Categories
Berita Semasa

Tentera Abbas Siasat Penyerang Warga Israel

Selasa, 26/04/2011 – Pihak Autoriti Fatah di Tebing Barat mengumumkan siasatan peristiwa serangan terhadap warga Israel yang memasuki kawasan perkuburan Yusuf di kota Nablus Tebing Barat.

Gabernor Nablus, Jibrin Bakri menyatakan, bahawa pihak Fatah berusaha melakukan siasatan berkaitan serangan terhadap warga Israel yang menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan tiga lainnya. Pihak perisikan Abbas berjanji akan mengumumkan hasil siasatan dengan segera apabila selesai dilaksanakan.

Seorang warga Israel terbunuh pada Ahad pagi (24/4) dan tiga orang lainnya tercedera, dalam serangan bersenjata di kawasan perkuburan Yusuf di kota Nablus Utara, keadaan mangsa adalah agak parah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kesihatan tahanan semakin merosot selepas didera di penjara

Selasa, 26/04/2011 – Kesihatan Hussam Bashir Dawud, 27 semakin teruk sejak beliau ditahan di penjara tentera Juneid Pihak Berkuasa Palestin di Nablus. Sumber-sumber memberitahu bahawa Dawud menderita sakit jantung dan sakit belakang yang serius setelah didera di penjara. Beliau juga menderita penyakit darah tinggi.

Penjara tersebut enggan menyerahkan laporan perubatan kepada Dawud dan keluarganya kerana ia akan mendedahkan keadaan perubatan yang semakin teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel menembak maut petani

Selasa, 26/04/2011 – Tentera Zionis-Israel telah menyerang para petani yang berada di Khan Yunis. Pihak tentera telah berkubu di kawasan itu sejak awal lagi. Zionis menggunakan senjata berat menyerang para petani Palestin sehingga ada cedera. Ini juga menyebabkan keluarga para petani terpaksa meninggalkan ladang dan rumah mereka.

Zionis-Israel masih lagi terus melakukan serangan ke atas rakyat Palestin sehingga kini.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Abbas Menggagalkan Usaha Penggabungan

Selasa, 26/04/2011 – Osama Hamdan, pegawai bahagian hubungan antarabangsa HAMAS berkata bahawa Hamas sangat mengalu-alukan cadangan mengembalikan perpaduan di Palestin, dan cadangan itu dipersetujui oleh pelbagai negara.

Beliau berkat adalam satu kenyataan media pada Ahad bahawa tiada sesiapa yang boleh menyalahkan Hamas setelah Perdana Menteri Ismail Haneyya menjemput Presiden Palestin Mamoud Abbas untuk melawat Gaza dan bertemu empat mata untuk melakukan perbincangan yang komprehensif.

Hamdan menuduh Abbas menggagalkan usaha penyatuan, sambil menambah Abbas memintas jemputan Haneyya dan melancarkan inisiatif darinya menyebut bahawa dia bersedia untuk melawat Gaza dan membentuk kerajaan yang terdiri daripada teknokrat dan akan menentukan tarikh pilihanraya umum.

Abbas dengan terangnya mengumumkan bahawa dia menolak dialog, lantas menunjukkan siapakah sebenarnya yang menolak dialog dan meranapkan usaha untuk menyatukan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan 4 peguam atas dakwaan salurkan informasi kepada anggota Jihad Islami di penjara

Isnin, 25/04/2011 – Pihak rejim Zionis (IOA) mengumumkan bahawa pihaknya telah menahan 4 orang peguam Palestin yang berasal dari ‘tanah yang dirampas pada 1948’ atas dakwaan menyalurkan maklumat antara tahanan-tahanan penjara di penjara rejim Zionis dengan para pemimpin Pergerakan Jihad Islami yang berpengkalan di Gaza.

Akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan pada Rabu lepas bahawa pertuduhan itu telah difailkan di Mahkamah Pusat di Baitulmaqdis. Ia melibatkan pertuduhan terhadap peguam bernama Suhair Ayoub atas dakwaan menyalurkan maklumat antara tahanan penjara Jihad Islami dengan pemimpin mereka yang berada di Gaza.

Menurut akhbar itu lagi, Ayoub sedang ditahan sehinggalah semua dakwaan rasmi terhadapnya berakhir manakala 3 peguam lagi telah dibebaskan dengan syarat. Ayoub didakwa menyebarkan maklumat berhubung beberapa perjumpaan antara anggota Jihad Islami yang ditahan di dalam penjara serta hukuman yang diterima dan aktiviti masing-masing di dalam penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Maqdesi Menyelar Keputusan Israel Untuk Memperkenal Subjek Kemerdekaan Ke Sekolah

Isnin, 25/04/2011 – Yayasan al-Maqdesi untuk Pembangunan Masyarakat menentang dengan keras keputusan kementerian pendidikan Israel untuk memperkenal deklarasi kemerdekaan Israel kepada sekolah Palestin yang berada di bawah jajahan Israel termasuk Baitul Maqdis menjelang tahun baru akademik ini.

Yayasan itu berkata bahawa kementerian pendidikan Israel mengarahkan pada Ahad melalui sebuah buku kepada semua sekolah swasta dan awam untuk meletakkan deklarasi kemerdekaan Israel di tempat yang boleh dibaca oleh semua pelajar dan guru.

Keputusan ini diambil untuk menyambut festival kemerdekaan Israel yang semakin hampir. Selain itu keputusan ini juga dikatakan satu usaha komprehensif Israel untuk mengyahudikan pemikiran dan kesedaran pelajar Palestin.

Sebulan lepas, kementerian Israel mengarahkan semua sekolah Palestin untuk memberli buku yang dicetak oleh pentadbiran daerah. Mereka juga menukar kurikulum untuk tahun 2011-2012. Keputusan ini bertujuan untuk menukar dan mengawal cara subjek diajar dan menjadikan subjek itu mengikut cara Zionis dan Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

IOA Menutup Masjid Ibrahimi Selama Dua Hari

Isnin, 25/04/2011 – Pihak Rejim Israel mengarahkan penutupa masjid Ibrahimi di al-Khalil pada rabu dan khamis untuk membenarkan penduduk Yahudi menyambut ‘Passover’ di dalam masjid itu

Keputusan itu bermakna pihak IOA menutup masjid itu untuk umat Islam dan membuka sepenuhnya masjid itu untuk penduduk Yahudi.

Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Agama menyelar keputusan itu, sambil menambah bahawa perbuatan itu akan mencemarkan kesucian masjid itu. Sebelum ini, masjid di Palestin telah banyak dicemari dengan pengharaman azan, dan memeriksa ahli jemaah ketika mereka sedang ingin menunaikan solat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel sedia untuk membuka terowong di bawah kawasan Masjid Aqsa

Isnin, 25/04/2011 – Pihak berkuasa Israel sedang membuat persediaan awal untuk membuka terowong bawah tanah berdekatan Masjid Aqsa di timur Baitulmuqaddis, akhbar Israel Haaretz melaporkan pada Rabu.

Terowong tersebut merangkumi bawah tembok di kawasan suci kota lama Baitulmuqaddis.

Beberapa terowong telah digali dalam tempoh 40 tahun lepas, kata Haaretz. Ia dihubungkan oleh satu rangkaian terowong yang mana pintu utamanya terletak di daerah Silwan yang berdekatan dengan kawasan masjid. Dari situ, ia mengunjur ke tembok Al-Buraq, dikenali oleh kaum Yahudi sebagai Tembok Meratap. Kawasan terowong juga meliputi bahagian Muslim di mana terdapatnya penempatan dan kuil Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abbas: Saya tidak akan mengizinkan intifada baru

Isnin, 25/04/2011 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata bahawa ia tidak akan membiarkan wabak baru intifada (pemberontakan) terhadap pendudukan haram Israel.

Abbas, bercakap kepada wartawan Tunisia pada hari Rabu selama kunjungan ke Tunisia saat ini, mengatakan bahawa selama dia menjadi presiden Palestin ia tidak akan membiarkan letusan dari intifada yang baru.

“Saya tidak akan membenarkan anggota keselamatan atau tentera tempur di Tebing Barat atau wilayah Palestin yang lain,” katanya, menambah bahawa dia ingin memelihara kehidupan rakyat Palestin. “Mereka yang berbicara tentang perlawanan atau intifada bersenjata, biarlah mereka melakukannya jauh dari rakyat Palestin,” tambahnya lagi.

Abbas juga mengatakan bahawa PA tertarik untuk meneruskan perundingan serius dengan Israel terhadap “isu-isu utama”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Tutup Masjid Ibrahimi Selama 2 Hari

Isnin, 25/04/2011 – Pihak autoriti penjajah Zionis Israel mulai hari ini, Rabu (20/4), menutup masjid Ibrahimi di Kota Lama, Hebron, wilayah selatan Tebing Barat kepada jamaah kaum muslimin selama dua hari. Sebaliknya ianya dibuka kepada penduduk pendatang Zionis Israel dengan alasan perayaan hari raya Pashkah Yahudi.

Sumber berita dari kota Hebron mengatakan, pasukan Israel dalam jumlah besar ditempatkan di jalan-jalan dan kawasan-kawasan tertentu di Kota Lama dan di sekitar masjid Ibrahimi. Mereka mendirikan pos-pos militan untuk memberikan perlindungan kepada ribuan penduduk pendatang Yahudi.

Para penduduk pendatang Yahudi tersebut datang dari seluruh penempatan Zionis untuk mengadakan majlis ritual Yahudi di masjid Ibrahimi. Para tentera Zionis Israel dilihat menahan warga Palestin dan memeriksa mereka dengan teliti.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel Wajibkan Sekolah Palestin Terangkan Piagam Kemerdekaan Zionis

Isnin, 25/04/2011 – Yayasan al Maqdisi mengecam keras keputusan kementerian pendidikan Israel yang mengharuskan sekolah-sekolah di bandar al Quds untuk menerangkan Piagam Kemerdekaan Zionis mulai tahun depan. Keputusan itu meliputi semua sekolah yang termasuk dalam kawasan jajahan Zionis-Israel. Zionis menganggap masyarakat Arab yang berada dalam jajahan mereka merupakan sebahagian rakyat negara haram Israel. Keputusan itu turut memberi impak kepada kokurikulum pendidikan Palestin, apabila ianya digantikan dengan kokurikulum Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menamakan ketua Mossad sebagai perunding dalam menangani kes Shalit

Isnin, 25/04/2011 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah melantik pegawai senior Mossad, David Meidan untuk mengadakan rundingan kesepakatan pertukaran tahanan dengan penculik dari Gilad Shalit melalui seorang perantara.

Netanyahu meminta Meidan untuk mengisi pos selepas bekas perunding Hagai Haddas mengundurkan diri. Ini kerana Meidan mempunyai pengalaman sebagai seorang pegawai di badan perisikan luar negeri Israel dalam beberapa kegiatan yang berkaitan dengan kes Shalit.

Ayah Noam Shalit mengatakan bahawa selama pertemuan dengan Netanyahu yang terkini mengakui bahawa usaha-usaha untuk membebaskan Gilad setakat ini gagal. Dia menyatakan bahawa kemarahan kedua-dua kerajaan selama lima tahun telah gagal untuk membebaskan anaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis Gaza: Seorang Pembunuh Arrigoni adalah Warga Jordan

Khamis, 21/04/2011 – Polis Gaza telah mendedahkan bahawa salah satu suspek dalam pembunuhan aktivis Itali Vittorio Arrigoni adalah warga Jordan. Polis telah mengeluarkan gambar dia dan dua rakannya kepada awam, bahawa mereka adalah “yang paling dikehendaki” untuk penculikan dan pembunuhan Arrigoni.

Mayat Arrigoni itu ditemui Jumaat pagi di sebuah rumah kosong di Gaza hanya beberapa jam selepas dia diculik oleh kumpulan yang mengaku sebagai Salafi Jihadis. Sebuah klip video telah dimuat dalam Youtube di mana Arrigoni diikat dan mata ditutup oleh penjenayah tersebut, yang menuntut kerajaan di Gaza melepaskan beberapa orang dari kumpulan mereka dari penjara.

Polis Gaza mengatakan dalam sebuah kenayataan, Abdurrahman Mohammed al-Bureizat alias Mohammed Hassan dari Jordan, Bilal al-Umari, dan Mahmoud Mohammed al-Salfiti dikehendaki di Gaza atas kesalahan penculikan dan pembunuhan.

Ganjaran disediakan untuk semua pegawai dan warga yang membantu penangkapan para pembunuh Arrogoni, kata juru bicara polis Gaza, Ayman al-Batniji.

Arrigoni, yang tinggal di Gaza selama tiga tahun membantu Palestin melalui kewartawanan dan aktiviti sosial, meninggalkan kesan yang mendalam dan seluruh Gaza sedang berduka dan kerajaan akan mengadakan pengebumian taraf tentera untuk menghormatinya.

Ratusan polis, pegawai, dan warga Gaza berdemonstrasi sambil melaungkan “mati keganasan” dan bendera Palestin dan Itali dikibarkan selama pengebumian diadakan Isnin dalam kemarahan dan kesedihan. Mayatnya akan diserahkan kepada keluarganya di sempadan Rafah.

Pengebumian tentera akan diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza.

“Kami melaksanakan tugas kami dan tugas terhadap kejadian pun. Inilah yang kami termampu sebagai ungkapan hormat kami untuk aktivis tersebut, “kata Kolonel Kamal Abu Nada di kenyataan eksklusif untuk PIC.

Dia menegaskan bahawa bukti baru yang dikumpulkan itu dalam kes ini akan diumumkan pada waktu yang tepat.

Sementara itu, kumpulan “kesepakatan nasional” Palestin telah meminta kumpulan pro-Palestin di luar negeri untuk meningkatkan usaha menyelesaikan pengepungan Gaza. Kumpulan ini sangat mengutuk pembunuhan Arrigoni, memastikan bahawa insiden itu terpencil yang tidak mempunyai kaitan dengan Palestin.

Arrigoni dibuang oleh Israel dari Tebing Barat sekitar tiga tahun yang lalu sebelum aktivis mendarat di Gaza melalui konvoi bantuan kemanusiaan Free Gaza.

Kematiannya tiba dalam masa yang sama ahli politik Israel meningkatkan usaha untuk menggagalkan aktivisme pro-Palestin, termasuk armada bantuan Gaza ke Gaza Mei ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Gaza bersedih ucap selamat tinggal kepada Arigoni

Khamis, 21/04/2011 – Ratusan pegawai polis Palestin, para penduduk, badan-badan rasmi dan kerakyatan, pertubuhan-pertubuhan, dan puluhan persatuan belia, media dan hak asasi manusia serta peserta luar turun bersama mengeringi mendiang pejuang rakyat Plaestin berbangsa Itali, Victorio Arigoni, pada hari Isnin (18 April), yang menyaksikan suasanan sedih dan marah, sepanjang mendiang diiringi dari Hospital As-Syifa’ dekat bandar Gaza menuju ke Rafah sebelum diserahkan kepada keluarga beliau.

Para pengiring mengibarkan bendera Palestin dan Itali dan mengangkat gambar Arigoni sambil melaungkan ketidakpuasan hati terhadap jenayah yang merampas hak beliau, beserta slogan “mati mati pengganas”, “dengan nyawa, dengan darah kami tebusmu wahai Victorio” dan “dari Gaza penghargaan untukmu Victorio”, dengan rasa tidak puas hati serta marah dengan pembunuhan rakyat Itali yang tidak bersenjata ini.

Mereka yang turun berkata bahawa isu ini diibaratkan seperti menanam peluru beracun di tubuh isu Palestin, dan mendiang sukarelawan Arigoni akan terus diingati di dalam hati setiap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza

Khamis, 21/04/2011 – Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.

Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.

Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa