Categories
Berita Semasa

Alhamdulillah, Kami Akhirnya Berlayar Ke Gaza

Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur) menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.

Perjalanan daripada Kepez Arena bermula dari jam 5 petang lagi. Puluhan buah bas membawa peserta-peserta konvoi yang diiringi oleh kereta-kereta dan kibaran bendera. Kanak-kanak, remaja dan warga emas, semua melambai-lambai tangan kepada rombongan bas ini, ada yang menjerit-jerit dengan kata-kata sokongan, ada yang menitiskan airmata. Bandar Antalya bagaikan menyambut satu pesta perayaan, sehinggakan bunga-bungaan ditabur sepanjang perjalanan daripada Kepez Arena hingga ke Pelabuhan Yeni.

Sambutan di Pelabuhan Yeni begitu meriah sekali. Pelbagai lapisan rakyat menyambut ketibaan bas membawa peserta konvoi dalam suasana penuh sesak. Jalan masuk ke pelabuhan dipenuhi dengan kibaran bendera dan tembakan bunga kertas bewarna-warni ke udara. Berbagai-bagai lagu berbahasa Turki dinyanyikan, setiap mereka yang hadir tidak mahu ketinggalan melaungkan takbir dan bersalaman dengan peserta konvoi.

Kira-kira 560 orang peserta konvoi menaiki kapal Mavi Marmara ini. Kapal penumpang ini diiringi oleh dua buah kapal kargo, di mana mereka akhirnya akan bergabung di perairan Cyprus dengan 6 buah kapal lain yang belayar dari Eropah. Kapal-kapal ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu.

Dalam pada itu, Zionis Israel terus mengeluarkan ancaman kepada konvoi ini. Israel dikatakan akan menghalang kemasukan konvoi ini walaupun dengan menggunakan kekerasan dan tindakan ganas. Dalam masa yang sama, penganjur utama konvoi iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan peserta-peserta konvoi terus menzahirkan kecekalan mereka untuk memastikan bantuan kemanusiaan ini sampai ke Gaza. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kepez Arena sebelum mereka bertolak ke Pelabuhan Yeni, semua perserta bersatu dalam ikrar mereka untuk melancarkan kempen dan demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia sekiranya Israel bertindak ganas terhadap konvoi ini.

Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.

Dalam ucapan mereka di sidang media tersebut, wakil-wakil konvoi daripada Vatican, Malaysia, Indonesia, Algeria, Kuwait, Pakistan, Palestin, Yaman, Belgium dan berbagai negara lain lagi turut melafazkan janji keazaman dan kecekalan mereka untuk sampai ke Gaza.

sumber : (Mohd Nizam/LL4G)

Categories
Berita Semasa

Gaza adakan raptai sambut konvoi keamanan

Jumaat, 28/05/2010 – Pihak berkuasa di Gaza telah mengadakan raptai di pelabuhan Gaza bagi bersiap sedia menyambut ketibaan Konvoi Keamanan yang dijadualkan tiba tidak lama lagi. Polis dan tentera turut terlibat dalam latihan ini.

Tujuan latihan ini ada persiapan menyambut konvoi keamanan dengan lebih tersusun dan memberi jaminan keselamatan. Mereka turut menyediakan tempat tinggal bagi sukarelawan. Program-program untuk sukarelawan turut disusun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan 3 Rakyat Palestin di Hebron

Jumaat, 28/05/2010 – Tentera Israel telah menahan 3 rakyat Palestin di Bait Omar dan bandar Nuba di Hebron.

Berdasarkan sumber keselamatan, Tentera Israel telah menahan Bilal Shrof, 25, dari bandar Ezna, Ibrahem Mokbvel, 17, dan Ameen Bhar, 19, dari bandar Bait Omar.Mereka juga telah menyerbu dan menyelongkar rumah – rumah milik Hassan Al-Shrof dan Abed Al-Hafez Al-Shrouf di bandar Nuba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Mesir mengalu-alukan kedatangan kapal Freedom

Jumaat, 28/05/2010 – Kerajaan Mesir hari ini mengumumkan kesediaan mereka untuk menerima gerombolan kapal Freedom yang sedang belayar ke Gaza jika dihalang oleh Israel.

Jurucakap kepada Kementerian Luar Mesir, HUsam Zaki, menyatakan kesanggupan Mesir untuk menerima gerombolan kapal tersebut bersama dengan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Mesir seandainya dihubungi oleh gerombolan tersebut. Zaki memberitahu rancangan TV Al Qahera Al yom bahawa kapal – kapal tersebut tetap terikat dengan undang – undang Mesir.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Zionis akan musnahkan 9 rumah penduduk Palestin

Jumaat, 28/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) memaklumkan 9 penduduk Palestin pada hari ini bahawa rumah-rumah mereka akan dirobohkan. Mangsa yang terlibat tinggal di Kampung Yetma, selatan Bandar Nablus di Tebing Barat.

Agensi berita WAFA melaporkan bahawa pegawai pendokuman penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, Ghassan Douglas berkata, IOF mengarahkan penduduk Palestin itu menghentikan pembinaan rumah-rumah mereka kerana IOF akan merobohkannya.

Menurut Douglas lagi, IOF telah memberitahu 13 orang penduduk Palestin yang lain bahawa rumah mereka akan dirobohkan. Terlalu banyak lagi rumah penduduk Palestin di Nablus dilaporkan akan dirobohkan oleh IOF.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Yahudi Musnahkan Tanah Ladang; Tentera Menahan 10 Orang Awam

Jumaat, 28/05/2010 – Penduduk haram Israel pada Isnin lepas telah memusnahkan tanah ladang yang dimiliki oleh penduduk kampung Nahalin berhampiran dengan selatan Tebing Barat di bandar Baitulaham.

Para peladang menyatakan bahawa penduduk haram tersebut tiba dengan perlindungan tentera Israel dan mula mencabut pokok dan meratakan tanah ladang. Apabila petani cuba untuk pergi ke tanah mereka, mereka dihalang oleh tentera.

Perkampungan Nahalin sebenarnya di kelilingi oleh kependudukan Israel dari segenap penjuru. hampir setengah juta penduduk Israel tinggal di Tebing Barat, yang mana semuanya tidak sah menurut undang – undang antarabangsa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Ismail Patel menyertai Konvoi ke Gaza

Jumaat, 28/05/2010 – Pengerusi Badan Bukan Kerajaan hak asasi manusia ‘Sahabat al-Aqsa’ telah menyertai Gaza Freedom Flotilla yang akan belayar minggu hadapan. Beliau akan menyertai 600 penumpang dan aktivis lain yang akan belayar lebih dari 40 buah negara termasuk Greece, Ireland dan Turki.

Flotilla itu mengandungi 3 kapal kargo yang dipenuhi dengan 5000 tan bahan binaan, bekalan untuk persekolahan dan kelengkapan perubatan, di tambah dengan 5 kapal penumpang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Shoutul Harakah – Palestina Tercinta

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar: HAMAS sentiasa berusaha ke arah kesatuan

Khamis , 27/05/2010 –Anggota Biro Politik HAMAS, Dr Mahmud al-Zahhar menegaskan bahawa HAMAS sentiasa berusaha mencapai kesatuan dengan semua kumpulan pejuang Palestin dalam rangka usahanya untuk merealisasikan matlamat bersama, agar dapat dilaksanakan secara bersepadu dan menguatkan pendirian Palestin.

Dalam satu pertemuan politik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Politik HAMAS di timur Gaza pada hari Rabu (26/5), beliau menyeru kepada penyatuan barisan Palestin melalui perdamaian Palestin berdasarkan opsyen meneruskan perjuangan sebagai pilihan yang strategik dalam menghadapi pencerobohan terhadap isu Palestin.

Beliau menjelaskan, HAMAS telah mengisytiharkan melalui kunjungan-kunjungan yang dilakukan ke negara-negara barat bahawa ia tidak akan mengiktiraf negara haram Zionis yang berada di atas bumi Palestin. Beliau juga menjelaskan HAMAS sentiasa berusaha dalam rangka perancangan Palestin yang tidak terbatas kepada perkataan sahaja, tetapi melalui usaha dan perbuatan bagi merealisasikan matlamat dan kepentingan rakyat Palestin. Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemerhati yang membandingkan HAMAS dengan gerakan Fatah dari sudut hubungan dengan dunia barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

‘Armada Kemerdekaan’: Kami akan tentang cubaan hentikan kami

Khamis , 27/05/2010 –Pakatan ‘Armada Kemerdekaan’ yang sedang menuju ke Semenanjung Gaza memberi amaran kepada pihak berkuasa Zionis yang telah memberikan ugutan untuk menyekat dan menghalang armada berkenaan agar pihak Zionis tidak berbuat demikian bagi menghalang kapal-kapal yang memuatkan pelbagai bantuan kemanusiaan itu. Pakatan tersebut juga menegaskan bahawa para aktivis yang menyertai armada berkenaan mengambil pendekatan untuk menghadapi dan menentang sebarang percubaan untuk menyekat armada tersebut.

Menurut sumber yang bertanggungjawab terhadap armada berkenaan dalam satu kenyataan kepada al-Quds Press: “Kami mengikuti kenyataan-kenyataan media pihak berkuasa Israel yang tidak konsisten. Oleh itu, kami ingin tegaskan di sini dengan jelas bahawa tujuan dan matlamat kami ialah Gaza. Kami tidak akan tersasar daripada matlamat tersebut. Oleh itu, kami akan menentang sebarang percubaan pihak Israel untuk memberhenti dan menyekat armada ini.”

Beliau juga memaklumkan pihak Zionis masih lagi sehingga kini menyebarkan laporan-laporan tentang niat mereka untuk memintas kapal-kapal yang terlibat dalam armada berkenaan serta menangkap para aktivis yang menyertainya. Di samping itu, terdapat juga laporan-laporan yang menunjukkan bahawa pihak keselamatan Zionis mahu mengganggu isyarat komunikasi dan memencilkan berita tentang armada tersebut daripada diketahui oleh dunia.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

Kapal konvoi keamanan bertolak hari ini.

Khamis , 27/05/2010 –Konvoi Kempen Pembebasan Gaza Eropah terpaksa ditunda sehari berikutan masalah teknikal yang mereka alami. Akibat daripada kelewatan untuk berlepas, konvoi dari beberapa negara Eropah ini akan bertemu di Anatolia, Turki. Mereka akan bersama-sama menuju ke Gaza.

Sebanyak 4 buah kapal dari Sweeden dan 3 buah kapal yang akan menunggu di Turki. Secara totalnya, 9 kapal yang membawa lebih dari 10000tan bantuan akan ke Gaza dan seramai 750 aktivis dari seluruh Eroraph akan menuju ke Gaza. Selain itu, sejumlah besar bekalan perubatan dan alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat dan lain-lain turut di bekalkan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
Categories
Berita Semasa

Turki memohon supaya Zionis tidak menghalang armada “kebebasan”

Khamis , 27/05/2010 –Kerajaan Turki secara rasminya memohon dari kerajaan Zionis, pada hari Selasa (25-5), supaya membenarkan armada “kebebasan” yang sedang menuju ke Gaza, bagi mencapai matlamat mereka menghulurkan ribuan tan barangan bantuan kemanusiaan dimana kerajaan Turki juga turut menyertai misi bantuan ini, dan mereka mengulangi permohonan supaya kerajaan Zionis menghapuskan kepungan yang dikenakan keatas penduduk Gaza yang telah dikepung dalam tempoh empat tahun berturut-turut.

Menteri Luar Turki, Ahmed Dawood oglu, berkata pada sidang media semasa pertemuan (yang diadakan bersama) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai proses perdamaian: “Kerajaan Turki berhubung (secara diplomatik) dengan kerajaan Zionis mengenai konvoi bantuan.”

Oglu menambah lagi “bertindak secara tenang adalah lebih diperlukan (memandangkan) ketegangan yang memuncak ketika ini … kepungan keatas Gaza mesti dihapuskan” lanjutnya lagi: “Kami percaya bahawa” Israel “akan menghadapi perkara ini secara matang dan bijaksana bagi berdepan dengan orang awam (yang bertindak memberikan bantuan kemanusiaan).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif
Categories
Berita Semasa

Pembongkar rahsia nuklear Zionis dipenjara 3 bulan lagi

Khamis , 27/05/2010 –Mordechai Vanunu, seorang rakyat Israel yang pernah dipenjarakan selama 18 tahun kerana membocorkan rahsia peralatan untuk menghasilkan senjata nuklear yang terletak di Dimona, dimasukkan lagi ke dalam penjara pada Ahad lepas kerana memohon supaya dibenarkan menjalankan hukuman khidmat masyarakat di kawasan kejiranan penduduk Palestin kerana bimbang dia akan diserang oleh pendatang haram Yahudi yang lain sekiranya dia melakukan kerja sukarelawan di kawasan kejiranan pendatang haram Yahudi.

Sebuah mahkamah rejim Zionis menolak permohonan Vanunu untuk melakukan khidmat masyarakat di kawasan kejiranan bukan pendatang haram Yahudi. Walaupun permohonan itu dibuat kerana kuatir akan keselamatan dirinya, dia dihukum penjara 3 bulan lagi.

Vanunu telah dibebaskan dari penjara sejak 6 tahun lalu, tetapi masih dikenakan hukuman tahanan di rumah. Dia kemudiannya dikenakan hukuman menjalankan khidmat masyarakat kerana bercakap kepada wartawan asing. Rejim Zionis bertungkus-lumus merahsiakan nama Vanunu di Negara-negara Barat. Dalam masa yang sama, kerajaan tejim Zionis terus enggan menandatangani perjanjian Penghasilan Nuklear Tidak Berbahaya dan tidak membenarkan kelengkapan penghasilan senjata nuklear di Dimona dibuka untuk pemeriksaan antarabangsa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   salwa
Categories
Berita Semasa

Zionis mengesahkan pengusiran perwakilan “Mossad” di Australia

Rabu, 26/05/2010 – Sumber maklumat Ibriyyah mendedahkan bahawa diplomat Zionis yang telah diusir keluar oleh kerajaan Australia atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pemalsuan passport-pasport yang digunakan dalam pembunuhan pimpinan tentera Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) Mahmoud al-Mabhouh, adalah merupakan Perwakilan Perisikan Luar Zionis (Mossad), di Canberra.

Sumber rasmi Zionis telah menyatakan penyesalannya pada pagi Isnin lalu (24/5), terhadap keputusan Australia mengusir Diplomat Zionis dengan katanya : “tindakan Australia ini tidak bertepatan dengan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara” sepertimana yang telah diungkapkan.

Kerajaan Australia mengumumkan bahawa mereka telah memerintahkan pengusiran seorang diplomat Zionis yang bekerja di Kedutaan Zionis di ibukota Canberra Australia atas dakwaan menyalahgunakan passport-pasport Australia dalam pembunuhan pimpinan tentera “Gerakan Hamas” Mahmoud al-Mabhouh di Dubai

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Australia Usir Diplomat Zionis

Rabu, 26/05/2010 – Kerajaan Australia telah menghalau diplomat Zionis Israel yang bertugas di Australia kerana terdapat bukti diplomat ini telah menggunakan pasport Australia dalam pembunuhan pemimpin HAMAS, Mahmud Mabhuh di Dubai. Menteri Luar Australia, Stepen Smith menyatakan di parlimen Australia bahawa kerajaan Australia telah mengarahkan diplomat itu pulang ke Israel.   Dalam satu penyelidikan terhadap pembunuhan itu, Smith menyatakan terdapat 4 pasport Australia yang telah di gunakan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif