Categories
Berita Semasa

Rejim Israel musnahkan kedai-kedai Palestin di bandar Ramla

Khamis, 03-03-2022 – Pada Isnin, rejim israel musnahkan kedai-kedai Palestin di bandar lama al-Ramla. Menurut sumber tempatan, kedai-kedai itu dimusnahkan atas alasan ingin memasang saluran telekomunikasi dan membuat jalan baru sebagai sebahagian rancangan sistematik Israel untuk menyusahkan penduduk tempatan.

Ibrahim Badwiya, salah seorang pemilik kedai berkata, jentolak Israel telah memusnahkan tiga kedai di kota lama bagi membolehkan satu syarikat telekom Israel memasang saluran di kawasan itu. Beliau menambah yang kedai-kedai itu telah dibina 35 tahun lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel serang nelayan Palestin di perairan Gaza

Khamis, 03-03-2022 – Bot tempur tentera laut Israel menyerang nelayan Palestin dan bot mereka di luar pantai utara Semenanjung Gaza yang dikepung pada petang hari Isnin.

Menurut sumber tempatan, bot meriam Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan semasa kehadiran mereka di luar pantai kawasan as-Sudaniya di utara Gaza. Tentera laut juga menyasarkan nelayan dengan meriam air dalam usaha untuk membanjiri bot mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF ratakan empat kediaman rakyat Palestin di Yatta

Selasa, 01-03-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu memusnahkan empat rumah rakyat Palestin di kampung Shi’ab al-Batum, timur Yatta di selatan al-Khalil.

Pegawai tempatan Fuaad al-Amour berkata bahawa IOF memusnahkan empat rumah di kampung dan mengusir penghuninya yang terdiri daripada keluarga Jabbarin.

40 individu termasuk kanak-kanak tinggal di rumah-rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lakukan Pencerobohan Terhad Sempadan di Gaza

Selasa, 01-03-2022 – Rejim Zionis melakukan pencerobohan berskala kecil di kawasan sempadan tenggara Semenanjung Gaza pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, lapan kenderaan tentera termasuk jentolak berperisai dan kereta kebal, mara dari pos tentera ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis di selatan Gaza di tengah-tengah tembakan yang bertalu-talu.

Jentolak itu kemudian mula membuat timbunan tanah di kawasan berkenaan apabila kereta kebal melepaskan tembakan mesingan untuk memaksa petani di kawasan berhampiran keluar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Tahanan Terus Boikot Mahkamah Israel

Selasa, 01-03-2022 – Ratusan tahanan pentadbiran Palestin terus memboikot mahkamah tentera Israel untuk hari ke- 55. Semenjak awal tahun, mereka telah melancarkan langkah protes di bawah slogan “Keputusan kami adalah kebebasan.”

Tahanan pentadbiran itu juga enggan bertemu dengan penyiasat Shin Bet sebagai langkah kedua protes terhadap penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Polis Israel robohkan dua rumah, kemudahan komersil di Baitulmuqaddis

Selasa, 01-03-2022 – Pasukan polis rejim Zionis merobohkan dua buah rumah milik warga Palestin dan kemudahan komersial di bandar Anata, timur laut Baitulmaqdis yang diduduki.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa jentolak pihak perbandaran Israel menyerbu kejiranan Baqa’an di Anata dan merobohkan kemudahan kediaman dan komersial tempatan. Sebuah rumah dua tingkat adalah antara kemudahan yang dirobohkan, tambah sumber itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel mengugut hendak memusnahkan 110 rumah dan kedai warga Palestin di Tira

Jumaat, 25-02-2022 – Rejim zionis mengeluarkan arahan pemusnahan 110 buah rumah dan kedai warga Palestin di bandar Tira. Menurut  perbandaran Tira, pemilik 46 buah rumah dan 64 kedai di selatan bandar itu menerima notis pemusnahan.

Para pemiliknya telah bertahun-tahundiancam perancangan Israel untuk meluaskan tanah atas pelbagai alasan, termasuk kononnya ingin memasang saluran elektrik di kawasan itu serta ingin membina jalan dan landasan keretapi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis sekat pergerakan pelajar Lubban ash-Sharqiya

Jumaat, 25-02-2022 – Untuk hari ketiga berturut-turut, tentera rejim Zionis pada pagi hari Khamis mengganggu pelajar Palestin dan menyekat pergerakan mereka ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah di kampung al-Lubban Ash-Sharqiya, di selatan Nablus.

Sumber tempatan berkata, askar itu sengaja menghalang ketibaan pelajar perempuan dan lelaki di dua sekolah tempatan yang terletak berhampiran jalan utama Ramallah-Nablus.

Mereka menambah bahawa amalan provokatif IOF seperti itu berlaku selama tiga hari berturut-turut dengan alasan untuk memberi perlindungan kepada penceroboh Yahudi yang terus berpusu-pusu ke kawasan itu untuk melakukan ritual.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Para tahanan Palestin mengisytiharkan mogok lapar berterusan

Khamis, 24-02-2022 – Para tahanan Palestin tidak akan menghentikan protes mereka hingga tuntutan mereka dipenuhi, ahli pejabat Media Asra, Ayman Al-Sharawneh, berkata demikian dalam kenyataan akhbar pada Ahad malam.

Sharwaneh menyatakan yang para tahanan akan meningkatkan protes mereka pada hari-hari mendatang.Mogok lapar tersebut akan berterusan tanpa ditetapkan tarikh tamat, beliau menambah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Bina Jalan, Ratakan Tanah di Selatan Nablus

Khamis, 24-02-2022 – Peneroka Yahudi membina jalan ke penempatan mereka dan meratakan petak-petak tanah pertanian di selatan kampung Qaryut, selatan Nablus di Tebing Barat pada pagi Isnin.

Aktivis tempatan Bashar Qaryuti berkata penduduk Kampung Qaryut melihat jalan baru yang menghubungkan penempatan haram Eli di barat kampung itu dengan penempatan haram Shilo di selatan.

Qaryuti menambah, peneroka juga meratakan tanah yang luas iaitu kira-kira 40 dunum di kawasan selatan kampung itu, di mana 10 dunum tanah berkenaan adalah kebun zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Lebih 150 penceroboh cemari al-Aqsa di bawah perlindungan polis

Khamis, 24-02-2022 – Berpuluh peneroka Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki pada pagi hari Isnin dan kemudian pada sebelah petang hari yang sama.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 152 orang penceroboh memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.

20 pelajar institusi agama antara penceroboh yang mencemari masjid dalam kunjungan pada waktu pagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Serang Warga Palestin di Sheikh Jarrah

Selasa, 22-02-2022 – Buat kali kedua dalam tempoh 24 jam, polis Israel merampas sebuah pejabat simbolik milik aktivis Jerusalem Mohamed Abul-Hems di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan menyerang beberapa penduduk dan penyokong tempatan pada petang Rabu.

Pejabat Abul-Hems terletak di kawasan tinggi di hadapan khemah ahli Knesset sayap kanan Itamar Ben Gvir.

Ben Gvir mendirikan khemah pejabat baru-baru ini di Sheikh Jarrah sebagai langkah provokatif terhadap keluarga Palestin yang tinggal di kawasan kejiranan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Australia Senarai Seluruh Hamas Sebagai Organisasi Pengganas

Selasa, 22-02-2022 – Kerajaan Australia akan menyenaraikan keseluruhan kumpulan Palestin Hamas sebagai ‘organisasi pengganas’, termasuk sayap politiknya, kata Menteri Dalam Negeri Australia Karen Andrews pada hari Khamis.

Andrews mengecam pandangan Hamas sebagai “sangat mengganggu”, sambil menambah, “Tiada tempat di Australia untuk ideologi kebencian mereka.”

“Adalah penting bahawa undang-undang kita tidak hanya menyasarkan tindakan pengganas dan pengganas, tetapi juga organisasi yang merancang, membiayai dan melaksanakan akta ini,” tambah Andrews.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel akan musnahkan sekolah yang dibiayai Eropah di Tebing Barat

Selasa, 22-02-2022 – Rejim zionis (IOA) mengarahkan pemusnahan sekolah rendah “Ras al-Tin” di komuniti Ras At-Tin, Tebing Barat Tengah.

Sumber tempatan mengesahkan pada Rabu bahawa sekolah Palestin yang dibiayai Eropah diancam untuk dimusnahkan dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang arahan mahkamah.

Sekolah itu memiliki 50 orang pelajar, dari gred satu hingga enam, dari komuniti Ras At-Tin, timur bandar Ramallah Tebing Barat, yang mana tanpanya, para pelajar perlu berjalan lima kilometer ke sekolah dekat kampung Al-Mughayyer.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh penceroboh cemari al-Aqsa di bawah perlindungan polis

Selasa, 22-02-2022 – Berpuluh-puluh peneroka Yahudi diiringi pasukan polis rejim Zionis mencemar masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Khamis.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 228 orang peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.

Pelajar institusi agama dan kakitangan kerajaan adalah antara peneroka yang mencemari masjid dalam kunjungan pada waktu pagi tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan