Categories
Berita Semasa

Ahli-Ahli Parlimen Hamas : Penangkapan pekerja kami tidak akan menggugat operasi

Isnin , 07/02/2011 – Ahli Parlimen Hamas di Salfit mengatakan penangkapan pengarah pejabat mereka bertujuan menggugat operasi Majlis Perundangan Palestin (PLC). Israel menahan Izzudin Fattash yang mengarah pejabat PLC di kota Salfit, Tebing Barat setelah satu serbuan di kediamannya. Satu kenyataan oleh ahli-ahli PLC mengatakan penangkapan tersebut tidak akan melemahkan semangat mereka daripada berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka di dalam pilihanraya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

PLC meninjau dokumen-dokumen perundingan rahsia pada hari Khamis

Isnin , 07/02/2011 – Majlis Perundangan Palestin akan mengadakan pertemuan pada hari Khamis untuk membincangkan dokumen TV Al-Jazeera yang ditayangkan untuk memperinci rundingan antara Pihak Palestin dan Israel. Kumpulan hak asasi manusia telah mengambil langkah-langkah mengikut saluran undang-undang untuk menyerang perunding haram.

“Dewan Presiden itu telah menjemput wakil untuk menghadiri mesyuarat khas parlimen Palestin yang akan diadakan pada hari Khamis di bandar Gaza untuk membincangkan dokumen TV Al-Jazeera yang telah menerbitkan berkenaan tentang perundingan dengan Israel,” kata media PLC jabatan.

Al-Jazeera telah secara berperingkat telah mendedahkan sejak hari Ahad beberapa tuntutan 1,600 dokumen-dokumen rahsia yang membocorkan rundingan yang mempertimbangkan sebahagian besar Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa dan hak-hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

PA memaksa warga Tebing Barat meneruskan protes terhadap Al-Jazeera, Emir Qatar

Isnin , 07/02/2011 – Unit Keselamatan Ketenteraan dan pegawai kerajaan dari pihak berkuasa Palestin (PA) dipanggil melalui pembesar suara dari masjid di Tebing Barat untuk menyertai perarakan pada hari Khamis untuk mengecam tindakan rangkaian satelit Al-Jazeera yang mendedahkan dokumen-dokumen tentang perundingan damai PA-Israel.

Satu sumber memberitahu kepada pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa peserta perarakan diperintahkan untuk menekan Emir Qatar Sheikh Hamad Al Thani secara lisan atas pendedahan yang dilakukan oleh Al-Jazeera. PendudukTebing Barat yang bekerja di sektor kerajaan diancam bahawa mereka akan dipertanggung jawabkan dan dihukum jika mereka tidak menyertai protes itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

ST: Suleiman, Tantawi membincangkan cara melepas jawatan secara bermaruah untuk Mubarak

Isnin , 07/02/2011 – Surat khabar Inggeris Sunday Times mengatakan bahawa dua pegawai keselamatan atasan Mesir telah memberi amaran kepada Presiden Hosni Mubarak bahawa dia harus melepaskan kuasa untuk mengelakkan kekerasan berpanjangan di negara dunia Arab yang paling padat penduduknya”.

Ia mengutip sebuah sumber yang dekat dengan kepimpinan Mesir yang mengatakan bahawa timbalan presiden yang baru dilantik, serta Ketua Perisikan Omar Suleiman dan Menteri Pertahanan Mohammed Tantawi sedang membincangkan perletakan jawatan Mubarak secara bermaruah. Akhbar itu mencatat, walaubagaimanapun Mubarak tidak menunjukkan tanda untuk melepaskan kuasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jabatan Kesihatan mengulangi amaran bencana kesihatan di Gaza

Isnin , 07/02/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza mengulangi amaran bahawa ketika ini mereka kekurangan ubat-ubatan membawa kepada risiko bencana kesihatan pada tahap serius bagi pesakit Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah telah menolak untuk menjawab rayuan oleh mereka yang masuk campur untuk menyelesaikan krisis yang telah berlaku lebih satu bulan dan melepaskan ubat-ubatan penting yang ditahan dari Gaza. Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Isnin malam mengatakan 170 ubat-ubatan dan 140 peralatan perubatan telah kehabisan stok.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk dasar politik yang menagkap barisan pimpinan Palestin.

Rabu , 02/02/2011 – Hamas mengutuk keras tindakan rejim Zionis yang kembali menahan semula pimpinan Badan Perubahan dan Revolusi, Syeikh Muhammad Jamal Al-Natsheh, yang baru sahaja dibebaskan 4 bulan lalu setelah dipenjara selama 9 tahun, di mana 6 tahun padanya dihabiskan di dalam bilik pengasingan.

Tambah Hamas dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (31 Januari), bahawa polisi rejim Zionis itu tidak akan menjejaskan perjuangan Syeikh Natsheh dan kesemua pemimpin rakyat Palestin untuk meneruskan perjuangan mereka membela rakyat dan hak-hak Palestin.

Hamas berkata bahawa Zionis bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan Syeikh Natsheh, sambil melaungkan seruan supaya kesemua rakyat Palestin berdiri dalam satu saf bersama para pimpinan dan perwakilan Palestin, membanteras polisi perkauman dan jenayah dari proses keamanan Zionis dan mengecam polisi Kumpulan Oslo yang menjadi dalang di sebalik perundingan yang sia-sia dan melampau terhadap hak-hak dan keadilan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel luluskan rancangan memusnahkan sebahagian masjid Haifa

Rabu , 02/02/2011 – Israel sedia untuk memusnahkan sebahagian masjid Haifa dan menggunakan tanah tersebut untuk kepentingan pendatang Yahudi. Majlis Perbandaran Israel di Bandar Haifa meluluskan rancangan memusnahkan seluas dua dunum daripada Masjid Istiqlal tanpa memaklumkan pentadbiran masjid.

Lembaga Masjid telah bertemu dengan ahli-ahli politik untuk membincangkan kaedah berdepan dengan keputusan Israel itu. Mereka beranggapan langkah Israel itu merupakan permulaan ke arah merampas baki kawasan wakaf di Haifa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Militan Abbas culik 4 pendukung Hamas di Tebing Barat.

Selasa , 01/02/2011 – Pihak militan Abbas meneruskan tentangannya terhadap Hamas seperti yang dilaporkan media Tebing Barat, yang memaklumkan di antara mereka yang diculik adalah 4 orang pendukung Hamas dari pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Di daerah Hebron pulak, pihak Abbas telah memenjara bekas tahanan, Ayman El-Junaidi, meskipun tahap kesihatan beliau semakin merosot akibat kanser yang dihadapinya beserta anak lelaki kepada menteri, Muhammad Abu Jeheisha, iaitu Mus’ab Abu Jeheisha, selepas menceroboh tempat kerja beliau dekat daerah Izna.

Badan keamanan Abbas turut menculik 3 bekas tahanan yang pernah ditahan hampir selama 10 hari iaitu : jurutera Nadeem Abu Khalaf, Ubadah Badr Najl anak lelaki kepada menteri, Maher Badr dan Abdel A’dzim

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan warga Palestin di Mesir kembali ke Gaza

Selasa , 01/02/2011 – Ketika gelombang demonstrasi anti-rejim menyelubungi seluruh Mesir, 5 tahanan Palestin dari Hamas berjaya sampai di Semenanjung Gaza pada Ahad setelah dibebaskan dari penjara Mesir.
Jurucakap keluarga tahanan, Imad Assayed memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa 4 tahanan dari Hamas tiba di Gaza setelah ketibaan seorang lagi tahanan, Hassan Wishah.

Wishah menyatakan bahawa ramai tahanan warga Palestin di penjara Abu Zaabal di timur laut Kaherah telah dibunuh oleh pengawal keselamatan. Beliau menambah, beliau telah menyaksikan kesengsaraan dan penderaan sepanjang tiga tahun dipenjarakan. Wishah telah dihukum penjara 10 tahun oleh pihak berkuasa Mesir.

Mereka semua ditahan sama ada di lapangan terbang Kaherah atau sempadan Rafah atas alasan terbabit dengan organisasi yang disenarai hitam oleh Kerajaan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Kesulitan Strategi Mengancam Israel Kerana Kehilangan Sekutu

Selasa , 01/02/2011 – Surat khabar Israel, Ha’aretz mengingatkan bahawa “kesulitan strategi” akan dialami Israel apabila terus kehilangan sekutunya. Ha’aretz menyeru pemerintah Israel untuk bertindak segera untuk mencari jalan keluar bagi “kebuntuan terkini” dan sekutu baru di kawasan.

Dalam edisi Ahad (30/1), Ha’aretz menjelaskan bahawa peristiwa di Mesir telah menempatkan Israel dalam kesulitan strategis, ini kerana mereka tinggal bersendirian tanpa sahabat di timur tengah. Akhbar Israel ini menambah, “Isolasi yang terus meningkat dialami Israel di kawasan dan kelemahan Amerika Syarikat akan memaksa Israel mencari jalan keluar dan sekutu baru.”

Sumber keamanan Israel mengungkapkan kekhawatiran Israel dan rasa cemas atas impak “kesan domino dan batu yang berjatuhan satu demi satu, serta penyebaran pengaruh yang terjadi di Tunisia dan Mesir ke negara-negara Arab lainnya.” Sumber ini menegaskan bahawa pihak perisikan Israel belum mampu mengesan lebih awal ledakan situasi di Mesir. “Peristiwa di Mesir telah membuat Israel terkejut,” tambahnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pegawai kanan Hamas berkata PLO tidak akan wakili rakyat Palestin lagi

Isnin , 31/01/2011 – Perhimpunan Hamas di Gaza pada Selasa lalu yang diadakan bagi membantah hampir 2,000 dokumen yang didedahkan oleh Al-Jazeera berkaitan kompromasi yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin, PA dan PLO ke atas Jerusalem, Masjid Al-Aqsa dan hak-hak rakyat Palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.

“Hamas terkejut dengan kompromasi yang dibuat oleh Fatah terhadap rejim Zionis sejak beberapa tahun lepas. Kita berhimpun hari ini bagi menyeru semua rakyat Palestin di seluruh dunia untuk bertindak sebelum mereka dijual,” kata anggota Bior Politik Hamas, Khalil Al-Hayya.

Sebelum ini, Hamas bersetuju untuk membenarkan PLO menjadi wakil dalam dokumen perjanjian kebangsaan 2006 sehingga habis tempoh, kata Hayya. Perjanjian itu tidak lagi berkuat-kuasa dan tidak lagi diiktiraf kerana para perunding telah gagal menghormatinya, kata Hayya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hayyah Kutuk Penyelewengan Pemimpin PLO

Isnin , 31/01/2011 – Dr. Kholil Hayyah, anggota biro politik Hamas mengutuk penyelewengan para pemimpin PLO yang berkaitan dengan prinsip. Beliau mengajak semua rakyat Palestin dan badan-badan bebas sepakat melindungi Al-Quds dan Al-Aqsa, termasuk para pelarian Palestin.

Dalam pidatonya di depan anggota gerakan Hamas, Selasa (25/1) Hayyah mengatakan, Hamas sangat terkejut dengan sejumlah penyelewengan yang sangat berbahaya kepada masa depan Palestin sepanjang beberapa tahun lalu. Oleh kerana itu, kami keluar untuk menyuarakan bantahan dan menyeru agar setiap warga Palestin di seluruh dunia untuk bergerak, sebelum terlambat.

Beliau menambah, mereka bukanlah pemegang amanah Palestin. Ini kerana mereka tidak pernah menanggung amanah tersebut. Mereka juga tidak pernah merasakan luka-luka kita. Apa yang kita dengar dan ketahui seperti itu, apatah lagi tindakan mereka di lapangan. Tindakan mereka lebih parah daripada yang diungkapkan dalam dokumen tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pelan pemuliharaan NIS 21m bakal beri kesan kepada penguasaan Yahudi di Jerusalem Timur

Isnin , 31/01/2011 – Dengan tujuan memberi kesan kepada penguasaan rejim Zionis di Kota Jerusalem, dewan bandarayanya telah membuat pelan NIS 21m untuk membina dan memulihara jalan-jalan raya di sana.

Jawatankuasa kewangan dewan bandaraya kota itu telah meluluskan peruntukan yang dijangkakan akan diluluskan oleh ahli majlis pada Khamis lepas.Pegawai perhubungan kewangan dewan bandaraya itu, David Hadari berkata pelan menurap dan memulihara tersebut bertujuan member kesan kepada penguasaan pendatang haram Yahudi di Jerusalem Timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Baher seru “pendirian nasional yang menentang pengiktirafan puak pelampau.”

Isnin , 31/01/2011 – Majlis Legislatif Palestin pada hari Khamis (27 Januari) lalu mengadakan mesyuarat khas di Gaza dan Ramallah untuk membincangkan kesan dokumen kritikal yang didedahkan oleh stesen Al-Jazeera. Turut sama hadir dalam mesyuarat adalah ahli majlis para pimpinan faksi dan tindakan nasional, perwakilan barisan profesor universiti-universiti, wakil-wakil rakyat dan mereka yang mewakii suara para pelarian.

Menurut Dr. Ahmed Baher, Timbalan Pengerusi Satu Majlis Legislatif Faksi Pertahanan dan Perwakilan Rakyat, “terdapat keperluan untuk merangka pelan dan membina pendirian rasmi peringkat nasional yang bertanggungjawab menghentikan segala perancangan buruk, dan menghapuskan legitimasi mereka yang menafikan hak rakyat, mencemar sistem politik dan keamanan. Mereka mendakwa diri mereka kononnya sebagai mewakili suara rakyat kita (Palestin) namun sebaliknya mereka mencabul kehormatan negara ini sesuka hati dan berterusan memekakkan telinga terhadap hak rakyat Palestin.”

Baher menyeru agar kesemua faksi nasional, biro-biro rakyat dan sektor masyarakat untuk bersatu mengambil pendekatan dan langkah agresif terhadap Fatah, dan berdiri bersama-sama di belakang satu strategi nasional yang mempertahankan hak tanah Palestin dan kemakmuran serta kesuciannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menghampiri selatan Gaza

Isnin , 31/01/2011 – Tentera rejim Israel menghampiri Selatan Semenanjung Gaza di daerah Khan Younis pada pagi Khamis, lapor sumber
tempatan.

Mereka mengatakan, tentera-tentera itu mengiringi dua jentolak tentera yang telah memusnahkan tanah Palestin seraya menembak secara rawak. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Setiap hari tentera-tentera itu menyasarkan warga Palestin dan tanah mereka di sepanjang timur sempadan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati