
Michael Heart
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

Michael Heart
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

Khamis, 22/01/2009 – Hamas menyifatkan kenyataan KTT Ekonomi Arab sebagai satu yang lemah dan tidak tegas. Kenyataan KTT itu jelas tidak menyokong aspirasi pejuang Palestin dan tidak menampakkan untuk menghentikan hubungan dengan Zionis-Israel. Namun demikian, Hamas menyambut baik cadangan damai inisiatif Raja Saudi.

Khamis, 22/01/2009 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.

Khamis, 22/01/2009 – Kerajaan Palestin dipilih yang diketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haneyya memutuskan bermula hari ini (Rabu 21/1/2009) segala urusan di semua kementerian awam dan institusi-institusi di bawahnya akan beroperasi seperti biasa, suatu tindakan yang dianggap sebagai cabaran jelas terhadap regim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Gaza dengan matlamat menghancurkan kerajaan HAMAS.

Rabu, 21/01/2009 – Hassan Nasrallah, ketua setiausaha bagi parti Labenon, Hizbullah telah mengucap tahniah kepada Khaled Mishaal, pemimpin Gerakan Hamas di atas keberanian penduduk Palestin dalam menghadapi pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Rabu, 21/01/2009 – Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa(20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.
Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.

Rabu, 21/01/2009 – Anggota “Knesset” Israel, Avigdor Liberman, yang juga ketua parti “Yasrael Betna”, memberi komen bahawa serangan militan Israel di Gaza belum menghancurkan Hamas sebaliknya menjadikan Hamas semakin berpengaruh di Palestin.Beliau menyatakan mungkin tidak lama akan ada kejutan apabila Ramallah pula jatuh ke tangan Hamas.

Selasa, 20/01/2009 – Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis.
Gubahan : Xifu Naseer
Nyanyian : Mu’adz

Selasa, 20/01/2009 – Dewan Legislatif Palestin optimis dan sentiasa bersedia dalam peperangan kejam yang dimulakan oleh tentera rejim Zionis pada waktu ini ke atas Gaza. Peperangan ini telah memberikan satu contoh cabaran baru yang menjadi jalan mereka untuk merealisasikan tujuan-tujuan nasional serta melumpuhkan kesemua perancangan jahat yang dijalankan oleh penjajah rejim Zionis.

Selasa, 20/01/2009 – Dr. Loai Shabana, Ketua Jabatan Statistik menjelaskan bahawa kerugian yang dialami semasa pencerobohan Israel di Gaza adalah dianggarkan 1.9 billion dollar.
Dalam satu laporan, beliau mendapati sebanyak 14% daripada bangunan dan kemudahan awam musnah akibat keganasan Israel ini. Manakala jumlah pampasan yang dianggarkan bagi membantu mereka yang terkesan dengan perang ini adalah dianggarkan 31.5 juta dollar setahun.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Selasa, 20/01/2009 – TV Israel hari ini mengesahkan beberapa tentera Zionis telah ditawan oleh Hamas. Kejadian berlaku apabila mereka sedang bertempur di Gaza. Namun terdapat tawanan yang mati apabila mereka terkena tembakan tentera Zionis-Israel ketika mana pertempuran masih terus berlaku.

Selasa, 20/01/2009 – Penganalisis politik dari Universiti Carnegie Washington, Dr. Umar Hamzawi menegaskan, Hamas akan muncul sebagai pemenang dalam perang Gaza manakala pendokongnya akan lebih kuat daripada Mahmud Abbas.

Isnin ,19/01/2009 – Pusat hak asasi manusia Al Mizan melaporkan bahawa sepanjang 3 minggu kempen penyerangan Gaza, tentera yahudi telah membedil lebih dari 67 buah sekolah termasuklah 36 sekolah dibawah kelolaan UNRWA. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Al Mizan melaporkan bahawa tentera yahudi telah mengebom sekolah kelolaan UNRWA walaupun lokasi tersebut menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang melarikan diri dari serangan bom tentera yahudi.
Isnin ,19/01/2009 – Sejurus sebelum pengumuman ‘gencatan senjata’ Israel pada hari Sabtu, Menteri Luar Israel Tzipi Livni menerima jaminan bertulis daripada Setiausaha Amerika Condoleezza Rice mengatakan pihak Amerika akan meningkatkan kerjasama ketenteraan dan maklumat risikan untuk membantu Israel dalam operasi ketenteraan terhadap Palestin.
Sebelum ini Amerika hanya terlibat dalam konflik dengan bantuan peralatan tentera dan kewangan setiap tahun namun pada kali ini pihak Amerika menawarkan apa sahaja bantuan demi merealisasikan hasrat Israel untuk menghadapi pejuang Palestin terutamanya Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous