Categories
Berita Semasa

Hanya 15% Pendatang Zionis Ingin Tinggal Di Al Quds

Khamis, 09/06/2011 – Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati hanya 15% pendatang Zionis ingin tinggal di kota al Quds, sementara sebahagian besarnya memilih untuk tinggal di kota Tel Aviv.

Akhir-akhir ini pemerintah Zionis Israel telah menyetujui untuk melaksanakan projek penempatan Zionis baru di al Quds. Projek tersebut bertujuan untuk mengubah realiti demografi di kota al Quds. Projek ini mencakupi pembangunan kota akademik, asrama mahasiswa yang ingin menyelesaikan tugasan wajib militan atau menunaikan tanggungjawab dengan pihak keselamatan dalam kerja-kerja sosial. Selain itu ia juga mencakupi pembangunan hotel-hotel baru di kota al Quds. Ini semua adalah projek Yahudisniasi yang memfokus pembangunan daerah tembok al Barak di (tembok barat) masjid al Aqsha.

Sebuah jawatankuasa Zionis dalam bidang penyelidikan pemasaran telah melakukan satu kajian terhadap pendatang Zionis dengan tujuan untuk menentukan perbezaan orientasi daerah-daerah perumahan di kalangan orang kaya di antara mereka dengan penduduk dari seluruh strata ekonomi.

Menurut hasil kajian ini, yang diterbitkan oleh surat khabar Israel “Yediot Ahronot”; Hanya 15% pendatang Zionis, dari strata ekonomi yang berbeza, lebih suka tinggal di kota al Quds, sedangkan 25% dari orang-orang kaya dan 17%n dari pelbagai strata ekonomi memilih untuk tinggal di Tel Aviv.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

ICC beri amaran rejim Zionis akan segera bina ‘ibu negara Yahudi’.

Rabu, 08/06/2011 – Jawatankuasa Islam dan Kristian (ICC) memberi amaran bahawa kerajaan rejim Zionis sedang memperhebat usaha untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam ucapannya di hadapan Kongres AS pada minggu lepas, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengurangkan wilayah jajahan rejim Zionis kepada wilayah yang terbentuk pada tahun 1967 serta menyatakan
hasratnya untuk menjadikan keseluruhan Bailtulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Rejim Zionis telah “memalsukan sejarah, ketamadunan, agama, budaya dan warisan kemanusiaan,” kata ICC dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Rabu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pegawai Shalit: Pertukaran kesepakatan boleh diumumkan dalam beberapa jam

Rabu, 08/06/2011 – Bekas Duta Besar Mesir ke Israel Mohammed Bassiouni telah meramalkan bahawa dalam beberapa jam ke depan pertukaran kesepakatan tahanan akan diumumkan di antara Israel dan puak-puak Palestin, lapor akhbar harian Mesir Al-Mesryoon.

Pejabat Netanyahu telah membantah apa-apa pendedahan tentang isu itu sebagai respon terhadap laporan itu. “Pencapaian kesepakatan melepaskan askar Gilad Shalit yang ditangkap di Seenanjung Gaza sejak tahun 2006 untuk membebaskan seribu tawanan Palestin di penjara Israel,” kata Bassiouni Al-Mesryoon Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq nafikan usaha rundingan pertukaran tahanan

Rabu, 08/06/2011 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq telah menafikan kenyataan akhbar yang mendakwa satu rundingan pertukaran tahanan antara gerakannya dan Israel akan dilaksanakan.

Beliau mengatakan kerajaan penjajah Israel adalah bertanggungjawab terhadap penangguhan rundingan itu. Tambah beliau, rundingan itu masih belum dapat dilaksanakan kerana kedegilan kerajaan itu. Sumber-sumber memberitahu PIC bahawa sejumlah komander bersenjata Hamas tiba di Kaherah untuk membincangkan rundingan tersebut yang diketuai oleh Briged Qassam, namun kedegilan Israel menghalang rundingan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Perjanjian pertukaran tahanan Hamas-Israel akan diumumkan

Rabu, 08/06/2011 – Akhbar Mesir “El-Misriyun” hari ini menyatakan perjanjian dan kesepakatan pertukaran tahanan HAMAS-Zionis akan diputuskan tidak berapa lama lagi. Hal ini dinyatakan oleh mantan duta besar Mesir di Israel, Muhammad Bisnuni. Antara yang diharapkan oleh Zionis ialah pelepasan tentera Gilad Shalit. Seramai 1000 orang tahanan Palestin akan di lepaskan.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Kajian Palestin di Kaherah Ibrahim Darawi menegaskan Mesir mampu memberi penekanan berkaitan perjanjian pertukaran tahanan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Usir 30 Ribu Warga Palestin di Nejeb

Rabu, 08/06/2011 – Tersebar berita baru-baru ini berkenaan pemerintah Israel menyiapkan rancangan mengusir 30 ribu penduduk Palestin dari kampung mereka di daerah Nejeb wilayah selatan Palestin jajahan tahun 1948. Israel sedang fokus memperluas wilayah-wilayah baru seperti wilayah Raht, Kasivah dan Haurah.

Dalam rancangan yang disampaikan beberapa minggu lalu oleh pemerintah penjajah Israel untuk disetujui, penduduk Palestin di Nejeb akan diberi tanah ganti dan sejumlah wang sebagai ganti menggosongkan ratusan ekar tanah milik mereka.

Harian Israel Haaretz yang menyiarkan berita tersebut Khamis (2/6) bahawa kos rancangan tersebut akan mencapai perbelanjaan sekitar 6 hingga 7 bilion Shekel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

IOF menyediakan pasukan besar di sepanjang sempadan Arab menjelang tunjuk perasaan Hari Naksa

Rabu, 08/06/2011 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menghantar pasukan tambahan di sepanjang sempadan dengan Syria dan Lebanon sebagai peristiwa menandakan amaran pendudukan 1967 Palestin lebih dekat, lapor Haaretz pada hari Isnin.

Langkah itu diambil untuk mengelakkan berulang kembali apa yang terjadi apabila pelarian Palestin telah mengingati Nakba Day pada tarikh 15 Mei dimana sekitar 15 orang Arab ditembak mati oleh pasukan Israel. Ratusan ribu warga Palestin telah menyertai Facebook sebagai kempen untuk menyeru tunjuk perasaan Hari Naksa untuk menandakan penjajahan 1967 di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jemaah Muslim membalas serangan provokatif Aqsa

Rabu, 08/06/2011 – Para jemaah di Masjid Al-Aqsa di Timur Jerusalem berjuang kembali setelah fanatik Yahudi menyusup ke tempat suci ketika ulangtahun ke 44 penjajahan tentera Israel di Jerusalem. Muslim yang telah dihalang sejak solat Subuh terseret ke dalam pertengkaran berselang seli dengan fanatik Yahudi dan polis Israel,kata penjaga keselamatan masjid itu.

Polisi seterusnya mengunakan cara yang agak kasar, menurut satu sumber, menunjukkan ketakutan terhadap perluasan mereka dan diikuti pembubaran jamaah dan mengeluarkan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

ISFHR: serangan disasarkan kepada penduduk Palestin yang hidup

Rabu, 08/06/2011 – Yayasan Antarabangsa Bersatu untuk Hak-hak Kemanusiaan berkata serangan rejim Zionis ke atas Persatuan Muslimat al-Bara dan pejabat Dana Kebajikan Anak-anak Yatim Muslim pada pagi Selasa lalu di Jenin hanya berakhir setelah berlakunya siri kekejaman yang panjang, yang mensasarkan organisasi-organisasi yang beroperasi di wilayah Palestin yang dijajah.

Penyelidik ISFHR , Ahmed al-Beitawi melaporkan sebanyak 21 serangan dilakukan ke atas sejumlah institusi dan persatuan di wilayah Palestin sejak tahun 2010. Serangan-serangan tersebut mensasarkan tempat-tempat kebajikan, pusat-pusat kebudayaan dan seni, media serta persatuan-persatuan kampung. Yang paling disebut-sebut adalah serangan rejim Zionis ke atas Persatuan Kebajikan Al-Maqasid di Baitulmaqdis dan sebuah pergerakan antarabangsa bersatu di Ramallah pada penghujung Januari sehingga awal Februari 2010. dalam operai-operasi terbabit,rejim Zionis telah menangkap beberapa orang aktivis luar negara dan menghalau
mereka pulang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap Para Pemimpin Palestin di Tebing Barat

Rabu, 08/06/2011 – Pasukan Israel menangkap anggota parlimen dan menteri pada pemerintahan ke 10, Abdurrahman Zaidan di rumahnya di Der Gasun, utara Thulkarem. Menurut anggota keluarganya, pasukan Zionis mengepung rumahnya sejak pukul satu pagi. Mereka mengancam akan menusnahkan rumah tersebut sekiranya Zaidan tidak mahu keluar. Setelah Zaidan menyerahkan diri, pasukan Zionis melakukan siasatan rapi di rumahnya.

Pemerintah Israel sebelumnya membebaskan Zaidan bersama para tahanan lain pada Mac 2009 lalu. Kemudian Zaidan ditangkap semuala oleh pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat. Beliau disoal siasat dan disiksa sebelum dibebaskan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan para pemimpin di Tebing Barat termasuk Ir. Zaidan

Jumaat, 03/06/2011 – Rejim Zionis pagi Khamis (2 Jun) menangkap ahli Majlis Legislatif dan menteri dalam Kerajaan Kesepuluh, Ir. Abdul Rahman Zaidan, dari rumahnya dekat bandar Deir El-Ghassoun, di timur Tulkarem utara Palestin.

Menurut keluarga beliau, rejim Zionis mengepung rumah mereka pada jam 1 malam dan memberi ancaman sekiranya Zaidan tidak keluar dengan segera. Zionis kemudian melakukan pencarian sebelum memaksa ahli keluarga beliau bersempit di dalam satu bilik dan melarang mereka keluar.

Keluarga beliau menambah lagi bahawa ketua pegawai unit Zionis yang memcah masuk ke rumah Zaidan menjerit, “adakah kalian nak mencapai rekonsiliasi mengikut cara kalian? Katakan kepada mereka bahawa mungkin dia (Zaidan) hanya akan dibebaskan setelah Shalit dibebaskan mungkin setahun lagi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel tahan pegawai Hamas

Jumaat, 03/06/2011 – Kerajaan Israel telah menahan pegawai senior Hamas, Abu Hussein Kweik, 55 Rabu lalu selepas memanggil beliau untuk disoalsiasat di markas perisikan penjara Ofer, Israel, menurut isterinya kepada PIC.

Saksi berkata kepada wartawan, mereka melihat Abu Kweik ditahan dan mata tertutup sekitar jam 1 tengahari, dan ia di bawa ke destinasi yang tidak diketahui. Badan perisikan Israel, Shin Bet telah menelefon Abu Kweik malam sebelumnya dan memerintahkan beliau untuk hadir ke markas di penjara Ofer, bandar Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pendatang Zionis aniayai guru wanita Palestin

Jumaat, 03/06/2011 – Sekumpulan pendatang haram Zionis-Israel telah menganiyai seorang guru wanita rakyat Palestin. Guru itu tiba-tiba ditarik tangannya dan dipukul oleh kumpulan pendatang Zionis itu. Tidak lama kemudian, sekumpulan rakyat Palestin segera membantu dan menyelamatkan guru itu. Kejadian seperti ini semakin kerap apabila bertambahnya penempatan haram Yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

IOF runtuhkan 13 struktur di Lembah Jordan

Jumaat, 03/06/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) yang diketuai oleh jentolak tentera memasuki kawasan Al-Farisiyya dan Al-Meita yang terletak di Lembah Garam, utara Lembah Jordan. IOF memusnahkan 13 bangunan milik Arab Badwi di lembah tersebut.

IOF meremukkan 8 buah rumah di Al-Meita, utara Lembah Garam di mana masyarakat Arab Badwi telah menetap di situ bertahun-tahun lamanya, walaupun rumah-rumah tersebut terletak jauh dari kem IOF. 6 buah rumah lagi dimusnahkan di Al-Farisiyya. Kemusnahan dilakukan ke atas rumah-rumah dan kandang haiwan dengan menggunakan jentolak ketika dikawal oleh kenderaan-kenderaan IOF yang lain. Beberapa buah rumah dan tempat perlindungan haiwan di kawasan terbabit juga telah dimusnahkan beberapa bulan lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Gesaan tingkatkan Baitulmaqdis protes untuk peringati penjajahan di Tebing Barat.

Jumaat, 03/06/2011 – Persatuan Belia Muslim (MYA) telah mengumumkan beberapa agenda yang akan berlangsung di beberapa buah bandar di Tebing Barat bagi memperingati ulangtahun ke-44 penjajahan Masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmaqdis dan seluruh Palestin secara amnya.

MYA menegaskan dalam satu kenyataan yang dibuat pada Ahad lalu; “Pada 5 Jun 1967, tentera rejim Zionis telah menjajah wilayah-wilayah yang masih hak Palestin, Bukit Golan dan Sinai supaya kita (rakyat Palestin) hidup selama 44 tahun dalam kehinaan dan malu. Hari ini kami telah memutuskan untuk mencapai kemenangan.”

“Sebagai memperingati penjajahan ke atas Baitulmaqdis, Masjid Al-Aqsa dan Tebing Barat, kami menyeru ditingkatkan keazaman untuk membebaskan wilayah tersebut serta penduduknya, dan bangkitlah menentang penjajah kuku besi,” kata MYA lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa