Isnin , 05/12/2011 – Penggubal undang-undang Hamas di Tebing Barat mendakwa masyarakat dunia masih membenarkan resolusi-resolusi yang menindas terhadap rakyat dan tanah Palestin sejak pencerobohan Israel diiktiraf di jajahan Palestin pada 1948.
Para ahli parlimen dalam kenyataan mereka pada Selasa sempena ulangtahun ke 64 resolusi PBB yang memisahkan Palestin, memberitahu bahawa dunia masih memejamkan mata pada penderitaan rakyat Palestin di tanah air mereka dan menyokong penjenayah Israel.
Dunia hanya mendiamkan diri terhadap jenayah Israel di Baitulmuqaddis, sekatan di Gaza, sempadan ketenteraan yang memisahkan Tebing Barat dan layanan tidak adil terhadap rakyat Palestin, para ahli parlimen menambah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati










