 peraturan dalam majlis perundangan,” kata Baher dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu.

Beliau menegaskan usaha melumpuhkan sidang majlis ini di Tebing Barat dalam keadaan sukar yang dihadapi oleh rakyat Palestin di wilayah yang diduduki menjejaskan kepentingan negara dan menyediakan perkhidmatan percuma untuk mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mantan Penggubal Undang-undang Dihukum Tiga Bulan

Rabu , 28/12/2011 – Persatuan Tahanan Palestin (PSP) melaporkan bahawa Mahkamah Tentera Israel Ofer menghukum, Khamis, bekas penggubal undang-undang Husam Khader tiga bulan di bawah pentadbiran tahanan tanpa jaminan terhadapnya.

Pendakwaan Israel ke atas Khader adalah penjara sekurang-kurangnya enam bulan, namun mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh peguam beliau, dengan mengurangkan tempoh penjara Khader kepada hanya tiga bulan.

Peguam Jawad Boulos, Ketua Unit Undang-undang di PPS, menyatakan bahawa satu rayuan akan difailkan terhadap keputusan mahkamah untuk memenjarakan Khader selama tiga bulan, dan menuntut pembebasan serta-merta, disebabkan ikat jamin tidak pernah difailakan terhadapnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Mashaal dan Abbass Membincangkan Fail Pendamaian Di Kaherah.

Rabu , 28/12/2011 – Perjanjian Khaled Mashaal.Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam “Hamas” dan pihak berkuasa Palestin,Presiden Mahmoud Abbas dalam mesyuarat dua hala,pada hari Rabu malam (21-12-2011),di mana kedua-dua membincangkan mekanisma perlaksanaan perdamaian Palestin di akhir bahagian ini.

Berkata sumber-sumber Palestin yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Palestin,mesyuarat antara Khaled Mashaal dan Mahmoud Abbas membincangkan susulan yang telah dicapai mekanisme pendamaian yang akan dilaksanakan sebahagian daripada mereka.

Turut membincangkan dua tokoh Amanah diantara pihak Palestin,mesyuarat dijadualkan untuk kali kedua pada hari Khamis petang (22-12-2011) akan membincangkan tentang Pertubuhan Pembebasan Palestin yang ditetapkan dalam Deklarasi Kaherah tahun 2005 dan perjanjian 2011.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menceroboh Tulkarem, Melepaskan Tembakan Peluru Hidup dan Gas Pemedih Mata

Rabu , 28/12/2011 – Beberapa buah kenderaan tentera Israel telah menceroboh bahagian utara Tebing Barat bandar Tulkarem dan kem pelarian berdekatan pada Selasa petang.

Belia tempatan mula melemparkan batu-batu ke arah jip dan kenderaan berperisai, dan tentera telah bertindak balas dengan gas pemedih mata dan peluru hidup. Tiada sebarang kecedaraan telah dilaporkan.

Menurut sumber-sumber tempatan, sekurang-kurangnya lima kenderaan tentera Israel dilihat berada di bandar Tulkarem dan dikem-kem pelarian di sekitar pekan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar 5 kenderaan rakyat Palestin

Rabu , 28/12/2011 – Pendatang haram Yahudi telah melakukan serangan ke atas Kampung Beitin yang terletak di Ramallah sebelum waktu Subuh. Menurut sumber tempatan, pendatang haram tersebut membakar 5 buah kenderaan rakyat Palestin selepas menyerbu sebuah bangunan di sana.

Ketua kampung berkenaan memaklumkan bahawa pendatang haram Yahudi tersebut telah menyerbu salah satu bangunan pada jam 2 pagi dan membakar 5 buah kenderaan termasuk sebuah trak. Pemilik trak terbabit, Ahmed Abu Sunbul berkata bahawa mereka terjaga akibat terdengar suara orang bercakap-cakap dengan kuat dalam Bahasa Hebrew dan apabila mereka ternampak pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut sedang menyalakan api ke atas kenderaan-kenderaan, mereka pun bergegas memadamkan kebaran. Walaubagaimanapun, kesemua kenderaan terbabit rentung dijilat api.

Sementara itu, sumber tempatan memberitahu bahawa pihak berkuasa rejim Zionis telah memasuki kampung berkenaan dan melindungi pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut tanpa menangkap mereka. Sebaliknya, pihak berkuasa rejim Zionis mengeluarkan pula saman terhadap beberapa orang rakyat Palestin termasuk Abu Sunbul.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa