Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis: Hamas Usaha Buru Para Pemimpin Tertinggi Militan Kami

Selasa, 26-08-2014 – Harian Haaretz Zionis mengatakan, pihak keamanan Zionis menjangkakan bahawa Hamas memfokus kepada pemimpin tertinggi politik dan militan Zionis yang sedang melawat ke kawasan sekitar Gaza dan secara intensif menyerang kawasan tersebut.

Tentera Zionis menyebutkan, Hamas melakukan operasi detail sepanjang waktu di kawasan sempadan bagi memfokuskan serangan terhadap pemimpin Zionis. Disebutkan bahawa Daniel Trujman dibunuh ketika lawatan Panglima Militan Zionis, Beny Gantz ke kawasan Nahel Auz, Gaza Timur dan semalam sejumlah roket Hawn ditujukan ke kawasan yang sama ketika lawatan komandan kawasan Selatan, Sami Trujman.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menembak pemuda Palestin di Timur Baitulmuqaddis

Selasa, 26-08-2014 – Seorang pemuda Palestin dari kem pelarian Shu’fat, telah ditembak di perut oleh dua butir peluru hidup oleh polis Israel dari Jerusalem, pada hari Sabtu di kawasan yang dicerobohi di Timur Baitulmuqaddis.

Jurucakap pergerakan Fatah ,Thaer al-Fasfous memberitahu Agensi Berita Ma’an bahawa tembakan dilepaskan ke rumah penduduk Palestin dari
penempatan haram Pisgat Zeev, kononnya sebagai tindak balas kepada tembakan dari Shu’fat ke penempatan tersebut di antara hari Jumaat
dan Sabtu.

Berusia 20 tahun, Yahya Alqam telah dipindahkan ke hospital Hadassah dan ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala pegawai-pegawai Israel ditempatkan di luar bilik, yang menunjukkan bahawa beliau ditangkap.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Dakwaan Israel terhadap Hamas Sedang Diteliti

Selasa, 26-08-2014 – Tengahari Jumaat lalu, pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanhayu telah mengeluarkan satu gambar melalui Twitter yang menunjukkan tentera bertopeng Hamas yang sedang menghukum pemberi maklumat kepada Israel dan satu lagi gambar militia pelampau ISIS bersama tentera Iraq.

Tweet itu kemudiannya dipadamkan diikuti dengan hubungan langsung mengenai kesahihan gambar yang ditunjukkan serta kritik-kritik tambahan melalui media sosial. Izzat Al-Risheq, ahli biro politik Hamas, telah mengeluarkan keterangan berikut:
‘Usaha Netanhayu dan jurucakapnya Ofir Gendelman untuk mengaitkan Hamas dan membandingkan kami dengan kumpulan yang lain merupakan satu penipuan dan kempen pemalsuan maklumat mereka tidak akan berjaya memperdayakan sesiapa.’

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

2 Rakyat Palestin terbunuh, ramai yang cedera di Gaza.

Selasa, 26-08-2014 – Tentera Israel mengebom satu lagi menara penempatan di Bandar Gaza pada hari Ahad, membunuh dua orang rakyat Palestin dan mencederakan beberapa lagi rakyat lain. Ramai yang turut tercedera di dalam serangan berasingan di kawasan tepi pantai yang dikepung.

Menurut sumber perubatan, seorang rakyat Palestin meninggal di Pusat Perubatan Shifa disebabkan kecederaan parah yang dialaminya pada waktu subuh, sewaktu pihak tentera membedil menara penempatan Al-Fairouz di barat laut Bandar Gaza. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Yahia Saber Abu al-‘Omarein.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Beberapa Pemimpin Palestin diculik di Tebing Barat, penduduk haram menyerang kereta

Isnin, 25-08-2014 – Tentera Israel menculik, pada hari Selasa, beberapa rakyat Palestin di Tebing Barat semasa beberapa serangan yang menyasarkan pelbagai komuniti di Palestin. Beberapa penduduk haram fanatik melemparkan batu kearah kereta Palestin berhampiran Bethlehem, manakala tentera meranapkan tanah berhampiran Bethlehem.

Ketua pejabat Nablus daripada Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Ra’ed ‘Amer, menyatakan bahawa beberapa kenderaan tentera Israel menyerang kampung Osarin, berhampiran bandar, dan menculik Rabeh Raslan’ Odeily, 17, dan Ahmad Jamal Odeily, 19.

Beliau menambah bahawa tentera memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah , menyebabkan kerosakan harta benda.
Askar juga menyerang bandar Tal berhampiran, dan menculik Mousa al-Hindi, 22, dari rumah keluarganya, juga selepas menggeledah rumah itu.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Tahanan wanita Dinafikan Hak Lawatan Keluarga Sejak Penangkapan beliau Pada tahun 2012

Isnin, 25-08-2014 – Persatuan Banduan Palestin(PPS) telah melaporkan bahawa seorang wanita Palestin yang diculik dan dipenjarakan oleh Israel sejak 2012, tidak pernah dibenarkan mana-mana lawatan keluarga, terutama sejak Israel melabelkan keseluruhan keluarganya sebagai “ancaman keselamatan”.

PPS mengatakan bahawa Mona Qa’dan, yang dipenjarakan di Penjara Israel-Hasharon tidak dibenarkan untuk bercakap dengan ahli keluarganya yang hanya mampu melihat beliau selama beberapa minit sahaja semasa persidangan mahkamah.

“Penderitaan beliau adalah berterusan, penahanannya itu telah dilanjutkan enam belas kali berturut-turut sejak beliau
ditangkap pada November 23, 2012,” tambah PPS.”Dia masih dipenjarakan tanpa perbincangan mahkamah secara rasmi, dan keluarga tidak boleh melawat beliau, atau bercakap dengannya walaupun untuk seminit.”

sumber : IMEMC News
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Jika Netanyahu Tak Faham Bahasa Politik, Kami Tahu Cara Memaksanya

Isnin, 25-08-2014 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menyatakan, jika PM Zionis Benyamin Netanyahu tak faham mesej dan tuntutan Gaza melalui bahasa politik di Kaherah, kami tahu cara memahamkannya.

Hal itu dinyatakan Fauzi Barhum, Selasa (19/8), ketika perundingan masih berlangsung di Kaherah, yang boleh jadi merupakan fasa terakhir untuk menyelamatkan perundingan yang menemui jalan buntu sejak 15 hari lalu yang disebabkan kesombongan Zionis menolak tuntutan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

PBB: Jumlah Pemusnahan yang ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’ di Gaza

Isnin, 25-08-2014 – Wakil Bangsa-Bangsa Bersatu di Timur Tengah, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB pada hari Isnin bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami jumlah kemusnahan yang belum pernah berlaku sebelum ini akibat pengeboman selama sebulan oleh Israel dan penaklukan kawasan pantai.

Serry melaporkan bahawa bilangan rumah dan bangunan apartmen yang musnah atau rosak teruk dalam serangan Israel adalah sebanyak 16,800
buah. Sebaliknya, ada rumah penduduk Israel telah rosak teruk oleh roket Palestin semasa pencerobohan Israel selama sebulan di Gaza.

Serry menyatakan dalam laporannya bahawa bilangan rumah yang musnah adalah tiga kali lebih besar daripada ‘Operasi Cast Lead’ dalam
2008/9. Operasi pada masa itu, menyaksikan kerosakan yang paling teruk yang dialami oleh penduduk di Semenanjung Gaza sejak penubuhan negara Israel di atas tanah Palestin pada tahun 1948, apabila lebih 450 buah kampung dan bandar-bandar Palestin telah musnah dan penduduk mereka telah menjadi pelarian – banyak daripada mereka berakhir di Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Feiglin Mengetuai Pendatang di al-Aqsa Raid, Pertempuran Berterusan di Tebing Barat

Isnin, 25-08-2014 – Media tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang Israel, kali ini diketuai oleh Likud ahli parti dan timbalan speaker Knesset Moshe Feiglin, memecah masuk ke pekarangan al-Aqsa pada pagi Ahad.

Menurut Al Ray, saksi berkata, ketegangan berlaku di kalangan jemaah Palestin, manakala pendatang Yahudi melawat pekarangan al-Aqsa dan mengambil gambar.Palestin melaungkan “Allahu Akbar (Allah Maha Besar)” dalam kemarahan mereka terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi itu.

Tentera Israel sekali lagi berjaya menghalang orang yang hendak beribadah di bawah umur 50 tahun daripada memasuki masjid, dalam melanggar kebebasan rakyat Palestin yang kini menjadi rutin, dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

10 orang ditahan tanpa bicara oleh Israel

Isnin, 25-08-2014 – Israel telah menahan 10 orang warga Palestin tanpa bicara. Ia merupakan prosedur yang membenarkan pihak tentera untuk menahan mana-mana individu tanpa bicara, yang mana keadaannya lebih teruk daripada tahanan lain.

Menurut Rangkaian Berita Palestin (PNN), According to the PNN, terdapat kenyataan bahawa jumlah tahanan tanpa bicara meningkat kepada 288 sejak pertengahan Jun. 10 orang tahanan tersebut ialah:

1. Zia Faroun, 6 bulan
2. Hashim Humaydan, 6 bulan
3. Mohammed Hassaniyeh, 6 bulan
4. Mohammed Harizat, 6 bulan.
5. Yasser Abu Dahuk, 4 bulan.
6. Musab al-Nasser, 6 bulan.
7. Adham Ajlouni, 6 bulan.
8. Harbi Ajlouni, 6 bulan.
9. Saadi Alotrash, 6 bulan.
10. Sajid al-Lukta, 4 bulan.

Lebih 800,000 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak telah diculik dan dipenjarakan oleh Israel sejak pendudukan haram pada tahun 1967, manakala lebih 5,000 rakyat Palestin sedang ditahan oleh Israel, berdasarkan maklumat pada bulan Mei tahun ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

9 orang rakyat Palestin diculik dari Tebing Barat dan Jerusalem

Isnin, 25-08-2014 – Tentera Israel menculik sembilan orang rakyat Palestin dari ebberapa tempat di bahgian Tebing Barat pada hari Isnin, menurut laporan daripada sumber pihak keselamatan.

Di Daerah Jenin, Tentera Israel menyerang kem pelarian dan menculik empat orang Palestin setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka. Mereka memecah masuk bebrapa buah rumah di dalam kem tersebut dan memberikan notis untuk menghadiri sesi penyiasatan, lapor WAFA. Turut diserang ialah Wadi Burqin dan Ya‘bad, terletak hanya di barat bandar tersebut, di mana mereka mengambil seorang rakyat Palestin yang berusia 24 tahun dan menyoal seorang tahanan yang sudah dibebaskan dalam pencerobohan serupa di kediaman keluarga mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Satu pertiga penduduk Gaza terkesan dengan serangan menggila rejim Zionis

Selasa, 19-08-2014 – “Lebih 485,000 orang telah dipindahkan (hampir satu pertiga daripada penduduk Gaza) -1700000 orang (seluruh penduduk Semenanjung Gaza) telah terjejas oleh kemusnahan elektrik, air dan infrastruktur sisa kumbahan,” Pertubuhan Pembebasan Palestin ‘Laporan Gaza ‘Under Fire’ menyatakan pada Isnin.

(PNN / WAFA) “Satu gencatan senjata sementara 72 jam telah dicapai. Minit sebelum gencatan senjata itu bermula pada hari Isnin tengah malam, tentera Israel menyasarkan Khan Younes membunuh sekurang-kurangnya 2 rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain. Walaupun pasukan tentera Israel mengundur dari Gaza, Israel terus mengekalkan tekanan di Gaza dengan mengawal sempadan maritim, ruang laut dan juga sambungan Gaza dengan seluruh Palestin, “laporan itu menyatakan lagi.

“Israel terus sengaja menyasarkan orang awam. Sejak 8hb Julai Angkatan Israel telah membunuh lebih 1940 orang (termasuk sekurang-kurangnya 467 kanak-kanak, 243 wanita dan 87 warga tua) dan mencederakan lebih 9890 orang (termasuk sekurang-kurangnya 3009 kanak-kanak, 1912 wanita dan 359 warga tua). Sekurang-kurangnya 16,735 bangunan tidak boleh didiami dan 41,420 bangunan lain telah rosak. Sekurang-kurangnya 277 buah sekolah telah rosak akibat serangan Israel; termasuk: 141 sekolah kerajaan dan 136 sekolah UNRWA .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Lima termasuk seorang wartawan Itali terbunuh di Gaza

Selasa, 19-08-2014 – Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan enam lagi cedera parah apabila sebiji peluru berpandu Israel yang tidak meletup akhirnya meletup di Lahiya, Utara Gaza, menurut saksi dan jurucakap daripada Kementerian Kesihatan. Pihak Israel telah melanggar gencatan senjata 72 jam buat kali kedua dengan menembak perahu nelayan Palestin berdekatan Rafah.

Lima Mangsa yang telah dikenalpasti adalah :
1. Camille Simon, wartawan Itali, 37.
2. Bilal Mohammad Sultan, 27. (Leftenan)
3. Taiseer Ali al-Houm, 40. (Kor Kejuruteraan)
4. Hazem Abu Morad, 38. (Timbalan Ketua Kor Kejuruteraan)
5. Ali Shihda Abu Afsh (Wartawan).

Abu ‘Afesh ialah seorang wartawan Palestin yang bekerja dengan Pusat Kebebasan Media Doha, dan juga seorang penterjemah. Jurukamera, Hatem Mousa, yang bekerja dengan Associated Press dan Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Palestinian News & Info Agency (WAFA)), turut tercedera, menurut WAFA. Mayat dan mereka yang tercedera telah di hantar ke Hospital Kamal Adwan, lapor Agensi Berita Ma’an.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Pengalaman Tentera Golani: Kami Lihat Neraka Di Syujaeya

Selasa, 19-08-2014 – Wartawan akhbar Maarev menemubual tentera Zionis dari brigade Golani, pasukan elit Israel untuk mendengar secara terus daripada mereka yang terlibat ketika pertempuran pertama di Syujaeyah, bahagian timur kota Gaza.

Daripada temubual itu, tentera tersebut mula menjelaskan apa yang mereka alami selama berada di Syujaeya. Mereka mengatakan bahawa semua yang dilihat di Syujaeyah adalah neraka jahanam.

Para pejuang Gaza telah menunggu kami di Syujaeyah. Mereka menembak kami. Pertempuran berlaku dalam waktu yang cukup lama. Dalam pertempuran itu, kami kehilangan 16 anggota pasukan termasuk seorang komandan tempur.

Pada malam pertama operasi, mereka menyerbu sebelah timur Syujaeyah, khususnya wilayah yang sudah ditentukan sebelumnya. Namun mereka mendapat tentangan dari para pejuang Gaza yang menembak mereka bukan sahaja dengan senjata ringan tetap terdapat juga senjata berat dan senjata otomatik serta roket RGB.

Beberapa tentera Zionis mengatakan, mereka memerangi pasukan pejuang Gaza yang tidak kelihatan. Para prajurit Gaza datang dan pergi dari tempat tidak ketahui. Mereka masuk satu terowong dan keluar dari terowong yang lain.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Presiden Amerika Hentikan Penghantaran Peluru berpandu ‘Api Neraka’ kepada Israel

Selasa, 19-08-2014 – Selepas para pegawai dalam pentadbiran Obama mengatakan mereka secara buta tuli menghantar peluru dari Pentagon untuk Israel, pentadbiran Obama memutuskan untuk hentikan sementara pemindahan beberapa peluru berpandu dinamakan ‘api neraka’ ke Israel.

Langkah itu muncul untuk menjadi ‘kebaikan dibalas kebaikan’ tindak balas kepada pembelian peluru Israel terus dari Pentagon, menurut penganalisis biasa dengan hubungan AS-Israel.

Presiden Obama baru-baru ini telah memberikan satu ucapan memastikan sokongan penuh pentadbirannya atas serangan Israel di Gaza, dan meluluskan pakej tambahan $ 225 juta diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk Iron Dome sistem pertahanan peluru berpandu Israel – satu sistem telah dipersoalkan oleh pakar-pakar tentera, beberapa minggu kebelakangan ini.

Tetapi, keputusan pada hari Khamis untuk melambatkan penghantaran peluru berpandu Hellfire menunjukkan bahawa pentadbiran Obama buat kali pertama tidak teragak-agak menarik sokongan membuta tuli untuk Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ameen