Categories
Berita Semasa

Hamas Puji Sikap Paus Iskandariah Tolak Kunjungi al Quds

Selasa, 29/01/2013 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Izzet Rasyq memuji sikap Twadharos II, Paus Iskandariah dan Bishop Agung Saint Mark di Kaherah, yang menegaskan penolakan gereja mengunjungi al Quds selama masih di bawah penjajahan Zionis.

Dalam pernyataan hari Ahad (20/1), semalam, Rasyq menilai sikap Twadharos II merupakan dokongan kepada rakyat Palestin dan hak-haknya yang sah dalam menghadapi serangan terus-menerus yang dilakukan penjajah Zionis terhadap al Quds.

Pernyataan Rasyq ini merupakan penegasan kembali yang disampaikan Twasharos pada Sabtu (19/1) tentang penolakan gereja mengunjungi al Quds selama kota suci tersebut berada di bawah penjajahan Zionis.Beliau menegaskan sikap gereja-gereja ortodoks Mesir berkait masalah ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Menteri kesihatan berbincang untuk membangunkan sektor kesihatan dengan dengan rakan sejawatannya dari Mesir

Isnin , 21-01-2013 – Dr Mufid Al-Mikhelilati, Menteri Kesihatan Palestin di Gaza berada di Kaherah untuk berbincang dengan rakan sejawatannya dari Mesir Mohammed Mustafa. Perbincangan itu bertujuan membangunkan sektor kesihatan di Gaza.

Mikhelilati, yang melintas di terminal sempadan Rafah pada hari Rabu, bertemu dengan gabenor utara Sinai Sayyed Harhur untuk membincangkan beberapa isu-isu biasa dan cara memudahkan kemasukan konvoi bantuan ke Gaza.

Menteri memberitahu PIC bahawa beliau akan berbincang menandatangani memo persefahaman dengan Mesir mengenai penubuhan hospital Mesir di Gaza yang akan terdiri daripada sepasukan pakar dalam pelbagai bidang terutama dalam kepakaran yang jarang berlaku yang tidak ditemui di Semenanjung Gaza yang dikepung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel lancarkan kempen menahan aktivis jihad Islam

Isnin , 21-01-2013 – Rejim Zionis mengepung sekumpulan aktivis jihad Islam di kota dan perkampungan utara Tebing Barat pada pagi Khamis.Seorang ahli kanan dalam gerakan jihad itu di Jenin memberitahu wartawan PIC bahawa IOF menyerbu beberapa perkampungan dan kem pelarian di daerah Jenin, Tulkarem dan Tubas, menggeledah rumah dan mengepung 10 orang yang dikatakan aktivis gerakan.

Beliau berkata, gerakan tersebut cuma dapat mengenalpasti 8 daripada mereka, 3 daripadanya dari Kufr Ra’ee dekat Jenin termasuk dua beradik, seorang dari Qabatiya, selatan Jenin, dua dari kem pelarian Nur Shams dekat Tulkarem dan dua dari Tubas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tangkapan politik berterusan di Tebing Barat

Jumaat , 18-01-2013 – Pasukan keselamatan regim Zionis telah menangkap pendakwah sebuah masjid di Jenin, dan memanggil tujuh penyokong Hamas untuk disoal siasat di al-Khalil, Nablus dan Qalqilya. Di Jenin, Pasukan Keselamatan dan Pencegahan regim zionis menahan Sheikh Mohammed Habayba, pendakwah masjid Dhou Nourain dalam Sanour. Pihak Berkuasa pasukan keselamatan itu telah menyaman 4 penyokong dan pasukan pergerakan Hamas di kawasan-kawasan di selatan al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyeh: keselamatan Mesir adalah keselamatan Gaza

Jumaat , 18-01-2013 – Ismail Haniya, Perdana Menteri Gaza, menganggap kedatangan delegasi Mesir yang diketuai oleh Menteri Sukan Mesir ke Semenanjung Gaza sebagai “pengakuan seorang Mesir dan Arab untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atas sektor sukan Gaza.”

Hari ini Haniyeh menerima kedatangan delegasi Mesir di rumahnya di kem pelarian Shati, barat Gaza. Delegasi itu diketuai oleh Menteri Sukan Mesir, Ameri Farouk, termasuk kira-kira 70 atlet, pihak media dalam bidang sukan serta ahli-ahli Majlis Syura Mesir. Perdana Menteri tersebut berkata yang lawatan itu sangat bersejarah dan mencerminkan matlamat jelas oleh Mesir dan Arab untuk memecahkan
pengepungan yang dikenakan ke atas sukan di Palestin dan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Agenda Serangan Penjajah Zionis Israel Tahun 2013

Jumaat , 18-01-2013 – Semua data, indikator, pernyataan dan agenda politik ‘Israel’ tidak memberikan harapan politik baru dalam hubungannya dengan Palestin. Sebaliknya, indikator pilihan raya umum mengarah kepada pembentukan pemerintahan ‘Israel’ yang lebih ekstrim. Bahkan mungkin di dalam pemerintah baru akan ada pemimpin parti Jewish Home, Naftali Bennett yang disebut-sebut Yahudi paling ekstrim, paling rasis dan paling zionis di antara elit-elit Yahudi dalam sejarah negara penjajah itu. Bayangkan saja, jika Bennett lebih ekstrim berbanding Begin, Sharon, Netenyahu dan Lieberman. Padahal mereka menimba dan dibentuk dalam lingkungan ideologi zionis yang sama.

Oleh itu, tidak ada harapan akan ada perkembangan menuju penyelesaian politik. Ketika dalam benak zionis sudah hilang “logik perdamaian dan hidup aman damai bersama” maka yang ada hanya program pembangunan penempatan baru, perobohan kawasan perumahan Palestin, pengusiran dan Yahudinisasi. Semua itu lahir dari satu dimensi saja; dimensi nafsu memerangi dan serangan bersifat pembersihan kaum. Penjajah Yahudi akan melanjutkan siri serangannya di Palestin dan di kawasan di tahun 2013 ini. Inilah data dan ukuran yang berbicara.

Namun serangan yang paling besar dan berbahaya adalah perang terbuka di wilayah Palestin. Negara penjajah akan melanjutkan siri politik pembersihan etnik di Al-Quds dan Tebing Barat sebagai realisasi perang kewujudan mereka. Penjajah zionis sepakat bahawa ancaman keberadaan Palestin adalah paling berbahaya. Kerana itu mereka juga sepakat untuk merampas wilayah dan terus menerus melaksanakan proses Yahudinisasi serta membangun kolonialisme wilayah Palestin serta mengosongkan daripada penduduk asalnya. Itu dilakukan Israel untuk menghancurkan segala unsur-unsur ketegaran warga Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Barhoum: pemusnahan kampung Bab Shams merupakan bukti sifat perkauman rejim Israel

Jumaat , 18-01-2013 – Fawzi Barhoum, jurucakap gerakan Hamas berkata bahawa pemusnahan kampung Bab Shams oleh rejim dan penahanan penduduknya merupakan bentuk keganasan Israel ke atas warga Palestin di tanah air mereka sendiri.

Beliau memberitahu PIC pada Ahad bahawa kesinambungan polisi tersebut digunapakai oleh rejim untuk menjaga status mereka. Beliau turut menekankan bahawa gerakan Hamas akan menyokong setiap rakyat Palestin dalam mempertahankan tanahair mereka.

Manakala, ahli parlimen Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular menentang rejim mengesahkan bahawa serangan tentera rejim ke atas kampung Bab Shams di jajahan Baitulmuqaddis tidak akan menghentikan kegiatan menentang penempatan dan tembok apartheid.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Serang Bandar Palestin, Bina Pusat Pemeriksaan di Al-Khalil

Jumaat , 18-01-2013 – Tentera Israel telah menyerang beberapa bandar Palestin di al-Khalil di Selatan Tebing Barat, dimana tentera mereka melakukan rondaan tentera dan mendirikan beberapa kubu pada pintu masuk daerah tersebut.

Sumber Keselamatan Palestin mengesahkan kepada “Akhbar Quds” bahawa tentera Israel telah menyerbu bandar Beit Ula, Halhoul dan Arroub serta menjalankan rondaan tentera di jalan-jalan dan memburu beberapa orang remaja Palestin dan juga kenderaan-kenderaan lain.

Tentera Israel juga telah mendirikan kubu tentera pada pintu masuk al-Khalil dan menahan beberapa buah kenderaan dan memeriksa kad pengenalan dimana mereka telah memburu beberapa orang pekerja Palestin di Selatan al-Khalil dan menghalang mereka daripada pergi ke tempat kerja yang berada di daerah diduduki di Palestin, selepas kesyahidan seorang remaja, Uday Drawish semasa perjalanannya ke tempat kerja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Artis Argentina bersolidariti dengan tahanan Palestin

Isnin , 14-01-2013 – Artis dan aktivis hak asasi manusia Argentina, Elizabeth Drabkina mengumumkan solidariti beliau tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara penjajah Israel, sambil menunjukkan melalui lukisan beliau bahawa tahanan Palestin tidak berkeseorangan.

“Saya seorang aktivis di negara saya, bukan sahaja untuk hak asasi negara saya, juga untuk hak asasi penduduk lain di dunia, walaupun mereka beribu batu jauhnya, saya berfikir mereka adalah sebahagian daripada perjuangan yang sama. Kita tidak boleh mengharapkan kebebasan hanya untuk satu wilayah; kebebasan sebenar mestilah meluputi seluruh dunia, kerana kita tidak boleh bebas jika saudara kita yang lain tinggal di sebalik tembok, “Elizabeth, 23, dari Buenos Aires, Argentina ketika memberitahu pusat kajian tahanan dan hak asasi manusia, Ahrar .

Pada umur 19 tahun, saya mula mengkaji isu Palestin dengan cara saya sendiri, melalui buku, kertas kerja dokumentari dan internet, dan ia membawa saya seketika untuk memahami apa yang sedang berlaku, mengenal pasti penglibatan negara-negara yang membenarkan (dan meneruskan) penjara terbuka ini, negara-negara yang secara terbuka menyokong Israel, orang-orang yang berdiam dan mereka yang memilih untuk melihat ke arah lain, katanya, sambil menambah laman web Bahasa Inggeris Ahrar membantu beliau untuk mengetahui jenayah Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Lebih banyak perbincangan akan diadakan antara Fatah dan Hamas di Kaherah

Isnin , 14-01-2013 – Pemimpin Palestin dari puak Hamas dan Fatah bersetuju di dalam mesyuarat di Kaherah bahawa kedua-dua pihak akan mula
melaksanakan serta merta mekanisme yang dipersetujui di dalam perjanjian sebelum ini yang ditandatangani di Kaherah pada tahun 2011.

Presiden Mahmoud Abbas dari pergerakan Fatah yang berpusat di Tebing Barat dan Khaled Mashaal dari pergerakan Hamas yang mengawal Gaza bertemu muka buat kali pertama dalam tempoh setahun bagi membincangkan bagaimana untuk melaksanakan perjanjian 2011 tersebut.

Mesyuarat itu dihadiri oleh delegasi Hamas dan Fatah dan ketua perisikan Mesir, Mejar Jeneral Mohamed Raafat shehata,
yang berlangsung selama lebih dari 3 jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Unit khas Israel serang tahanan di penjara Ofer

Isnin , 14-01-2013 – Unit khas Israel menyerbu pada waktu Subuh hari ini di bahagian 15 penjara Ofer dan menyerang para tahanan, mengakibatkan suasana tegang di dalam penjara.

Sumber dari penjara memberitahu wakil PIC bahawa rejim Israel memecah masuk bahagian 15 yang menempatkan tahanan Palestin dari pelbagai pihak dan mula menggeledah dan membawa para tahanan keluar di dalam hujan setelah menyerang mereka. Sumber tersebut menyebut bahawa 4 tahanan telah diserang ketika serbuan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Ledakan Bom Kereta Berdekatan Kementerian Pertahanan Zionis ‘Israel’

Isnin , 14-01-2013 – Akhbar Israel Yediot Aharonot mengatakan, sebuah kereta meledak dekat dengan sebuah bas di kota Tel Aviv, wilayah Palestin jajahan tahun 1948 yang mencederakan tujuh orang.

Harian Israel ini menyebutkan bahawa letupan itu terjadi pada pukul 1.00 tengahari yang menyebabkan asap tebal naik ke udara kawasan itu. Kereta ambulan dan pihak polis terus ke lokasi kejadian.

Akhbar tersebut menambah bahawa jangkaan awal menunjukkan bahawa ia adalah cubaan membunuh.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Skim penempatan baru untuk membina 1100 bilik hotel di Baitulmuqaddis

Jumaat , 11-01-2013 – Jawatankuasa Kristian-Islam untuk menyokong Baitulmuqaddis dan tapak suci memberi amaran pada Selasa tentang keputusan pihak rejim bagi meluluskan pembinaan 1100 bilik hotel di jalan Al-Khalil, kota Baitulmuqaddis.

Setiausaha Agung Jawatankuasa, Dr Hanna Issa berkata dalam kenyataan akhbar: “Israel bekerja siang dan malam untuk menjadikan Baitulmuqaddis ibu negaranya.”

Beliau menyatakan bahawa pembinaan penempatan dan tembok pemisah yang disegerakan sekitar Timur Baitulmuqaddis bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan Israel ke atas kota lama dan majority kejiranan di situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tebing Barat – 400 buah rumah tenggelam

Jumaat , 11-01-2013 – Badan Pertahanan Palestin telah melaporkan sejumlah 400 buah rumah telah ditenggelami air akibat hujan lebat. Dengan keadaan angin bertiup kencang dan sejuk menambah lagi derita masyarakat di sekitar Tebing Barat. Menurut laporan, terdapat mangsa yang telah dipndahkan dan terdapat sejumlah kecil yang terkorban akibat keadaan kritikal itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

3 Syahid, 80 Cedera Disebabkan Oleh Peluru Israel Sepanjang Disember

Jumaat , 11-01-2013 – Pihak berkuasa tentera Israel meneruskan dasar yang menindas rakyat Palestin dengan membunuh 3 orang, mencederakan 80 orang dan menculik 322 orang rakyat Palestin sepanjang Disember.

Laporan bulanan menunjukkan bahawa keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan dalam kerajaan Palestin di Gaza menyatakan bahawa Israel semakin mengganas selepas gencatan senjata antara pihak Palestin dan entiti Israel yang ditaja oleh Mesir pada 21 November 2012, selepas serangan ganas Israel terhadap Tebing Gaza.

Laporan tersebut merekodkan kesyahidan dua rakyat Palestin selepas dibunuh semasa serangan tersebut dan kesyahidan ketiga juga dilaporkan di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda