Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Negara Austria gesa sekatan ke atas Gaza dihentikan

Isnin , 11/04/2011 – Menteri Luar Negara Austria, Michael Spindelegger menggesa agar sekatan ke atas Gaza yang telah berlangsung selama 4 tahun dihentikan segera bagi menamatkan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Gaza.

Spindelegger yang tiba di Gaza melalui Mesir pada Rabu lalu berucap dalam satu sidang media yang dibuat di Ibupejabat UNRWA bahawa sekatan tersebut sepatutnya ditamatkan sekarang kerana penduduk Gaza telah cukup sengsara.

Selepas menghadiri beberapa mesyuarat di Gaza, beliau berpendapat bahawa Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya mengambil inisiatif khusus untuk menamatkan sekatan tersebut. Katanya lagi, Negara-negara EU perlu mencapai kata sepakat berhubung penderitaan terus-terusan yang dialami oleh penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Nablus : Zionis lancar operasi ketenteraan baru ke atas Awarta.

Isnin , 11/04/2011 – Rejim Zionis menceroboh masuk Kampung Awarta, di tenggara Nablus pada petang Rabu lalu termasuk menghalang jalan-jalan. Menurut laporan saksi kepada Pusat Informasi Palestin, sejumlah besar kenderaan ketenteraan yang dinaiki oleh para tentera yang bersenjata menceroboh masuk ke kampung tersebut secara tiba-tiba pada waktu petang, dan berkumpul di beberapa kawasan di dalamnya, semetara pegawai tentera dan infantri meronda sekitar jalan raya kampung itu.

Sumber tempatan memberitahu bahawa penceroboh Zionis ini telah menculik puluhan penduduk termasuk wanita, yang dibawa menaiki kenderaan ketenteraan ke Ken Huwarrah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Saspek pembunuhan Juliano Mer-Khamis dikaitkan dengan Fatah

Isnin , 11/04/2011 – Dr. Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas, yakin bahawa saspek pembunuhan Juliano Mer-Khamis mempunyai kaitan dengan Fatah dan tidak mempunyai kaitan dengan Hamas seperti yang dikatakan oleh alat keselamatan Tebing Barat di bawah kawalan Fatah.

Pihak keselamatan yang setia kepada presiden de facto Palestin dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas menahan Mujahid Qaneiri dengan tuduhan membunuh Mer-Khamis, seorang pengarah, pelakon dan pengurus teater al-Hurriyah (Kebebasan) di Jenin beberapa hari lepas.

Sumber memberitahu Pusat Info Palestin bahawa Qaneiri dikanali dengan kaitannya dengan paksi Fatah dan sayap ketenteraannya Bridged Aqsa. Pihak keselamatan Tebing Barat cuba menyebarkan khabar angin bahawa Qaneiri berkaitan dengan Hamas dan cuba untuk menuduh Hamas bertanggungjawab dengan pembunuhan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Mesir undang Mishaal, Shallah untuk melawat Kaherah

Isnin , 11/04/2011 – Mesir sedang merancang untuk mengundang beberapa kumpulan di Palestin dan personality-personaliti bebas untuk melawat Kaherah dalam beberapa hari lagi untuk membincangkan usaha perdamaian, sumber diplomatik Mesir melaporkan.

Mereka berkata undangan itu bermula dengan Munib Al-Masri dan delegasi jawatankuasa rundingan damai yang dipengerusikannya. Seterusnya kepada ketua Jihad Islam Ramadan Shallah dan akan diakhiri dengan mengundang ketua utama Hamas, Khaled Mishaal bagi menyemarakkan usaha rundingan damai.

Sumber tersebut mengatakan, usaha Mesir ini bertujuan untuk mengakhiri konflik Palestin serta ingin membincangkan cara-cara berdepan dengan ancaman Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Austria Tuntut Tamatkan Sekatan Gaza

Isnin , 11/04/2011 – Menteri Luar Austria, Mikhail Sibandlijer, menyeru ditamatkan sekatan terhadap Gaza untuk mengakhiri penderitaan rakyat Palestin yang berlangsung sejak lebih dari 4 tahun lalu.

Dalam sidang akhbar, Rabu (6/5) di pejabat UNRWA Gaza, Sibandlijer menyatakan bahawa sekatan Gaza harus segera diakhiri, tidak mungkin membiarkan penderitaan warga Palestin berlanjutan di Gaza.

Beliau menyebutkan bahawa pihak Kesatuan Eropah harus melakukan inisiatif mengakhiri sekatan terhadap Gaza dan meyakinkan pihak Kesatuan Eropah untuk mengambil sikap bersatu mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

Menteri Luar Austria tersebut mengunjungi sekolah Kontena milik UNRWA di kem Nazaret pusat kota Gaza, melihat pusat penyulingan air di kem Deirbalah dan bertemu pegawai-pegawai UNRWA, tokoh masyarakat Gaza dan rakyat tempatan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Dichter-Penjenayah perang diboikot pelajar Amerika

Isnin , 11/04/2011 – Puluhan pelajar di Universiti Barthes, Washington hari ini telah memboikot sesi ceramah yang disampaikan oleh mantan Ketua Perisikan Israel Shabak, Avi Dichter. Dichter telah diboikot dan digelar sebagai penjenayah perang. Para pelajar turut melaungkan bahawa mereka akan bertemu Dichter di mahkamah antarabangsa.

Dichter merupakan arkitek yang meneruskan kezaliman ke atas rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Armada ke Gaza Minta Perlindungan Antarabangsa Selepas Israel Ancam untuk Menyerang

Jumaat , 08/04/2011 – Ketua armada Kebebasan kedua Gaza oleh Kempen Eropah untuk menamatkan pengepungan di Gaza, telah menyeru campur tangan dunia selepas para pegawai Israel mengancam secara awam bahawa tentera akan menyerang konvoi jika ia meneruskan untuk menembus sekatan Israel dikuatkuasakan terhadap Jalur Gaza.

Permintaan ini muncul selepas dokumen rahsia Israel mendedahkan bahawa serangan terhadap armada pertama sebenarnya dirancang.

Angkatan laut Israel menyerang operasi armada kebebasan pertama ke Gaza akhir Mei lalu, membunuh sembilan aktivis dan menyebabkan ramai kecederaan.

“Apa yang diterbitkan dalam surat khabar Israel pada hari Isnin bahawa tentera bersedia untuk menyerang Armada Kebebasan 2 dan menguasai semua kapal dengan menggunakan kapal peluru berpandu dan pengakuan sebelumnya bahawa Israel merancang untuk menggunakan pencerobohan boleh menyebabkan akibat yang serius , “kata Mazen Kaheel ahli Eropah dalam kempen tersebut kepada akhbar.

Dalam perkembangan berasingan, wartawan Israel telah membocorkan dokumen “rahsia” mengandungi maklumat bahawa serangan terhadap armada pertama dirancang dan bahawa rampasan kapal-kapal adalah sebahagian daripada senario rasmi yang digunakan untuk melakukan operasi.

Menurut dokumen yang diterbitkan Isnin, Jeneral Yoav Galant, komander selatan Israel memberi amaran setahun sebelum serangan bahawa kapal-kapal akan disita dan bahawa operasi boleh mempunyai menyebabkan “akibat yang serius”.

Galant memberi amaran bahawa nyawa tentera akan terancam sekiranya operasi menurunkan mereka ke kapal sehingga mereka tidak punya pilihan tetapi melepaskan tembakan dan membunuh aktivis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Sabotaj Bekalan Air Kampung Palestin

Jumaat , 08/04/2011 – Pendatang haram Yahudi menyerang kampung Madma pada selasa dan mencemarkan dan merosakkanbekalan air di kampung itu, kata sumber tempatan. Mereka berkata bahawa pendatang daripada Yitzar menyerang satu-satunya bekalan air dan menghalang penduduk kampung dari menggunakannya. Kampund di selatan dan Utara Nablus menjadi sasaran serangan harian daripada pendatang haram Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel bersedia untuk menyerang Flotilla Kebebasan Kedua

Jumaat , 08/04/2011 – Akhbar Nazareth berkata bahawa kementerian luar Israel telah mula melakukan persediaan dari pelbagai aspek untuk berhadapan konvoi bantuan kedua Flotilla Kebebasan (Freedom Flotilla) yang sedang menuju ke Gaza yang dikepung pada pertengahan Mei.

Akhbar itu melaporkan pada Isnin bahawa kementerian luar melaksanakan mesyuarat dengan tentera dan pegawai keselamatan dalam usaha untuk mengkaji bagaimana untuk memintas dan mengawal konvoi itu secara ketenteran.

Tambahan pula, tentera Laut Israel sedang menambah kelengkapan dan latihan untuk melakukan penawanan ala-komando ke atas kapal konvoi itu dan penumpangnya.

Haaretz juga menyatakan bahawa kerajaan Israel menghubungi pemimpin negara yang menghantar rakyat mereka dalam konvoi itu untuk meyakinkan mereka supaya tidak membenarkan pelayaran kapal itu daripada pelabuhan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

UFree seru Mesir tutup fail tahanan Palestin selama-lamanya.

Jumaat , 08/04/2011 – Badan UFree (European Network to Support Rights of Palestinian Prisoners) yang bertapak di Oslo (Norway), menyokong pembebasan 13 tahanan Palestin dari penjara Mesir. Badan itu memuji tindakan Majlis Tertinggi Ketenteraan dan Kerajaan Mesir tersebut sambil menyatakan bahawa, “tindakan ini akan menghapuskan penderitaan yang dialami para tahanan dan keluarga mereka”, pada masa yang sama menggalakkan lagi pembebasan para tahanan yang lain dan menutup fail serta-merta.

Muhammad Hamdan, Pengerusi UFree, berkata dalam kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin sebagai, “kami ingin menyatakan tahniah atas tindakan positif ini, yang bakal menguatkan lagi hubungan antara rakyat Palestin dan Mesir menuju ke arah kestabilan dan keamanan.”

Hamdan menerangkan bahawa UFree, telah mengutarakan kes tahanan Palestin ini dengan Kerajaan Mesir dengan bantuan beberapa anggota Parlimen Eropah, yang menyokong pembebasan mereka. Dalam lawatan terbaru delegasi Eropah ke Mesir ini, perbincangan berkisar tentang tahanan Palestin telah dilakukan dengan Majlis Tertinggi Kerajaan Mesir, sebagai hasilnya, pembebasan siri kedua ini yang melibatkan 13 orang tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

OIC akan terus menyokong laporan Goldstone

Jumaat , 08/04/2011 – Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah mengatakan akan terus menyokong laporan Goldstone yang mengecam Israel kerana melakukan jenayah perang semasa perang terakhir di Gaza selepas Goldstone, yang memimpin pemeriksaan terkemuka laporan PBB, telah menarik balik tuduhan terhadap Israel.

OIC berkata bahawa laporan itu penuh dengan “fakta di lapangan” dan bahawa laporan Goldstone baru-baru ini tidak boleh menukar fakta bahawa para pemimpin Israel bersalah melakukan jenayah perang terhadap warga awam Gaza, seperti yang dinyatakan dalam laporan.

“[OIC] akan terus mematuhi kandungan laporan yang telah diterima pakai oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva,” kata OIC di website rasmi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rizqa: Goldstone tidak berhak menarik balik laporan perang PBB di Gaza

Khamis , 07/04/2011 – Penasihat politik perdana menteri Palestin, Yousuf Rizqa mengatakan bahawa Richard Goldstone tidak mempunyai hak untuk menarik balik laporan PBB tentang perang Gaza kerana ia adalah milik organisasi antarabangsa yang disahkan dan telah diterima pakai.

Dalam satu kenyataan akhbar, Rizqa menekankan Goldstone adalah salah seorang ahli jawatankuasa pencarian fakta PBB dan tidak mempunyai hak undang-undang atau peribadi untuk membatalkan laporan itu, manakala artikel yang ditulisnya hanya mencerminkan pendapat peribadinya sahaja.

“Pendirian terbaru Goldstone itu terhasil dari tekanan yang dilakukan oleh lobi Zionis di Afrika Selatan, Amerika dan entiti Zionis yang lain, bahkan dia juga menghadapi kritikan berat dan menjadi orang buangan di antara komuniti Yahudi berikut laporannya dan permusuhan terhadap dirinya telah meningkat selepas dia menyerahkan laporan mengutuk kekejaman Yahudi itu, “menurut kenyataan rasmi Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hayya: Jemputan Hamas kepada Abbas masih terbuka

Khamis , 07/04/2011 – Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, jemputan daripada Hamas kepada Abbas untuk melawat Gaza masih terbuka. Walau bagaimanapun beliau menegaskan lawatan itu sewajarnya bertujuan untuk persefahaman bukan semata-mata lawatan biasa.

Beliau mengeluarkan kenyataan pada sidang akhbar berikutan mesyuarat dianjurkan oleh Hamas yang mengumpulkan pelbagai kumpulan rakyat Palestin termasuk parti saingannya Fatah serta pakar hak asasi dan professor-profesor universiti untuk memaklumkan tentang perancangan perjanjian damai Palestin dan hasil daripada lawatan Hamas ke Mesir.

Beliau menekankan Hamas serius untuk berdamai dengan semua kumpulan di Palestin seterusnya ingin mengakhiri perpecahan serta yakin bahawa dialog-dialog yang diadakan berupaya mencapai kesepakatan dalam meleraikan isu-isu konflik di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas kutuk layanan rejim Zionis terhadap tahanan penjara

Khamis , 07/04/2011 – Ahli Parlimen Hamas bagi wilayah Qaiqilia, Emad Noufal mengutuk perkhidmatan yang disediakan oleh penjara rejim Zionis yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap salah seorang tahanan berketurunan Palestin, Othman Younis yang berasal dari wilayah Qaiqilia.

Beliau berkata dalam satu kenyataan yang dibuat pada Isnin lalu bahawa apa yang dilakukan terhadap Younis merupakan kekejaman terbaru dalam siri layanan yang amat kejam yang dikenakan terhadap tahanan-tahanan penjara berketurunan Palestin di penjara-penjara rejim Zionis.

Menurut Emad yang juga merupakan seorang penggubal undang-undang, siksaan yang dikenakan terhadap Younis seperti yang dimaklumkannya kepada peguammya, melangkaui semua batas kebiasaan, peraturan dan etika. Younis memberitahu peguam daripada Pertubuhan Tahanan Penjara Palestin bahawa 6 orang pegawai penjara telah memecah masuk ke dalam bilik kurungannya serta mengikat dan membelasahnya selepas membogelkannya. Dia tidak dapat bergerak daripada katilnya untuk beberapa hari walaupun untuk ke tandas kerana kesakitan teruk yang dialami.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Majlis Hak-hak Kemanusiaan PBB enggan tarik balik Laporan Goldstone

Khamis , 07/04/2011 – Majlis Hak-hak Kemanusiaan PBB (UNHRC) berkata bahawa pihaknya tidak akan menarik balik Laporan Goldstone berhubung Perang Israel ke atas Gaza yang berlaku antara Disember 2008 sehingga awal tahun 2009. Seorang jurucakap UNHRC berkata dalam satu kenyataan media yang dibuat pada Isnin lalu, laporan PBB tidak boleh dibatalkan hanya kerana satu artikel yang disiarkan media.

Kenyataan itu dibuat berikutan satu artikel yang disiarkan oleh Washington Post yang ditulis oleh Richard Goldstone yang mengetuai jawatankuasa siasatan perang terbabit dan telah menyediakan satu laporan berkaitan. Dalam artikel terbaru itu, Goldstone mendakwa bahawa laporannya pasti berbeza sekiranya dia dibenarkan mengakses maklumat yang baru diketahuinya sekarang. Terdahulu, pegawai-pegawai Palestin mengutuk Goldstone dan menuduhnya tunduk di bawah tekanan rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa