Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis dikerah ke Silwan untuk mencari senjata, namun tiada

Sabtu, 20/08/2011 – Tentera Zionis Israel dan pasukan khas yang disokong helikopter menyerbu bandar Silwan, selatan Baitulmuqaddis yang diduduki Rabu lalu dan dikerah ke pinggir bandar Batn Al-Hawa dan Ein Bir Ayub , menurut sumber tempatan.

Mereka berkata ketegangan yang berlaku di bandar itu kerana mereka takut gelombang perobohan rumah tempatan yang kini sedang memuncak.

Fakhri Abu Diab, ahli jawatankuasa mempertahankan tanah Silwan berkata tentera Israel memanjat bumbung rumah-rumah Palestin di Silwan dan mengerahkan sejumlah besar pasukan keselamatan di pintu masuk ke bandar dan kawasan pinggir bandar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan Israel: Keadaan Tawanan Palestin Menyedihkan dan Tidak Manusiawi

Sabtu, 20/08/2011 – Satu laporan dari Mahkamah Agung Israel yang diterbitkan Selasa (16/8) menyatakan bahawa keadaan tawanan Palestin di penjara Israel sangat daif.

Laporan ini menjelaskan bahawa keadaan penjara Israel amat buruk kerana banyak kes tawanan mengalami sesak nafas, bangunan penjara yang tidak mengikut piawaian, melayan tawanan dengan cara tidak adil, kekurangan peralatan asas, kekurangan layanan perubatan, disamping larangan dikunjungi oleh keluarga dan penguam bela.

Laporan ini dibuat oleh sejumlah peguam melalui kajian terhadap 26 penjara dan tahanan yang berada di bawah tanggungjawab pihak keselamatan Israel dan 13 penjara di bawah tanggungjawab Mahkamah Israel serta 10 tahanan di bawah tanggungjawab polis.

Laporan menegaskan bahawa penjara Sharon yang menahan puluhan tahanan wanita Palestin mengalami banyak kekurangan, keluhan dari tahanan berkaitaan keperluan bantuan perubatan dan sesi soal siasat yang sangat keras.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel luaskan penempatan haram di Nablus

Sabtu, 20/08/2011 – Penduduk haram Zionis-Israel di dapati telah meluaskan penempatan haram mereka di selatan bandar Nablus. Mereka juga didapati menyiapkan rumah-rumah yang separa siap dibina sebelum ini. 90% penduduk Zionis Israel sedang rancak meluaskan kawasan penempatan mereka dan ini disokong oleh kerajaan haram Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin : Pembinaan ribuan petempatan di Al-Quds langgar undang-undang antarabangsa.

Khamis, 18/08/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza menganggap Zionis yang memebina ribuan petempatan di Bandar Al-Quds sebagai melanggar dan bertentagnan sama sekali dengan semua undang-undang antarabangsa.

Menteri Keadilan dalam Kerajaan Palestin memberitahu pada hari Ahad (14 Ogos) bahawa Kerajaan Zionis melalui Menteri Dalamnya, Elie Yeshai, sedang merancangkan peminaam 4300 petempatan haram di atas tanah rakyat Palestin di bawah pemerintahan Zionis, sebagai rentetan polisi untuk mengyahudikan Al-Aqsa dan menyesarkan penduduk asalnya, yang sebernarnya turut melanggar Konvensyen Geneva ke-4 pada tahun 1949 terutamanya pada perkara ke-47.

Mneteri tersebut menambah : “Menurut undang-undang, Bandar Al-Quds yang tanahnya dibawah jajahan Zionis dipanggil sebagai “Israel””. Perkara tersebut menurut perjanjian Konvensyen Hague yang ke-4 tahun 1907 kerana berlakunya perubahan demografi dalam taburan penduduk di tanah terjajah itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tutupan sepenuhnya Tebing Barat, Semenanjung Gaza bulan depan

Khamis, 18/08/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) akan mengenakan penutupan sepenuhnya semua wilayah Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bulan September depan, lapor media Yahudi pada Ahad lalu.

Mereka berkata langkah itu diambil kerana menjangkakan berlaku perarakan perpaduan serentak dengan tawaran Pihak Berkuasa Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara Palestin.

Laporan yang menyatakan semua anggota keselamatan Israel telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, menjangkakan pertempuran dengan pasukan tentera yang ditempatkan di pusat pemeriksaan di Tebing Barat dan di lintasan sempadan dan sekatan berhampiran Gaza dan Baitul Maqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ratusan ribu sertai demo memprotes Zionis-Israel

Khamis, 18/08/2011 – Ratusan ribu sertai demo memprotes tindakan Zionis Israel. Sebanyak 12 tempat yang berlainan mengadakan demo besar-besaran itu. Ini merupakan demo besar di Tel Aviv. Penganjur demo menyatakan amat berpuas hati kerana berjaya memobilisasikan rakyat untuk turun ke jalan raya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri tawaran pampasan, tanpa mohon maaf kepada Turki

Isnin , 15/08/2011 – Rejim Zionis memberi tawaran untuk menggandakan pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan Mavi Marmara yang berlaku pada Mei 2010 sebagai ganti permohonan maaf secara rasmi atas serangan tersebut seperti yang dituntut Turki, kata seorang pegawai politik rejim Zionis kepada akhbar
harian mereka, Ma’ariv pada Khamis lepas.

Dalam cadangan terbaru, mereka merancang untuk menaikkan nilai pampasan daripada US $50 ribu kepada US $100 ribu kepada setiap keluarga mangsa yang berketurunan Turki bagi mengelakkan perlunya mereka memohon maaf secara rasmi.

Pegawai itu berkata, kerajaan Turki masih belum memberi jawapan kepada tawaran itu yang mana rejim Zionis berharap ianya dapat menamatkan krisis diplomatic antara kedua-dua Negara berikutan serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel serang rakyat Palestin ketika iftar.

Isnin , 15/08/2011 – Beberapa orang Israel telah menyerang rakyat Palestin ketika rakyat Palestin sedang berbuka puasa. Zionis Israel melempar batu ke arah rakyat Palestin. Dalam Ramadhan kali ini, sudah 2 kali serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel. Zionis turut menceroboh masuk rumah milik rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Abbas mengucapkan tahniah kepada Haneyya atas kedatangan Ramadan, mengesahkan kesudian untuk rundingan

Isnin , 15/08/2011 – Presiden pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbas menghubungi Perdana Menteri Gaza Ismail Haneyya pada Khamis mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan meyakinkan keperluan untuk meneruskan suasana rundingan serta mesyuarat di Kaherah dan Gaza.

Abbas menekankan dalam perbualan itu tentang pentingnya melaksanakan isu yang dipersetujui di Kaherah, seperti isu tahanan politik, passport dan rundingan sosial.

Beliau menyuarakan bahawa suasana positif terbentuk sejak mesyuarat terbaru di Kaherah serta mesyuarat dengan Ruhi Fattouh di Gaza. Abbas turut menekankan yang beliau tidak akan berpaling dan mengatakan, “Kami mahu bekerjasama dalam hal ini.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan paling lama dipenjarakan kini ditahan lagi

Isnin , 15/08/2011 – Tahanan paling lama dipenjarakan dalam pentadbiran Palestin, Ayed Dudin, 44 sekali lagi telah ditangkap hanya 40 hari selepas dibebaskan.

Sebelum kejadian itu, Dudin telah dipenjarakan dalam tahanan pentadbiran tanpa dakwaan selama empat tahun.
Beliau kini dianggap sebagai kes pertama di bawah kempen “Tahanan Berisiko” yang dilancarkan oleh Assocaiton Aldameer untuk Hak Asasi Manusia pada bulan April lalu. Peguam persatuan itu telah mengikuti kes dan memfailkan petisyen antarabangsa bagi membela tahanan pentadbiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Liga Arab Diminta Tekan Israel Bebaskan Tawanan Menghidapi Tumor

Isnin , 15/08/2011 – Menteri Urusan Tawanan Palestin Dr. Athallah Abu Sabih menyeru pertubuhan hak Asasi Manusia, Liga Arab dan badan-badan bebas di dunia untuk menekan penjajah Zionis Israel agar membebaskan tawanan Palestin Zakaria Isa yang menderita tumor di kepalanya.

Abu Sabih menyatakan bahawa penjajah Zionis Israel bertanggungjawab atas nyawa tawanan terutama tawanan Zakaria Isa. Belia menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel meningkatkan permusuhannya secara keras terhadap para tawanan Palestin dalama bulan Ramadhan. Tindakan-tindakan kekerasan masih dilakukan Israel terhadap mereka.

Beliau menjelaskan bahawa tawanan Zakaria Isa adalah salah seorang tawanan Palestin yang sudah tinggal selama lebih dari 10 tahun di penjara Israel dan selama itu beliau bergelut dengan penyakit yang dihidapinya. Beliau menyatakan Zakaria sering pengsan yang kemudiannya dikenalpasti menderita tumor di kepalanya. Ini menyebabkan beliau sering pengsan selama berjam-jam tanpa diberikan rawatan yang sewajarnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mishaal maklumkan Emir Qatar tentang pembangunan Palestin

Isnin , 15/08/2011 – Satu delegasi pegawai kanan Hamas yang diketuai oleh pemimpinnya, Khaled Mishaal tiba di Doha, ibu Negara Qatar pada Selasa lalu dalam satu lawatan rasmi.

Mishaal memaklumkan Emir Qatar, Sheikh Hamad Al-Thani pada sebelah malamnya tentang pembangunan di Palestin. Ezzet al-Resheq, anggota Biro Politik Hamas berkata dalam laman Twitternya bahawa perbincangan mereka berkisar tentang pembangunan di Palestin dan proses perpaduan dalaman tanpa menyatakan butir-butir lanjut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jumlah warga Tebing Barat yang enggan mematuhi panggilan meningkat

Isnin , 15/08/2011 – Jumlah rakyat Palestin yang menyertai kempen pemuda menentang pengeluaran panggilan secara rawak oleh pihak keselamatan kerajaan Palestin di Tebing Barat kini meningkat sejak perjanjian rundingan damai antara Hamas dan Fatah dimeterai.

Satu kempen pemuda Palestin yang aktif di Tebing Barat merekodkan 100 kes di mana rakyat Palestin enggan mematuhi arahan-arahan yang tidak berasas dikenakan ke atas mereka agar ke ibu pejabat keselamatan untuk soal-siasat.

Salah seorang aktivis kempen tersebut yang enggan identitinya didedahkan memberitahu Quds Press bahawa, sejak Hamas dan Fatah menandatangi rundingan di Kaherah, pihak keselamatan PA telah mempertingkatkan arahan soalsiasat ke atas rakyat Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Saluran komunikasi dipotong di Semenanjung Gaza

Isnin , 15/08/2011 – Semua bentuk telekomunikasi yang menggunakan elektrik tiba-tiba terputus di Semenanjung Gaza pada malam Selasa lalu.

Penduduk Semenanjung Gaza mengesahkan semua sambungan internet, talian tetap dan telefon mudah alih telah terputus dari dunia luar selama 15 jam. Sebuah agensi berita bebas memetik sumber Palestin dengan berkata jentolak telah menyebabkan gangguan tersebut berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Diminta Bebaskan Wartawan Aljazeera

Isnin , 15/08/2011 – Jaringan Eropah untuk Membela Hak-hak Tawanan Palestin meminta penjajah Zionis Israel segera membebaskan wartawan Palestin Samir Alawi (46) yang bekerja sebagai wartawan Aljazeera di Afghanistan. Beliau ditangkap ketika meninggalkan Tebing Barat hari Selasa lalu setelah mengunjungi keluarga di kampung halamannya.

Pihak Jaringan Eropah mengecam tindakan pasukan Zionis Israel yang menangkap dan menahan wartawan Alawi ketika hendak pergi ke Jordan setelah selesai mengunjungi keluarganya di kampung Sebastia di Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Dari sana mangsa dibawa ke markas siasatan Jamla di kota Haifa sebelum akhirnya beliau ditahan selama 4 hari untuk menjalani siasatan.

Tindakan penangkapan ini membuktikan bahawa otoriti penjajah Zionis Israel tidak menghormati kebebasan berpendapat apatahlagi Alawi datng ke Palestin khusus dalam rangka mengunjungi keluarganya.

sumber : COMES
penterjemah : osman